Wednesday, May 14, 2008

Nasi Segenggam, Keledek dan Kentang...

Pagi ni aku terbaca kat dalam Utusan Malaysia...

Makan keledek, ubi kentang ganti nasi

KUALA TERENGGANU 13 Mei - Rakyat Malaysia disaran memakan keledek dan ubi kentang bagi menggantikan nasi sebagai makanan ruji.

Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Dr. Mahani Zainal Abidin berkata, pengambilan ubi-ubi berkenaan sebagai pengganti beras sesuai dengan trend makanan masyarakat sekarang.

"Kanak-kanak sekarang juga menggemari kentang goreng serta pelbagai produk daripada ubi termasuk kerepek ubi yang dapat membantu mengubah trend makanan rakyat negara ini.

"Di Jepun, harga keledek sangat mahal kerana penduduk negara itu lebih menggemari makanan tersebut berbanding nasi," katanya pada sesi pertama forum umum bertajuk Peningkatan Harga dan Kebajikan Rakyat: Langkah Semasa dan Masa Depan di sini hari ini.

Felo Kanan ISIS, Dr. Larry Chee Yoong Wong turut menjadi panel dalam sesi pertama forum sehari yang dipengerusikan oleh Pengerusi ISIS, Datuk Seri Mohamed Jawhar Hassan.

Dr. Mahani memberitahu, penukaran makanan ruji itu akan membantu rakyat terutama penduduk berpendapatan rendah daripada mengalami beban ekoran kenaikan harga beras di pasaran.

Dr. Larry turut menyokong cadangan yang dikemukakan oleh Dr. Mahani itu.

Beliau berkata, keledek yang terdiri daripada pelbagai warna mempunyai berbagai-bagai khasiat yang baik untuk kesihatan.

"Berdasarkan kajian pakar, keledek mempunyai pelbagai vitamin dan khasiat seperti beta-karotena yang baik untuk kesihatan.

"Justeru, pilihan keledek dan kentang sebagai pengganti nasi dilihat keputusan yang baik," katanya.

Apa pendapat korang?

Baru ni pulak seorang lagi pakar pemakanan, Kevin Zahari kata kena makan nasi segenggam sahaja...aku nak bagi tahu la...kalau kita yang kerja pejabat atau kerja bukan yang memerlukan kederat ni..senang cakap la...tapi bagi orang2 yang berkebun, bersawah, buruh binaan, pekerja ladang dan sebagainya yang memerlukan kekuatan tenaga fizikal..aku rasa segenggam nasi atau keledek dan kentang takkan dapat bagi diorang tenaga...

Memang la kat Jepun mahal keledek..ko jugak cakap pasal itu makanan diorang..diorang dah biasa tu semua...apasal tak cakap negara kat Afrika yang makan jagung yang dikisar buat tepun then buat bubur??Aku pernah dijamu dengan makanan tu masa belajar dulu..kawan aku budak Nigeria masakkan...dia makan kenyang sedap bukan main..aku makan sekadar ambik hati dia saja...

Jangan kita nak selesaikan sesuatu masalah tu dengan mencari jalan mudah...memang la budak-budak sekarang makan kentang goreng..aku nak tanya la si doktor ni...budak tu makan kentang macam makan nasi ke?...sebab tu selalu kita dengar perumpamaan yang orang selalu cakap..kalau ko makan satu2 benda tu banyak sangat..orang akan kata..Fuuhh..makan macam makan nasi la...maknanya pada masyarakat kita Malaysia (dan rumpun Nusantara ni) semuanya kalau makanan berat kena nasi...

Aku dan family kat rumah selalu jugak substitute makan tengahari dengan lain2..macam pasta..bake chicken...pot roast dan sebagainya..tapi aku faham..bukan semua orang boleh terima macam tu...so kalau ada tetamu, aku akan pastikan kami hidangkan nasi jugak...pasal kita orang Malaysia...

