Sunday, December 14, 2008

Berkongsi Masalah ; Masalah Berkongsi...

Dua ungkapan yang aku buat tajuk entri ni amat ironik sekali..saling berkait rapat bila kena ketika dan masanya...hehe...

Antara soalan yang paling aku suka tanya kepada mana-mana pasangan yang mai nak mendirikan masjid kedua (poligami la tuuuu..hehe..) di Perlis ni ialah macam mana kenal dengan bakal isteri kedua ni...macam-macam jawapan yang aku dapat..ada girlfriend lama la...ada kesian la...ada nak kerja luar negara bini pertama tak nak ikut la...ada yang saja-saja pun ada...hehe...

Tapi ada satu kes ni menarik aku nak cerita...si perempuannya seorang janda yang telah bercerai dengan suami beliau..dan lelaki tu definitely la ada isteri, kalau tak tak jadi poligami la kan...

Bila soalan tu aku dan isteri tanya, dia jawab mula mesra bila mula berkongsi masalah...

Anda faham tak?

Mai aku cerita...macam ni...gamaknya la kan, si lelaki ni ada masalah rumahtangga dengan isterinya, so dia 'berkongsi' dengan menceritakan kepada perempuan tadi la...dan maybe pulak si perempuan pun ada masalah dengan bekas suaminya, pun diceritakan kepada lelaki tadi....itu lah kesimpulan kisah depa tu...

Aku nak ulas sikit...

Adalah tidak elok untuk berkongsi masalah isteri atau suami anda dengan seseorang yang berlainan jantina dengan anda...Tak faham?...senangnya macam ni..kalau aku ada masalah dengan isteri aku, tak payah gatal-gatal nak cari perempuan lain untuk ceritakan maslaah tu...sama jugak kalau si isteri ada masalah dengan suami dia, jangan cari lelaki lain untuk ceritakan masalah tu...kalau perlu cari kaunselor bertauliah atau pun pasangan suami isteri yang anda berdua hormati dan sanjungi...

Pasal apa aku kata jangan?

Pasal naluri, sikap semulajadi, dan segala yang ada dalam hati manusia ni, kalau orang cerita sesuatu kekurangan pihak lain, dia akan pastikan dia lebih best dari yang diceritakan...

Contoh: (semua watak dalam kisah berikut bukan nama sebenar dan hanya rekaan yang amat-amat)...

Intan Suzana Delimawati geram dengan sikap suaminya Ahmad Komeng yang tak pernah tolong lipat kain baju...so satu hari dia ceritakan kepada rakan sepejabat dia Halim Zabidi.."Hang tau, laki aku teruk betui la...tak pernah dia tolong lipat baju kat rumah..."...Si Halim Zabidi ni tadi, walaupun seumur hidup dia kain baju tak pernah sentuh kat rumah melainkan untuk pakai, sebagai memenuhi nafsu besar dia akan kata..."Uish...aku kat rumah aku tak biaq bini aku lipat kain...semua aku buat...kalau aku tak sempat aku upah orang lipatkan kain baju...mana boleh suami buat macam tu kat bini dia..."...

Hehe...nampak tak???

Yang Ahmad Komeng pulak, bercerita dengan kawan sepejabat dia pulak Siti Muslihah perihal Intan Suzana Delimawati tadi..."Ko tahu..seumur hidup kawin dengan aku, dia tak pernah masakkan aku sup belut..aku ni suka sangat makan sup belut..terpaksa aku tunggu pergi Kota Bharu nak makan sup belut..."..hehe...maka Siti Muslihah pulak akan jawab..."Ish...aku kalau suami aku, jangan kata sup belut..dia nak makan sup ekor gajah pun aku masak kan...kena la ikut kemahuan suami kita kan..."...

Haaaaa....nampak berapa besar setan ada situ...


Yang ni lah yang aku kata tadi...sikap kontrol best dan macho (bukan semua orang la...ada jugak yang ikhlas dalam dunia ni...) akan menguasai diri bila kita merujuk dan berkongsi masalah dengan berlainan jantina dengan kita...akan mengundang masalah...sebab bila dengar orang tu lebih best dari isteri atau suami kita, maka kasih sayang kita pada isteri dan suami akan sikit goyah la...

