Tuesday, October 22, 2013

Allah Yang Macam Ni Ke?

Ayat 255, Surah Al-Baqarah (lebih kita kenali dengan Ayat Kursi) :

اللَّـهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْ‌ضِ ۗ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْ‌سِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْ‌ضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Bermaksud:

Allah (itu adalah):
1. tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia
2. Yang Tetap hidup
3. Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
4. Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
5. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
6. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
7. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
8. Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi
9. dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
10. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya)
11. lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Yang di atas adalah terjemahan ayat tersebut yang saya potong satu persatu bagi memperlihatkan dengan lebih jelas sifat-sifat yang ada pada Allah.

Seandainya Allah yang disebutkan merujuk kepada Tuhan yang bersifat seperti di atas, maka ok.

Macam Ah Meng kata..."wahh..ini hali Tuhan Allah sudah kasi turun hujan maaa..." maka itu ok sebab dia refer kepada Tuhan yang seperti disifatkan di dalam Al-Baqarah ayat 255 tu.

Tapi kalau dia kata.."Itu Tuhan Allah punya anak aa..Jesus sentiasa mengajak kita berbuat kebaikan.." maka itu tak boleh sebab dia merujuk Tuhan yang bukan bersifat seperti di Al-Baqarah ayat 255.

Wallahua'lam.

Sunday, July 28, 2013

Bijaknya Syaitan...

Alhamdulillah, kita dah sampai ke penghujung dua puluh hari Ramadhan...esok Isnin bermulalah fasa ketiga Ramadhan iaitu fasa Pembebasan Dari Api Neraka...

Dan InsyaAllah esok juga bermula lah pencarian Lailatul Qadar...aku dah pernah tulis dulu kat SINI...

Kali ni nak bercerita hal lain sikit...hal Syaitan...

Semalam aku spend time dok kat bengkel kereta. Biasa la kereta lama, dekat nak raya dia pun nak dimanjakan..minta tukar lower arm baru...maka aku dok je la menunggu kat bengkel tu sementara siap kereta...

Dalam pada tu sembang-sembang jugak la dengan dua tiga orang yang datang repair kereta jugak...

Dari bersembang bab kereta sampailah bab dok KL, jalan jem sepanjang masa dan sibuknya kota raya KL, maka bermula lah tajuk yang menarik ni.

Satu brader ni ceritakan seperti berikut...
-------------------------------------------------------

Saya dok KL sejak lahir bang...Family ada 10 beradik, dok kat Ampang. Saya balik dok Melaka ni dah 11 tahun, sekarang saya umur 43 tahun.

Dulu saya minum arak ni macam air sejuk bang. Masa sekolah lagi dalam bilik saya dah ada mini bar (peti ais kecik) isi tin beer. Makan nasik kat ruang makan, masuk bilik minum beer. Bapak saya tak marah bang, dia pesan jangan main dadah saja. Kalau main dadah dia akan bunuh saya.

Kemudian bila dah kawen saya balik dok Melaka. Masih minum dan main perempan bang. Judi nombor ekor pun saya layan bang.

Masa wife saya pregnant 6 bulan, dia ngadu sakit perut. Saya kata kejap lagi la, aku tengah sakit kepala ni. Saya tidur kejap. Kemudian isteri jerit panggil masa Maghrib,dia gugur dalam bilik air dan nampak bentuk baby yang sempurna. Saya nangis la bang.

Ayah saya dari KL datang ke Melaka, naik motor EX-5 ja bang. Lepas kebumi esoknya petang, ayah saya bagitau dia nak ke Gemencheh, saya marah tapi dia kata naik kereta kawan dia. So saya biarkan.

Menjelang Maghrib, saya dapat call dari nombor 06, rupanya Balai Polis nak sampaikan berita ayah saya meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya.

Masa tu dunia rasa terbalik bang...semalam hilang anak, hari ni hilang ayah.

Dua hari lepas tu saya termenung luar rumah sorang diri pukul 2 pagi bang. Masa tu datang sebijik cahaya kecik macam kelip-kelip, turun depan saya dan menjadi seorang lelaki, berjubah dan berserban macam tudung wanita yang macam Arab pakai tu. Muka dia tak nampak mata atau hidung tetapi nampak kening yang bercahaya...

