Monday, July 27, 2009

Tale Of A Journey...

Semalam (Ahad) malam aku ke Kuala Lumpur...naik bas ekspress saja, sorang ja kan...ni bukan zaman dulu nak naik flight...hehe...

Takde yang menariknya malam tadi tu...aku hidangkan telinga aku dengan alunan irama lagu-lagu Search versi konsert yang lepas-lepas, sebagai rehearsal aku untuk menghadiri Konsert Di Awan Biru minggu depan...selebihnya tido je la...

Di KL pagi tadi aku selesaikan urusan berkaitan aku..nanti-nanti lah kita story hal tu...

Then tengahari terus aku balik ke Perlis...naik bas pukul 1 (sepatutnya lah, tapi bergerak pukul 2.30 petang)...

Bermula lah kisahnya...eceh...macam menarik sangat...

Aku duduk kat seat yang sorang tu...sebelah bertentangan dengan aku ada satu couple muda berwajah Timur Tengah...yang lelaki berseluar bermuda dan perempuan (lawa jugak la, tapi lawa lagi bini aku...) berseluar ketat tahap lutut dan tidak bertudung...baju pakai le...korang nih...

Mulanya aku malas nak nyembang-nyembang, aku sambung hidangan telinga aku, sebab aku perlu hafal lirik-lirik lagu yang bakal dinyanyikan waktu konsert, takut aku sorang je salah lirik nanti kan...so aku layan la...

Bas tu pulak macam pelesit punya laju...sekejap je dah sampai ke Simpang Pulai, berhenti kat Hentian Sebelah je untuk kencing...serentak dengan IPod aku habis bateri...ko rasa geram tak...tengah travel dan bateri IPod habis...

Sambil aku smoke kat luar bas, couple muda tadi tu turun dan senyum sengih kat aku...aku pun dengan penuh hemah menegur...tanya diorang dari mana (cakap omputih le...), diorang jawab Iran...oooo...diaorang pun pegi kencing...

Bila naik bas, dengan ketiadaan IPod...aku jadi termangu dan terkhayal sejenak...maka mamat Iran tu menegur aku...sembang...diorang nak pergi Langkawi, so dok tanya aku feri last pukul berapa...mana hotel yang bagus dan tak mahal sangat...dan macam-macam la pasal negara tercinta aku nih...

Then aku tanya.."Are you newly weds?Is this your honeymoon?"...mamat tu jawab..."No no..we are students in KL, this is my friend.We are studying in UM"...aku pun.."Oh...I see.."

Aku tergamam sebenarnya..sebab perlakuan diorang atas bas tu memang macam orang baru menikah, kejap usap rambut, kejap suap kacang, kejap manja-manja, rimas jugak aku...dah la budak pompuan tu kira kategori ada wajah la jugak kan...

Then kami sambung berbasa-basi (kalau tak faham makna perkataan ni sila tanya kepada pakar-pakar bahasa yang bantah PPSMI, diorang tau..)...macam-macam la sembang...

Aku tetiba mengkonar arah perbualan kami secara lipat maut...aku tanya "How's the situation in Iran now after the riots?"...dia jawab.."Terrible.."...Aku terus shoot soalan.."Who are you supporting, Ahmadenijad or Musavi?" (walhal aku memang dah agak siapa yang dia sokong berdasarkan cara hidup diaorang tuh...)...kali ni pompuan tu jawab, tak sempat aku fullstop..."Musavi of course.."...wah rupanya English dia jauh lebih bagus dari mamat nih...rasa macam nak suruh je mamat tu pegi jauh-jauh aku nak sembang nih...ops...balik ke topik...

Aku pun selidik lebih rapi...aku tanya, "What has Ahmadenijad do that make people so mad?"...dia jawab (yang jantan tu, menyibuk je dia..).."He cares for people outside of Iran more than Iranian.He helps the Palestinian, he helps the Iraqis, he helps the Afghans, but he did not develop Iran.What do you feel if Mahathir helps Palestin and did not develop Malaysia?"...

Eh Iran bangang nih...ko nak mampus kutuk-kutuk Tun Mahathir depan aku...aku terus je jawab.."Mahathir did helped Palestinian and at the same time he developed this country. And for your information, it is not Mahathir now the Prime Minister..."...kot la dia tak tahu berapa haribulan kan...

Tetiba yang pompuan tu mencelah..."Ahmadenijad is very religous.He is so pious that he wants every people in Iran to be like him.Chadur must be worn every time, and lots of movements are being restricted,"...

Now I get the point...no wonder la ramai yang mengatakan Musavi tu berdalangkan Amerika...ada betul jugak la dakwaan tu ye...