Yang paling baik ialah berterus terang kepada pasangan kita..."Yang, mai la lipat kain baju ni sama...tolong la.."...atau..."Yang, ni I beli belut u masakkan sup malam ni ya...tolong ya..."...macam tu kan best...

Berbalik kepada ungkapan Berkongsi Masalah ; Masalah Berkongsi...rentetan dari berkongsi masalah tak kena gaya ni, mengakibatkan kepada Masalah Berkongsi...masalah kongsi apa?Kongsi kasih sayang laaa...Kan tadi story punya story, last-last sangkut la kat hati...maka kalau kawin kena la kongsi suami, kalau tak kawin pun kena kongsi jugak..hehe...tu pun satu masalah tu...

Sebelum kawin tak dak masalah nak kongsi ni..saya sanggup...saya tak kisah dia balik ke tak, yang penting kami halal dah...bila dah kawin...malam-malam tido sorang sedangkan tahu suami yang dikongsi tu tido berdua...masa tu mula la timbul rasa Masalah Berkongsi....

So...hati-hati bila nak Berkongsi Masalah...takut-takut nanti akan terpaksa menghadapi Masalah Berkongsi...hehe...apa nak dikata...

Wednesday, December 10, 2008

Antara Dua Darjat...

Kita dan seluruh negara berasa sedih dengan tragedi runtuhan bukit yang menimpa 14 buah banglo di Bukit Antarabangsa sebelum Raya Haji baru ni...selain empunya 14 rumah tersebut yang melibatkan 4 kematian dan beberapa kecederaan, lebih kurang 4000 orang yang lain diarahkan berpindah kerana tanah kat situ dah tak selamat...

Kita jugak bersedih dan bersimpati atas kejadian banjir yang menimpa penduduk Kelantan, Terengganu dan Pahang baru-baru ni...syukur Alhamdulillah keadaan banjir tahun ni tak teruk sangat dan tidak berlarutan lama...

Dalam kita bersedih, kita jugak mengucapkan tahniah dan terima kasih serta syabas kepada seluruh anggota keselamatan, sukarelawan dan para penyumbang yang membantu mangsa-mangsa banjir dan runtuhan Bukit Antarabangsa...mereka korbankan masa, tenaga dan cuti Hari Raya Haji mereka...

Tetapi....

Yang sedihnya...pengorbanan mereka tidak mendapat reaksi yang sama dari dua kejadian tersebut...

Mangsa banjir yang rata-rata ialah orang kampung dan masyarakat pertengahan ternyata 'reti' berterima kasih dan bersyukur dengan menerima bantuan makanan dan segala bantuan yang diperlukan....tempat berteduh sekadar bangunan sekolah, dewan dan surau didiami tanpa keluh kesah dan cakap banyak...masing-masing bersyukur dengan bantuan yang diberikan....

Sebaliknya di Bukit Antarabangsa, satu laporan Polis telah dibuat oleh seorang penduduk yang rumahnya terselamat dari runtuhan bahawa terlalu ramai anggota keselamatan bertugas berada di hadapan rumah beliau menyebabkan beliau sekeluarga berasa tidak selesa....

Untuk orang yang buat laporan Polis di atas tu...takde apa yang aku nak kata..melainkan.."KENAPA LAH BUKAN NKO YANG TERKAMBUS MAMPOS DALAM TANAH TU!!!"...

Bantuan makanan pulak dengar bunyi kata-kata nak kena check tengok dulu bersesuaian atau tidak...mangsa 14 rumah yang tertimbus di beri tawaran tinggal di hotel...ko jangan cakap nak tidor kat Hotel Midah Kampung Attap atau Kowloon Jalan TAR la...depa sure mintak Mandarin Oriental ka, Nikko ka...

Apa perasaan mangsa banjir yang tadi bila membaca atau mendengar hal ini?

Tak rasa macam double standard kah?Kenapa peruntukan sebegitu hebat dikeluarkan?Adakah kerana Bukit Antarabangsa kawasan elit mewah yang didiami oleh kebanyakan yang bergelar Datuk dan Datin serta sebuah rumah berharga tak kurang dari RM1 juta???

Mangsa di Bukit Antarabangsa bukan kehilangan segalanya...duit dalam bank masih ada...mereka ni orang kaya yang setiap inci rumahnya dilindungi insurans...silap-silap setiap bijik cawan dalam rumah pun insured...jangan tak tahu..kita yang tak de duit ni ye la...harapkan insuran kereta pun kalau dah habis bayar terus pakai Third Party je...hehe...

