Sunday, April 26, 2009

Aku Sibuk...



Aku amat sibuk...

Selasa 28 April ni aku anjurkan dua program...ya serentak...gila tak?Hehe...

Program pertama Forum Pengukuhan Integriti...aku kerjasama dengan Institut Integriti Malaysia...diorang akan turun Perlis...program setengah hari saja...perasmian penutup oleh MB Perlis...hadirin about 200 orang...

Program kedua tu tiga hari...28 - 30 April...aku kerjasama dengan Ibupejabat Polis Kontingen Perlis...baik dengan polis plak...hehe...Kursus Bina Insan...

So pandai-pandai la aku bahagikan masa aku dan staf untuk dua program tu...tapi penganjr bersama banyak gak bantu...maklumlah, aku baru saja kehilangan dua orang pekerja yang berhenti sebab dapat kerja yang lebih baik...

Tapi minggu lepas ni agak serabut...dalam pada aku sibuk ni, ada pulak khabaran yang kurang menggembirakan...aku pun tak tau la...kenapa susah sangat manusia nak puas hati dan tak kacau kerja orang lain kan...

Aku buat kerja banyak pun nak marah...kalau aku duduk goyang kaki kang hangpa kata aku makan gaji buta pulak...tah la...

So tak sempat nak jenguk lama-lama alam siber ni dua tiga hari ni...lepas Selasa tu maybe aku akan boleh tarik nafas lega 60%...then lagi 40% lepas masuk bulan Mei...

Oh ya...Perlis tengah musim Harumanis...mangga (mempelam) numero uno...sedap...manis...harum...so silalah berkunjung ke Perlis ya....

Program aku Selasa ni kat Dewan Residensi...bermula jam 8.30 pagi...sapa-sapa yang berjalan ke Perlis tu singgah la program aku bagi ramai...the more the merrier...hehe...apa nak dikata...

Monday, April 20, 2009

Jejak Kasih Di Internet...

Rupanya internet memang hebat...

Aku pernah cerita dulu yang kawan-kawan aku masa kat Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Al-Irsyad ni ada buka satu Yahoo Group kan...dan masing-masing pakat trace la kawan-kawan lama...

Ada satu kawan ni, memang best friend aku...kawan paling lama dalam sejarah hidup aku...

Nama dia Nor Azman Mohamad...

Dia kawan aku masa sekolah rendah, Sekolah Kebangsaan Bagan Ajam, Butterworth...rumah dia terletak belakang perumahan aku...so kami memang sama-sama main...sama-sama jatuh BMX sampai terkoyak lutut...hehe...tapi dia pakai Shimano la, aku pakai cap apa tah, local je...hehe...(untuk yang tak tau, bawak Shimano pi sekolah kira macam bawak RXZ la berbanding EX5..hehe..)...

Then bila masuk sekolah menengah pun, kami pi sekolah yang sama...cuma dia dok hostel dan aku dok rumah saja la...tapi sebab aku dekat rumah dia, aku kira banyak jadi perantara la...

Lepas sekolah, dia ikut mak dia ke KL...mak dia dok Klang Gate masa tu...bila aku cuti dan pergi rumah arwah tok aku kat Subang, aku sure cari dia...zaman tu kami lepak kat Central Market...makan McDonalds kat Dayabumi...mana ada dah McD kat situ kan...haha...zaman McD jual air tebu la kiranya...Man sure minum air tebu...hahaha...

Then bila aku sambung study, balik cuti aku still ada contact dia jumpa...

Masa tu kami terputus hubungan...Dalam Yahoo Group kami pun tak dak sapa tau mana dia pi...

Cuma aku ada clue sikit, dia ni pernah jadi kartunis kat majalah Ujang (zaman Kharisma dulu)...nama kartunis dia Jering...

