Sunday, April 26, 2009

Aku Sibuk...



Aku amat sibuk...

Selasa 28 April ni aku anjurkan dua program...ya serentak...gila tak?Hehe...

Program pertama Forum Pengukuhan Integriti...aku kerjasama dengan Institut Integriti Malaysia...diorang akan turun Perlis...program setengah hari saja...perasmian penutup oleh MB Perlis...hadirin about 200 orang...

Program kedua tu tiga hari...28 - 30 April...aku kerjasama dengan Ibupejabat Polis Kontingen Perlis...baik dengan polis plak...hehe...Kursus Bina Insan...

So pandai-pandai la aku bahagikan masa aku dan staf untuk dua program tu...tapi penganjr bersama banyak gak bantu...maklumlah, aku baru saja kehilangan dua orang pekerja yang berhenti sebab dapat kerja yang lebih baik...

Tapi minggu lepas ni agak serabut...dalam pada aku sibuk ni, ada pulak khabaran yang kurang menggembirakan...aku pun tak tau la...kenapa susah sangat manusia nak puas hati dan tak kacau kerja orang lain kan...

Aku buat kerja banyak pun nak marah...kalau aku duduk goyang kaki kang hangpa kata aku makan gaji buta pulak...tah la...

So tak sempat nak jenguk lama-lama alam siber ni dua tiga hari ni...lepas Selasa tu maybe aku akan boleh tarik nafas lega 60%...then lagi 40% lepas masuk bulan Mei...

Oh ya...Perlis tengah musim Harumanis...mangga (mempelam) numero uno...sedap...manis...harum...so silalah berkunjung ke Perlis ya....

Program aku Selasa ni kat Dewan Residensi...bermula jam 8.30 pagi...sapa-sapa yang berjalan ke Perlis tu singgah la program aku bagi ramai...the more the merrier...hehe...apa nak dikata...

Monday, April 20, 2009

Jejak Kasih Di Internet...

Rupanya internet memang hebat...

Aku pernah cerita dulu yang kawan-kawan aku masa kat Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Al-Irsyad ni ada buka satu Yahoo Group kan...dan masing-masing pakat trace la kawan-kawan lama...

Ada satu kawan ni, memang best friend aku...kawan paling lama dalam sejarah hidup aku...

Nama dia Nor Azman Mohamad...

Dia kawan aku masa sekolah rendah, Sekolah Kebangsaan Bagan Ajam, Butterworth...rumah dia terletak belakang perumahan aku...so kami memang sama-sama main...sama-sama jatuh BMX sampai terkoyak lutut...hehe...tapi dia pakai Shimano la, aku pakai cap apa tah, local je...hehe...(untuk yang tak tau, bawak Shimano pi sekolah kira macam bawak RXZ la berbanding EX5..hehe..)...

Then bila masuk sekolah menengah pun, kami pi sekolah yang sama...cuma dia dok hostel dan aku dok rumah saja la...tapi sebab aku dekat rumah dia, aku kira banyak jadi perantara la...

Lepas sekolah, dia ikut mak dia ke KL...mak dia dok Klang Gate masa tu...bila aku cuti dan pergi rumah arwah tok aku kat Subang, aku sure cari dia...zaman tu kami lepak kat Central Market...makan McDonalds kat Dayabumi...mana ada dah McD kat situ kan...haha...zaman McD jual air tebu la kiranya...Man sure minum air tebu...hahaha...

Then bila aku sambung study, balik cuti aku still ada contact dia jumpa...

Masa tu kami terputus hubungan...Dalam Yahoo Group kami pun tak dak sapa tau mana dia pi...

Cuma aku ada clue sikit, dia ni pernah jadi kartunis kat majalah Ujang (zaman Kharisma dulu)...nama kartunis dia Jering...

Semalam, aku dok baca blog Mazidul Akmal Sidik...memang aku dok ikut blog dia, tapi jarang aku nak buka ruangan komen kat situ...tetiba semalam rajin plak aku nak baca komen orang...maka ternampak la satu Blogger ID bernama Kartunis Gandum...aku pun pi blog Brader Gandum ni...sebab aku tau, dulu-dulu aku pernah dok baca kartun Gandum masa Man a.k.a Jering dok melukis di situ...

