Monday, March 29, 2010

No More Bina Masjid...Jom Ke Masjid..!!

Short update :



Aku dah tak berkecimpung dalam bidang membantu membina masjid kedua lagi...sebab prosedur di Perlis sudah tidak semudah dulu dan dah jadi macam negeri lain...kalau prosedur di negara jiran tu masih sama, tapi aku tak campur bab tu ye...

Sekarang nak tukar pulak, nak berkecimpung dalam bidang membawa orang ramai ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi...ya...buat jemaah umrah pulak.



Nanti akan update berkenaan perjalanan aku terbaru ke Dua Tanah Suci...dan juga apa yang aku rancangkan untuk jemaah yang ingin menyertai aku ke sana lagi...

Kalau ada yang nak tahu lebih lanjut, sila emailkan kepada saya atau YM dan Skype ID [azhar.shafie]

Thursday, March 11, 2010

Antara Almarhum Sheikh Muhammad Sayyed Tantawi dan Bumi Madinah...



Rasanya hampir semua dah tahu tentang pulangnya Syeikhul Azhar, Dr Muhammad Sayyed Tantawi ke Rahmatullah...dah ramai menulis tentang pemergian Syeikh Tantawi semalam...

Aku dengar berita pemergian Syeikh Tantawi ketika tengah drive ke Alor Star semalam...terus terang aku cakap, hati aku terdetik sedih ketika tu, sebab aku ada pengalaman manis bersama Syeikh Tantawi yang aku sifatkan antara detik-detik kenangan indah dalam hidup aku...

Tak ingat aku dalam tahun bila, ketika Syeikh Tantawi berkunjung ke Malaysia atas jemputan Kerajaan Malaysia...beliau diberikan layanan bertaraf Menteri kerana memang itu kedudukan beliau di Mesir...

Malam ketibaan beliau di KLIA, aku mengiringi Dato' Seri Shahidan Kassim untuk menyambut beliau di KLIA..ramai yang ada masa tu, semuanya VVIP...dan boss aku ketika tu berjalan seiringan dengan beliau menuju bilik VIP di KLIA...

Bila dah sampai, diorang semua masuk satu bilik rehat, aku dok lepak2 luar tu je, then ada satu mamat protokol Wisma Putra kot, datang cari aku kata my boss panggil...rupanya Dato' Seri Shahidan nak kenalkan aku pada Syeikh Tantawi, sebab dia cuba berkomunikasi dalam Bahasa Arab dan diorang respek dengan usaha dia, maka dia nak kenalkan guru Bahasa Arab dia...aku la tu...hehe...

Then aku keluar la balik...tak lama lepas tu Syeikh Tantawi dan rombongan bergerak ke hotel...my boss ajak aku masuk semula Terminal, rupanya nak belikan cenderahati kat Syeikh Tantawi...pergi la aku ikut dia beli jam...harga jangan tanya ye....hehe...

Then my boss pesan, you pi bagi terus kat tangan Syeikh, jangan melalui orang tengah sebab dah pernah dia bagi, tapi dia tak nampak Syeikh pakai pun sebab jam tu tak sampai pada Syeikh...aku pun terus shoot pergi Palace of The Golden Horses...

Sampai kat situ, aku dapat jumpa dengan mamat butler yang being assigned untuk Syeikh Tantawi...a very nice young man...dia bawak aku jumpa pengiring Syeikh Tantawi, Abdul Aziz (orang Arab Mesir)...masuk lah aku dalam bilik dia berbual sembang-sembang...dengan menggunakan skill perbualan Bahasa Arab tahap merayu memujuk, aku berjaya membuatkan dia minta aku datang esok paginya jam 9.00 pagi di situ...

Aku pun balik semua ke penginapan aku di Pan Pacific KLIA, sebab esok pagi tu la my boss nak depart for London...aku brief my boss tentang hal tu, and dia mintak aku attend to that matter firstly...

