Monday, September 29, 2008

Minal 'Aidin Wal Faaizin

Rabu dah nak raya...sekejap je kan rasanya..

Aku pun dah berada di kampung mertua aku ni...sampai hari Ahad sini...saja travel awal sikit sebab ada baby kecik ni kena la plan elok-elok...

Semalam dalam perjalanan masih tak banyak kenderaan lagi di highway...adik aku pun bertolak hari yang sama tapi ke arah Utara dari Kuala Lumpur...sama jugak tak jam katanya...

Walaupun hanya sekupang (10 sen) harga petrol turun kali ni, bagi orang yang travel jauh macam aku ni terasa jugak la kelegaannya...

Pasal cuti raya ni pun satu hal...tadi kawan aku yang kerja Pegawai MAS kat KLIA sms tanya aku raya mana...then dia bagitau yang dia tak dapat cuti tahun ni, kena kerja...aduh kesiannya...anak-anak semua dia dah pos balik ke kampung mertua kat Perak...wife dia tunggu last minit kot-kot dia dapat cilok cuti atau pergi berjumpa tuan doktor yang berhampiran...heheh

Oh ya...ingat dulu aku pernah tulis kat sini pasal program Ramadhan yang Dato' Seri Shahidan Kassim dok buat tu kan...ingat tak?Tengok balik kalau tak ingat dan jugak sini....

Baru-baru ni aku terperanjat bila baca blog anak aku si Adam...ada satu pagi tu memang aku terperasan dia dok menaip selepas Subuh tu...kalau rajin korang baca la apa dia tulis tu...

Raya 1 Oktober 2008...ehhhhh...bukan ada orang janji apa-apa berkaitan Kerajaan baru ke 1 Oktober ni??Ke aku silap...ke aku tak tahu perkembangan terkini???Hehehe...

Ni ada satu lawak untuk travel dalam kereta di Hari Raya....Kalau korang dengar CD lagu apa-apa jugak pun dalam kereta...bila nak tukar lagu..hati-hati dengan ayat-ayat..."Tukarkan Track Number lain pulak..."!!!!Hehehe...sapa yang faham akan faham la kan...

Di kesempatan ni aku nak ucap Selamat Hari Raya kepada semua sahabat dan pengunjung blog ni yang sentiasa tak jemu walaupun kadang-kadang bahan aku ni membosankan...aku jugak nak ambik kesempatan mintak maaf Zahir dan Batin...sebarang silap faham harap dimaafkan....



Kepada yang bakal memandu tu, hati-hati di jalan raya...kepada yang memasak tu hati-hati di dapur...kemalangan boleh berlaku di mana-mana...apa nak dikata...

Thursday, September 25, 2008

Akhirnya...Aku Penyunting Filem!!!

Hehehe....setelah sekian lama, igat lagi posting aku pasal HandyCam lama aku tu dan Mini DV nya?...yaaa...minggu lepas aku telah poslaju kan semua kaset-kaset Mini DV tu kepada sepupu aku yang best, Abang Dixx untuk dia convert ke DVD...

Selasa hari tu aku selamat terima kembali 8 DVD yang sungguh indah hasilnya...anak-anak aku sehari suntuk dok sebut.."Baba, uncle Dixx ni terer la...macam mana dia buat haa?"...hehe...(ops..aku belum bayar Abang Dixx, sat lagi la bro I bank in yaa...)...

Selepas tu aku pulak la nak tunjuk terer..hehe...bukan apa, sebenarnya dah lama ipar-ipar aku mintak kami compile semua rakaman berkaitan Arwah Bapa Mertuaku dalam satu CD, sebab kami banyak compilation video Arwah...dan dalam DVD-DVD yang Abang Dixx convert tu ada banyak la, cuma tak dalam satu CD...



Maka aku pun bertanyalah pada Yahoo Answer, kemudian call sahabat tersayang Pae pulak, semua kerana nak tanya apa software nak pakai...hehe...aku segan nak call Abang Dixx dah, pasai dia dah convert untuk aku tu...

Jadi aku dapat maklumat tentang Corel Video Studio...lantas aku pun mendownload la Trial Version 30 hari tu...



Alhamdulillah la aku ni jenis yang celik IT dan terang hati...hehehe...aku pakai trial and error saja, tanpa bertanya atau belajar...aku potong sana, potong sini, selit sana, selit sini...akhirnya aku berjaya buat satu movie yang turut sama memuatkan still photos of my late father in law...

Aku bagi la isteriku tercinta tengok hasilnya...macam aku expect la, air mata berguguran...fuhhh..untuk sebuah movie sedih kalau orang nangis kira amat success la tu kan!!

Maka aku pun ready nak burn ke VCD (pasal external DVD Writer aku tu entah apa installation yang tak betul, aku malas nak kacau, so pakai VCD Writer kat laptop je..)...

Sekali tak boleh daa...aku pun tak tau apa, dia kata 'unspecified error'...frust gila beb...berkali-kali aku try, tetap tak boleh....

Malam tadi, lepas berbuka (dah la aku berbuka pun monyok je, wife aku tau la jenis aku ni kalau satu benda tu tak jadi)....so lepas makan, aku duduk semula depan laptop dan aku copy satu persatu clips yang aku dah buat, beserta background music segala tu, buat semula satu timeline baru...then aku cuba burn...

Alhamdulillah....successful!!!