So aku perkenalkan diri kat Shout Box Gandum ni dan bagitau niat aku nak cari kawan ku tu...kot-kot dia kenai dan dapat bantu aku...malamnya dia bagi feed back yang dia akan cuba bantu aku...



Pagi tadi bila aku check email, ada email dari Bro Gandum...dia bagi nombor telefon Man a.k.a. Jering dan bagitau bahawa Man jugak cari aku...



Maka aku pun call la Man tadi...berborak...kemudian sambung kat YM...dan akan sambung lagi malam nanti...maklum la, dah 15 tahun tak dengar khabar berita...

Tu la kisahnya...sapa yang pernah kembali jumpa kawan yang lama terpisah sure tahu rasanya...tambah pulak kawan yang amat baik...

Jadi banyak rupanya kesan internet ni...cuma pandai dengan tak pandai nak guna saja...kalau nak guna cara tak elok, maka jadilah tak elok...tapi kalau guna secara yang baik dan positif...banyak manfaatnya...apa nak dikata...

Thursday, April 16, 2009

Pilihanraya Lagi...



Naik cemuih (faham cemuih?...: BOSAN) dah...sejak habis Pilihanraya Umum ke12 Mac 2008, dah 5 pilihanraya kecil yang negara kita lalui...ni dah nak masuk 6, lepas Fairus letak jawatan ADUN Penanti pulak...

Satu fakta menarik yang aku nak kongsikan, yang rasanya semua orang pun tahu dah...

Sebab-sebab pilihanraya kecil dari Mac 2008 hingga sekarang :

(Akibat Kematian)
Kuala Terenganu : PAS
Bukit Gantang : PAS
Batang Ai : BN

(Meletak Jawatan)
Permatang Pauh : PKR
Bukit Selambau : PKR
Penanti : PKR

Kalau yang akibat kematian itu memang tak boleh elak la kan...dah taqdir ajal maut di tangan Allah, maka sebagai hambaNya kita mesti patuh dengan ketentuan ini dan kita redha dengan pilihanraya semula tu

Tapi letak jawatan sebab nak pilihanraya semula ni...leceh la...

Kalau asyik nak pilihanraya saja, bila nak buat kerja? Sekali pilihanraya bukan sikit SPR kena belanjakan untuk tujuan tu...

So rasanya elok lah kita semua pakat-pakat fikir sekejap...kalau nak jadi ADUN atau Ahli Parlimen kita, hanya untuk masa singkat, lepas tu letak jawatan untuk nak meriahkan suasana pilihanraya kecil saja, maka itu bukan Wakil Rakyat...itu wakil parti politik...sebab wakil rakyat bekerja untuk rakyat, tapi wakil parti politik memang bekerja untuk parti politik...

Aku tak dak masalah kalau ADUN atau MP itu dari parti pembangkang, tetapi biarlah dia bekerja untuk kita...kalau pembangkang pun, biarlah yang berjiwa rakyat, bukan berjiwa parti politik...

Tah la kan...dah macam tak de nilai wakil rakyat zaman ni, rasa nak letak jawatan je letak...isytihar pilihanraya kecil...rasanya nak lari pergi bercuti lama-lama..pergi je....tak kisah kawasan tak jaga...rasanya nak lompat parti pun, lompat je...tak kisah ke rakyat yang pangkah dia dulu letak amanah...

Tak tau la apa lagi yang nak mendatang, sementara nak tunggu PRU 13 nanti, maunya berbelas pilihanraya kecil nak kena tempuh kalau trend dah macam ni...apa nak dikata...

Tuesday, April 14, 2009

Kesiaaannnnn....

Membaca berita terkini petang ni aku rasa nak nangis pun ada...

Perlis perketat peraturan poligami

KANGAR: Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis, Jafperi Othman berkata kerajaan negeri sedang memperketat dan memperhalusi peraturan untuk berpoligami setelah mendapati ia menimbulkan banyak masalah.

Katanya, berpoligami tanpa pengetahuan isteri pertama menimbulkan banyak masalah dan ada isteri yang datang ke Mahkamah Syariah secara tidak sopan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan suami mereka.

Beliau mendedahkan hal berkenaan ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Yang Pertama (2008) tahun 2009 pada persidangan dewan undangan negeri Perlis di sini hari ini.

