Tadi aku ke masjid masa Zohor, dah kebetulan Sahibus Samahah Tuan Mufti Kerajaan Negeri Perlis tak sihat dan tak dapat menyampaikan tazkirah, maka sahabat aku kat situ mintak aku gantikan...ok la..aku pun sembang2 la sikit...
Lepas habis selesai semuanya, sambil keluar tu ramai la yang datang sembang dan tegur..maklum lah hari ni cuti, so tak perlu nak bergesa-gesa balik pejabat kan...kalau balik rumah pun bukan boleh makan...ye tak...
So ada la satu orang ni dia kenal aku dari dulu lagi, dari zaman aku bekerja dengan DSSK...so dia tanya aku pasal program bulan puasa...aku kata tah la..takde aku dengar apa2 pun...yang aku tau DSSK akan mengadakan jugak majlis di kawasan DUN beliau, Tambun Tulang..dan dia ada ajak aku pergi jadi imam Terawih situ nanti...InsyaAllah aku akan pergi...
Jadi sahabat tu tadi pun kata la...sekarang ramai dah sebut...bulan puasa ni terasa 'kehilangan' yang amat...bukan setakat majlis malam-malam, tetapi peniaga di Pasar Ramadhan pun terasa...
Baru aku teringat, DSSK setiap hari dalam bulan Ramadhan akan round Pasar Ramadhan seluruh Perlis (gilir2 ikut jadual)...dan dia akan belanjakan sejumlah wang yang banyak untuk beli juadah, terutamanya dari gerai yang kurang mendapat sambutan...pasal dia kesian dengan peniaga yang bersemangat tu...kemudian juadah yang banyak tu akan diarahkan petugas-petugas beliau untuk menghantarnya ke masjid-masjid dan surau-surau mana-mana untuk buat berbuka puasa atau moreh...
Maka timbullah kata-kata sahabat tadi yang peniaga-peniaga pun akan merasa 'kehilangan' tersebut...
Tak pa...jangan la pening-pening...setiap manusia dengan cara dan gaya tersendiri...kebaikan yang kita lihat, ada pihak yang nampak sebagai kejahatan...manakala sebaliknya pun begitu jugak...bukan semua mata menilai dengan cara yang sama...cuma perbezaan darjat manusia biasanya akan membuatkan pandangan tu berbeza...
Kalau yang suka hanya orang kampung dan peniaga-peniaga kecil...mungkin yang tidak suka pulak ialah orang-orang kaya dan mereka yang telah berjaya...mana kita tahu kan...errmmm...apa nak dikata...
Selamat Beribadah.
1 comment:
salam tuan, dahulu saya pernah pi meraya kat rumah terbuka menteri besar tahun lepas...
meriah woo...
harap dato shahidan wat majlis macm tu lg....
mmg tak meriah la, harga makann semua tak mampu nak beli, jadi kitorang kongsi duit ramai2 beli lauk, dapat la sedap sikit...
Post a Comment