So selepas habis Buletin Utama yang menyiarkan turun petrol sekupang tu...diulangi sekupang saja ya....dan berita Amy Search kena saman oleh bapak yang anaknya kena tumpah tomyam panas kat Restoran Laksamana Cheng Ho oleh pelayan tu (ke anak dia yang buas kat restoran??)...aku tontonkan VCD tu pada isteri aku....dan dia nangis lagi...maknanya aku berjaya...

Sekaligus aku jadi hero pada anak-anak aku...dua-dua (Zain belum bercakap, kalau tak jadi tiga-tiga tu..) kata "Fuhh..Baba terer dah la...You can make a movie.."...macam biasa ayat aku melawak dengan depa..."Well..you know me.."....hahahaha...

Tapi pada aku satu kepuasan buat benda-benda ni. Kita hasilkan sendiri. Abang Dixx pun pernah kata kat aku, kalau edit sendiri ni lebih syok, pasal our videos, kita yang lebih tahu...

So lepas ni kalau korang nak sunting filem...aku dah boleh buat...Abang Dixx jangan takut..saya tak curi customer...hahaha...tak de la..aku suka-suka saja buat ni...aku memang nak ilmu-ilmu ni semua, tapi untuk kegunaan peribadi saja...

Anyhow thanks very much to Abang Dixx, Rifae Hafiz, Yahoo Answers...dan tak lupa isteri serta anak-anak yang tak berhenti bagi semangat dan tak kacau aku selama dua hari ni..hehe...akhirnya aku berjaya menjadi Penyunting Filem...hehe..apa nak dikata...

Saturday, September 20, 2008

Antara Fitrah, Pembersihan Jiwa dan Jiwa Kacau...

Dah 20 hari kita melalui Ramadhan Al-Mubarak 1429H...Alhamdulillah kita meniti medan tarbiyah yang Allah bagi kat kita dengan penuh tabah...mana yang tak lengkap tu kena fikir-fikir la nanti ye...hehe...

Sebelum berakhir Ramadhan ni..kita kena ingat satu lagi tanggungjawab, iaitu Zakat Fitrah...satu jenis zakat yang wajib dikeluarkan setiap Ramadhan oleh yang berkemampuan....Zakat Fitrah ni wajib ke atas semua yang bernyawa...tak kira yang masih bayi ataupun orang tua sakit terlantar tak boleh bergerak dah...selagi ada nyawa selagi itu kena bayar...cuma orang yang bertanggungjawab la bayar, takkan nak suruh baby tu bayar pulak...

Perkataan Fitrah tu bermaksud Suci..Bersih...Perkataan Zakat jugak membawa makna yang sama...sebab tu hanya kita Melayu sebut Zakat Fitrah, tapi Arab akan sebut 'bayar Fitrah saja'...pasal Fitrah ialah zakat yang special untuk bulan Ramadhan dan wajib kepada semua...

Jadi kalau kita keluarkan zakat dari harta kita, itu ialah untuk menyucikan harta dari saki baki yang tak elok...dan kalau kita jelaskan Fitrah pulak, ialah untuk membersihkan jiwa kita, selaras dengan kehendak Ramadhan untuk menyucikan jiwa...

Tahun ni kadar berbeza jugak pada Fitrah...sebabnya Fitrah ni sebenarnya kita kena sedekahkan makanan asasi kepada mereka yang fakir atau miskin...tapi nak mudahkan maka di convert ke matawang...ni kadar di Malaysia :

Johor = RM6.50
Melaka = RM6.30
Negeri Sembilan = RM6.50
Selangor = RM5.20
Kuala Lumpur/ Putrajaya/ Labuan = RM5.20
Penang = RM7.30
Kedah = RM7.00
Perlis = RM6.00/ RM7.00
Perak = RM7.00
Pahang = RM7.30
Kelantan = RM7.60
Terengganu = RM6.00/ RM7.00/ RM8.00
Sarawak = RM7.50
Sabah = RM7.70

Walaumacam mana pun, aku tetap dengan bagi beras sebagai Fitrah...aku akan beli beras untuk diri aku dan tanggungan aku (isteri dan 3 anak - tahun ni 3 anak aku dah!!!) dan cari mana-mana orang susah (kat Perlis ni senang nak cari lagi)..dan sedekahkan dapa dia sebagai Fitrah kami...

Dengan bermulanya esok jugak adalah bermulanya sepuluh malam penghabisan Ramadhan...di mana Allah janjikan Lailatul Qadr...maka sepatutnya penghujung Ramadhan ni kita sibukkan diri dengan ibadah dan amalan..bukannya dengan perkara-perkara yang dibawa oleh orang yang jiwanya kacau...mungkin jiwa mereka perlu disucikan jugak ni..tapi tak tau la macam mana ya...

Jiwa kacau ni kalau dia sorang-sorang tak pa...tapi ni dia nak heret orang lain sama untuk mempercayai apa anutan dia...dan ada pulak tu yang nak ikut!!!Pelik manusia ni kan...tapi tu la...kita tak mampu menghalang manusia yang lain, kita hanya mampu berdakwah saja..yang lain tu adalah kerja Allah SWT...apa nak dikata...

p/s: Selingan...setelah puas menunggu dan mencuba..akhirnya dapat capture foto Zain senyum masa dok main-main dengan kami...selalu elok ambik je kamera dia terus serius...haha...



Terubat duka di hati kan...