Pada masa ini peraturan berpoligami di Perlis tidak memerlukan suami mendapatkan persetujuan isteri pertama.
- Sumber

Bukan...aku bukan menangis kerana nak poligami...tapi kalau korang pernah baca entri aku yang ini dan yang ini...pasti korang faham...

Sekarang ni pun ada 6 e-mails yang aku tak dapat nak buat apa-apa untuk membantu membina masjid baru ni...

Nampaknya pasangan yang terakhir aku dapat bantu ialah masa November 2008 hari tu la...

Tahniah aku ucapkan kepada yang telah selamat dan berjaya...kepada yang baru google dan baru jumpa entri aku yang dua tersebut, aku nak kata mustahil tu tidak la...tapi separuh impossible la...unless korang sanggup memberitahu kepada yang 'pertama' dan sanggup dia hadir masa perbicaraan permohonan korang la...

Apakan daya...hajat dihati nak bantu orang...tapi tak kesampaian...teringat filem Madu Tiga pulak...kesiaannn...apa nak dikata...

Monday, April 13, 2009

Penjara Best...

Selalu kita dengar orang merungut...masuk lokap atau penjara makan tak best...makan timun dan telur rebus la...

Nak penjara best???

Ni ha...kat Austria...hebat kan...



























So lepas ni kepada penjenayah yang terasa nak complaint kalau dah masuk penjara tu...sebelum buat jenayah tu sila berhijrah ke Austria...mudah-mudahan anda kena masuk penjara dalam gambar tu...hehe...apa nak dikata...

Thursday, April 9, 2009

Kabinet Baru...

PERDANA MENTERI:

Datuk Seri Najib Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:

Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)

4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T.Murugiah


MENTERI KEWANGAN:

Datuk Seri Najib Razak


MENTERI KEWANGAN II:

DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH


Timbalan:

1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr Awang Adek Hussin



MENTERI PELAJARAN:

Tan Sri Muhyiddin Yassin



Timbalan:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Dr Mohd Puad Zarkashi



MENTERI PENGANGKUTAN:

Datuk Ong Tee Keat



Timbalan:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew



MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Tan Sri Bernard Dompok



Timbalan:

1. Datuk Hamzah Zainudin



MENTERI DALAM NEGERI:

Datuk Seri Hishammuddin Hussein



Timbalan:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat



MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim



Timbalan:

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie



MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Datuk Peter Chin Fah Kui



Timbalan:

Noriah Kasnon



MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Datuk Seri Shafie Apdal



Timbalan:

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun



MENTERI PENGAJIAN TINGGI:

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin



Timbalan:

1. Datuk Dr Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah



MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Datuk Mustapa Mohamed



Timbalan:

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan



MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:

Fadillah Yusof



MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Datuk Douglas Uggah Embas



Timbalan:

Tan Sri Joseph Kurup



MENTERI PELANCONGAN:

Datuk Ng Yen Yen



Timbalan:

Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib



MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Datuk Noh Omar



Timbalan:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim



MENTERI PERTAHANAN:

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi



Timbalan:

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad



MENTERI KERJA RAYA:

Datuk Shaziman Abu Mansor



Timbalan:

Datuk Yong Khoon Seng



MENTERI KESIHATAN:

Datuk Liow Tiong Lai



Timbalan:

Datuk Rosnah Rashid Shirlin



MENTERI BELIA DAN SUKAN:

Datuk Ahmad Shabery Cheek



Timbalan:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng



MENTERI SUMBER MANUSIA:

Datuk Dr S.Subramaniam



Timbalan:

Datuk Maznah Mazlan



MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Datuk Ismail Sabri Yaakob



Timbalan:

Datuk Tan Lian Hoe



MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Datuk Kong Cho Ha



Timbalan:

Datuk Lajim Ukin



MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Datuk Seri Sharizat Jalil



Timbalan:

Datin Paduka Chew Mei Fun



MENTERI LUAR:

Datuk Anifah Aman



Timbalan:

1. A.Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong



MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin



Timbalan:

Datuk M.Saravanan

Wednesday, April 8, 2009

Haa...Yang Hilang Dah Balik Sendiri Pun...

Tahniah kepada PAS kerana mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang...

