Antara soalan yang paling aku suka tanya kepada mana-mana pasangan yang mai nak mendirikan masjid kedua (poligami la tuuuu..hehe..) di Perlis ni ialah macam mana kenal dengan bakal isteri kedua ni...macam-macam jawapan yang aku dapat..ada girlfriend lama la...ada kesian la...ada nak kerja luar negara bini pertama tak nak ikut la...ada yang saja-saja pun ada...hehe...
Tapi ada satu kes ni menarik aku nak cerita...si perempuannya seorang janda yang telah bercerai dengan suami beliau..dan lelaki tu definitely la ada isteri, kalau tak tak jadi poligami la kan...
Bila soalan tu aku dan isteri tanya, dia jawab mula mesra bila mula berkongsi masalah...
Anda faham tak?
Mai aku cerita...macam ni...gamaknya la kan, si lelaki ni ada masalah rumahtangga dengan isterinya, so dia 'berkongsi' dengan menceritakan kepada perempuan tadi la...dan maybe pulak si perempuan pun ada masalah dengan bekas suaminya, pun diceritakan kepada lelaki tadi....itu lah kesimpulan kisah depa tu...
Aku nak ulas sikit...
Adalah tidak elok untuk berkongsi masalah isteri atau suami anda dengan seseorang yang berlainan jantina dengan anda...Tak faham?...senangnya macam ni..kalau aku ada masalah dengan isteri aku, tak payah gatal-gatal nak cari perempuan lain untuk ceritakan maslaah tu...sama jugak kalau si isteri ada masalah dengan suami dia, jangan cari lelaki lain untuk ceritakan masalah tu...kalau perlu cari kaunselor bertauliah atau pun pasangan suami isteri yang anda berdua hormati dan sanjungi...
Pasal apa aku kata jangan?
Pasal naluri, sikap semulajadi, dan segala yang ada dalam hati manusia ni, kalau orang cerita sesuatu kekurangan pihak lain, dia akan pastikan dia lebih best dari yang diceritakan...
Contoh: (semua watak dalam kisah berikut bukan nama sebenar dan hanya rekaan yang amat-amat)...
Intan Suzana Delimawati geram dengan sikap suaminya Ahmad Komeng yang tak pernah tolong lipat kain baju...so satu hari dia ceritakan kepada rakan sepejabat dia Halim Zabidi.."Hang tau, laki aku teruk betui la...tak pernah dia tolong lipat baju kat rumah..."...Si Halim Zabidi ni tadi, walaupun seumur hidup dia kain baju tak pernah sentuh kat rumah melainkan untuk pakai, sebagai memenuhi nafsu besar dia akan kata..."Uish...aku kat rumah aku tak biaq bini aku lipat kain...semua aku buat...kalau aku tak sempat aku upah orang lipatkan kain baju...mana boleh suami buat macam tu kat bini dia..."...
Hehe...nampak tak???
Yang Ahmad Komeng pulak, bercerita dengan kawan sepejabat dia pulak Siti Muslihah perihal Intan Suzana Delimawati tadi..."Ko tahu..seumur hidup kawin dengan aku, dia tak pernah masakkan aku sup belut..aku ni suka sangat makan sup belut..terpaksa aku tunggu pergi Kota Bharu nak makan sup belut..."..hehe...maka Siti Muslihah pulak akan jawab..."Ish...aku kalau suami aku, jangan kata sup belut..dia nak makan sup ekor gajah pun aku masak kan...kena la ikut kemahuan suami kita kan..."...
Haaaaa....nampak berapa besar setan ada situ...
Yang ni lah yang aku kata tadi...sikap kontrol best dan macho (bukan semua orang la...ada jugak yang ikhlas dalam dunia ni...) akan menguasai diri bila kita merujuk dan berkongsi masalah dengan berlainan jantina dengan kita...akan mengundang masalah...sebab bila dengar orang tu lebih best dari isteri atau suami kita, maka kasih sayang kita pada isteri dan suami akan sikit goyah la...
Yang paling baik ialah berterus terang kepada pasangan kita..."Yang, mai la lipat kain baju ni sama...tolong la.."...atau..."Yang, ni I beli belut u masakkan sup malam ni ya...tolong ya..."...macam tu kan best...
Berbalik kepada ungkapan Berkongsi Masalah ; Masalah Berkongsi...rentetan dari berkongsi masalah tak kena gaya ni, mengakibatkan kepada Masalah Berkongsi...masalah kongsi apa?Kongsi kasih sayang laaa...Kan tadi story punya story, last-last sangkut la kat hati...maka kalau kawin kena la kongsi suami, kalau tak kawin pun kena kongsi jugak..hehe...tu pun satu masalah tu...