So selepas Subuh..(exagerate sikit kan..hehe) aku pun pergi ke Palace of The Golden Horses tu...dan Abdul Aziz mengotakan janji dia...selepas meminta izin Syeikh, aku dibawa masuk ke Suite penginapan beliau...

Masa tu la aku nampak satu wajah yang berseri-seri bersinar, datang bersalaman dengan aku, dan Syeikh teruja kerana aku boleh berkomunikasi dengan beliau tanpa batasan bahasa...dipelawa aku duduk sebelah beliau, bertemu lutut...dan aku terus terang akui, tak pernah rasa gementar macam tu...weihh, ni Syeikhul Azhar tau yang duduk sebelah Azhar Abdullah ni...hehe...

Kami berbual-bual macam-macam tajuk...pasal kemajuan Islam kat Malaysia, pasal bilik Suite yang terlalu besar yang diberi pada dia, pasal politik dan dunia Islam...dan paling Syeikh minat bercerita ialah pasal bumi Madinah Al-Munawwarah, sebab kami pernah berada di satu tempat yang sama, beliau pernah jadi Rektor di universiti tempat aku belajar dulu, so banyak la soalan-soalan pasal universiti yang beliau tanyakan, dan beliau nyatakan sangat gembira sebab aku timbulkan kembali memori indah bumi Rasulullah pada beliau...



Sedar tak sedar dekat sejam jugak kami berbual..sampai la Abdul Aziz masuk dan ingatkan beliau tentang majlis yang perlu beliau hadiri...

Aku bangun, salam, Syeikh peluk aku, dan aku keluar...terus aku call wife aku bagitau tentang perasaan aku yang tak tentu arah tu...wife aku tanya, ambik gambar tak??...erk...masa tu baru aku sedar aku tak ambik gambar langsung...chet...takpe la...takde rezeki...

Then baru update my boss, yang dah nak board kapalterbang tentang situasi tu, dan aku sempat ucap terima kasih kat dia sebab bagi aku peluang keemasan tu...

Sebab tu aku semalam sedih bila dengar Syeikh Tantawi sudah pergi menemui Al-Khalik...

Dan pagi ni satu lagi berita yang aku dengar membuatkan aku terkedu...

Jenazah Syeikh Tantawi yang meninggal dunia di Riyadh akan dikebumikan di Madinah Al-Munawwarah...MasyaAllah...betapa zaman hidupnya Syeikh bercerita tentang keindahan bumi Madinah, betapa dia mencintai Madinah...sampai asyik sembang dengan aku pasal Madinah, akhirnya jasadnya akan diabadikan di bumi Madinah...

Di dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksua, setiap manusia diciptakan dari tanah tempat dia dikebumikan...

Rasulullah dikebumikan di Madinah, walaupun dilahirkan di Mekah...dan Syeikh Tantawi juga bakal (mungkin waktu entri ditulis telah dikebumikan) di bumi mulia itu...

Dan aku merasa amat syahdu, sebab aku bakal berkunjung ke bumi Madinah hujung minggu ini...Ahad ini aku akan berangkat mengerjakan umrah, dan akan berada di Madinah seterusnya Mekkah...Subhanallah, Maha Suci Allah yang telah menyusun semua ini...aku akan dapat berkunjung ke perkuburan Al-Baqi Al-Gharqad di mana jenazah beliau berada...

Perkuburan Al-Baqi'

Semoga Allah akan menempatkan roh Syeikh Tantawi di kedudukan yang mulia, dan semoga kita semua, khususnya ulamak di seluruh dunia diberikan sifat tawadhu' dan kemuliaan diri seperti yang ada pada Syeikh Tantawi...bukan Tantawi yang lagi satu tu tau...itu Tantawi celup...apa nak dikata...

Monday, February 22, 2010

Antara Kerenah Bercinta dan Cinta Berkerenah : Part Two


Ok, hutang entri mesti kena tulis...walhal aku dah kira nak abaikan je...haha...

Ingat lagi Antara Kerenah Bercinta dan Cinta Berkerenah?