Tahniah kepada BN kerana mempertahankan kerusi DUN Batang Ai...

Tahniah kepada PKR kerana mempertahankan kerusi DUN Bukit Selambau...

Masih ingat berita ini...?


Klik gambar untuk membaca

Dan ini dari berita terkini di akhbar hari ini...



Bekas Adun Bukit Selambau muncul selepas dua bulan menghilang

ALOR SETAR: Bekas Ahli Dewan Udangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, V Arumugam hari ini muncul buat kali pertama selepas dua bulan menghilangkan diri dan meletakkan jawatan yang didakwanya akibat ugutan dan ancaman ke atas diri dan keluarganya oleh pihak tertentu.

Arumugam berkata, selama dua bulan menghilangkan diri beliau berada di Chenai, India dan sentiasa mengikuti perkembangan politik di kawasan yang ditinggalkannya itu menerusi internet.

"Saya minta maaf kepada semua penduduk Bukit Selambau kerana saya tidak berniat lari daripada tanggunjawab tetapi keadaan ketika itu amat memaksa saya bertindak demikian. Saya perlu memikirkan keselamatan diri dan keluarga.

"Saya tidak menyesali keputusan meninggalkan jawatan sebagai Exco kerana sudah ditentukan tuhan... tuhan kata saya hanya pegang jawatan itu selama 11 bulan maka itu sajalah.

"Saya juga tidak berasa bersalah mengenai tindakan ini kerana ia sesuatu yang saya perlu lakukan saya harap rakyat faham. Saya tidak lari saya cuma menenangkan fikiran," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di sini, hari ini.

Beliau tiba di LTSAH selepas kembali dari Chennai melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Hadir sama menyambut beliau, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dr Abdul Isa Ismail dan Adun Bukit Selambau yang baru, S Manikumar.

Arumugam yang masih lagi memegang jawatan Timbalan Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Merbok berkata, tumpuannya ketika ini adalah untuk mencari pekerjaan yang sesuai selain menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti mengenai hasratnya untuk aktif semula dalam politik.

So...

Kepada sesiapa yang menuduh beliau diculik oleh pihak BN hari tu...macam mana sekarang?

Kepada sesiapa yang menafikan dia ada kat Chennai India hari tu...macam mana sekarang?

Bollywood will always be Bollywood...apa nak dikata...

Monday, April 6, 2009

Those Good Old Days Are Back...!!

Pagi tadi Tun Mahathir telah turun berkempen di Bukit Gantang...katanya TV1 siarkan secara langsung ucapan Tun Mahathir tu, tapi atas sebab kerja aku tak dapat tengok la dan aku yakin ramai jugak tak dapat tengok...

So terima kasih kepada pemuatnaik (uploader lah tu...) video ni...tapi ini baru part one...nanti sambungannya aku susulkan lagi...



Sunday, April 5, 2009

Stop...Look...Go...

Gambar hiasan

Siapa kata seks tak penting dalam rumahtangga...???

CHENNAI: Dalam satu kejadian jenayah yang mengerikan, seorang suami yang hilang kawalan, membunuh isterinya hanya kerana wanita itu menolak untuk mengadakan hubungan seks dengannya.

Selepas membunuh wanita yang menyara keluarga itu sejak 10 tahun lepas, lelaki terbabit didakwa mengadakan hubungan seks dengan mayat isterinya itu.

Dahsyat kan...

Pembunuhan itu berlaku di Poonamellee, kira-kira 15 kilometer dari bandar ini, apabila lelaki berusia 34 tahun yang tidak bekerja itu, Subash Krishnan, pulang dalam keadaan mabuk pada kira-kira jam 1.30 petang dan mahu mengadakan hubungan seks dengan isterinya.

Mangsa, Shanti, 28, yang menyara kehidupan keluarga itu dengan menjual jus buah, menegur suaminya kerana sering meminta untuk mengadakan hubungan seks dan tidak membantu keluarga mencari pendapatan.

Berang dengan penolakan isterinya itu, lelaki berkenaan mengkasari Shanti menyebabkan mangsa jatuh dan tidak sedarkan diri. Lelaki itu kemudian menjerut mangsa dengan tali.

