Saturday, November 22, 2008

Prosedur-Prosedur Perkahwinan

UPDATE :
Prosedur poligami di Perlis kini tidak lagi semudah dulu...permohonan dari pemohon yang menukar alamat tidak lagi diberi perhatian, hanya yang memang orang Perlis akan diberi perhatian.

Perlis juga kini mempraktikkan memanggil isteri pertama sebagai saksi ketika permohonan poligami suami didengar di Mahkamah Tinggi Syariah.

Harap maklum.


Tak de apa nak update sebenarnya..so teringat pulak bila aku bukak Feed Jit aku, akan tertera ramai jugak yang terlepas masuk ke blog aku ni kerana meng'google' Prosedur kahwin la...prosedur poligami la...prosedur wali hakim la...dan lain-lain...maklum lah, Google ni asal ada perkataan berkaitan saja dia akan senaraikan resultnya...

So aku rasa elok jugak la aku senaraikan serba sedikit prosedur-prosedur berkaitan perkahwinan yang aku tahu di Malaysia ni..basically sama saja semua negeri, cuma beberapa perkara kecil mungkin berbeza antara negeri...


1. Prosedur Permohonan Nikah Biasa

Untuk pernikahan biasa, maksudnya kahwin kali pertama antara Teruna dan Dara...(hehe..jangan la pandang semantiknya..hehe)..setiap pemohon lelaki dan perempuan kena memohon dari Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR) di Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing (mengikut alamat dalam MyKad)...setiap permohonan kena isi borang dan kena buat Pemeriksaan HIV di mana-mana Klinik Kesihatan Kerajaan...tapi sebelum tu kena sertai kursus kahwin tau...sebab dokumen yang perlu masa nak serahkan borang tu adalah:

- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan Kad Pengenalan Dua Orang Saksi
- Sijil Kursus Kahwin
- Sampul Pemeriksaan HIV
- Salinan Kad Pengenalan Wali (untuk perempuan saja la..)

Kalau pemohon tu Janda (samada cerai mati atau cerai hidup) ada tambahan la pulak...
- Sijil Cerai atau Sijil Kematian Suami yang original...bukan salinan ya...

Kalau Duda plak pun sama la..kena ada Sijil Cerai atau Sijil Mati isteri...

Siap semua submit la...dalam dua atau tiga minggu dapatlah kebenaran kahwin...maka selamat kahwin...

Kalau la salah seorang pengantin tu dari negeri lain...maka yang lelaki tu kena memohon kat NCR untuk kebenaran berkahwin di luar kariah...pasal kat Malaysia ni kita akad nikah kat tempat perempuan..so kena la lelaki tu mohon pergi ke tempat perempuan tu kahwin...tapi just in case nak kahwin kat tempat lelaki...kena la perempuan tu yang mintak kebenaran luar kariah...


2. Prosedur Wali Hakim

Yang ni terlibat dengan perempuan saja la...yang lelaki tu kalau nak tolong bagus...kalau tak jangan menyibuk...

Sebelum submit borang yang kat atas tadi tu...si perempuan ni kena mohon dari NCR tadi untuk mendapatkan wali hakim...nyatakan sebab-sebabnya...bawak datang saksi...then Pendaftar NCR tu akan buat satu laporan kepada Mahkamah Syariah Negeri terbabit untuk diberi keizinan wali hakim....

Then kena bawak laporan tu dan failkan kes permohonan Wali Hakim di Mahkamah Syariah...then bila tiba hari perbicaraan, semua saksi-saksi dan laporan Pendaftar tadi diambil kira...maka akhirnya setelah berpuas hati Hakim akan mengeluarkan penghakiman Kebenaran Wali Hakim....

Then barulah penghakiman bertulis itu tadi dibawa ke Pendaftar NCR untuk permohonan dalam perkara pertama atas tadi tu...rumit sikit la...

Kalau dia Muallaf (baru masuk Islam) yang ni senang...walk in je pegi ke NCR..terus diorang akan bagi kebenaran Wali Hakim...silap-silap siap nikah kat situ je...


3. Prosedur Permohonan Wali Enggan

Yang ni lain sikit...perkara dua tadi wali dia dah meninggal dunia...