Semalam, aku dok baca blog Mazidul Akmal Sidik...memang aku dok ikut blog dia, tapi jarang aku nak buka ruangan komen kat situ...tetiba semalam rajin plak aku nak baca komen orang...maka ternampak la satu Blogger ID bernama Kartunis Gandum...aku pun pi blog Brader Gandum ni...sebab aku tau, dulu-dulu aku pernah dok baca kartun Gandum masa Man a.k.a Jering dok melukis di situ...

So aku perkenalkan diri kat Shout Box Gandum ni dan bagitau niat aku nak cari kawan ku tu...kot-kot dia kenai dan dapat bantu aku...malamnya dia bagi feed back yang dia akan cuba bantu aku...



Pagi tadi bila aku check email, ada email dari Bro Gandum...dia bagi nombor telefon Man a.k.a. Jering dan bagitau bahawa Man jugak cari aku...



Maka aku pun call la Man tadi...berborak...kemudian sambung kat YM...dan akan sambung lagi malam nanti...maklum la, dah 15 tahun tak dengar khabar berita...

Tu la kisahnya...sapa yang pernah kembali jumpa kawan yang lama terpisah sure tahu rasanya...tambah pulak kawan yang amat baik...

Jadi banyak rupanya kesan internet ni...cuma pandai dengan tak pandai nak guna saja...kalau nak guna cara tak elok, maka jadilah tak elok...tapi kalau guna secara yang baik dan positif...banyak manfaatnya...apa nak dikata...

Thursday, April 16, 2009

Pilihanraya Lagi...



Naik cemuih (faham cemuih?...: BOSAN) dah...sejak habis Pilihanraya Umum ke12 Mac 2008, dah 5 pilihanraya kecil yang negara kita lalui...ni dah nak masuk 6, lepas Fairus letak jawatan ADUN Penanti pulak...

Satu fakta menarik yang aku nak kongsikan, yang rasanya semua orang pun tahu dah...

Sebab-sebab pilihanraya kecil dari Mac 2008 hingga sekarang :

(Akibat Kematian)
Kuala Terenganu : PAS
Bukit Gantang : PAS
Batang Ai : BN

(Meletak Jawatan)
Permatang Pauh : PKR
Bukit Selambau : PKR
Penanti : PKR

Kalau yang akibat kematian itu memang tak boleh elak la kan...dah taqdir ajal maut di tangan Allah, maka sebagai hambaNya kita mesti patuh dengan ketentuan ini dan kita redha dengan pilihanraya semula tu

Tapi letak jawatan sebab nak pilihanraya semula ni...leceh la...

Kalau asyik nak pilihanraya saja, bila nak buat kerja? Sekali pilihanraya bukan sikit SPR kena belanjakan untuk tujuan tu...

So rasanya elok lah kita semua pakat-pakat fikir sekejap...kalau nak jadi ADUN atau Ahli Parlimen kita, hanya untuk masa singkat, lepas tu letak jawatan untuk nak meriahkan suasana pilihanraya kecil saja, maka itu bukan Wakil Rakyat...itu wakil parti politik...sebab wakil rakyat bekerja untuk rakyat, tapi wakil parti politik memang bekerja untuk parti politik...

Aku tak dak masalah kalau ADUN atau MP itu dari parti pembangkang, tetapi biarlah dia bekerja untuk kita...kalau pembangkang pun, biarlah yang berjiwa rakyat, bukan berjiwa parti politik...

Tah la kan...dah macam tak de nilai wakil rakyat zaman ni, rasa nak letak jawatan je letak...isytihar pilihanraya kecil...rasanya nak lari pergi bercuti lama-lama..pergi je....tak kisah kawasan tak jaga...rasanya nak lompat parti pun, lompat je...tak kisah ke rakyat yang pangkah dia dulu letak amanah...

Tak tau la apa lagi yang nak mendatang, sementara nak tunggu PRU 13 nanti, maunya berbelas pilihanraya kecil nak kena tempuh kalau trend dah macam ni...apa nak dikata...