Friday, May 8, 2009

(18SX)KeKurangHajaran Denmark...

Sebelum baca entri ni sila pastikan anda dah baca rating 18SX tu ya...

Anda semua tentu dah baca Metro hari ni..:

Gempar apabila sebuah akhbar online di Denmark, semalam memaparkan babak mengaibkan sebuah program realiti terbitan sebuah stesen televisyen negara itu yang menonjolkan aksi peserta Survivor Robinson Ekspeditionen berlumba lari dalam keadaan telanjang bulat.

Lebih memeranjatkan apabila seorang pembaca akhbar ScandAsia.com di Internet yang mempunyai pertalian saudara dengan rakyat Malaysia, mendapati rancangan realiti di TV3 Denmark itu menjalani penggambaran di sebuah pulau di perairan Mersing, Johor.

Difahamkan, semua peserta program realiti televisyen yang sedang disiarkan di negara Scandinavia itu dibawa khas dari Denmark bagi mengharungi pelbagai ujian lasak secara fizikal dan mental.

Maka aku pun secara rajinnya membuka la website ScandAsia nak tahu lebih lanjut kan...

Ni gambar-gambar yang aku ambik dari website asalnya, apa bahasa dia pun aku tak paham lah, tapi gambar tak perlukan pemahaman bahasa...

malu tak kalau orang kata..ooo, malaysia macam ni kaa...

terapung...

ada yang pegang-pegang cover line jugak

rasanya dia ni nombor satu ni...

Gambar ni semua aku pixelate kan bahagian yang tak sewajarnya...sebab nak jaga kemurnian blog aku...hehe...kalau sesapa nak tengok yang asal, silakan lah...

Pada hemat aku, perkara ni bukan kecil...

Negara kita dijadikan tempat penggambaran satu rancangan realiti ala-ala Survivor yang memaparkan peserta berbogel...

Dalam Metro kata menggambarkan kunonya Malaysia...

Tapi aku pulak kata bukan kuno, tapi menggambarkan betapa rakyat Malaysia tak kisah benda tu semua...betapa kita pun suka bogel-bogel nih...

Tak ke kurang hajar tu...

Ko datang buat penggambaran kat Malaysia, patutnya kena la hormat budaya kita...

Bukan lah nak suruh ko berlari sambil pakai baju melayu atau kebaya, tapi kalau pakai pakaian macam yang selalu kita tonton dalam Survivor atau Fear Factor tu apa salahnya kan...tak de la sampai tahap dah macam pesta seks liar pulak...

Kerajaan Malaysia harus bertindak...kena sound menatang Denmark ni...

Kalau kita diam kali ni, lepas ni diorang akan datang buat penggambaran filem porn pulak la kat pantai kita...masa tu jangan terkejut kalau pelakon ekstra nya budak Melayu yang kita kenal...

Kita lembut biar bertempat...prinsip, budaya dan pegangan agama jangan sampai tergadai...kalau sampai nanti ada Malaysian yang turut sama berlari macam tu dengan gembiranya, masa tu baru nak bertindak, maka tak de maknanya...apa nak dikata...

Wednesday, May 6, 2009

Bila Manusia Meragut...

Kalau dulu kita tahu perkataan ragut hanya untuk binatang berkaki empat yang makan rumput...lembu meragut di padang...kambing meragut rumput...sebab tu ada dinamakan padang ragut, tempat ternakan tu semua meragut rumput...

Tapi sekarang manusia dah mula nak kongsi sifat binatang tu...

Manusia pun meragut...

Bezanya binatang lembu, kambing, kerbau, kuda dan lain-lain tu bila meragut dia tak kacau orang, tapi manusia bila meragut akan kacau orang lain...



Aku rasa semua dah tahu kisah wanita hamil yang maut selepas koma 36 jam akibat jatuh motor kena ragut di Johor tu kan...

Jamilah menemui ajal selepas bertarung nyawa lebih 36 jam dalam keadaan koma apabila terjatuh dari motosikal sebaik beg tangan dalam raga disentap peragut dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, Ahad lalu, di Taman Air Hitam, Batu Pahat.

Difahamkan, ketika kejadian, Jamilah yang bekerja sebagai jurujual kedai kraftangan di pekan Ayer Hitam, baru membeli makanan dan barangan keperluan harian di sebuah pasar malam untuk dibawa pulang ke rumahnya di Jalan Mekar, Taman Mekar, kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

Allahyarham terjatuh dari motosikalnya dengan muka terhentak jalan.

Seorang lelaki yang lalu di kawasan berkenaan melihat dua lelaki melarikan diri selepas meragut beg tangan mangsa.

“Berdasarkan cerita rakan, motosikal arwah terseret beberapa meter, mungkin disebabkan sentapan kuat pada beg tangannya yang disimpulkan pada cermin sisi. Ini menyebabkan Jamilah gagal mengawal motosikal sebelum terjatuh,” katanya.

Razali berkata, arwah dibawa ke HSA dari Hospital Batu Pahat pada awal pagi Isnin lalu bagi menerima rawatan rapi, tetapi gagal diselamatkan akibat parah di kepala serta muka.