Kita sambung ke kisah kedua...

Kisah 2 : Singkong dan Keju

Sebenarnya kisah ni takde kena mengena pun dengan lagu Bill Broad tu...tapi saja aku sensasikan tajuk dia nak bagi laris blog aku...haha...

Sebenarnya ada beza besar antara singkong dan keju...korang tahu apa itu singkong?

Singkong tu ubi kayu la...tak caya?Google la try...

Dan keju pulak sure semua orang tahu kan...kalau tak tahu boleh kawan dengan anak aku Zain yang kecik tu...dia belum faham lagi...

Ok, now, since masing-masing dah tahu apa itu singkong dan apa itu keju, korang rasa ada banyak beza tak antara dua tu?Banyak kan...sebab tu Bill Broad nyanyi lagu tu sebab nak bayangkan betapa besarnya beza antara diorang berdua...aku suka Jaipong kau suka Disco...kan...

Yang aku nak kisahkan ni lain sikit actually...

Aku nak kisahkan tentang pasangan yang bersikap Singkong dan Keju di dalam menceritakan perihal kehidupan sebenar demi mencari cinta baru...tak faham?Tunggu aku cerita...

Kena ada watak la baru best...

Lelaki bernama Armand Assante sudah berkahwin dengan Julia Roberts...kehidupan diorang macam rumahtangga biasa...si suami pergi kerja, si isteri pun pergi kerja jugak...mencari rezeki...balik rumah isteri masak, kemas rumah, suami kekadang tolong kekadang curi tulang...

Cuma pasangan ni belum dikurniakan zuriat...tak de sapa yang bermasalah, dua-dua subur bumi Tuhan, cuma belum rezeki la kan...

Then satu hari si Armand Assante ni dalam pada curi-curi tulang ni terjumpa seorang gadis, Salma Hayek...

Kenal mengenal...berkawan...cerita lebih kurang..makan sama-sama, minum sama-sama...bertepuk bertampar...jatuh lah hati...

Bila Salma Hayek tanya Armand Assante kenapa dia selalu makan kat luar tak makan kat rumah...dia kata "Bini I si Julia Roberts tu pemalas la...tak pernah masak pun. I dah lama tak rasa masakan seorang isteri..."

Dan dan tu jugak la si Salma Hayek ni kata..."eh tak baiknya...kalau I la, I akan masak yang sedap-sedap untuk suami I bagi dia makan puas-puas..". Dialog lebih kurang ni ada jugak kat tajuk aku dulu Berkongsi Masalah : Masalah Berkongsi...

Then Armand Assante kata..."Wah, untung nya sapa jadi suami you la..."

Macam bodoh kan dialog...sangat mudah tertipu la diorang ni semua...

Korang jangan terpedaya..kat rumah, isteri dia sajikan keju, tapi demi menambat kasih dan menjerat jiwa anda, dia sanggup tipu bagitau isteri dia sajikan singkong je...

Sama la si pompuan yang nak mengendeng tu pun...belum dapat kat dia, janji manismu dok kat bibir je...nak masak la, nak kemas la, nak manjakan le...macam-macam janji keju di baginya...nanti bila dah kawen, jadi bini nombor dua ke....singkong jugak yang dihidangnyaaa...hahaha...

Moral of the story:

Kalau orang bercinta, sesama bujang tak pe...tapi bila melibatkan satu dari dua orang tu dah berpunya, maka kisah Singkong dan Keju ni akan terjadi...kalau tak 100% keju bertukar jadi singkong pun, at least mesti ada jugak sedikit sebanyak yang jadi singkong...

Dan semua tu hanyalah halwa pemanis kata bertujuan mendapatkan cinta...

Yang jadi mangsa ialah yang mendengar halwa tu la...lepas kawen tunggu la nak makan sedap-sedap dah si Salma Hayek janji tadi...rupanya lebih teruk dari Julia Roberts...hahaha...dah elok-elok ada keju, makan la singkong...apa nak dikata...