Thursday, May 12, 2016

Lamaaaaaanyaaaaa tak menulis kat sini...hahaha...
Zaman Facebook ni, semua dah lari ke sana.

Okay, tujuan tulis ni pun ada kaitan dengan Facebook gak sebenarnya.

Biras aku, Dr Ahmad Asmadi Yusoff baru saja launch satu website, myfAD, yang bertujuan mengiklankan produk atau apa jugak bahan iklan, di Facebook, secara viral dan banyak share.

Untuk tujuan tu, myfAD akan dibayar oleh pengiklan sejumlah wang untuk sejumlah bilangan share, kemudian iklan tu akan di share ke FB oleh para subscribers myfAD. Siapa subscribers myfAD? Haaaa...ni la nak bagitau. Kita-kita ni semua berpeluang jadi subscribers myfAD. Sambil main FB, kita dibayar untuk share iklan di FB...



Amacam, boleh faham tak?

Berikut adalah beberapa ringkasan yang aku buat sendiri.

S. myfAD tu apa?
J. myfAD tu ialah sebuah syarikat, yang akan mempromosikan iklan penjualan barang atau sebarang bentuk iklan, di FB. myfAD terdiri dari subscribers, merchant dan affiliate.
Subscribers ialah semua pengguna FB yang berdaftar dengan myfAD. 
Merchant ialah pelanggan yang bakal menggunakan khidmat myfAD untuk iklankan barang atau iklan mereka.
Affiliate ialah NGOs atau mana-mana pertubuhan yang menyertai myfAD dan mendapat manfaat kewangan dari myfAD melalui klik iklan.

S. Macam mana cara myfAD dijayakan?
J. Macam ni, Merchant nak iklankan barang tau apa jugak produk di FB. Kalau sendiri-sendiri, maybe la dapat sikit je share dan viral. So dia gunakan myfAD. Dia akan bayar myfAD sejumlah wang untuk sejumlah share. Katakan dia nak cecah sepuluh ribu share di FB supaya viral, maka dia bayar la jumlah yang myfAD tetapkan.
myfAD pulak, akan pilih dari kalangan Subscribers, yang jantina, tahap umur dan kecenderungan mereka berkait rapat dengan iklan atau produk merchant tadi. Kemudian myfAD akan send mereka iklan tu, dan sekiranya mereka setuju untuk share di FB, maka mereka akan dibayar komisyen.
Sekiranya Subscribers tu pulak mendaftarkan dia dengan mana-mana affiliate, maka NGO yang dia daftarkan akan dapat jugak komisyen.

S. myfAD ni MLM ke?
J. Tak laaaahh. myfAD bukan MLM sebab TIADA YURAN dikenakan nak register. Takde satu sen pun. Dan takde satu barang pun yang kena jual. Hanya sambil browse FB, kalau dapat notification dari myfAD, tekan button share. Dapat duit komisyen.

S. Abis tu kalau bukan MLM, kenapa kena ada downline?
J. Downline tu bertujuan meluaskan network myfAD, disamping bagi peluang untuk Subscribers buat duit lebih. Kalau ada downline, dan downline tu dapat jugak pilihan untuk share iklan dari myfAD, maka Subscribers tu pun dapat komisyen, selain downline tu pun dapat. Tapi sampai Level 2 je yeee...

Kalau ada yang nak tahu lebih lanjut, sila klik SINI. Baca apa yang termaktub di laman web myfAD tu, pastu kalau sesuai di hati, klik Register. 

InsyaAllah, bermula Jun, iklan2 dari Merchants akan mula membanjiri myfAD. Jadi jom laaaahhhh REGISTER...


Thursday, September 25, 2014

Khilaf Tarikh Aidil Adha; Sejauh Mana Kekusutannya dan Sampai Bila?

Tulisan ini telah diedit untuk menepati tarikh terkini. Tulisan yang asal telah disiarkan pada 12 November 2010. 
------------------------------------------------------------------------------

Kita di Malaysia akan menyambut Aidil Adha pada tarikh 5 Oktober 2014, hari Ahad.

Arab Saudi pula mengisytiharkan tarikh 9 DzulHijjah, iaitu tarikh hari ibadat wukuf pada hari Jumaat, 3 Oktober 2014.

Andai mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi, maka Aidil Adha ialah pada hari Sabtu, 4 Oktober 2014. Itu lah yang akan dilaksanakan oleh umat Islam di Arab Saudi, termasuklah jemaah haji dari Malaysia yang sedang berada di sana, Thailand dan beberapa negara Islam lain.

Persoalannya, kenapa Malaysia berbeza dengan Arab Saudi?

Untuk menetapkan tarikh hari ibadat Wukuf, iaitu 9 DzulHijjah, Kerajaan Arab Saudi akan mencerap anak bulan pada pemulaan bulan DzulHijjah. Penetapan tarikh dibuat betul-betul menggunakan kaedah Rukyah, iaitu melihat anak bulan. Arab Saudi tidak menetapkan berdasarkan Hisab. Hisab ialah perkiraan yang dilakukan oleh Ahli Falak atau Ahli Astronomi berdasarkan pergerakan bulan, bintang dan lain-lain. Untuk menetapkan ibadah puasa di bulan Ramadhan, Syawal dan DzulHijjah, Arab Saudi menggunakan rukyah, manakala Hisab digunakan untuk menetapkan perkiraan bulan-bulan lain kerana Arab Saudi menggunakan sepenuhnya Taqwim Hijri di dalam urusan rasmi mereka.

