Friday, August 29, 2008

Antara Kemerdekaan dan Ramadhan Kareem...

Ahad ni kita akan menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke 51...

Sedar tak sedar sebenarnya kita boleh tengok betapa kurangnya semangat kita hari ini untuk sama-sama menaikkan semangat kemerdekaan...bendera-bendera agak kurang dikibarkan, baik oleh kereta-kereta, rumah-rumah, premis perniagaan mahupun agensi kerajaan...betul kan...

Tak pasti aku pasal apa jadi macam ni...mungkin jugak rakyat dah jelak dengan kerajaan yang tidak langsung membantu menaikkan taraf ekonomi rakyat...mungkin jugak ianya satu bentu protes senyap yang rakyat jalankan kerana merasakan kerajaan yang teramat lemah...segalanya mungkin...

Tapi satu yang aku pasti ialah kerana sehari selepas menyambut kemerdekaan ke 51, umat Islam akan menyambut kedatangan 1 Ramadhan...bermulanya ibadah puasa...

Aku sendiri secara peribadi lebih memberi tumpuan kepada Ramadhan kali ni atas beberapa sebab...

Pertamanya ialah isteri aku masih dalam pantang, by 1 Ramadhan nanti hanya baru 25 hari...maka menjadi tugasan aku lah untuk membantu menyuntik semangat untuk anak-anak aku yang dua orang yang sekolah tu, Adam dan Rayyan (9 dan 7 tahun) untuk berpuasa...

Keduanya...tekanan ekonomi yang dirasakan oleh semua pihak sekarang ini membuatkan aku lebih memberi tumpuan untuk Ramadhan berbanding nak sambut merdeka...memang betul berpuasa melatih kita untuk mengekang nafsu makan minum kita, tapi anak-anak kecil yang baru nak berpuasa ni kita kena la layan sikit...diorang dah bagitau nak beli itu dan ini untuk waktu bersahur...semuanya kena buat persiapan awal...maka bagi aku ini lebih penting la kan...

Menyentuh Ramadhan ini, membuatkan aku pasti akan teringat kepada majlis berbuka puasa/berterawih/memberi sumbangan yang setiap tahun sebelum ini dijalankan di Dewan Warisan, Kangar ni...Mantan Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim tak miss setiap malam Ramadhan selama dah berapa tahun untuk buat majlis tu...ya..setiap malam...

Memang ada yang pertikai dari mana sumber duit tu..tapi pada aku yang menerimanya ialah orang-orang susah dari seluruh Perlis...yang tak pernah merasa berbuka puasa dalam majlis yang dijemput...semua mereka diraikan oleh beliau...makan hidang tau bukan buffet!!

Tahun ni Wallahua'alam..aku tak tau apa perancangan Kerajaan Negeri lagi...

Kenangan berpuasa dan berterawih di Madinah dan Mekkah jugak pasti akan hadir setiap kali menyambut Ramadhan...selepas balik dari sana tahun 1996, hanya sekali aku berkunjung iaitu tahun 2004..tu pun bukan Ramadhan...teringin sangat nak pergi lagi ya...

Tahun ni Ramadhan kami lebih berseri dengan adanya Zain...walaupun baru akan berusia 25 hari pada 1 Ramadhan ni...tapi harapan aku ialah dia akan menjadi insan soleh dan baik, seperti abang-abang dia sekarang ni yang dah berikrar untuk berpuasa...

Oh ya...Rayyan bermaksud salah satu pintu di Syurga yang hanya akan dimasuki oleh orang yang berpuasa....

Ya Allah, jadikanlah kami dari golongan yang akan memasuki pintu Ar-Rayyan Mu...Amin..

Dalam bulan Ramadhan ni Allah berjanji dengan kita :

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (Al-Baqarah ayat 186)

maka perbanyakkan doa, kerana Allah amat hampir dengan kita di bulan ini...

Aku nak ambik peluang ni untuk menyusun jari memohon kemaafan dari semua pembaca blog ni, andai ada salah dan silap harap diampunkan..dan aku berdoa agar semua amalan kita akan diterima Allah, dan Allah menjadikan Puasa kita dan Qiyam kita sebagai yang terbaik...



Kita merancang, Allah jua menentukan..KepadaNya kita berserah...wallahua'alam...apa nak dikata...

1 comment:

Little Bookworm said...

Salam Pak Ndak...hehe, klong busy la. Tp mmg catit siap2 password blog..takut jgk terlupa. Hehe. Mlm ni nk blk rumah...cuti midsem. Best betul dpt puasa the first few days kt rumah! Dhla food kt UIA tak best! Huh. Tak kira la umur dh 22 thn pn, still kna ada good food utk enjoy-kan sahur. hehe. apatah lg la Adam n Rayyan. bagusla dorg dh start puasa ;-) Tp I agree with you...klong sendiri pun byk focus kt ramadhan. i dont really feel the merdeka spirit...lg2 dgn the current political situation. bezanya takde penjajah je.

Salam to Mak Ndak n the boys...hrp la dpt jmp Zain this raya!