Budak pompuan tu melambangkan segelintar wanita Iran yang nakkan hidup bebas, ye la, bebas berpakaian ikut suka dia...bebas berjalan ke sana ke mari dengan boyfriend dia...melancung ikut suka...so bila Ahmadenijad tegas tentang agama, maka timbul lah kemarahan sesetengah pihak...

Aku pun tak tahu sejauh mana kebenaran kata-kata dua orang tu tadi..tapi diorang melambangkan pemikiran masyarakat moden Iran...dan aku tak pasti samada malam ni diorang akan berkongsi bilik di Hotel T kat Kuala Perlis dan keesokannya pulak berkongsi bilik Hotel Langkasuka (kedua-dua hotel tu adalah saranan aku, adakah aku dapat saham kalau diorang share bilik???)

Then aku tanya mamat tu.."Who is the most highest authority in Iran, the Ayatullah or The President?"...dia jawab.."The Ayatullah, because The President implements what the Ayatullah says. There is special force names SEFAH guarding the Ayatullah, if anything they will beat up any Iranian in order to protect Ayatullah because they believe Ayatullah is a gift from God.."...

Masa tu aku hentam dalam diam, aku kata, "A little bit like the Vatican Police guarding the Pope, because Pope is the man of God,"...terkesima mamat tu kejap...

Then bas berhenti kat Simpang Empat Perlis, aku diarahkan turun sebab tukar naik bas belakang pasal aku sorang je yang nak ke Kangar, lain-lain nak ke Kuala Perlis...tak sempat nak tanya pompuan tu nama apa, driver bas tu dengki la tuh...mamat tu nama Hisom...

Tapi aku sempat bagi kad nama aku pada diorang, just in case diorang nak tanya apa-apa pasal Northern Region...just being a nice Malaysian Citizen...hehe..apa nak dikata...

Wednesday, July 22, 2009

Manik Koran...

Entri ni aku namakan Manik Koran..bukan sebab aku nak meniaga manik koran, tapi sebab ada segala mak neka yang aku nak tulis di bawah satu tajuk, dan setiap satunya pendek-pendek saja...

Oh ya, kepada yang tak tau apa tu Manik Koran (sumpah takde kena mengena dengan Manik Urai ok..), ianya ialah nama gelaran yang diberi kepada peniaga (selalunya DKK - Darah Keturunan Keling a.k.a mamak) yang menjual pelbagai benda sekaligus...dari gelang manik India sampai lah ke naskah Al-Quran...alah korang sure pernah jumpa la...tapi barang dia serba sikit la...

Ok back to entri aku...

1. Perlis Bukan Negeri Ke?

Aku tetiba tergatal tangan bukak website Huggies, sebab dah anak aku memang pakai Huggies, so mana la nak pi tau kot-kot ada Loyalty Program boleh jimat sebungkus dua diapers ke kan..hehe...

Then aku register la kat situ..bila part alamatnya, macm ni...



Kenapa takde Perlis?Abis tu aku nak letak apa?Takkan aku nak letak, Kangar, Perlis, SELANGOR ke pulak..

Aku tengah cari jalan nak email kat webmaster dia...buat masa sekarang biar aku bebel kat sini dulu..

Ingat lekeh sangat ke Perlis nih!!Ada Padang Besar la weiihhh....


2. Glamer Ke Macam Ni??

Aku heran betul la kes Roslin Hashim nih...aku pernah tulis dulu pasal perceraian dia lepas kahwin 12 hari..seriously aku takde masalah personal dengan dia langsung...warna kulit dia live pun aku tak pernah tengok..tapi aku ada sikit heran la dengan attitude macam ni..

Dah la cerai lepas kahwin 12 hari, itu tak pe la dah kata tak de jodoh...ni nak tuntut pulak RM50,000 dari bekas isteri dia...ganti rugi persiapan perkahwinan katanya...

Setahu aku diorang kahwin pun...cuma lepas tu bercerai...selalunya ganti rugi ni kalau tak jadi kahwin..tah la, aku bukan lawyer, tapi aku sebagai manusia biasa heran la...apasal kes yang dah lama orang tak amik port ni tetiba boleh nak keluar cerita bikin panas pulak...syndrom publisiti yang tak mahal ke..?Lantak le...


3. Hidup Biar Berbudi, Bongok..

Semalam ni aku ingat nak jadi manusia yang baik la...kisahnya begini..

Aku HoD kat satu Unit ni kan...so ada satu mamat ni, dia kat Jabatan lain...sejak aku dilantik HoD kat sini pun dia dah kat sana dah..aku bagi nama opis dia Jabatan M...dia kontrak yearly...