Sebelum kawin tak dak masalah nak kongsi ni..saya sanggup...saya tak kisah dia balik ke tak, yang penting kami halal dah...bila dah kawin...malam-malam tido sorang sedangkan tahu suami yang dikongsi tu tido berdua...masa tu mula la timbul rasa Masalah Berkongsi....
So...hati-hati bila nak Berkongsi Masalah...takut-takut nanti akan terpaksa menghadapi Masalah Berkongsi...hehe...apa nak dikata...
9 comments:
Assalamualaikum anakku,
Kita boleh membuka rahsia suami isteri hanya jika dalam keadaan kita mahu mencari hukum. Itu pun tidak dengan sebarang sesiapa pun walau yang bergelar Ustaz atau Ustazah atau asalkan yang berkopiah putih dan bertudung labuh.
Dari Pengalaman Mak Cik sendiri, memang kita disarankan meluahkan isi hati yang terbuku supaya ringan sikit rasa bebanan perasaan yang ditanggung atau dalam sesuatu kes mungkin beban pisikal. Tapi lama kelamaan kita akan dapati bahawa tempat mengadu yang sebenarnya hanyalah pada Allah swt.
Sayang saudara semasa berada.
Memang benar, susah benar hendak cari seseorang yang kita boleh berkongsi masalah dengan ikhlas dan jujur. Apatah lagi jika mahu berkongsi masalah kita dengan lelaki atau perempuan lain yang memang mencari nahas namanya.
Kes kes yang seperti Azhar ceritakan memang banyak sangat berlaku dan di Shah Alam ini pun saya sendiri kenal dengan kakak seorang teman yang mencurahkan segala rahsia dan masalah dengan seorang teman sepejabat yang sudah tentulah laki orang.
Dipendekkan cerita yang panjang, perempuan ini sekarang adalah isteri kedua teman sepejabatnya tempat dia mencurahkan problemnya dulu. Mereka bernikah di Selatan Thailand sebaik sahaja dia habis edah.
Isteri pertama teman sepejabat yang sekarang husband di TIDAK TAHU menahu sehinggalah sekarang ini. Sudah lebih 5 tahun.
Rakan Mak Cik mengamuk dan tidak setuju bila sister dia nak kahwin dengan si laki orang yang satu ini. So, dia pun pergi jumpa si isteri pertama yang tak tahu apa ini. Dia beritahu bahawa sang suami akan bernikah dengan sister dia di Selatan Thailand.
Si isteri setia yang agaknya bodoh jugak ni TAK PERCAYA. Dia kata kawan Mak Cik ini sengaja nak melaga-lagakan mereka suami isteri.
Bila kawan Mak Cik beritahu, buka rahsia identiti perempuan yang akan atau bakal madu dia lagi dia TAK PERCAYA.
"OOOOOOOOOO Kakak A tu...kami memang kenal rapatlah. Kakak A tu kerja setempat dengan suamai aku. Kami anggap macam kakak sendiri........"
yang melayuangkat ni die comment atau buat entry baru kat comment box paksu nih..hahaha..panjang betul cerite die..
to paksu..
penerangan Paksu ni memang jelas dan mudah faham..sape yang tak paham tuh..agaknye tinggal 2 jumaat lagi agaknye..
Makngan n Family nak datang perlis jenjalan ..nak tengok tadika skali..Nenek pon join the club..
aku paham situasi itu uncle... mmg jgn kongsi masalah rumahtangga dgn jantina tak sejenis... sbb kdg2 maybe ter over sedih sat gi memerlukan pinjaman bahu plak...kalu dh terpinjam bahu jantina berlawanan ini kang termelarat ke tempat lain pulak...
maybe org akan kata cam kampung je kan(pedulik ape aku..dh aku mmg org kampung)...tp lebih baik mencegah dari mengubati
isk isk isk
wah.. best entry uncle. perkara begini mmg slalu berlaku dan selalunya tanpa disedari.. manusia mmg suka dgr masalah org, apatah lagi kalau masalah rumahtangga.
betul!!!betul!!!kita SULA je diorang!!SULA!!SULA!!!...yg sama heboh nak cite kat org watpe??cari la mak bapak utk jadikan rujukan..
he,he..
bagus entry ni..sebagai panduan perjalanan hidup..especially yang baru berkahwin,yg masih belum tahu selok belok perkahwinan dan liciknya penipuan..:D
bagus..bagus ada makna tuuu... ;P
hehe..sambung gelak abang dix..
Sepupu suria,
he,he, tu gelak gatai !! kalau he,he,he itu kena batang hidung sendiri, kalau he,he,he,he itu nak kahwin lagi satu , kalau ha,ha,ha itu ..merry xmas !
stop smoking will ya!
Post a Comment