Saya tanya siapa dia, dia kata Ayah kamu. Saya kata Ayah saya dah mati, dia kata Ayah kamu yang sebenar iaitu Rasul...

Masa tu saya menggeletar bang. Macam-macam benda yang dipertunjukkan pada saya. Saya nampak orang-orang di perkuburan yang masih sangkut amalan mereka, menggamit melambai minta tolong. Saya nampak Ayah saya masih menunggu di kuburnya. Lelaki tu bawa saya, diajarkan satu doa dan disuruh saya tepuk bahu ayah saya dan semerta itu lah saya terbang ke langit bersama Ayah saya dan saya hantarkan ke sisi Ibu saya yang dah lama menunggu tersenyum...

Kemudian lelaki tu bagitau suruh saya berhenti minum arak. Saya tanya itu saja ka, judi dan perempuan macam mana. Dia kata judi takpa, tak haram sebab untuk menang judi tu pun kena berusaha, nak beli nombor kena naik kenderaan keluar modal pergi beli..dan dia ajarkan saya doa untuk menang nombor ekor untuk digunakan ketika terdesak. Dah dua tiga kali jugak saya gunakan bang doa tu dan dah dapat menang...Perempuan pun dia kata tak pa bang.

Kemudian dia suruh saya berpuasa seminggu lepas tu selama seminggu. Saya terus puasa esoknya tak tunggu minggu depan dah.

Banyak jugak amalan dan ajaran dia bagi kat saya. Dia ajarkan saya bahawa Al-Quran bukannya 30 juzuk tetapi 60 juzuk. Baki lagi 30 juzuk itu dilangit hanya untuk orang yang menerimanya.

Sampai sekarang kami masih berhubung bang. Saya bila sedih atau tertekan saya akan panggil dia, kami sembang dan dia akan ajarkan saya beberapa perkara baru untuk saya amalkan.

Kalau di kubur ketika orang baca Talqin, saya akan dapat lihat roh tu punya reaksi...macam mana dia melangkah samada lepas pergi ata tidak..

------------------------

Begitu la serba ringkas cerita dia. Panjang lagi sebenarnya tapi aku tinggalkan bab dia melatah termencarut, bab dia ulang cerita dua tiga kali, bab bulu roma dia meremang masa bercerita dengan aku dan lain-lain.

Ok, sekarang ulasan aku. Buat point la eh senang.

1. Aku macam nak percaya tak percaya bab dia minum arak bapak dia tak marah tu, tapi biarkanlah eh...

2. Bila kita dalam keadaan sedih, tertekan dan depress, masa tu adalah soft spot yang paling Syaitan suka.

3. Syaitan akan mencari ruang yang kita lemah. Andai ibubapa kita, maka dia akan mainkan isu ibu bapa...kalau anak, dia main guna isu anak...

4. Perkara amalan kita, yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dan diamalkan oleh para Sahabat Radiyallahu Anhum adalah apa yang kita amalkan. Andai ada ajaran yang baru, maka Rasulullah SAW telah menipu kita sebab antara sifat Rasul ialah Amanah. Mana mungkin Rasulullah menipu bukan...

5. Judi, terang-terang ada ayat Quran mengharamkannya. Kalau pi tanya pakcik kat kedai ekor tu pun dia akan kata haram kan...sama jugak pompuan yang bukan halal pada kita...

6. Dia berpuasa, itu bagus. Tapi kerana apa dia berpuasa? Bukan kerana Allah tetapi kerana disuruh oleh lelaki itu. Ini lah antara cara Syaitan menjatuhkan Akidah kita, dengan memujuk kita melaksanakan ibadah bukan kerana Allah...

Ok, itu serba ringkas la.

Pesanan aku ialah, kalau ada sesiapa jugak pun yang datang nak ajar apa-apa perkara baru dalam ibadat, maka tolak la ia.

Kalau sedih atau tertekan, banyakkan berzikir dan membaca Al-Quran, kerana hanya dengan itu akan dapat memberi ketenteraman jiwa.

Ingatlah janji Syaitan dengan Allah SWT...bahawa dia akan menyesatkan seramai mungkin hamba Allah di dunia ini...

