Tuesday, April 24, 2012

Undang-Undang Dataran Merdeka.

Here is the best article so far, written by blogger SatD...

By-Law 4. Offences. No person shall, unless approved by the Commissioner in writing, in the Dataran Merdeka- (a) eat any food, drink or smoke any cigarette, cigar or any tobacco; (b) cut, remove, damage, pluck any leaf, branch, flower or seed of any plant or tree; (c) cut, uproot, dig, remove or damage any plant, tree or grass; (d) excavate or remove any earth; (e) climb any tree or structure; (f) dirty, deface, make alteration to, displace or damage any structure; (g) nail, tie, bind, chain, draw, scribble, paint, spray, mark, affix, inscribe, display, place or hang anything on any tree, plant or structure; (h) walk over, step or stand on any planting bed or shrubbery; (i) enter or climb the hundred metre flag pole; (j) ride, drive, pull or push any vehicle whether mechanically propelled or otherwise or slide with a skate; (k) contaminate or pollute the water in any fountain; (l) deface or remove any notice displayed by the Commissioner; (m) spit, urine or defecate; (n) displace, make any alteration to, remove, deface or tamper with anything displayed, exhibit, affixed, hung, placed, constructed or set up by the Commissioner; (o) erect any tent, booth, shed or other structure;(p) drop, throw, deposit, place or leave anything whatsoever; (q) kindle any fire or any fireworks or crackers; (r) lie down or sleep in any part of Dataran Merdeka; or (s) allow any animal which is under his control to enter or remain in any part of Dataran Merdeka.

Read the rest of his writing HERE.

Friday, April 20, 2012

Sekurang Ajar Ini Kah Rakyat Kita?

Politik lagi.

Opis aku ni dok tengah-tengah antara Dataran Merdeka dengan Bangunan Parlimen.

Semalam disebabkan budak-budak yang dah terlebih credit hours dalam course mereka di IPT yang dok berkampung kat Dataran Merdeka tu kata nak buat press conference, aku yang bukan wartawan ni pun saja celah pi tengok.

Bila balik opis kengkawan bagitau kat Parlimen ada apa tah ramai kat luar tu berhimpun. Sebab ada benda penting nak buat maka aku abaikan ja apa yang berlaku tu.

Apa yang berlaku ialah sekumpulan "rakyat Malaysia" dari kaum India berhimpun untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka kepada Kerajaan Malaysia kerana mereka tidak mendapat taraf warganegara sebaliknya masih memegang taraf Pemastatutin Tetap, kad pengenalan merah la tu.

Korang boleh baca butirannya kat SINI dan SINI...(aku tak quote Utusan sebab kang orang kata tipu plak..)

Diorang kata, diorang KEBANYAKANNYA, baca lagi sekali, KEBANYAKANNYA dilahirkan di Malaysia tetapi tidak mempunyai surat beranak atau nama yg lebih sedapnya Sijil Kelahiran Malaysia.

Chop...chop...

Aku ada soalan.

Setiap rakyat Malaysia yang lahir di Malaysia, samada Klinik atau Hospital Kerajaan mahupun Swasta, pasti akan dengan mudah mendaftar Sijil Kelahiran anak kan.

Kalau yang lahir di luar negara, boleh mendaftarkan Sijil Kelahiran anak diorang di pejabat Kedutaan atau Konsulat Malaysia di negara berkenaan.

Setahu aku, dulu orang yang menikah di luar negara, sebagai contohnya Thailand, kemudian tak daftarkan pengesahan nikah di Malaysia, mempunyai kesukaran mendaftarkan Sijil Kelahiran anak, tetapi perkara tersebut telah diatasi oleh Jabatan Pendaftaran dengan cara ibubapa boleh membawa Sijil Perkahwinan mereka dari Thailand dan Jabatan Pendaftaran akan memeriksa dengan pihak berwajib agama adakah pernikahan tersebut dijalankan di tempat dan oleh kadi yang bertauliah. Kemudian boleh daftar Sijil Kelahiran anak.

So, soalan aku, SALAH SIAPA KO TIDAK ADA SIJIL KELAHIRAN?

Takkan salah Kerajaan? Mampus lah weih kalau sampai mak ayah ko tak daftarkan ko masa lahir pun ko nak salahkan Kerajaan.

Kalau macam tu baik ko salahkan sekali Kerajaan masa anak ko fail periksa, masa ko termengandung tanpa perancangan walhal anak ko dah 18 orang, masa ko sembelit, masa ko jatuh pokok dan lain-lain. Semua tapau la kira.

Ok, berbalik pada depa yang berhimpun tu.

Paling kurang hajar pada aku ialah ko buat ni.


1. Ko tahukan YAB Perdana Menteri ialah seorang Muslim. Nama beliau Mohd Najib BIN Abdul Razak.
Ko letakkan kat situ Najib A/L Razak. Ko tak rasa kurang hajar ke? Ok, buang sentimen politik kejap. Ko tahu tak kalau ko letakkan orang Islam di tempat bukan Islam, maknanya ko dah mengatakan dia bukan Islam. 

2. Ko letakkan taraf Perdana Menteri sebagai Pemastatutin Tetap. Bapak dia, Alhamdulillah seperti bapak aku jugak, amat bertanggungjawab untuk mendaftarkan kelahiran kami. Maka kami adalah WARGANEGARA Malaysia.

3. Ko letakkan gambar PM terlelap. Sebagai manusia memang ada masa kita terlelap sambil kerja, meeting dan lain-lain. Ko pun lepas ambik susu getah kat estet ko bantai minum samsu haram sampai tertidur kat tepi pokok getah jugak. Nak tanya ko, agak-agak Jabatan Pendaftaran akan terima ke gambar macam tu untuk IC? Oh aku lupa, ko kan tak berdaftar, mana ko reti semua tu.

Ok, ni satu. Baru ni dah ada satu lagi puak buat benda yang lebih kurang sama.


Yang tadi kot la India estet tak reti apa. Yang ni, yang buat dia ialah MAHASISWA. MUSLIM.
Bila ramai kondem dan kritik, depa kata depa tak salah, simbolik saja. Bila makin ditekan dengan hadis dan nas yang sahih, depa kata, jangan divert isu, fokus pada apa kami nak. Banyak ko punya senang ya.

Ini lah hasilnya bila semua benda nak dipolitikkan. Semua.

Politik pulak stail murahan, bak kata Allahyarham Tompel, "Cheap Sale semua..!!"

Korang tak rasa orang akan marah ke kalau buat gini? Pernah dulu orang edit gambar Tok Guru Nik Aziz macam kat bawah ni, bukan main melenting korang eh.


Well, at least kat gambar ni takde la diorang kata Nik Aziz tu kafir atau bukan Islam, cuma di disembah oleh orang bukan Islam je, tapi dua gambar kat atas tu? Still, aku tak setuju perbuatan ni.

Yang hero sambut memorandum kat Parlimen pulak semalam ialah tak lain tak bukan, YB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim. Tak rasa macam nak kena tegur ke India tu semua, "Anney, saya mau tolong u hantam itu Najib,tapi u jangan la ini macam.Dia sama saya saya satu agama jugak,sama sama semayang,sama-sama ada BIN sana nama. Anney bikin ini macam saya sikit ada tarak syok la"...Tak boleh? Ya la kan, kata orang, politik tu macam cinta jugak, buta.

Oh, by the way, aku nak ucapkan tahniah pada Ahli Parlimen kita semua kerana menamatkan sesi sidang Parlimen kali ni dengan penuh sejarah, sampai jam 3.21pagi tadi. Semuanya kerana nak pastikan setiap yang dirancang akan dapat dilaksanakan. Tahniah kepada YB-YB dari Kerajaan mahupun Pembangkang yang hadir sampai habis awal pagi tadi. Ada jugak yang ngelat, pi ceramah sana sini. Malam tadi orang tengah bersidang di Parlimen, dia sibuk pi Sidang Rakyat kat Dataran Merdeka, siapa? Check la kat twitter bebudak yang berhimpun tu tengok...apa nak dikata...



Wednesday, April 18, 2012

Occupy Dataran : Gelandangan In The Making...

Jangan lupa baca update kat bawah.

Short entry, sebab ada kerja nak buat tapi geram nak lepaskan perasaan...hahaha...

Bilangan penuntut di IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti adalah lebih kurang 850,00 orang. (lapan ratus lima puluh ribu).

Yang hadir hari pertama jalan kaki ramai-ramai adalah lebih sikit dari 300 (tiga ratus) orang saja. Apa kejadahnya si Adam Adli kata kalau kat Malaysia ni jumlah itu dah kira ramai? Ada dia cakap kat video kat Malaysiakini, korang cari la sendiri malas aku nak promote.

Oh, kalau tak salah aku jumlah tu ialah 0.035% saja.

Korang dah tengok OccupyDataran tu?

Aku screenshot beberapa tweet dari pihak yang menyokong OccupyDataran ni, ada gambar siap.

Enjoy.


Diorang pandai provok ajak orang ramai datang, konon nak kena ambush jam 3 pagi.




Siap ada yang kata ada trak Polis? Mana gambar?


Ni takde punca keganasan?


Ooooo...ini lah kehidupan 'mahasiswa' yang didambakan...bebas bersuka ria bersajak berpuisi...dah macam pegi campfire kat hutan pulak punya aktiviti...ada Amoi, ada Mat Patah, ada Macho...semua ada la...


Tak bahaya ke budak ni tido tertonggeng? Ke memang dah terbiasa? Ni tak salah aku tepi jalan besar ni...gila kalau sedara mara aku memang aku sepak nih...

Update twitter pakai Android gadjet...mesti mahal kan....oooo...mesti beli guna duit PTPTN tu...DUIT RAKYAT...


Aku quote seorang blogger ni :

" Agak-agak koranglah, kalau Rasulullah saw dan sahabat Ra semua masih hidup, Rasulullah bangga tak tengok akhlak korang yang tengah-tengah jalan raya tu hina-hina orang, maki hamun orang, korang agak-agak Rasullah endorse tak perilaku korang semua hari tu, Kamu rasa wajar tak kalung bunga orang mati dekat gambar orang hidup? kamu ni agak-agak macam tu ke akhlak seorang mahasiswa yang mahu mencari syurga?"

Korang boleh baca tulisan dia pasal PTPTN ni kat SINI.

Tapi bak kata kawan aku kat pesbuk, Rasulullah dah pernah jumpa perangai macam puak-puak ni...ye la, Arab Jahiliyah dulu takde la jauh beza dengan yang ini kan...apa nak dikata...


UPDATE :

Aku baru balik dari Dataran Merdeka. DBKL dah arahkan 15 khemah dirobohkan atau mereka akan sita. Tinggal 2 khemah saja dibenarkan sementara waktu untuk menyimpan barang.

Enjoy the pics yang aku sempat snap tadi.


Sapu sampah bang...


Kang Adam Adli bangun tido dari rumah atas katil dia datang nak tengok dah takde sampah..




'Mahasiswi' tu menarik perhatian aku...



Dan 'mahasiswa' nih...