Tuesday, July 22, 2008

Antara Islam dan PAS...

Baru-baru ni kita dengar Pak Lah bagitau pasal muzakarah antara UMNO dan PAS dah 3 kali berjalan...sebelum tu pun kita ada dengar desas-desus kata ada di kalangan pemimpin PAS dah berjumpa pemimpin UMNO untuk berbincang berkaitan kedaulatan ISLAM dan MELAYU di Malaysia ni...

Ya lah...hanya UMNO dan PAS parti politik yang bertunjangkan Melayu/Islam di Malaysia ni..nak harap PKR...serabut..caca marba...DAP lagi lah pulak...Malaysian Malaysia...

Antara yang aku dengar ialah Nasharuddin Mat Isa ada berjumpa dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di London...ini merupakan pencetus kepada muzakarah berterusan...

Pada aku ini ialah satu kebaikan...mungkin hikmah di sebalik kekalahan teruk BN di dalam PRU 12 telah menunjukkan bahawa betapa Kedaulatan Islam/Melayu di tanah air ini akan tergugat andainya pihak-pihak terbabit berkuasa...maka persefahaman UMNO dan PAS amat penting...

Tetapi...

Aku secara terus terangnya terpaksa bagitau kat sini bahawa aku hilang respect pada Nik Aziz...maaf aku tidak membahasakan dia sebagai Tuan Guru lagi kali ni..dulu aku masih ada hormat padanya..tetapi kali ini aku hilang habis hormat...

Kenapa?

Kita tengok kenyataan Nik Aziz yang disiarkan oleh HarakahDaily...aku tak ambik dari Berita Harian atau Utusan Malaysia..takut orang kata spin..tapi dari Harakah sendiri...(yang hijau tu dari Harakah...yang merah tu ulasan aku...)...

Mursyidul Am tidak mahu sejarah hitam berulang kembali

Mon | Jul 21, 08 | 7:19:24 pm MYT

KOTA BHARU, 21 Julai (Hrkh) - PAS dibimbangi akan menjadi seperti kera sumbang, manakala di kiri kanan pula kena marah sekiranya meneruskan muzakarah dengan pemimpin Umno.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apabila berlaku muzakarah penyokong kita marah kepada PAS dan orang Pakatan Rakyat juga curiga.

(Maknanya dia lebih takut kena marah oleh penyokong parti dan PAKATAN RAKYAT berbanding takutkan pupusnya Kedaulatan Islam/Melayu di Malaysia ini...Pakatan Rakyat ada DAP..yang terang-terang tolak Islam...pun dia masih takut??)

Oleh itu bagi mengelakkan kekecewaan penyokong, muzakarah antara PAS dan Umno dianggap tidak perlu bagi mengelak berulang sejarah hitam yang pernah berlaku sebelum ini.

"PAS akan lebih berhati-hati agar tidak terkena perangkap Umno kali kedua. Itu bukan cara parti yang memperjuangkan Islam berpolitik di mana cara berkenaan tidak ubah seperti menolong pihak lawan dan bukannya untuk menjaga kestabilan parti.

"Itu perangkap namanya,"katanya pada persidangan media di Kota Darulnaim petang ini.

(Perangkap?...Tidakkah dia terasa apa yang belaku di Perak ialah perangkap...di mana MB orang PAS..tetapi semua keputusan EXCO memihak kepada DAP dan Cina...Tidakkah dia rasa terperangkap di Selangor...EXCO PAS nak rasmi tapak surau...Ahli Parlimen PKR pulak menyokong bantahan tapak surau...)

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mendedahkan muzakarah bersama PAS sudah tiga kali diadakan bagi membincangkan beberapa isu berkaitan agama dan orang Melayu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebelum ini menegaskan muzakarah yang dicadangkan perlu bersyarat di mana Umno perlu meminta maaf secara terbuka kepada PAS terhadap banyak kesalahan yang dilakukan sebelum ini.

Beliau berkata, PAS tidak akan menerima nasib buruk diperangkap Umno kali kedua, cukup hanya sekali.