So jangan la bodohkan diri kita dengan menghukum orang supaya makan keledek atau kentang bila beras kurang...aku heran..apa pasal dia tak kata makan ubi kayu???Walhal ubi kayu ada sejarah dalam masyarakat Melayu semasa perang Jepun dulu...apa pasal nak keledek dengan kentang???Keledek dan kentang tu import tau tak...aku tau la pasal mak dan abah aku buat perusahaan kuih badak (cucoq badak) frozen..so keledek tu datang dari Thailand...kentang memang semua orang tahu import...so apa kata Dr cadangkan je makan ubi kayu..semua orang boleh tanam ubi kayu di laman rumah masing-masing dan merebusnya untuk dimakan bersama kelapa yang diparut dan gula...boleh??

Jangan merendahkan kadar intelektual masyarakat kita dengan menunjukkan sesuatu yang luar dari jangkauan orang...anda nak makan keledek dan kentang..atau nasi segenggam..silakan..bukan semua orang mampu buat tu...

Kenapa 1997..krisis ekonomi teruk..tapi aku tak terasa teruk macam sekarang...tapi sekarang ni...orang meniaga kedai makan pun merungut tau...pengunjung amat kurang..orang sekarang begitu berhati-hati belanjakan duit...masing-masing tak tau apa nak jadi lagi lepas ni..apa lagi yang nak naik...entahlah...apa nak dikata...

Sunday, May 11, 2008

Koleksi Posting Pendek II

1. Selamat Hari Ibu...

Happy Mothers' Day to my Mum...my childrens' Mum (i.e. My Wife)...and to all Mums out there..anda semua selayaknya diberi penghormatan...Selamat Hari Ibu...

2. End Of Season

Malam ni last game EPL untuk season ni...Man U akan lawan Wigan...dan Chelsea akan lawan Bolton...Arsenal lawan Sunderland untuk melengkapkan perlawanan saja...

Aku tak tau nak tengok game mana malam ni...

Lepas ni bulan 6 boleh tengok EURO pulak...


3. Mahalnya Beras!!!!

Beras naik harga...kalau yang dulu RM16.80 sekarang jadi RM 30.00...dahsyat nya....

Kurangkan makan nasik???Ermm...tah la...cuba la tengok...

Thursday, May 8, 2008

AstaghfirulLahal 'Azim...

Semua orang tahu sekarang apa yang berlaku pada Raja Petra Kamarudin..blogger dan pengendali laman web Malaysia Today yang kini dalam tahanan sementara menunggu perbicaraan kes di bawah Akta Hasutan...saya tak mau ulas lebih lanjut pasal kes dia ni..

Tetapi...

Apa yang saya nak kongsi dengan pembaca saya ialah respons pengikut taksub Raja Petra Kamarudin ni...

Ini e-mail yang dihantar oleh seorang yang bernama Meriam bt Ahmad Shaharudin di dalam Malaysia Today dan di alamatkan kepada Tan Sri Gani Patail...email nya panjang..tetapi saya akan siarkan part yang saya nak highlight..manakala selebihnya anda boleh baca di SINI...
_______

Terus terang saya katakan Raja Petra adalah seorang Rasul yang Allah utuskan, sebab itulah seluruh jiwa raganya bertindak menuntut keadilan dari semua pihak pemerintah; bukan sahaja pihak kerajaan yang menjadi perhatiannya, juga pihak pembangkang sekiranya pihak ini juga tidak benar. Oleh itu saya nasihatkan agar Raja Petra tidak dikenakan apa jua tindakan oleh mana jua pihak sekiranya tidak mahu menyaksikan apa jua yang tidak disenangi selepas ini.

Selalunya bila seorang pesuruh Tuhan dikenakan tindakan bermakna banyak lagi keburukan di pihak pengadu atau yang membuat laporan terbongkar selepas itu untuk Datuk Seri fahamkan begitulah cara Tuhan memelihara semua pesuruhNya.

Terus terang saya katakan semua kami memperjuangkan kebenaran dan keadilan tak kira terhadap sesiapa jua termasuk juga dengan kedua ibubapa kami. Beginilah ketentuan Tuhan terhadap kami untuk kami tidak memilih sesiapa jua untuk kami menegakkan keadilan dan kebenaran.
________

Apa pendapat anda??

Bila emosi mengatasi akal..maka yang halal akan jadi haram..dan yang haram akan jadi halal...pohon dijauhkan Allah hendaknya..apa nak dikata...