Thursday, July 3, 2008

Antara Proses Perceraian, Sijil Nikah Palsu dan Kebenaran Poligami

UPDATE :
Prosedur poligami di Perlis kini tidak lagi semudah dulu...permohonan dari pemohon yang menukar alamat tidak lagi diberi perhatian, hanya yang memang orang Perlis akan diberi perhatian.

Perlis juga kini mempraktikkan memanggil isteri pertama sebagai saksi ketika permohonan poligami suami didengar di Mahkamah Tinggi Syariah.

Harap maklum.


Tak lama hari tu..kalau tak silap aku la dalam hujung bulan May 2008, ada satu kes perceraian antara ADUN PAS Kawasan Melor dan bekas isterinya yang warganegara Kemboja keturunan Cina di Kelantan hari tu...ingat tak??

KOTA BHARU: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas Kelantan mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini untuk mengesahkan lafaz cerai terhadap isteri keduanya, seorang warga Kemboja berketurunan Cina, yang dikahwini lima tahun lalu.

Adun Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, 53, selaku defendan, yang tidak hadir di mahkamah semalam, mengemukakan permohonan itu menerusi peguamnya, Mahani Mustafa, 24, atas alasan sudah melafazkan cerai talak satu di rumah sewa isterinya, Siti Aisyah Abdullah, 24, dekat Wakaf Mek Zainab, pinggir bandar ini pada 16 April lalu.

Prosiding permohonan mengikut Seksyen 57 Enakmen Keluarga Islam Kelantan 2002 itu berlangsung dalam kamar Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan.

Siti Aisyah yang diwakili peguam, Mohd Sibri Ismail, hadir mengikuti prosiding itu sambil ditemani bapanya, Kim Ti, 63.

Berikutan ketidakhadiran defendan, Nik Najib menangguhkan prosiding pengesahan lafaz talak itu kepada 2 Julai ini, bagi memberi peluang kepada Wan Ismail hadir di mahkamah untuk memberi keterangan mengenai lafaz cerai terbabit.



dah lama tak dengar cerita..tiba-tiba agak terkejut baca akhbar pagi ni.....

Mahkamah tolak sah cerai Adun Pas

Jawi dapati tidak pernah keluarkan sijil nikah

KOTA BHARU: Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, semalam menolak permohonan pengesahan cerai difailkan isteri kedua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, kerana pasangan terbabit menggunakan sijil nikah palsu.

Penolakan itu dibuat Hakim Nik Najib Che Hassan kerana mendapati sijil nikah yang digunakan Adun Pas itu bersama pasangannya, wanita Kemboja keturunan Cina, Siti Aishah Abdullah, 24, bukan dikeluarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Nik Najib berkata, semakan dengan Jawi mendapati sijil nikah bernombor 0061423 yang digunakan mereka tidak pernah dikeluarkan walaupun mendakwa pernikahan berlangsung dan didaftarkan di Wilayah Persekutuan.

"Jawi menghantar jawapan secara bertulis ia tidak pernah mengeluarkan sijil perkahwinan bernombor 0061423. Oleh itu, mahkamah tidak boleh menerima permohonan ini (pengesahan perceraian yang dikemukakan Siti Aishah).

"Berdasarkan tuntutan asal itu, mahkamah menolak permohonan ini kerana mendapati sijil nikah ini meragukan dan palsu. Saya nasihatkan Siti Aishah tidak menghebohkan perkara ini sebab ia memalukan. Saya nasihatkan responden (Wan Ismail) supaya ikut peraturan mendaftarkan perkahwinan ini mengikut undang-undang.


yang buat aku tertarik ialah...

Terdahulu, Wan Ismail yang tidak hadir prosiding itu, menerusi peguamnya, Mohd Zaki Zainal Abidin, memohon mahkamah mengeluarkan perintah kepada Siti Aishah supaya tidak memberi sebarang kenyataan kes itu kepada media massa dengan alasan menjejaskan reputasinya sebagai seorang wakil rakyat.


Apa punya kenyataan la ni...kalau awak tu wakil rakyat ke apa ke sekalipun..yang salah tetap salah..tak kira UMNO, PAS atau mana-mana parti sekalipun...

Macam mana boleh kahwin dengan sijil nikah palsu??Kalau tak salah aku ni kes poligami jugak ni...ini isteri kedua...

