Wednesday, August 20, 2008

Bacul...

18 Ogos 2008, jam 2.21 am, blog aku telah dikomen oleh seorang yang aku nak gelar bacul dan pengecut...dengan nama sepu 6ixthStone, dia tinggalkan satu komen pada entri ni...

Aku dah delete komen dia, pasal amat tidak enak..kalau kata kat aku tak kisah sangat...tapi dia berdoa sesuatu yang tidak elok untuk anak aku yang baru lahir...

Aku kata dia bacul dan pengecut sebab :

1. Blogger Profile Not Available...so sembunyikan siapa diri dia yang sebenarnya...

2. Dia marah kat aku pasal entri aku kutuk Nik Aziz tu (posted 16 Ogos 2008)..aku confirm sebab tu...tapi dia komen dekat entri yang bertarikh 7 Julai 2008...maybe dia tak tahu kot yang aku akan tahu bila ada sesiapa komen kat mana-mana entri dalam Blog aku ni...so dia ingat komen tu akan kekal la kot...

3. Dia tak berani kata kat aku..tapi sebaliknya mendoakan keburukan untuk bayi yang baru lahir...kalau berbeza pendapat, bukak blog sendiri dan kutuk lah sepuas-puas hati...macam aku buat ni la...Nik Aziz pun kena, Pak Lah pun kena....

Aku bukan nak bertindak perasan best kat blog aku ni...tapi pada aku blog adalah personal...selagi aku tak mengada-adakan cerita palsu, maka ianya hanya sekadar coretan peribadi aku....

Kalau suka sila baca...tak suka tak yah baca...suka baca dan tak mau komen pun aku tak kisah...aku bukan meniaga guna blog...

So kalau si dia membaca entri aku ni...kalau betul berani email la...aku kat profile tu siap bagi YM dan email...aku bukan pengecut macam nko...

Sori la marah-marah sikit ok...kepada pengunjung-pengunjung blog aku yang baik-baik hati semua...aku alu-alukan...teruskan berkunjung...anda semua amat dihargai di sini...kepada yang kurang hajar...datang rumah orang buat cara rumah orang ye...kalau tak paham jugak..pegi jahanam cepat...hehe..tu lah manusia kan...apa nak dikata...

Saturday, August 16, 2008

Inikah Ulama' Pewaris Anbiya'??

Ingat posting aku pasal Nik Aziz?

Hari ni aku nak dedahkan lagi perihal seorang yang berselindung di balik nama Tuan Guru ni...

Hari ni dalam surat khabar Nik Aziz keluarkan statement :

Sumpah pegang Quran tiada dalam Islam: Nik Aziz

BUKIT MERTAJAM: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata kaedah sumpah laknat yang dilafazkan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan memegang kitab suci al-Quran adalah satu perbuatan yang menyalahi ajaran Islam.

Nik Aziz berkata perbuatan memegang atau menjunjung al-Quran sebenarnya adalah perbuatan meniru orang Kristian yang memegang kitab suci mereka.

Sedangkan pada 4 Julai 2008 yang lalu ini kenyataannya :

Nik Aziz: Bersumpah junjung al-Quran tentukan kebenaran

04-07-2008 10:04:01 PM

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata “mubahalah” atau bersumpah dengan menjunjung al-Quran adalah cara untuk menentukan kebenaran dan juga sesuatu yang dituntut dalam Islam.

Sambil menyokong cadangan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung perkara itu, beliau berkata melalui cara demikian, Allah SWT boleh melaknatkan manamana pihak yang bersalah.

“Dalam Quran sudah menyebut, setelah sudah tiada ikhtiar lagi dalam menyelesaikan kemelut yang memalukan itu, siapa yang tidak bersalah Tuhan tolong,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.


Korang tengok dan bandingkan dua kenyataan ni..dua-dua keluar dari mulut orang yang sama...tidakkah ini tanda munafik?

Renungkan sendiri ok...tah la..apa nak dikata...

Wallahi...Wabillahi...Watallahi...



"Bismillahirrahman nirrahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan, No Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut....A'uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahman nirrahim. Wallahi...Wabillahi....Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 hb Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam."





Pada aku ini yang dikatakan berani kerana benar...wallahua'lam...kita tunggu samada pihak satu lagi tu nak bersumpah jugak atau sekadar menafikan dan terus kata konspirasi...tah la...apa nak dikata...