Tuesday, January 17, 2012

Pakej Umrah 2012

Bismillahi-rRahman-irRahim…

Pakej Umrah untuk tahun 2012, seperti berikut :

umrahkejora

Sekiranya berminat, sila email kepada saya di azhar[dot]shafie[at]yahoo[dot]com

Hanya deposit RM1000 (Ringgit Malaysia Satu Ribu) dan selebihnya sebulan sebelum penerbangan.

Terima kasih.

Sunday, January 8, 2012

PAS Buktikan Pada Hari Yang Sama…

 

Awal pagi tadi terbaca ni…

shahnon ahmad

Gabungan pertahan kuasa bercanggah amalan politik Islam: Shahnon
GEORGETOWN: Veteran PAS, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad menyifatkan kerjasama PAS dengan DAP dalam gabungan pembangkang bercanggah amalan politik Islam yang diajar Rasulullah SAW.

Beliau yang juga Sasterawan Negara, berkata Rasulullah SAW tidak pernah bekerjasama dengan kaum bukan Musyrikin Madinah seperti dilakukan PAS ketika ini sebaliknya hanya mengikat kata sepakat melalui Perjanjian Hudaibiyah.

Justeru, ahli PAS seumur hidup itu menolak kerjasama antara PAS dan DAP kerana ia tidak sama dengan pendekatan diambil Rasulullah SAW.
“Dasar politik PAS sekarang ini langsung tak sama dengan amalan politik Rasulullah SAW bersama sahabatnya ketika membentuk Madinah,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.


Shahnon adalah bekas Ahli Parlimen Sik dari 1999 hingga 2004 dan bersara daripada politik kerana masalah kesihatan selain ingin menumpukan perhatian terhadap dunia kesusasteraan.


Beliau diiktiraf sebagai Sasterawan Negara kedua pada 1982 dan menghasilkan pelbagai karya satira seperti Ranjau Sepanjang Jalan, Srengenge dan novel kontroversi bertajuk Shit pada 1999.


Dalam perkembangan sama, Shahnon turut membidas Dewan Ulama PAS yang semakin hilang taringnya dalam menyuarakan dakwah politik Islam kerana hendak menjaga hubungan dengan DAP.


Katanya, hampir semua ulama PAS termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat gagal memainkan peranan mempertahankan Islam dan pengaruh mereka mula dibayangi golongan profesional PAS.


“Malah, saya sendiri sebenarnya tidak berapa faham dengan perjuangan dan latar belakang golongan profesional PAS ini. Apa disiplin ilmu individu yang mendakwa mereka adalah pemimpin profesional PAS ini?


“Kesimpulannya adalah PAS sekarang tidak sama macam dulu dan saya langsung tidak bersetuju dengan dasar politik semasanya selain konsep kerjasama pemimpin PAS dengan DAP,” katanya.

 

Kemudian, lewat tengahari terbaca ini pulak…

pashasan

 

PAS pecat Hasan Ali

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.
Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

 

Tontoni sidang akhbar Presiden PAS.

Tuesday, January 3, 2012

Sori, terlambat…

Dah 3 Januari….hehe…boleh lagi kot kalau nak wish Happy New Year kan…

So it is 2012…tahun yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang…

 

As for me…aku berdoa agar 2012 ni akan berjaya membawa aku ke dimensi baru yang penuh keberkatan dan kesejahteraan…

 

mayan