Yang ni wali dia tak nak bagi kahwin...tapi kena la alasan munasabah..kalau wali dia tak bagi pasal nak kahwin dengan Bapak Ayam ke...Mat Dedau ke...tu jangan le mintak...

Contohnya kalau wali tak bagi kahwin atas alasan misai bakal menantu tak macho macam misai bakal bapak mertua...tu sungguh tak logik kan...jadi perempuan ni kena mengadu dulu di NCR...maka pihak NCR akan bertindak panggil kedua-dua pihak perempuan dan walinya untu berbincang dan kaunseling...sehingga tiga kali...andai wali masih nak kontrol misai dia dan degil...maka NCR akan buat laporan kepada Mahkamah Syariah bahawa pemohon layak mendapat Wali Hakim kerana wali sebenar enggan....so ikutlah pulak prosedur kedua dengan kena pergi Mahkamah Syariah...kemudian dapat Penghakiman dan serahkan permohonan kahwin kat NCR...


4. Prosedur Permohonan Poligami

Jeng jeng...yang ni favourite nih...hehe....

Ada beberapa perbezaan antara Poligami di Perlis dan negeri lain...

Harus diingat bahawa semua negeri TIDAK MENSYARATKAN KEBENARAN ISTERI PERTAMA...tetapi semua negeri lain akan memanggil isteri pertama sebagai responden untuk hadir ke Mahkamah semasa permohonan didengar..kecuali Perlis (setakat ni la..aku dengar dah nak dijadikan sama jugak dengan negeri lain...bila tak tau la...so sesape nak laksanakan tu boleh cepat-cepat datang sekarang sebelum diaorang gazette...hehehe...)

Jadi aku tak tau nak huraikan prosedur permohonan poligami di luar Perlis...aku hanya boleh ceritakan yang kat Perlis sahaja...

Syarat utama ialah Kad Pengenalan pemohon (lelaki) mestilah samada bernombor 09 kat tengah atau beralamat Perlis...kalau alamat lain maka kena tukar address la..tukar alamat ni pulak sekarang kena alamat di atas MyKad...dulu hanya slip pertukaran alamat saja...sudah tukar laaa...

Then ada beberapa dokumen yang diperlukan...banyak jugak la...dan kena buat afidavit yang ditandatangani di depan samada Hakim atau Pendaftar Mahkamah...

(Dokumen dan afidavit tak leh nak cerita kat sini pasal banyak jugak...so kalau berminat boleh hubungi aku azhar[dot]shafie[at]yahoo[dot]com )

Kemudian setelah permohonan di serahkan...dapat satu tarikh perbicaraan..maka kedua-dua pemohon dan bakal isteri kedua kena hadir ke Mahkamah...

Then kena tunggu tempoh Hakim buat keputusan dan Perintah Kebenaran Poligami akan dikeluarkan...

Setelah tu barulah boleh si lelaki ni mengemukakan permohonan berkahwin di NCR mengikut prosedur pertama tadi...kalau nak kahwin kat mana-mana negeri sekalipun boleh...sebab Kebenaran Poligami Perlis jugak dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah...so valid la kat mana pun...


Begitu lah serba sikit tentang prosedur-prosedur perkahwinan..bukannya apa...kadang-kadang tu ada yang kena buat sendiri semua urusan permohonan..muda lagi pulak tu, jadi kurang pengalaman..so harapnya entri aku kali ni dapat la membantu diorang...

Macam mana pun nampak komplikated prosedur-prosedur kat atas tu, semuanya bertujuan nak jaga kehormatan dan keunggulan institusi perkahwinan...jangan ambik jalan mudah pergi kahwin kat Thailand tau...bukannya apa...komplikasinya lebih banyak dan risiko tinggi...macam mana sukar pun prosedur kat negara kita, masih ada ruang untuk merayu sekiranya ada kes-kes tertentu...dan kalau kena gaya boleh dipercepatkan jugak..hehe..apa nak dikata...

UPDATE :
Prosedur poligami di Perlis kini tidak lagi semudah dulu...permohonan dari pemohon yang menukar alamat tidak lagi diberi perhatian, hanya yang memang orang Perlis akan diberi perhatian.

Perlis juga kini mempraktikkan memanggil isteri pertama sebagai saksi ketika permohonan poligami suami didengar di Mahkamah Tinggi Syariah.

Harap maklum.

24 comments:

Kembara Politik said...