Silap-silap masing-masing tu ada 3 atau 4 bijik buah rumah lain kat lain-lain tempat...malahan kalau setakat dia nak terus pegi beli sebuah rumah baru fully furnished keesokan hari pun dia ada duitnya laa....

Yang lebih hebatnya...petugas membantu kat situ pun dapat layanan yang 1st class...jamuan AidilAdha ditaja oleh Hotel Concorde...makanan setiap hari ada Restoran Ali Maju taja teh tarik, roti canai dan nasi kandar (restoran lain aku tak tau..aku cuma terbaca nama kedai ni je...)

Kat mangsa banjir tu ada ke petugas sukarelawan dapat layanan macam ni?

Bukan niat aku nak berdengki...aku pun turut simpati dengan kejadian dan mangsa...tapi jangan la double standard sampai macam tu...semua orang pun rakyat Malaysia...semua layak mendapat layanan dan bantuan sama rata...

Apapun takziah kepada semua mangsa di setiap bencana yang menimpa ini...semoga Allah memberi ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini...

Kepada anggota keselamatan dan sukarelawan, teruskan usaha murni anda...kalau ada lagi laporan-laporan pelik-pelik macam tu...tinggalkan je rumah dia tak yah jaga..biar pencuri masuk baru padan muka dia...hehe..apa nak dikata...

Saturday, December 6, 2008

Setahun Sudah Berlalu...

Thanks My Sister Ijah kerana ada entri pasal Arwah Mak Tok yang dah setahun meninggalkan kami sekeluarga...

Aku agak rapat jugak dengan Arwah Mak Tok aku ni (kalau sebelah selatan orang panggil nenek..tapi kat Utara panggil Mak Tok..Grandmother la tuh..)

Aku kan cucu sulung, so memang dari kecik aku rapat dengan Mak Tok..sejak Mak Tok duduk di Butterworth, kemudian pindah ke KL..aku selalu jugak spend time dengan Mak Tok...sepanjang hidup Arwah ada la jugak beberapa kali aku sempat jaga Arwah kalau tak sihat atau sakit apa-apa...even masa aku kahwin pun Mak Tok turut sama pi hantar aku ke Melaka...


Ni masa Mak Tok dah makin tak sihat

Tahun lepas dalam November, Mak Tok tenat dan masuk Hospital Sungai Buloh..so aku dan keluarga bergegas pi tengok..then kami balik, dua hari lepas tu Mak Tok dijemput pulang ke RahmatulLah..waktu tu Maghrib, dan kami terus ke Kampung Melayu Subang.


Last moments with Mak Tok...

Arwah ketika hidupnya masa sakit dan ada kat rumah mak abah aku kat Butterworth sempat dan pernah pesan kat aku, andai dia meninggal dunia, maka dia nak aku imamkan solat jenazah dia...

Atas ingatan tersebut, aku bincang dengan keluarga aku semua dan Alhamdulillah, hatta Pak Chaq (anak sulung Mak Tok) pun setuju supaya aku imamkan jenazah Arwah...

Aku, Ayie (my brother - cucu kedua Mak Tok) dan Fahidi (cucu jugak) menurunkan jenazah ke liang lahad...

Hanya itu jasa terakhir aku kat Mak Tok...

Sekarang dah setahun Mak Tok tiada...Wan (my grandfather) pulak tengah sakit...tak sedar sekarang dan keadaan dia masih macam tu jugak...

Semasa aku imamkan jenazah Mak Tok setahun yang lepas...menitik jugak air mata aku..deep inside aku tau Mak Tok sayangkan aku, walaupun kadang-kadang dia ada jugak marah aku, tapi kerana dia sayangkan aku...dan aku sayangkan Mak Tok...

Semoga Allah meletakkan roh Mak Tok di kalangan para solihin dan terus berada dalam limpahan RahmatNya...Al-Fatihah buat Mak Tok...






Lagu Alleycats feat. Jay Jay kat bawah ni, Hanya Kita Yang Tahu..tak de la kena mengena dengan Mak Tok, cuma dia ada kata..."setahun sudah berlalu pemergianmu,
tinggal hanya suara batinnya..."...hehe...