Tuesday, July 1, 2008

Siapa Untung Siapa Rugi?

Aku kalau boleh tak mahu nak menulis pasal kes laporan Polis terhadap Anwar Ibrahim yang terbaru oleh pembantu khas beliau, Saiful tu...pasal semua pihak dah tulis...

Tapi aku tergerak nak tulis pagi ni pasal aku tengok melalui satu perspektif yang agak lain sikit..dan apa yang aku tulis ni adalah pendapat peribadi aku semata-mata....

Kes laporan Polis liwat terhadap Anwar kali ni berlaku semasa kemelut politik yang agak hebat di Malaysia...Perdana Menteri sedang menerima tekanan hebat dari grass root sehingga ada kalangan MP dari Barisan Nasional sendiri yang seakan membangkang selain pihak pembangkang yang sedia ada....manakala Timbalan Perdana Menteri pulak sedang berdepan dengan cabaran kes Altantuya yang dikaitkan dengan beliau oleh beberapa pihak (tanpa bukti sah) dan yang terkini dengan Statutory Declaration yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin yang turut melibatkan YABhg Datin Seri Rosmah Mansor...

Diwaktu yang sama UMNO di bawah Pak Lah sedang meniti hari-hari penuh dugaan untuk mendapat kepercayaan akar umbi...Tun Mahathir sendiri keluar dari UMNO kerana tidak gembira dengan perangai Pak Lah yang membuatkan UMNO hilang arah...

Di celah semua inilah munculnya laporan Polis oleh Saiful ni terhadap Anwar Ibrahim...

Jika dahulu semasa 1998, Anwar Ibrahim secara terang-terangan menuding jari kepada Tun Mahathir atas dakwaan liwat terhadap beliau, tetapi kali ini beliau hanya terus menyatakan bahawa ini ialah konspirasi politik seperti yang dahulu...nama-nama yang beliau sebutkan ialah Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail sebagai konspirator...beliau tidak langsung menuding jari kepada Pak Lah sebagai Perdana Menteri untuk meyatakan bahawa PM terlibat...jauh sekali melibatkan 'think tank' Pak Lah di kalangan Tingkat 4 yang dketuai oleh KJ...

Ramai yang tahu bahawa di hari pembebasan Anwar dari Penjara Sungai Buloh, KJ lah yang telah dengan usaha sendiri beliau bersusah payah ke kediaman Anwar untuk meyerahkan pasport milik Anwar, yang kemudiannya disebut ramai sebagai Perjanjian Pasport...suka jugak disebut bahawa Anwar dibebaskan di tangan Pak Lah selaku Perdana Menteri...

Di waktu ini, kelihatan Timbalan Presiden UMNO, Dato' Seri Najib mendapat beberapa kepercayaan dan keyakinan untuk mengambil alih tampuk UMNO dan Malaysia..dengan pelan peralihan kuasa yang didesak oleh akar umbi, Pak Lah telah menyatakan sedikit sebanyak persetujuan beliau, tetapi entah bila lah...

Tidak lama kemudian, timbul SD oleh RPK yang mengaitkan Najib dan isteri secara langsung dalam kes Altantuya dan umum mengetahui betapa RPK dan Anwar Ibrahim adalah rapat...

Kemudian datanglah si Saiful ini...beliau pernah dirakam bergambar di Pejabat Timbalan Perdana Menteri...(nampak begitu hebat bergambar supaya nampak tulisan Pejabat Timbalan Perdana Menteri dengan jelas di belakangnya..)...

Tidak mustahil gambar ini adalah untuk mengaitkan Saiful dengan TPM..sekaligus memberikan kepada tanggapan umum motif Najib untuk menganiaya Anwar iaitu kerana SD yang dibuat oleh RPK yang rapat dengan Anwar...

Jadi siapa yang untung dalam hal ini?

Adakah anda dalam masa 3 hari ini mendengar sebarang rungutan kepada Perdana Menteri? Atau kepada menantunya? Atau rungutan rakyat berkenaan kenaikan harga minyak dan barangan?

Isu Anwar kali kedua ini jelas menutup segalanya...menutup desakan meletak jawatan kepada PM...dan Anwar juga berperanan dengan tidak menuding jari kepada Pak Lah...malahan tidak mustahil Anwar setelah siasatan nanti akan terlepas dan Saiful pulak dihukum kerana laporan palsu...maka yang baik pada mata ramai ialah Pak Lah..Pak Lah adil dalam mahkamah..tidak berat sebelah..tak macam Tun dulu Anwar tak dapat fair trial...Yang jahat pulak ialah Najib la...tu la dia, budak tu memang suruhan Najib..letak kat kem Anwar untuk jahanamkan nama Anwar...Ini semualah yang akan kedengaran di khalayak ramai andai apa yang dikatakan tu berlaku...