Hehe. Ada cita-cita nak buka cawangan?

nadya.s said...

ajan!

kot la ada jodoh kawen dgn org luar dari malaysia.. macam mana plak procedure nye?

jeng jeng jengg.... soalan cepu emas ni., lagi2 aby yg tanya :D

Unknown said...

PsyTroopers --> Tak mau tambah..nak tolong orang tambah saja...hehe...

Aby --> Sebab soalan ni maka kita terus bagi jawapannya...hehe..

Kalau lelaki luar negara (I assume..hehe..) pertamanya dia kena memohon surat kebenaran berkahwin dari Kedutaan Negara dia di Malaysia...there might be some procedures Kedutaan dia akan minta pengesahan bujang dari dia atau surat cerai/sijil mati isteri dia di negara dia if applicable...

Then surat kebenaran tu kena bawak ke Imigresen Malaysia untuk verify dokumen perjalanan dia...kalau dia duduk kat Malaysia kena ada valid visa, kalau tourist tak perlu lah...

Then surat kebenaran tu serta surat pengesahan dari Imigresen kena attach dengan permohonan berkahwin kat NCR (follow procedure #1)...

Kalau Aby ada nak tanya lebih lanjut...your cousin ni bersedia bantu anytime of the day...hehe...waaa...nak makan nasi minyak beras luar negara ka ni??..hehe...

WeSellButtonBadge said...

wahaha..laen mcm je paksu nie..nak tambah cawangan ke..kalo maksu tau mau gegar dunia nie..hahaha

bulan said...

Salam,
Tengah mencari2 prosedur perkahwinan, terjumpa link ni. Maka ada satu soalan, kot2 boleh diberi jawapannya.
Kalau contoh , bakal suami orang Pahang, bakal isteri orang Johor, dan akan bernikah di Selangor, bagaimana pula prosedur untuk memohon bernikah luar kawasan? Adakah perlu dibuat oleh kedua2 wanita dan lelaki? Atau bagaimana?
Terima kasih!

Unknown said...

Salam saudara/i Bulan...

Saya cuba nak jawab kat blog saudara, tapi no access...takpa la, jawab kat sini saja..

Ya betul..kedua2 perlu dapatkan kebenaran bernikah luar kawasan...dan Imam yang nak nikahkan kat Selangor tu perlu diberitahu terlebih awal..

Harap dapat bantu ya..

John Labu said...

Adakah poligami itu "Haram, Makhruh, Sunat atau Harus " di Malaysia?

Jikalau prosedur begitu sukar - maka terjadilah perkara-perkara maksiat yang tidak di ingini!

Saya rasa bukan semua yang mahu poligami tidak dalam keadaan sedar akan tanggong-jawab.

Masyarakat memandang rendah pada orang poligami... mengapa begitu.

Zaman 50an-60an...poligami adalah suatu yang biasa.


Wallahualam.

Isram B Azhar said...

salam
saudara saya ingin bertanya bagaimana prosedur untuk bernikah di sabah. Bakal isteri saya berasal dari sabah dan bekerja di KL. Perlukah bakal isteri saya balik ke sabah untuk menguruskan dokumen2 yang berkaitan?..atau semua dokumen2 boleh diuruskan di KL sahaja..Saya akan bernikah pada akhir Mei 2010 ini. Harap terima reply dari saudara secepat mungkin.tq (is822003@yahoo.com)

Unknown said...

salam..

sya ni seorang duda yg ingin berkahwin dinegeri perak dan sya ni berasal dari selangor..sya dulu dah ader sijil kursus kahwin tetapi dah hilang..adakah perlu hadiri kursus sekali lagi?sedangkan sya punyai sijil cerai hidup..

t.kasih

Ady Network said...

salam tuan, saya ada sedikit masalah mengenai poligami,saya ada teman wanita yang sanggup nak jadi isteri kedua saya.tapi masalahnya sya nak berkahwin dengannya tanpa pengetahuan isteri pertama saya..saya dengar kat Perlis boleh melakukan perkahwinan kedua tanpa pengetahuan...apakah syarat2nya tuan...saya dan teman wanita saya betul2 taknak melakukan sesuatu yang tak diingini...saya dan teman wanita saya amat menyayangi antara satu sama lain tuan...dia orang kedah dan saya orang penang...teman wanita saya keje kat KL

avy said...
This comment has been removed by the author.
avy said...