"Umno sekarang sudah lemas dan dia nak minta tolong PAS, sedangkan PAS sendiri bekerja keras untuk melemaskan Umno, tetapi apabila Umno lemas sekarang kita nak angkat dia balik, itu bukan kerja kita.

"Biar lemaslah dia, dah 50 tahun kita lawan Umno, bila dia lemas kita lanyak dia...sepatutnya begitu," ujarnya.

(jadi perjuangan PAS selama hari ini ialah untuk melemaskan UMNO...bukan untuk menegakkan Kedaulatan Islam di Malaysia..??)

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan meminta anggota parti menyoal diri masing-masing sama ada mereka ingin menjaga parti atau Islam.

Katanya, sekiranya hanya untuk menjaga parti, ia bukan hala tuju perjuangan parti yang sebenarnya.

"Kita nak jaga Islam, jaga Umno apa yang akan kita dapat. Umno ni sebenarnya parti yang melonggarkan iman, orang Melayu selama ini longgar kerana Umno.

"Tetapi kalau PAS nak jaga Islam, bukan caranya untuk PAS bekerjasama dengan Umno, sebab parti itu parti sekular yang hanya memperjuangkan dasar untuk dunia semata-mata,"ujarnya.

Katanya, soal bangkit dari kubur dan akhirat tidak pernah menjadi hala tuju dan perbincangan di kalangan pemimpin Umno.

(Adakah menjaga Islam kalau hal Kedaulatan Islam/Melayu diketepikan tetapi Pakatan sesama orang yang menentang Islam pulak diberi penekanan???
Tadi Nik Aziz kata parti ni dah 50 tahun nak melemaskan UMNO..sekarang berjaya...maka yang dijaga sekarang Islam ataupun Parti???
UMNO parti sekular...DAP itu apa? Pernahkah ada dikalangan pemimpin DAP yang bersetuju dengan konsep negara Islam..??
DAP memperjuangkan akhirat kah??)

- Baca keseluruhan berita.

Ok...sekarang dah jelas...pasal itu aku kata aku hilang hormat pada Nik Aziz...

Persoalannya..

1. Adakah Nik Aziz rasa terpinggir kerana orang tak ajak dia tetapi ajak pemimpin PAS yang lebih muda...(maybe jugak geng-geng muda pun naik cemuih dah kot..hehe..)

2. Adakah Nik Aziz takut kehilangan kuasa kalau sekiranya PAS dan UMNO bersefahaman...(maklumlah..masih nak pegang MB lagi...)

3. Adakah memang Nik Aziz tidak ikhlas memperjuangkan Islam..tetapi hanya hendakkan kuasa politik dengan menggunakan nama parti Islam..????

Bukan penyatuan antara UMNO dan PAS yang kita dambakan...kita pun tahu bahawa dua parti ini mempunyai penyokong yang ramai dan masing-masing mungkin tak dapat terima...

Tapi cukuplah sekadar kalau kita boleh dapatkan PERSEFAHAMAN...itu sahaja sudah memadai..maka akan bertambahlah kekuatan Islam/Melayu di Malaysia kalau ada persetujuan antara keduanya...

Sekarang sudah jelas...kepada penyokong UMNO...kita harus bersetuju dengan muzakarah ini kerana jelas ia akan menguntungkan masyarakat Islam/Melayu di Malaysia...

Kepada penyokong PAS...anda ada pilihan...untuk menyokong pemimpin muda yang bermuzakarah dengan UMNO, maka akan wujudlah kekuatan baru Islam/Melayu di Malaysia...atau anda terus menyokong Nik Aziz yang tak mahukan muzakarah, maka Islam/Melayu akan terus diperkotak katikkan oleh Pakatan Rakyat anda sendiri...

Apa juga pilihan anda...itulah yang akan mencorakkan masa depan Islam/Melayu di Malaysia....

p/s: Yang tua tu dah nak mati...yang nak meneruskan dan menghadapi segala kesulitan masa depan ialah yang muda...so fikir-fikirkanlah...apa nak dikata....

No comments: