Friday, May 29, 2009

Anak-Anak Malaysia...Bersyukur dan Insaflah...!!

Aku bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia...dan aku bersyukur anak-anak aku juga lahir di bumi bertuah ni...

Sebab apa?

Sebab bila aku tengok gambar-gambar di bawah ni, aku rasa sangat bersyukur kerana aku selamat menyelesaikan persekolahan aku tanpa perlu fikirkan mencari rezeki keluarga...dan anak-anak aku mampu pergi sekolah sampai sekarang tanpa perlu mencari wang saku mereka sendiri...


Ini bukan gymnasium atau pusat shaolin...tetapi sebuah kilang bata di Fatullah, Bangladesh...Kanak-kanak ini mendapat bayaran 0.9 USD untuk setiap 1000 (seribu) ketul bata yang mereka angkut...


Ini bukan bengkel kemahiran hidup kat sekolah...Budak lelaki tu namanya Islam...tu dia tengah kerja kat kilang buat periuk perak, dengan upah makan dua kali sehari tanpa bayaran wang tunai...perkara biasa bagi pengilang di Bangladesh...


Ini Munna, berusia 8 tahun...dia bukan tengah duduk perform kat pentas Tom Tom Bak, tapi dia sedang bekerja di kilang membuat alat ganti kereta sorong dengan bayaran 500 taka (7 USD) sebulan...dia amat suka kalau tiada bekalan elektrik, sebab dia boleh ambik masa main waktu tu..kalau tidak dia kena kerja 10 jam sehari...


Ini bukan gimnas negara..ini ialah Munna tadi...tengok tangan dia...


Adik kecik ni bukan tengah main masak-masak atau pondok-pondok, tapi dia tengah bekerja di kilang menghancurkan batu bata, nak buat apa tah le....


Ini Jasmine, 7 tahun...Dia bukannya tengah main kat taman waktu cuaca berkabus...tapi dia tengah kutip sampah yang boleh dijual untuk bantu keluarganya...yang berasap tu ialah asap akibat sampah tu dibakar...maknanya panas le tu....


Ini bukan pelakon Bollywood atau sketsa filem...kanak-kanak ni sedang memujuk pemandu tu supaya beli bunga yang dia jual untuk tambah hasil pendapatan keluarga...


Ini ialah Liyakot Ali, umur 13 tahun...dia kerja kat kilang buat periuk perak dengan gaji 200 taka (3 USD) seminggu...


Adik ni bukan mat rempit yang tengah ubah suai motornya...dia ialah antara pekerja di kilang besi di Bangladesh...


Dan ini bukanlah mangsa kena kurung oleh Along tak bayar hutang...tapi ini ialah Jainal, 11 tahun...pekerja kilang periuk perak dengan gaji 700 taka (10 USD) sebulan...

Jadi wahai anak-anak Malaysia sekelian, bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita...dan insaflah dengan kekurangan yang tidak dimiliki oleh kawan-kawan kita yang pada usia anda bukan sahaja tak dapat pergi sekolah, tapi terpaksa bekerja sebagai buruh kasar...

Pergi sekolah tu belajar elok-elok supaya kita mampu menjadi manusia yang berguna...kalau dah pergi sekolah pun tak mau, atau pun belajar main-main, maybe kita elok hantar saja diorang ke Bangladesh sana...apa nak dikata...



p/s: Sayu terkenangkan anak kat rumah ni, umur 10 tahun dan 8 tahun masih perlu dibimbing cara basuh kasut sekolah yang betul, jangankan kata nak bakar perak nak buat periuk, nak basuh periuk pun belum tentu lulus...!!

Tuesday, May 26, 2009

Nak Ajar Peragut? Mungkin Ni Caranya...

Aku dapat video ni melalui email tadi....rasanya ramai dah pernah tengok...

Kalau boleh kita buat macam ni, rasanya orang takut nak meragut kot lepas ni...hehe...

video

Monday, May 25, 2009

Antara Ibubapa, Guru Sekolah dan Anak-Anak...



Pasti ramai yang dah baca akhbar Metro hari ni :

KUALA LUMPUR: Seorang wanita bertindak di luar batasan apabila menyerang dan menampar seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun berulang kali di sebuah sekolah, dekat sini, ketika waktu persekolahan berlangsung hanya kerana mendakwa mangsa mengganggu anaknya, Rabu minggu lalu.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, wanita terbabit menceroboh kawasan sekolah berkenaan sebelum menyerang kanak-kanak malang itu yang sedang belajar.

Tidak cukup dengan itu, wanita terbabit turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada mangsa di hadapan seorang guru dan 35 murid lain tanpa segan silu.

Ibu mangsa, Noor Quiah Ismail, 39, berkata tindakan itu memang satu perbuatan keterlaluan kerana anaknya itu masih kecil.

“Budak-budak bergaduh adalah perkara biasa...kenapa ibu perlu turut campur tangan? Jika kena cara penyelesaiannya saya tidak marah, sebaliknya bersetuju.

“Setahu saya, wanita terbabit menampar anak saya lebih tiga kali selain menolaknya hingga jatuh hanya kerana dia mengganggu anaknya ketika sambutan Hari Guru sekolah berkenaan, Selasa lalu.

“Jika itulah puncanya, ia satu tindakan bodoh dan biadab,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Menurutnya, wanita terbabit turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada anaknya itu di hadapan semua murid dan seorang guru.

“Biarpun ditenangkan guru berkenaan, wanita itu masih menggoncang tubuh dan menikam badan anak saya dengan jari bagaikan orang gila.

“Anak saya bernasib baik kerana wanita itu berjaya ditenangkan beberapa guru lain,” katanya.

Noor Quiah berkata, dia kesal dengan sikap pihak pengurusan sekolah terbabit yang merahsiakan kejadian itu biarpun anaknya itu mengalami bengkak pada kiri muka.

“Saya hanya tahu mengenai kejadian itu ketika mengambil anak pulang. Mereka sepatutnya memberitahu kepada ibu bapa sekiranya berlaku sebarang musibah kepada anaknya...kenapa perlu dirahsiakan,” katanya.

Noor Quiah membuat laporan di Balai Polis Travers di sini selepas berang dengan sikap pengurusan sekolah terbabit yang tidak mengambil sebarang tindakan kepada wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Brickfileds, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan namun enggan mengulas lanjut.

Sebagai seorang bapa yang ada dua anak kat sekolah rendah, aku sedikit sebanyak rasa nak komen la kes ni...

Aku bukan nak puji sikap aku dan wife dalam hal menangani masalah anak-anak dengan kawan-kawan atau guru kat sekolah, tapi memang kami dah diasuh oleh ibubapa kami bahawa sekolah ialah wilayah milik guru-guru dengan diterajui oleh Guru Besar atau Pengetua...

Guru Besar dan Pengetua bukan calang-calang guru yang dilantik memegang jawatan tu, tapi berdasarkan pengalaman mereka yang luas dalam bidang pendidikan...

Sebab tu tidak pernah walau sekali aku dan isteri masuk campur bila anak-anak mengadu satu-satu hal...

Pernah anak aku balik cerita kawan tendang la...kawan masukkan kuah ayam masak kicap dalam poket baju sekolah la...kawan pecahkan satu pasu hadiah untuk Hari Guru baru-baru ni sampai terpaksa beli ganti satu yang lain la...kawan mintak suruh belanja aiskrim dua hari sekali la...

Setiap aduan yang anak aku bawak balik tu, akan aku dan isteri susulkan dengan..."Bagitau la Cikgu Kelas..."...dan esoknya akan aku dan isteri susulkan dengan bertanya samada dah bagitau atau tidak...

Alhamdulillah, setakat ini semua masalah tersebut selesai hanya dengan melibatkan murid-murid tu dan guru mereka sahaja...tak perlu aku pergi sekolah pun nak jumpa guru atau budak tu atau mak bapaknya...

Pada aku, setiap guru di dalam kawasan sekolah mempunyai hak sepenuhnya ke atas murid dan pelajar mereka...dan mereka bukanlah manusia yang tidak waras nak pukul atau rotan ikut suka hati, pastinya ada alasan....

Kalau gaduh atau tengkar sesama murid pula, dalam kawasan sekolah, hakim terbaik menyelesaikan masalah tu ialah guru...kalau guru tak boleh settle, maka boleh rujuk Guru Disiplin atau Guru Besar...mereka pastinya lebih arif dalam masalah tu...

Kalau mak bapak nak masuk campur perkara yang berlaku dalam kawasan sekolah, akibatnya akan jadi panjang la...walhal anak-anak kita tu gaduh dia setengah hari pun dah selesai, tapi mak bapak pulak nak masam muka bertahun-tahun...

Bayangkan, pernah satu kejadian, kawan kelas anak aku ni, dia siram air dalam beg satu budak perempuan ni...habis segala buku basah, jadi akuarium beg budak tu...

Tapi aku respek mak bapak budak perempuan ni, hanya diorang bagitau cikgu hal tersebut, dan cikgu yang panggil mak budak nakal tadi dan nasihatkan...diorang takde la nak tunggu mak budak tu kat simpang ke...bawak kayu hoki ke...takde...

Sikap fofesyenal (silap, ni gaya Noh Omar) professional macam ni yang kita nak pupuk dalam masyarakat hari ni...kalau setakat bangga kita duduk kat bandar besar, tapi perangai mengalahkan orang yang takde tamadun, sikit-sikit serang, buat hape...malukan kaum je...dengan budak-budak berani nak gegar la, hentak la, sepak la...kang kalau mak dia pulak gegar kepala ko, apa nak cakap?

Lain la kalau pihak sekolah pun main-main je kes tu, main hentak ikut suka takde alasan, atau tak bagi laporan atas apa yang berlaku...yang tu wajar la kita pergi sekolah mintak laporan elok-elok...bukan pergi serang...

Belajar la malu kat anak-anak kita kat sekolah tu...jangan nanti anak balik bagitau..."adik malu la mama dengan papa pi buat macam tu kat sekolah, macam budak-budak kecik la..."...hehe...apa nak dikata...

Thursday, May 21, 2009

A Prisoner of Birth...

Last Sunday masa berkunjung ke Penang, aku beli satu novel karya Jeffrey Archer bertajuk A Prisoner of Birth...



Dah lama dok tengok novel-novel Jeffrey Archer ni, tapi tak rasa nak beli, pasal aku lebih admire John Grisham, mendiang Michael Crichton, David Baldacci, John Siegel dan Dan Brown...tapi bila aku pegang A Prisoner of Birth tu, aku terbaca komen kat belakangnya yang tertulis..."He should be called British's John Grisham.."...

So rasa tertarik pulak...

Sampai rumah dari Penang malam tu, dah settle everything, masa baring-baring tu aku ambik dan bukak la baca...terus aku jadi tidur pukul 3 pagi malam tu...hehe..

Menarik...plot cerita yang mudah kita faham...gaya bahasa seharian...

Maka setiap hari, lepas balik kerja, masa lapang sambil-sambil kat rumah, aku teruskan membaca...dan sempat aku habiskan malam tadi jam 1..hehe...

Cerita berkenaan Danny Cartwright yang dihukum penjara 22 tahun di atas satu pembunuhan yang dia tak lakukan...saksi semua orang berpengaruh, walhal diorang yang bunuh...

Kemudian cara dia nak balas dendam, dan cara dia keluar (escape) dari penjara paling ketat kawalan keselamatannya kat UK, Penjara Belmarsh...keluar rileks je..hehe...

Ada la satu dua part yang macam pelik dan tak logik, maklumlah fiction kan...mana nak perfect...tapi aku suka...

Paling best ialah kerana Jeffrey Archer sendiri ialah bekas Timbalan Pengerusi Parti Konservatif, bekas Ahli Parlimen UK dan pernah kena hukuman penjara 4 tahun (but released after two years)...so dia gambarkan tu berdasarkan pengalaman dia...best...


Ni yang buat aku
teruja nak cari novel
dia yang terbaru ni...
Paths of Glory...








So Jeffrey Archer, welcome to my collections...

Tuesday, May 19, 2009

Akhirnya Malaysia Bebas Dari Mat Rempit...

Samseng Jalanan

Betul...tiada lagi masalah Mat Rempit di Malaysia...bermula hari ini...

Tak percaya??

Istilah 'mat rempit' kini ditukar 'samseng jalanan'

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa serta-merta istilah mat rempit ditukar kepada samseng jalanan, kata Ketua Trafik Polis Bukit Aman, Datuk Abd Aziz Yusof.
- Sumber

So lepas ni kita takkan dengar lagi masalah Mat Rempit berleluasa...ianya akan digantikan dengan masalah Samseng Jalanan...

Err...filem Remp-It nak kena tukar nama tak?

Jadi kita telah berjaya menyelesaikan satu masalah kan...senang je...apa yang pening kepala lama-lama nak fikir nak selesaikan masalah rempit selama ni...

Lepas ni maybe akan ada beberapa perkataan lain lagi yang akan ditukar dan diganti...mungkin perkataan ragut akan digantikan dengan rompak...maka masalah ragut akan selesai...apa nak dikata...

Sunday, May 17, 2009

Meet Tony Srodaeka...

Alkisahnya...hari ni Ahad 17 Mei 2009 kami sekeluarga pi Penang...cadangannya nak balik rumah my parents, tapi dah parents aku pulak ke KL hantar adik aku...kemudian pulak kebetulan abang aku buat kenduri dia nak pi umrah 29/5 ni...so aku pun pi ke rumah kakak aku dulu kat Penang tu...

Lepas Zohor kami pakat-pakat pi rumah abang aku...

Lepas makan-makan dan sesi sembang-sembang, kami pun nak pi Queensbay Mall...kakak aku bawak balik Zain dan kami berempat pun pi lah Queensbay...

Selalunya aku jenis akan masuk parking atas tu, tapi hari ni aku rasa macam nak parking kat luar pulak...maka aku pun parking la kawasan lapang depan main entrance tu..

Keluar kereta je, ternampak van (or is it mini caravan?) ni...

Mini-Caravan Mercedez Benz

Aku pun bagitau wife serta anak-anak, ni van luar negara, dari mana tak sure...aku jengah dalam mini-caravan tu, ada sorang pakcik omputih ni dok bancuh air...so aku tanya, dia kata from Germany...aku minta izin nak ambik gambar, dia kata ok...

Maka masuk lah kami ke dalam Queensbay Mall...takde la shopping apa-apa pun, masuk kedai buku, beli satu dua buku...makan aiskrim...then pusing-pusing sikit...blah...

Masa nak sampai kat kereta, pakcik omputih tadi tengah kunci mini-caravan dia...so aku dengan sesegera mungkin pi kat dia...

Nama dia Tony Srodaeka, warga German...tarikh lahir dia 31 Mei 1926...maknanya dia umur 83 tahun...aku ulangi 83 tahun...!!!


Sila abaikan bahagian perut aku yang agak kelihatan tu ya...

Mini-caravan Mercedez Benz tu dah 22 tahun dia miliki...van tu dah menjelajah ke hampir segenap pelusuk dunia...benua Afrika, India, Siberia, Kanada, Iceland, seluruh USA, Mexico, dan macam-macam negara yang dia sebut tadi...

Dia baru balik dari Singapore...dia stop kat Penang sebab nak ambik visa masuk Thailand, kemudian meneruskan kembara dia ke Tibet...

Yang payahnya ialah dia tak fasih berbahasa Inggeris...teruk benar aku nak faham perkataan dia...most of it aku kena guna pen dan kertas...contohnya aku nak tau umur dia...aku tulis 37, tunjuk kat diri aku...baru dia faham, dia tulis pulak 83...

Oh ya...aku lupa bagitau...dia travel tu sorang-sorang tau...

Hebat kan...

Anak aku Rayyan agak kurang faham macam mana dia travel guna jalan darat...so aku huraikan satu persatu bahawa dia ikut jalanraya macam kita jugak, cuma bezanya dia merentasi satu negara untuk sampai ke negara yang berikutnya...seronok betul Adam dengan Rayyan jumpa benda macam ni...diorang pun kelam kabut ambik gambar dengan van tu dan Pakcik Tony..(Rayyan panggil dia Tony Hawk, sebab he is doing something ekstrim...hehe..)

Aku tau Pakcik Tony bukannya nak baca blog aku...tapi aku nak kongsi kisah Pakcik Tony dengan semua kita...bahawa umur bukan penghalang satu-satu perkara...

Mungkin Pakcik Tony tak de yang mengganggu dia pada usia tu menyebabkan dia mudah nak travel all over the world...tapi kita jugak jangan jadikan alasan umur untuk membataskan kemahuan dan kejayaan kita...

Pakcik Tony membuatkan aku tadi kata kat anak-anak aku..."Nanti kamu semua dah kahwin, Baba nak ajak Mama tour satu dunia macam Pakcik Tony tu la jugak..."...cuma masalahnya, Pakcik Tony badannya fit...aku ambik gambar sebelah dia pulak dah maju ke depan...aiseyman...apa nak dikata...

Wünschen Sie Ihnen Glück...(cheh...baru jumpa orang German dah kalut nak tulis dalam Bahasa German...hehe...)

Thursday, May 14, 2009

Angels and Demons....

Aku sanggup ambil cuti hari ni...maafkan aku, tapi aku gunakan hak aku untuk bercuti...

Tujuannya?

Sebab aku nak jadi antara manusia pertama kat dunia ni yang menonton Angels and Demons, lakonan Tom Hanks...

Kalau korang pernah tonton Da Vinci Code (aku lost count berapa kali aku tonton filem ni, tapi setiap kali Astro pasang je sure aku mengadap lagi...), watak Robert Langdon kembali...

Terutamanya kalau korang ada baca novel Dan Brown, Angels and Demon hasil tulisan dia tahun 2000 tak silap aku...

kulit buku angels & demons

Sebenarnya buku ni ditulis jauh lebih awal berbanding Da Vinci Code, tapi disebabkan aura Da Vinci Code yang telah melariskan jualan semua buku Dan Brown, Ron Howard sanggup buat movie Angels and Demons plak...

So hari ni aku dengan jayanya menonton filem yang trailer dan video clips nya aku dok ikut dalam Facebook dan Twitter sejak sebulan yang lepas...aku masuk tayangan pertama jam 12.30 tengahari tadi...

tiket wayang bukti aku tengok..haha...


Kepada yang dah baca novel tu, maybe korang akan rasa kurang ummph filem tu, pasal kalau dalam novel dia gambarkan se-detail-detailnya, tapi dalam movie kena la suaikan pulak...itu pun makan 2 jam 20 minit tu...kalau nak buat macam dalam buku maunya 5 jam kot...hehe...

Plot tak berubah, cuma ada sikit la yang berubah, hint nya untuk yang pernah baca buku tu...Earth, Fire dan Air tak berubah...cuma Water ada sikit perubahan, tapi smart jugak la perubahan tu...Vittoria tak kena culik macam dalam buku...dan ending Camerlegno tu best...

Tak mau cerita banyak la...baik korang gerakkan badan korang dan cepat-cepat pegi tonton...bak kata Amy Search.."Berbaloi-baloi.."...

Monday, May 11, 2009

Antara Keadilan Mahkamah dan Kekusutan Yang Bertambah...

Justice is when the verdict goes with what we want,right?

Rasanya hampir semua dah tahu, Mahkamah dah isytiharkan bahawa Dato' Seri Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah...

Tahniah diucapkan kepada YAB Dato' Seri Nizar...ini jelas membuktikan bahawa sistem perundangan negara kita masih bebas dan sebarang keputusan tidak pernah dipengaruhi oleh mana-mana pihak, samada Kerajaan atau yang lain...

Syukur jugak kerana pihak penyokong BN mampu menerima keputusan Mahkamah dengan waras, tiada pembaringan berlaku di mana-mana jalanraya dan tiada sebarang tuduhan bahawa Hakim menerima sogokan dari mana-mana pihak kedengaran (setakat entri ini ditulis lah...)

Akan tetapi, bersama keputusan Mahkamah ini timbul beberapa kemusykilan dalam batu jemala aku ni...

Aku bukan orang yang arif tentang undang-undang, dan aku jugak bukan orang Perak...tapi aku tertanya-tanya dua soalan bila baca court ruling tadi...

Soalah Pertama:

Adakah sidang DUN Perak baru-baru ni sah?
Kalau sah, maka Speaker dah orang BN, jadi nanti akan ada undi tak percaya pada Nizar dan pastinya akan diluluskan usul tersebut...dan bertukar MB lah jugak...

Kalau tak sah pulak, maka Siva masih Speaker, jadi Siva akan tolak usul undi tak percaya, maka usul tak dibahaskan....tetapi jumlah ADUN PR ialah 28 orang dan ADUN BN pulak 28+3 (Bebas)...jadi tak de majoriti lah pulak Kerajaan Negeri Perak ni...


Soalan Kedua:

Dato' Seri Nizar mungkin akan mengadap DYMM Tuanku untuk memohon perkenan DYMM bagi membubarkan DUN Perak...

Kalau DYMM Tuanku perkenan pembubaran, ok la akan ada election di seluruh negeri Perak...(sekarang ada deghoyan ke yop?)...

Kalau DYMM Tuanku tak perkenan pembubaran pulak macam mana?

Fuh, makin cuba dilepaskan benang yang tersimpul ni, makin menjadi kusut pulak...

Payah rupanya nak tubuhkan Kerajaan ni, bukan senang main cekup je...

Cuma kesiannya aku pada rakyat Perak la...orang lain dah lama ke depan, deme masih takde Kerajaan yang betul-betul buat kerja...naya kome le Yop...!!

Yang ada asyik naik turun court saja...ni lepas ni nak leraikan kekusutan yang baru timbul pulak, pakat naik turun court lagi...sudahnya tak ke mana, dah sampai PRU 13...hahaha...terus mengundi kan...apa nak dikata...

Friday, May 8, 2009

(18SX)KeKurangHajaran Denmark...

Sebelum baca entri ni sila pastikan anda dah baca rating 18SX tu ya...

Anda semua tentu dah baca Metro hari ni..:

Gempar apabila sebuah akhbar online di Denmark, semalam memaparkan babak mengaibkan sebuah program realiti terbitan sebuah stesen televisyen negara itu yang menonjolkan aksi peserta Survivor Robinson Ekspeditionen berlumba lari dalam keadaan telanjang bulat.

Lebih memeranjatkan apabila seorang pembaca akhbar ScandAsia.com di Internet yang mempunyai pertalian saudara dengan rakyat Malaysia, mendapati rancangan realiti di TV3 Denmark itu menjalani penggambaran di sebuah pulau di perairan Mersing, Johor.

Difahamkan, semua peserta program realiti televisyen yang sedang disiarkan di negara Scandinavia itu dibawa khas dari Denmark bagi mengharungi pelbagai ujian lasak secara fizikal dan mental.

Maka aku pun secara rajinnya membuka la website ScandAsia nak tahu lebih lanjut kan...

Ni gambar-gambar yang aku ambik dari website asalnya, apa bahasa dia pun aku tak paham lah, tapi gambar tak perlukan pemahaman bahasa...

malu tak kalau orang kata..ooo, malaysia macam ni kaa...

terapung...

ada yang pegang-pegang cover line jugak

rasanya dia ni nombor satu ni...

Gambar ni semua aku pixelate kan bahagian yang tak sewajarnya...sebab nak jaga kemurnian blog aku...hehe...kalau sesapa nak tengok yang asal, silakan lah...

Pada hemat aku, perkara ni bukan kecil...

Negara kita dijadikan tempat penggambaran satu rancangan realiti ala-ala Survivor yang memaparkan peserta berbogel...

Dalam Metro kata menggambarkan kunonya Malaysia...

Tapi aku pulak kata bukan kuno, tapi menggambarkan betapa rakyat Malaysia tak kisah benda tu semua...betapa kita pun suka bogel-bogel nih...

Tak ke kurang hajar tu...

Ko datang buat penggambaran kat Malaysia, patutnya kena la hormat budaya kita...