Aku pernah melalui satu tahun di mana taqwim untuk tahun tersebut terpaksa diubah kerana penetapan Dzulhijjah yang berbeza dengan apa yang telah tertulis di dalam Taqwim. Tahun itu, sepatutnya DzulQaedah adalah 30 hari berdasarkan Hisab dan itu yang tertulis di dalam kalendar Hijri tahun tersebut, tetapi oleh kerana anak bulan telah kelihatan, maka rukyah di utamakan dan kalendar tersebut diubah menjadikan DzulQaedah hanya 29 hari.

Kenapa Arab Saudi mencerap anak bulan DzulHijjah?

Kerana Arab Saudi ialah pemerintah yang bertanggungjawab menjaga Dua Tanah Suci Mekkah dan Madinah. Setiap tahun, umat Islam dari seluruh dunia akan berhimpun pada tarikh 9 DzulHijjah bagi mengerjakan rukun Haji, berdasarkan Hadis Rasulullah SAW :

"الْحَجُّ عَرَفَةُ"

Yang bermaksud : Haji itu ialah (wukuf di) Arafah

Maka sebagai melaksanakan tanggungjawab mereka, pemerintah Arab Saudi melaksanakan rukyah bagi menentukan permulaan Dzulhijjah untuk mendapatkan perkiraan yang tepat bagi ibadah sebesar Haji ini.

Semua mengetahui Aidil Adha di sambut pada 10 DzulHijjah, sehari selepas wukuf di Arafah.

Atas dasar inilah, Aidil Adha adalah tertakluk kepada Hari Wukuf di Arafah, kerana 10 mesti datang selepas 9. Tarikh 9 DzulHijjah ditetapkan bertujuan penyempurnaan ibadah Wukuf yang berlangsung di Arafah yang terletak di Arab Saudi, bukannya di tempat lain.

Maka menjadi satu kemusykilan kenapa kita perlu mencerap anak bulan Dzulhijjah di Malaysia. Alangkan penetapan tarikh Ramadhan dan Syawal untuk kita di Malaysia ni adalah berpaksikan Hisab (dan Rukyah). Kita meletakkan Hisab terlebih dahulu dan rukyah kita hanyalah sebuah syarat untuk Ramadhan dan Syawal. Kenapa untuk DzulHijjah kita perlu melakukan perkara yang sama?

Kita tidak bertanggungjawab menetapkan tarikh Aidil Adha, kerana ianya akan tetap berlaku pada tanggal 10 DzulHijjah. Dari mana datangnya 10 DzulHijjah, dari 9 DzulHijjah, Hari Wukuf di Arafah. Maka kita sewajarnya menuruti tarikh yang diletakkan oleh pemerintah Arab Saudi yang berdasarkan rukyah tersebut kerana mereka mencerap untuk Ibadah Wukuf, bukannya untuk Aidil Adha.

Besar sangat kah masalah khilaf tarikh ini?

Aku unjurkan masalah yang berhubungkait dengan kekhilafan tarikh antara Malaysia dan Arab Saudi ini.

1. Bila kita nak tunaikan puasa sunat 9 DzulHijjah? Adakah Jumaat (mengikut taqwim Arab Saudi) atau Sabtu (Mengikut Taqwim Malaysia)

2. Bila kita nak Solat Aidil Adha (tak perlu hujahkan ianya hanya solat sunat, tak perlu bising-bising kerana itu hujah yang tidak berhujah sebenarnya)Sabtu (mengikut Arab Saudi) atau Ahad (mengikut Malaysia)?

3. Sembelihan Qurban pada hari Rabu. Mengikut Taqwim Malaysia, Rabu 8 Oktober 2014 ialah bersamaan 13 DzulHijjah, hari terakhir dari Hari-Hari Tasyriq yang dibolehkan kita melakukan sembelihan Qurban sehingga waktu Asarnya...tetapi kalau mengikut taqwim Arab Saudi, Rabu itu dah 14 DzulHijjah, bukan lagi hari Tasyriq. Jadi masihkan sembelihan itu dikira Qurban atau jadi sedekah umum sahaja?

Ini adalah di antara sedikit persoalan yang timbul akibat kekhilafan tarikh Aidil Adha antara Malaysia dan Arab Saudi.

Masalah ini bukan baru timbul setahun dua, tetapi dah lama. Sejak aku kecik dah dok dengar selalu berlaku. Takkan tak ada satu pihak berwajib, khususnya yang berkaitan agama boleh duduk berbincang hal ini. Bukan memerlukan masa yang panjang pun, tapi akan pastinya memberi kesan untuk jangka masa yang amat panjang. Wallahua'alam...Apa nak dikata...

Tuesday, April 22, 2014

Penggalakan Jenayah Sekual

Post pendek saja.

Kita banyak jumpa jenayah seksual...khususnya kalangan remaja..muda-mudi...sampai tahap budak sekolah pun dah berani nak rogol cikgu...

Kadang-kadang tanpa sedar, kita adalah penggalaknya.

Ye lah....kalau tak menghalang maknanya kita redha la...

Halang apa? Ni adalah koleksi iklan ubat seks sepanjang aku melayari Facebook dalam sekitar setengah jam tadi...

Takde ke undang-undang boleh halang? Apa nak dikata...