Baru ni bulan April aku dapat tau dia memohon supaya kontrak dia disambung...aku haram tak kisah pun...tetiba last week YB EXCO (yang jaga porfolio berkaitan Unit aku dan Jabatan M) call aku, minta aku buat surat menyokong sambung kontrak mamat ni...rupanya lantikan dia dulu bawah Unit aku daa...tapi dek kerana bos Jabatan M tu dulu baik dengan bekas HoD Unit aku maka main tukar ikut suka bapak diorang je...

So aku dengan penuh hemah pun semalam pergi ke Jabatan M...aku pergi nih, walhal taraf aku ni aku boleh call mamat tu suruh datang kat aku...tapi nak jadi baik punya pasal aku pergi la...tak apa...

Di Jabatan M tu, aku dilayan macam aku pergi nak mintak bantuan Kebajikan Masyarakat...maybe kerani baru tu tak kenal aku, dan style aku memang tak suka kenalkan jawatan aku...so aku pun ditunjukkan ke cubicle mamat tuh...

Mamat tu kenal la aku kan, so dia pun panggil aku...cheh...bukan dia nak datang kat aku tuh!!

Then dia tanya aku apa maklumat yang aku nak berkaitan dia, sebab aku kata aku nak buat surat tapi tak de maklumat...so aku bagitau, dia tulis...SAMBIL AKU BERDIRI DEPAN DIA MACAM BUDAK DEPAN GURU BESAR!!!celaka betul...

Dah abis tu dia tanya aku bila dia boleh ambik surat tu..aku kata surat tu aku akan hantar terus ke Pentadbiran...

Sampai sekarang aku belum buat surat tu lagi..dan kertas maklumat yang dia tulis masih dalam poket seluar aku, kalau bini aku basuh petang ni mungkin hancur...sori ye mamat, lu tak pandai jaga hati orang...


Cukup la aku merapu kali ni...nanti kalau ada lagi aku bukak sekali lagi gerai Manik Koran nih...oh ya, hari tu aku jumpa mamak manik koran kat mana tah, dah advance beb...dah ada jual kondom!!...apa nak dikata...

Sunday, July 19, 2009

12 Good Years...

It was on this day 12 years ago, aku menerima tanggungjawab suami kepada isteri tercinta..19 Julai 1997...

Dah dua belas (12) tahun dah...Alhamdulillah tempoh tu kami lalui dengan penuh suka duak, pahit manis, susah senang...

Bohong kalau rumahtangga tak bertengkar, bergaduh...Tipu kalau rumahtangga asyik aman damai tenang sentiasa...

Namun semua tu ujian yang mesti kita tempuh..itu semua mendewasakan kita...setiap detik yang kita lalui bersama menjadikan kita sedetik lebih mengenali pasangan kita...

Renungan matanya waktu marah lain, waktu tak berkenan kata-kata kita lain, waktu nak ajak balik dari mana-mana tempat lain...waktu horny pun lain...hehehe...

Cara dengusan...cara bernafas...semua nya perlu kita ambil berat dan fahami..dan rasanya dalam 12 tahun ni aku berjaya memahami diri isteri tercinta...waktu mana kata-kata dia perlu aku buat tak tau saja...waktu mana pulak kata-kata dia perlu aku sambut...waktu mana pulak perlu aku lawan tegakkan hujah aku...hehe..

Alhamdulillah jugak dalam 12 tahun ni kami dikurniakan 3 orang putera (ayat macam novel Melayu la pulak..eceh..). Adam, Rayyan dan Zain...tak sunyi rumahtangga...

Sesungguhnya, bila dalam bahasa omputih diorang kata 'my better half' tu...depa memang betul...sebab dalam rumahtangga ni, isteri atau suami ialah kita punya better half...

Isteri aku selalu bantu buat keputusan, especially keputusan yang besar-besar dalam hidup...

Aku pernah dikatakan takut bini oleh sorang kawan, hanya kerana dia ajak aku minum malam tu, so aku kata nanti nak tanya wife...dia kata apa la takut bini...aku jawab, aku bukan takut bini, tapi aku hormat bini aku...kalau aku nak keluar suka ria minum kat luar, dia dok rumah jaga anak-anak sorang-sorang, tanpa aku bagitau dia aku keluar minum, tak ke zalim namanya..member aku tersenyap...

Betul...takut dan hormat adalah dua benda berbeza...dan aku hormat isteri aku seperti mana dia hormat aku...kerana tidak hormat bini lah ada kes terajang bini..kan...

Kepada isteri tercinta, terima kasih kerana berada di sisi diri ini selama ini (fuh ayat..)...melengkapi diri ini...dan menjaga diri ini...dan masak sedap-sedap...





Sebenarnya terlalu banyak gambar yang nak letak, tapi banyak sangat...so ambik beberapa je la...the rest akan tetap diingatan...

Buat pembaca dan kawan-kawan...doakan kebahagiaan berpanjangan buat kami...terima kasih...

Loving n Caring,