"Lelaki itu mengaku melakukan kedua-dua jenayah itu dan hasil siasatan mengesahkan dia mengadakan hubungan seks selepas membunuh isterinya.

Kalau nak baca sepenuhnya, baca kat SINI...

Memang betul seks bukan segalanya berkenaan rumahtangga...tapi tak boleh la dipandang terlalu remeh...

Tapi tak boleh pulak dijadikan perkara utama bila kahwin...asal jumpa aja 'nak'...jumpa aja 'nak'...banyak lagi aspek dalam perkahwinan ni...Kerja cari makan dan rezeki pun penting jugak...jangan la asyik 'nak' aja tapi malas kerja..kan...

Dan kalau 'keadaan' tak mengizinkan, jangan la 'nak' jugak...sampai kalau tak dapat nak bercerai berai ke...berbunuh bunuh ke...dah sampai 'traffic light', kalau kena stop terpaksa la stop...takkan nak redah aje...kan...hehe...



Kalau zaman dulu orang pakai "Stop, Look, Go"...berhentikan kereta...tengok ada kereta datang tak...kalau jalan clear boleh la go...

Kalau tak nak pakai 'traffic light' pun boleh...pakai Stop, Look, Go jugak la...jangan la ada kereta datang pun nak jalan jugak...kang berlanggar....



Dan lagi teruk kalau dah kereta berduyun-duyun datang, sampai nak keluar simpang pun susah...jangan la nak marahkan kereta yang kita naik tu pulak....maki dalam hati dah la kan...memang susah nak keluar simpang...terutamanya kalau baru pass lesen memandu...hehe...apa nak dikata....

p/s: Kalau yang faham, ok...yang tak faham...takpa...tak penting sangat pun...cuma berhati-hati di jalan raya ok...hehe...

Saturday, April 4, 2009

This Is Why I Love Tun Mahathir...

Hari ni Tun Mahathir, Tun Siti Hasmah dan Datuk Mokhzani Tun Mahathir dah serahkan borang UMNO kepada YAB Datuk Seri Najib...dan menurut YAB Perdana Menteri, Tun Mahathir dan keluarga kembali di dalam UMNO bermula hari ini...



Ironiknya, Tun Mahathir pernah dipecat dari keahlian UMNO oleh Tunku Abdul Rahman pada 26 September 1969 kerana mengkritik kepimpinan waktu itu, kemudian kembali menganggotai UMNO pada zaman Tun Abdul Razak tahun 1972....kemudian keluar dari UMNO pada zaman Tun Abdullah pada 19 Mei 2008 dan kembali ke pangkuan UMNO pada waktu Datuk Seri Najib Tun Razak....

Part yang paling best yang aku nak share ialah jawapan Tun Mahathir ni... :

To a question on how he feels BN will fare in the by-elections, Tun Dr. Mahathir said it was too early to tell but was willing to pick a guess '50-50.'

Asked as to the prospect of facing his old nemesis namely de facto PKR leader Anwar Ibrahim, Tun Dr. Mahathir replied sarcastically "Anwar who?"

"Oh, the one who wants to be the prime minister last Sept 16. Nevermind, we will see," he said.

Hehehe...Tun Mahathir will always be himself...dia tau macam mana nak jawab soalan...apa nak dikata...

Friday, April 3, 2009

First Big Steps...

Agak terkejut jugak dengar Perutusan YAB Perdana Menteri Malaysia yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak tadi bila part berikut :

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengumumkan bahawa pihak kerajaan akan menarik balik larangan penerbitan sementara bagi dua surat khabar serta membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkuat kuasa serta-merta. Proses kajian semula terhadap Akta ISA akan juga dimulakan.

Saya sedar sudah tepat masanya kita mengambil langkah-langkah demikian untuk mengukuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap pihak yang berwajib atas soal keselamatan negara serta mengembalikan keutamaan kita untuk menangani ancaman-ancaman yang dianggap berbahaya dan munasabah. Kementerian Dalam Negeri akan memberikan butir-butir selanjutnya selepas ini.

Tapi bila di fikirkan secara logik, dan setelah aku dan wife bersembang-sembang cara kami la kan...datang pulak rasionalnya pada pandangan aku...dan aku akui bahawa Najib Tun Razak memang seorang yang penuh diplomasi, bijak dan seorang yang mahir dalam politik...