Terbaru ni aku baca kat Metro Online pulak :

Warga emas maut terhantuk dinding

BUTTERWORTH; Seorang warga emas berusia 86 tahun maut akibat terhantuk dinding selepas ditumbuk peragut yang melarikan rantai emas anaknya berusia 58 tahun di Kampung Besar, Tasek Gelugor, di sini semalam.


Dan dari Berita Harian pulak :

Ibu mengandung mangsa ragut maut dirempuh kereta selepas tercampak dari motosikal

KOTA BHARU: Seorang ibu yang mengandung tiga bulan, maut apabila selepas tercampak dari motosikal dan dirempuh sebuah kereta akibat diragut dua lelaki bermotosikal dekat Padang Raja di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu, mangsa, Saripah Mohd Nor, 33, mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk pada tubuh.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Kuala Jel, Repek, dekat Bachok, selepas seminggu menjaga ibunya di Kampung Tok Bedolah, Tumpat,

Betul tak apa aku kata...manusia bila meragut, perangai haiwan yang dipinjamnya lebih teruk dari haiwan sendiri...

Binatang meragut tanpa kacau binatang lain, tapi manusia meragut sampai tahap membunuh...

Bukan satu dua kes pertama berkaitan mati akibat ragut ni, dah banyak kali dah, tapi tetap akan ada manusia yang nak bersifat haiwan ni...

Kalau dapat ditangkaplah peragut ni, biar hukuman yang berat bagi kat depa...kalau yang mangsa meninggal dunia mungkin akan kena charge membunuh tanpa niat kan, tapi yang sekadar meragut tu, biar bagi kena teruk jugak la...supaya mereka takut nak buat lagi...

Kita jugak pernah jumpa peragut yang dibelasah oleh orang ramai bila kena tangkap...tak salahkan orang ramai la, kalau aku ada kat situ pun aku tumpang jugak sekaki dua...geram tau..

Orang zaman sekarang nak cari duit bukan senang, depa senang-senang nak ragut je kan...

Nak mudah pergi la padang ragut, sama-sama meragut dengan kambing dan lembu tu...kalau nasib ko baik, lembu tu tendang pasal meragut hak milik dia...hehe...apa nak dikata...

Saturday, May 2, 2009

Aku Kembali...

Aku kembali tak sesibuk hari tu...ada jugak la kerja, tapi tak macam dua tiga minggu lepas la...

Sebenarnya yang menjadikan aku teramat sibuk masa tu ialah pasal aku dah commit pada dua program yang berlangsung pada hari yang sama...macam yang aku ceritakan dalam posting sebelum ni la...

Tapi Alhamdulillah, berkat ketekunan dan keyakinan aku dan staff, kami berjaya handle kedua-dua program tu...tak lupa jugak hasil tenaga kawan-kawan dan isteri aku, dia pun sama tungkus lumus dengan aku masa Forum Pengukuhan Integriti tu...

Sebenarnya ada sebab kenapa aku pulun Forum Pengukuhan Integriti tu...sebab kebelakangan ni ada usaha-usaha tidak murni sesetengah pihak cuba mengganggu kerja aku kat pejabat ni...biasa la manusia...masa aku pergi kerja dekat setahun dulu tanpa ada bajet nak buat program, sapa pun tak kisah...bila aku dah dapat bajet dan banyak program, semua nak menyibuk...

Tapi aku bersyukur kerana pucuk pimpinan negeri menyokong aku...YAB Menteri Besar sendiri...YB EXCO Agama pun sama...dan beberapa YB EXCO lain jugak hadir ke program aku dan puji (hehe...) dan minta kami teruskan program macam tu...

So aku harap semuanya akan kembali seperti biasa di pejabat aku...kalau rasa bajet program aku banyak sangat yang diluluskan setahun, potong la sikit...ikhlas ni...berapa banyak aku dapat peruntukan setahun tu tak yah le aku cakap kat sini, tapi memang banyak gak la...hehe...

Disebabkan aku terpaksa berada di barisan hadapan masa kedua-dua program tu, maka tak dapat lah aku snap gambar sendiri, terpaksa tunggu gambar dari pihak yang ambik hari tu...

Ni ada sikit yang diambil oleh aku, wife aku dan dari akhbar Kosmo...yang lain-lain nanti aku upload le kalau rajin...


Ni sewaktu Forum Pengukuhan Integriti berlangsung.


Ni pulak masa Perasmian Penutup Forum tu...kelihatan yang duduk tu aku le sebelah YAB Menteri Besar..hehe..


Dan ni gambar selepas Kursus Bina Insan...(sebenarnya hanya anjuran Institut As-Sunnah Negeri Perlis dan Bahagian Agama dan Kaunseling IPK Perlis, mana plak datang AADK tu aku pun tak pasti...)

Sebenarnya peristiwa yang berlaku pada aku hari tu (yang kisah orang menyibuk kat opis tu la) merupakan pengajaran jugak buat aku...bila buat sesuatu tu, buat betul-betul sepenuh daya mungkin, pasal kalau kita buat betul-betul, tak de ruang untuk manusia nak celah dan kritik kita...itulah yang aku cuba prove that day, dan rasanya aku dah berjaya...

Lepas ni bila dah lapang sikit boleh la aku celoteh balik dalam hal-hal isu semasa ni, maklumlah politik ni pun dah macam-macam benda berlaku...lepas ni nanti kita story ya...apa nak dikata...