Bukan lah nak suruh ko berlari sambil pakai baju melayu atau kebaya, tapi kalau pakai pakaian macam yang selalu kita tonton dalam Survivor atau Fear Factor tu apa salahnya kan...tak de la sampai tahap dah macam pesta seks liar pulak...

Kerajaan Malaysia harus bertindak...kena sound menatang Denmark ni...

Kalau kita diam kali ni, lepas ni diorang akan datang buat penggambaran filem porn pulak la kat pantai kita...masa tu jangan terkejut kalau pelakon ekstra nya budak Melayu yang kita kenal...

Kita lembut biar bertempat...prinsip, budaya dan pegangan agama jangan sampai tergadai...kalau sampai nanti ada Malaysian yang turut sama berlari macam tu dengan gembiranya, masa tu baru nak bertindak, maka tak de maknanya...apa nak dikata...

Wednesday, May 6, 2009

Bila Manusia Meragut...

Kalau dulu kita tahu perkataan ragut hanya untuk binatang berkaki empat yang makan rumput...lembu meragut di padang...kambing meragut rumput...sebab tu ada dinamakan padang ragut, tempat ternakan tu semua meragut rumput...

Tapi sekarang manusia dah mula nak kongsi sifat binatang tu...

Manusia pun meragut...

Bezanya binatang lembu, kambing, kerbau, kuda dan lain-lain tu bila meragut dia tak kacau orang, tapi manusia bila meragut akan kacau orang lain...



Aku rasa semua dah tahu kisah wanita hamil yang maut selepas koma 36 jam akibat jatuh motor kena ragut di Johor tu kan...

Jamilah menemui ajal selepas bertarung nyawa lebih 36 jam dalam keadaan koma apabila terjatuh dari motosikal sebaik beg tangan dalam raga disentap peragut dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, Ahad lalu, di Taman Air Hitam, Batu Pahat.

Difahamkan, ketika kejadian, Jamilah yang bekerja sebagai jurujual kedai kraftangan di pekan Ayer Hitam, baru membeli makanan dan barangan keperluan harian di sebuah pasar malam untuk dibawa pulang ke rumahnya di Jalan Mekar, Taman Mekar, kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

Allahyarham terjatuh dari motosikalnya dengan muka terhentak jalan.

Seorang lelaki yang lalu di kawasan berkenaan melihat dua lelaki melarikan diri selepas meragut beg tangan mangsa.

“Berdasarkan cerita rakan, motosikal arwah terseret beberapa meter, mungkin disebabkan sentapan kuat pada beg tangannya yang disimpulkan pada cermin sisi. Ini menyebabkan Jamilah gagal mengawal motosikal sebelum terjatuh,” katanya.

Razali berkata, arwah dibawa ke HSA dari Hospital Batu Pahat pada awal pagi Isnin lalu bagi menerima rawatan rapi, tetapi gagal diselamatkan akibat parah di kepala serta muka.

Terbaru ni aku baca kat Metro Online pulak :

Warga emas maut terhantuk dinding

BUTTERWORTH; Seorang warga emas berusia 86 tahun maut akibat terhantuk dinding selepas ditumbuk peragut yang melarikan rantai emas anaknya berusia 58 tahun di Kampung Besar, Tasek Gelugor, di sini semalam.


Dan dari Berita Harian pulak :

Ibu mengandung mangsa ragut maut dirempuh kereta selepas tercampak dari motosikal

KOTA BHARU: Seorang ibu yang mengandung tiga bulan, maut apabila selepas tercampak dari motosikal dan dirempuh sebuah kereta akibat diragut dua lelaki bermotosikal dekat Padang Raja di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu, mangsa, Saripah Mohd Nor, 33, mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk pada tubuh.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Kuala Jel, Repek, dekat Bachok, selepas seminggu menjaga ibunya di Kampung Tok Bedolah, Tumpat,

Betul tak apa aku kata...manusia bila meragut, perangai haiwan yang dipinjamnya lebih teruk dari haiwan sendiri...

Binatang meragut tanpa kacau binatang lain, tapi manusia meragut sampai tahap membunuh...

Bukan satu dua kes pertama berkaitan mati akibat ragut ni, dah banyak kali dah, tapi tetap akan ada manusia yang nak bersifat haiwan ni...