Bila bab poligami ni...aku ada jugak pengalaman dengan orang yang nak poligami ni..maklumlah negeri Perlis ni adalah negeri yang tidak memerlukan keizinan isteri pertama untuk berpoligami...cuma orang ramai selalu silap bahawa Perlis mempermudahkan keadaan...memang mudah..tapi bukan lah sampai mengabaikan...

Prosedurnya adalah ketat jugak..pemohon (jantan yang nak menikah lagi tu la...) perlu mengemukakan permohonan dengan mengisi borang dan melengkapkan afidavit bersumpah beserta dengan dokumen-dokumen penting...antara isi kandungan afidavit ialah berapa nafkah peruntukan untuk setiap isteri dan anak-anak setiap bulan dan harta sepencarian yang diberikan kepada isteri pertama dan bakal isteri kedua...antara dokumen pulak ialah selain kad pengenalan dan segalanya tu ialah slip gaji yang disahkan....

Andai lengkap segala dokumen dan benar segala akuan bersumpah..maka akan dikeluarkan penghakiman kebenaran poligami setelah hakim mendengar sebutan permohonan dalam mahkamah syariah...selalunya kes ni Mahkamah Tinggi Syariah la...(hakim tu kawan baik aku!!..hehe..)

Pernah jugak berlaku kes permohonan yang ditolak..atas beberapa alasan..peruntukan wang tak cukup antara isteri-isteri....gaji yang tak mencukupi untuk menyara isteri-isteri...afidavit ditipu...alasan permohonan poligami yang tidak munasabah...itu antara reason penolakan....

Yang paling penting ialah...setelah keluar Penghakiman Kebenaran Poligami tu...sijil penghakiman tu laku untuk digunakan di mana-mana jugak negeri di dalam Malaysia...nak menikah kat KL ka...Selangor ka...Johor ka...semua boleh...Rawang pun boleh!!!hehe...saja usik2 orang Rawang..jangan marah...

Bila timbul isu sijil nikah palsu ni..aku boleh agak la...pasal hanya negeri Perlis yang tidak mengamalkan perlukan keizinan isteri pertama...lain-lain semua kena ambik tandatangan isteri pertama..dan itulah benda yang paling berat nak laksanakan...hehe...kang kat lain pulak dia 'sign'!!...

Jadi akan ada lah sindiket-sindiket yang kononnya boleh menyelesai kan masalah permohonan poligami ni...orang pulak tak tahu, sanggup bayar berapa pun...last-last rupanya sijil nikah palsu...ye la..mana nak datangnya sijil nikah kalau kebenaran poligami pun tak dak!!!

Jadi nasihat aku kepada sesiapa yang terasa teringin nak berpoligami tu...datanglah ke Perlis...kami di negeri Perlis amat mengalu-alukan saudara-saudara sekelian...sijil kami sah...dan isteri anda akan menjadi isteri yang sah kepada anda...hehe..promote...kalau nak lebih mudah, hubungi lah aku...hakim tu kan kawan baik aku!!!..hehe..apa nak dikata...




4 comments:

FareeNi said...

semalam tgk bite pasal ni.. ingatkan nina juren.. hehehe.. sama kan muka dia??

i x rela dimadu u... kalau laki i tiba² gi perlis i carik uncle.. ekekekekeke... :p

Unknown said...

muka dia lebih mcm intan ladyana ke ape ke nama tu kan...

kalau somi anda nak ke langkawi pun boleh singgah perlis...hehe...

Unknown said...

i dan bakal suami plan nak nikah kat perlis, dia memang org sana tapi i bukan so confirm ke i tak perlu tukar ic dan nikah kat perlis juga. prosedur mahkamah tu lama ke kena tunggu baru di approve.

Unknown said...

Rina,

1. Kalau suami anda org Perlis, dia tak perlu tukar ic...tapi anda bukan org Perlis dan rancang nak nikah kat Perlis, maka kena tukar ic.

2. Adakah kes poligami?Kalau poligami, hearing mahkamah mengikut 'prosedur' ialah selepas submit affidavit permohonan, dalam sebulan ke dua bulan akan dpt tarikh hearing..kemudian selepas hearing, dalam sebulan pulak untuk dapatkan penghakiman...selepas tu baru boleh submit permohonan nikah...tu 'prosedur' nya...

3. Kalau anda perlu lebih pendapat atau nasihat, hubungi saya email azhar(dot)shafie(at)yahoo(dot)com