Sejarah penglibatan politik beliau telah banyak mengajar dalam mentadbir dan mengepalai negara dan parti...

Sememangnya tindakan beliau itu akan memberikan impak yang baik kepada negara dan parti...

Aku teringat Tun Mahathir pernah kata, negara perlukan pembangkang yang baik...so kalau berterusan diharamkan penerbitan akhbar pembangkang, ini akan mematahkan perjuangan pembangkang dalam mewujudkan pembangkang yang baik...so kita akan jadi perasan best pulak nanti...

Tentang tahanan ISA itu, aku serahkan kepada Kerajaan la...tak mau ulas sangat, walaupun aku nampak rasionalnya tindakan Perdana Menteri kita tadi tu...

Dan tentang nak kaji semula ISA tu pun, aku serahkan kepada Kerajaan jugak la...setiap benda ada kebaikan dan keburukannya..kebaikan pada sesetengah orang, menjadi keburukan kepada setengah yang lain pulak...so terpulang kepada kebijaksanaan YAB Perdana Menteri untuk memutuskannya nanti...

Seperti mana saranan YAB Perdana Menteri tadi

Atas segalanya, saya menyedari bahawa sekarang adalah masa yang cukup mencabar bagi setiap warga. Saya komited memastikan kepimpinan terus berdiri teguh bagi menghadapi krisis ekonomi yang kini melanda seluruh dunia termasuk di negara kita. Saya akan tetap berpegang kepada iltizam untuk memenuhi keperluan, kepentingan dan aspirasi setiap warga Malaysia.

Dengan ini, saya mengajak seluruh warga untuk sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat Negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.
so jom lah kita sama-sama menggembleng tenaga, bersatu dan menumpukan kepada pembangunan negara dan tinggalkan perselisihan yang kecil-kecil...kalau negara kita maju pun bukan orang lain yang untung, kita jugak kan..dan kalau jahanam pun, yang rugi bukan orang lain...kita jugak la kan...apa nak dikata...

Tahniah Perdana Menteri Ke 6..



Tahniah kepada YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Ke 6...

Terima kasih juga kepada YABhg Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi...

Semoga negara terus cemerlang di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Najib...



Rasanya insan yang paling seronok dan berbangga pada hari ini ialah Tun Rahah Mohd Noah, isteri Perdana Menteri Ke 2 dan ibu kepada Perdana Menteri Ke 6...tahniah jugak kepada Tun Rahah kerana melahir dan membesarkan manusia yang akan memimpin kami semua sekarang dan pernah berdiri di belakang bekas pemimpin kami dahulu...

Wednesday, April 1, 2009

Erks..!! Kantoi Filem Lucah !!

Jangan panik...ni bukan Menteri atau mana-mana ahli politik Malaysia punya kisah ni...Saja tajuk entri buat gempak sikit..hehe...

Menteri malu suami tonton filem lucah

LONDON: Menteri Dalam Negeri Britain, Jacqui Smith meminta maaf kelmarin selepas beliau 'tersilap' menghantar tuntutan perbelanjaan yang turut mengandungi bil filem lucah yang ditonton suaminya.

Smith mengakui memfailkan tuntutan yang memasukkan lima filem berbayar termasuk dua filem lucah yang ditonton di rumah keluarganya di Redditch, tengah England.

Beliau berkata dalam satu kenyataan: “Saya memohon maaf kerana dalam membuat tuntutan bagi sambungan internet, saya tersilap membuat tuntutan bagi pakej televisyen bersamanya.

“Sebaik saja perkara itu diberitahu kepada saya, saya segera mengambil langkah menghubungi pihak berkuasa Parlimen dan menjelaskan situasi itu.

“Semua wang yang dituntut bagi pakej televisyen akan dibayar penuh.” Akhbar The Sunday Express yang mendedahkan tuntutan perbelanjaan itu, memetik seorang rakan Smith sebagai berkata:

“Jacqui tidak ada apabila filem seperti ini ditonton. Beliau amat berang dan malu.” - AFP
- SUMBER

Hehehe...salah hantar claim laaa...nasib baik ada suami nak disalahkan...jangan nanti suami dia pulak keluarkan statement macam lain...baru haru biru...hehe...apa nak dikata...