Kalau dapat ditangkaplah peragut ni, biar hukuman yang berat bagi kat depa...kalau yang mangsa meninggal dunia mungkin akan kena charge membunuh tanpa niat kan, tapi yang sekadar meragut tu, biar bagi kena teruk jugak la...supaya mereka takut nak buat lagi...

Kita jugak pernah jumpa peragut yang dibelasah oleh orang ramai bila kena tangkap...tak salahkan orang ramai la, kalau aku ada kat situ pun aku tumpang jugak sekaki dua...geram tau..

Orang zaman sekarang nak cari duit bukan senang, depa senang-senang nak ragut je kan...

Nak mudah pergi la padang ragut, sama-sama meragut dengan kambing dan lembu tu...kalau nasib ko baik, lembu tu tendang pasal meragut hak milik dia...hehe...apa nak dikata...

Saturday, May 2, 2009

Aku Kembali...

Aku kembali tak sesibuk hari tu...ada jugak la kerja, tapi tak macam dua tiga minggu lepas la...

Sebenarnya yang menjadikan aku teramat sibuk masa tu ialah pasal aku dah commit pada dua program yang berlangsung pada hari yang sama...macam yang aku ceritakan dalam posting sebelum ni la...

Tapi Alhamdulillah, berkat ketekunan dan keyakinan aku dan staff, kami berjaya handle kedua-dua program tu...tak lupa jugak hasil tenaga kawan-kawan dan isteri aku, dia pun sama tungkus lumus dengan aku masa Forum Pengukuhan Integriti tu...

Sebenarnya ada sebab kenapa aku pulun Forum Pengukuhan Integriti tu...sebab kebelakangan ni ada usaha-usaha tidak murni sesetengah pihak cuba mengganggu kerja aku kat pejabat ni...biasa la manusia...masa aku pergi kerja dekat setahun dulu tanpa ada bajet nak buat program, sapa pun tak kisah...bila aku dah dapat bajet dan banyak program, semua nak menyibuk...

Tapi aku bersyukur kerana pucuk pimpinan negeri menyokong aku...YAB Menteri Besar sendiri...YB EXCO Agama pun sama...dan beberapa YB EXCO lain jugak hadir ke program aku dan puji (hehe...) dan minta kami teruskan program macam tu...

So aku harap semuanya akan kembali seperti biasa di pejabat aku...kalau rasa bajet program aku banyak sangat yang diluluskan setahun, potong la sikit...ikhlas ni...berapa banyak aku dapat peruntukan setahun tu tak yah le aku cakap kat sini, tapi memang banyak gak la...hehe...

Disebabkan aku terpaksa berada di barisan hadapan masa kedua-dua program tu, maka tak dapat lah aku snap gambar sendiri, terpaksa tunggu gambar dari pihak yang ambik hari tu...

Ni ada sikit yang diambil oleh aku, wife aku dan dari akhbar Kosmo...yang lain-lain nanti aku upload le kalau rajin...


Ni sewaktu Forum Pengukuhan Integriti berlangsung.


Ni pulak masa Perasmian Penutup Forum tu...kelihatan yang duduk tu aku le sebelah YAB Menteri Besar..hehe..


Dan ni gambar selepas Kursus Bina Insan...(sebenarnya hanya anjuran Institut As-Sunnah Negeri Perlis dan Bahagian Agama dan Kaunseling IPK Perlis, mana plak datang AADK tu aku pun tak pasti...)

Sebenarnya peristiwa yang berlaku pada aku hari tu (yang kisah orang menyibuk kat opis tu la) merupakan pengajaran jugak buat aku...bila buat sesuatu tu, buat betul-betul sepenuh daya mungkin, pasal kalau kita buat betul-betul, tak de ruang untuk manusia nak celah dan kritik kita...itulah yang aku cuba prove that day, dan rasanya aku dah berjaya...

Lepas ni bila dah lapang sikit boleh la aku celoteh balik dalam hal-hal isu semasa ni, maklumlah politik ni pun dah macam-macam benda berlaku...lepas ni nanti kita story ya...apa nak dikata...