Kesimpulannya...kes Anwar kali ini bukan seperti kali pertama...kali pertama dulu memang Tun mencium sesuatu yang tidak layak untuk mentadbir negara, maka didedahkan supaya rakyat dan negara terselamat..maka Tun terus ditudingi oleh Anwar dan sekutu...manakala kes kali ini ialah untuk mengekalkan kuasa Pak Lah dan nama 'baik'nya di mata orang ramai, sekaligus menafikan penggantian oleh Timbalannya...maka sebab itu Pak Lah tidak ditudingi oleh Anwar dan sekutu....

Inilah politik..andai dasar anda ialah dendam, maka seribu tahun pun takkan selesai ianya...apa nak dikata...

Monday, June 30, 2008

Let's Travel

Saja aku terasa nak bukak satu lagi chapter dalam blog aku malam ni..sebenarnya tak tidur nak tunggu bola, so merapu-rapu la...

Aku nak cerita tentang tempat-tempat menarik di dunia...aku dan isteri sebenarnya suka melancong...cuma dengan masa, anak-anak bersekolah..agak terhad la sikit...

So aku nak start cari beberapa tempat menarik melalui websites dan paparkan kat sini..kalau ada rezeki boleh aku pergi nanti, InsyaAllah...

Kali ni aku nak ceritakan tentang Salzburg, Austria...antara tempat menarik kat sini ialah Schloss Klessheim, atau dalam Englishnya Klessheim Palace (Kalau dalam bahasa diorang dia tulis macam ni Kleßheim)...



Initially, there was only a small court of a regional nobles’ house, the Kleshof. Prince Archbishop Johann Ernst Graf Thun purchased this property in 1690 and ten years later, the builder Fischer von Erlach started to build the pleasure castle “Favorita” in 1700.

When Prince Archbishop Thun died in 1709, the building was almost finished. However, Salzburg’s next Prince Archbishop Anton Franz Harrach stopped the construction to concentrate on the re-modelling of Mirabell Castle.

The Baroque park was altered into an “English Garden” (whatever that means, check it out yourself if in doubt) under the reign of Salzburg’s last Prince Archbishop Hieronymus Colloredo. After Salzburg was secularised, Schloss Kleßheim became property of Archduke Ludwig who got the builder Ferstel to erect the so-called “Winterschloss” or “winter castle”.

However, the best thing about Schloss Kleßheim Palace is the fact that it is owned by the Salzburg Federal Province – which rents it to the state-owned Casino company “Casinos Austria”. If you are older than 18, we recommend a visit in the evenings, to enjoy one of the nicest Casino venues in central Europe – and see some decent Baroque architecture at the same time!

In some of the side-buildings, Salzburg Province runs a tourism school. Schloss Kleßheim Palace was also used for a number of movies, some featuring proper stars such as Jack Lemmon, Toni Curtis and Peter Falk.

- Sumber


Schloss Klessheim ni terletak 4km ke sebelah Barat dari bandar Salzburg. Semasa Perang Dingin, Kerajaan Austria menggunakan Palace ini untuk melayan tetamu antarabangsa dan mengadakan seminar atau perbincangan, tetapi hari ini ia telah digunakan sebagai kasino....rujuk sini dan sini...

Memandangkan ada beberapa sites tersebut dalam Bahasa German (iaitu bahasa yang dituturkan oleh 85% penduduk Austria, kalau anda tak paham, maka gunakan Applied Translator ini ya...maka anda akan kelihatan amat fasih dalam mana-mana Bahasa di dunia ni..hehe..kadang-kadang aku pun buat macam ni jugak..kat sini, sini dan sini...pakai online translator je...hehe...

Ini ialah patung Helang yang diperbuat dari batu kapur yang menyambut setiap pengunjung di pintu masuk Schloss Klessheim...



Teringin nak pergi kan...tengok la nanti kalau ada duit boleh la pergi..kalau takde duit pakai search tengok dalam Internet saja la..dalam internet semuanya ada..maklumat hanya di hujung jari..hehe..Dieser Platz ist sehr schön. Wunsch I konnte dort sein...apa nak dikata...

Sunday, June 29, 2008

Who Will Reign?

Update: Tengok je gambar ni dah boleh tahu siapa menang semalam...syabas Spain...




Original Posting:

Penghujung sudah sampai...perlawanan akhir EURO 2008...








Played 19Played 19
Won 8Won 5
Lost 5Lost 8
Drawn 6Drawn 6
Goals For 26Goals For 21
Goals Conceeded 21Goals Conceeded 26


Siapa bakal menjulang trofi The Henri Delaunay kali ni??

Akan aku update selepas perlawanan awal pagi nanti ya...Pasukan pilihan aku ialah Spain..apa pun this is football..apa nak dikata...