salam tuan.saya ingin berpoligami di sempadan.ttp baru2 ini mendapt tahu lebih mudah di perlis,saya berasal dari kelantan,bakal isteri terengganu ttp alamat ic di perak,kami mendapat restu kedua-dua belah keluarga ttp saya tidak mahu isteri pertama mengetahui mengenai pernikahan ini.saya amat berharap tuan boleh membantu dan memberi jawapan pada soalan saya.sila email saya di avyjue@yahoo.com atau avy2567@yahoo.com.terima kasih

baby dell said...

salam..sy n bakal suami ingin berpoligami..tpi susah mdpt surat kelulusan dr pihak kedutaan negara bakal suami..samada utk poligami atau yg bujang..-kerana sy n bakal suami telah menhadap pegawai kedutaan..dia memberi jaminan boleh mohon tapi jgn mengharap..jadi selain dr menikah d thailad ade x cadangan lain..tolg mtk pdgan...sila email sy d aldelly73@yahoo.com. wassalam

affandeemirza said...

salam..saya masih status suami dan ingin berpoligami..tpi tidak mahu keluarga saya atau isteri saya sekarang tahu.. bakal isteri dan keluarganyer sudah merestui dan memberi keizinan .. Saya ingin tahu sama ada boleh tak kami membuat surat rayuan untuk meminta kebenaran kahwin di mahkamah tanpa pengetahuan isteri sekarang.. Saya dan bakal isteri kedua tggal di selangor. tolong mtk pdgan...sila email sy di : ashyaffandee48@gmail.com. wassalam

affandeemirza said...

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya jika adakah perkahwinan saya sah dari segi hukum syarak jika saya memohon perkahwinan dengan mengaku diri saya bujang, dengan bakal isteri yang kedua?

Jika sah, apakah hukuman yang saya terima dari pejabat agama selangor jika kemudian kelak cara saya ini terbongkar..

Saya buntu, sebab isteri sekarang seperti menentang keras poligami saya. harap dapat bantu saya : ashyaffandee48@gmail.com

Ann said...

salam
saudara saya ingin bertanya bagaimana prosedur untuk bernikah di sabah. Bakal isteri saya berasal dari sabah dan bekerja di KL & saya berasal dari Sarawak. Perlukah bakal isteri saya balik ke sabah untuk menguruskan dokumen2 yang berkaitan?..atau semua dokumen2 boleh diuruskan di KL sahaja.. Harap terima reply dari saudara secepat mungkin.tq (fendi.135@gmail.com)

Unknown said...

assalamualaikum... saya ni muallf... benar ke kte x perlu pi mahkamah tuk dptkn wali hakim seperti saudara katakn?

PuRpLe WrAPpInG said...

assalamualaikau... nk tnya kalu wali ghaib prosedur sama mcm wali hakim ke?

Unknown said...

Purple wrapping,

Ya...prosedur sama. Jabatan agama akan sahkan taraf ghaib tersebut. Seeloknya buat urusan awal kerana taraf ghaib mungkib akan memakan masa

kauthar tihani said...

Salam,saya nak tanya.wali saya enggan mewalikan saya.saya ingin berwalikan hakim.boleh saya berurusan berwali hakim tanpa pengetHuan ayah saya?

Unknown said...

Assalamualaikum. Sy nk tanya. Kalau utk wali enggan, mahkamah akan panggil wali perempuan n perempuan tu sahaja kan? Ibu bapa utk pihak lelaki takkan dipanggil atau dimaklumkan kan? Tlg email sy ye. hafizrahim97@gmail.com

ana said...

Salam..sy nk tnya..klo lelaki org perlis n bru nk amek borng nikah,kena ada sijil kursus kawen ke bru blh amek? @ masa nk hntar borg ja bru perlukn sijil kursus tu?

ana said...

Salam..sy nk tnya..klo lelaki org perlis n bru nk amek borng nikah,kena ada sijil kursus kawen ke bru blh amek? @ masa nk hntar borg ja bru perlukn sijil kursus tu?

ana said...

Salam ..nk tnya..msa nk amek borg di perlis (lelaki) kn bwk skli sijil kursus kawen ke or masa anta ja perlukn sijil tu?