Friday, August 15, 2008

Menyempurnakan Sunnah Rasulullah SAW

Alhamdulillah Zain telah mencecah usia 7 hari...

Dalam Islam, berteraskan Sunnah Rasulullah, banyak yang perlu dilakukan pada usia 7 hari...

1. Menamakan anak...aku tak sempat tunggu hari ketujuh..sebab hari keenam tu aku free sikit, so aku dan Adam pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Kubang Pasu kat Jitra tu...sekejap saja dah siap..akak tu siap kata "pendeknya nama.."..hehe...Zain Bin Azhar...080808-02-0665...



2. Tahnik...atau orang Melayu panggil 'Belah Mulut'...memang ada hadis dari Rasulullah SAW yang mana para sahabat membawa anak-anak kecik diorang untuk Rasulullah tahnik kan...Rasulullah akan mengunyah sedikit tamar di mulut Baginda, kemudian diletakkan di lidah kanak-kanak tersebut...

Untuk Zain aku mintak Yang Berbahagia Prof Madya Dato' Ahmad Jusoh, Rektor Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis untuk tahnik kan dia...Alhamdulillah, Dato' setuju dan Zain selamat ditahnikkan...



3. Bercukur...membotakkan rambut...hehe..ni part paling best...Zain ni pulak rambut dia lebat dan halus...tapi pastinya ada hikmah di sebalik Sunnah Rasulullah...maka seperti mana pada anak-anak kami yang terdahulu..takdenya nak jemput bidan-bidan segala...kami je cukur sendiri sama-sama...



Bergambar last dengan rambut...


Gunting dulu bagi pendek...


Proses Pembotakan oleh kami berdua...


Warm Bath lepas bercukur...


Hasilnya...penuh bedak sejuk...

So Zain pun selamat dicukur kepalanya...senyap ja dia sepanjang proses pembotakan tu...

Kemudian Sunnah jugak kita menimbang rambut yang telah dicukur tadi dan kita convert kepada nilai timbangan emas..kemudian kita convert kepada nilai duit dan kita sedekahkan kepada fakir miskin...

4. Akikah...yang ni ketiga-tiga anak aku tak sempat nak buat masa hari ketujuh...pasal hectic sikit la...yang dua orang tu dah selamat aku jalankan...tunggu akikah Zain nanti kemudian la...

Aku sekarang bukan tak ikuti langsung perkembangan semasa..tapi nak update tu tak sempat sangat...nanti aku akan sambung balik la...

Pilihanraya kecil Permatang Pauh, isu Nik Aziz kata Nabi pun amalkan Kronisme (sebab dia lantik menantu dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan), isu Pemuda PAS yang mendesak supaya jangan percayakan Anwar...macam-macam yang aku nak ulas..tapi kalau lambat sangat aku tulis nanti dah ketinggalan zaman...so tengok je lah dulu ya...apa nak dikata...

Saturday, August 9, 2008

Zain Azhar : DOB 08/08/08

Alhamdulillah...tepat jam 1.05 tengahari Jumaat, 08/08/08 semalam...isteri aku selamat melahirkan anak kami yang ketiga...lelaki jugak la...seberat 3.0 kg...

InsyaAllah akan dinamakan seperti yang telah dirancang sejak sembilan bulan yang lalu...iaitu Zain...Zain bin Azhar....

Terima kasih atas doa semua sahabat...Zain lahir dengan mudah dan selamat...kami sampai di Pusat Rawatan Mahsuri, Jitra sekitar jam 8.15 pagi...terus masuk ke labour room...then doktor suruh tunggu je kat situ..dalam lebih kurang jam 12 tengahari doktor masukkan iv drip....dan jam 1.05 keluarlah Zain...(aku cerita mudah la..yang sakit tu bukannya aku!!kan....)Kesian woo tengok...

For the mean time tengok la gambar Zain (dan abang-abang dia..)


First photo...masa nak diazankan...


Lepak...


Proud father (of three..)


Kata Abang Dick...Tiga Abdul...hehe...

Thursday, August 7, 2008

Counting Down...

Agak kurang update sekarang...sori ya...

Sekarang ialah countdown terakhir untuk menanti kelahiran cahaya mata ketiga kami...should be anytime now..!!



Preparation is done...my wife had been carrying the baby for nine months..so it's going to be my turn after this...

Doakan agar isteri saya akan selamat melahirkan anak kami dengan selamat...doakan agar cahaya mata kami akan menjadi anak yang soleh...

Atas doa anda semua diucapkan terima kasih...hanya Allah yang mampu membalasnya...

Isu semasa akan diletakkan tepi seketika..masih mengikut perkembangan jugak..cuma tiada masa nak menganalisa saja...

Jantina dan namanya???hehehe..ada yang dok bertanya...Janet selalu cuba tanya...tapi aku tak bagitau lagi..walaupun aku rasa Janet tau..hehe...takpa..nanti aku bagitau la..kami dah tak surprised..so bagi la at least orang lain surprised kan...hehe....

Apa pun janji sihat, sejahtera, selamat...dan segala yang baik sahaja..(dah macam Cemerlang, Gemilang Terbilang la pulak....jangan Temberang sudah la kan)....hahaha...apa nak dikata...