Semoga kita semua dijauhkan dari ujian ini dan diselamatkan dari gangguan Syaitan...

Tuesday, July 23, 2013

Rakyat (Bukan Semua) Didahulukan...

Non-Malay kena makan kat bilik persalinan sebab kantin tengah renovate, habis Menteri, Melayu dan bukan Melayu mengamuk marah.

Budak Melayu Islam jadi hamba Pusat Tahfiz Amal kutip derma sejak zaman berzaman sampai dah ada yang mati eksiden, sampai pukul 12 tengah malam dok kot jalan lagi tak tentu arah makan, takde sekor Menteri pun yang arah siasatan menyeluruh.

Tahniah atas kesamarataan ini!!

Thursday, July 18, 2013

Susun Atur Rukun Islam

Susun atur Rukun Islam itu amat indah.

Syahadah ialah syarat utama untuk membolehkan semua amalan yang di tangga kedua hingga lima diterima Allah.

Kedua, Solat, disebut sebagai Tiang Agama. Di tangga kedua, maknanya yang paling penting selepas bergelar Islam.


Kemudian Puasa dan Zakat, sering juga didahulukan yang satu dengan yang lain. Maknanya berada di kedudukan yang sama penting selepas Solat.


Akhirnya Haji sekiranya mampu, di tangga terakhir untuk menunjukkan apabila dah selesai yang di atas tadi, sekiranya berkemampuan, tunaikanlah Haji.


Jadi, jika dibandingkan Puasa dan Solat, maka solat itu lebih utama. 


Sebab itu Rasulullah SAW bagitau untuk menyuruh anak Solat ketika umur 7 tahun dan memukul mereka kalau mereka enggan solat pada umur 10 tahun.


Tidak pula kita jumpa arahan mengajar anak sekecil itu untuk berpuasa, kan.


Atas dasar itu, saya tak pernah menyuruh anak saya berpuasa pada usia sebelum sekolah rendah. Bila dah masuk sekolah rendah, masa belum baligh, pun saya tak kisah andai balik sekolah dia letih dan nak berbuka. Bila dah baligh (sorang je baru pun yang dah baligh..hehe) jangan nak buat hal la...


Tetapi Alhamdulillah, seawal usia mereka 5 tahun, setiap kali berkemampuan dari segi masa, saya akan bersolat jemaah dengan mereka dan mengajarkan tatacara solat. Dan syukur Alhamdulillah, setiap kali berhimpun keluarga ramai-ramai, hatta yang umur 5 tahun tu pun akan menyertai solat jemaah.



Ini cara saya, terpulang pada anda. Jangan marah saya plak aaaa...


Wallahua'lam.


Thursday, July 11, 2013

Ganjaran Memberi Juadah Berbuka

Ganjaran Memberi Juadah Berbuka.

Kalau pernah berbuka di Masjid Nabawi, Madinah atau Masjidil haram, Mekkah, pasti tau betapa sukanya Arab menjamu orang berbuka puasa.

Di tempat kita pun dah makin banyak masjid, surau dan tempat awam yang disediakan makanan berbuka oleh orang tertentu yang menyedekahkan makanan tu semua.

Sabda Rasulullah SAW:

قال صلى الله عليه وسلم :

" مَن فطَّر صائماً كان له مثل أجره
غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيء " .

"Sesiapa yang memberi makan berbuka puasa kepada seorang yang berpuasa, dia akan mendapat ganjaran yang sama seperti orang tersebut berpuasa tetapi tidak langsung mengurangkan ganjaran orang tersebut"

Maknanya, kalau si A bagi makan berbuka puasa pada si B, si A akan dapat pahala yang sama seperti si B. Pahala si B pulak takkan berkurangan langsung.

Sebab apa amalan memberi makan ni satu amalan mulia?

Sebab ia boleh menyemaikan berbagai sifat baik lain. Bila kita beri makan, pasti timbul rasa kasih sayang bersaudara, yang merupakan keperluan untuk masuk syurga.
Timbul juga rasa syukur pada orang yang menerima sedekah makanan tu. Macam-macam lagi.

Diceritakan oleh ulamak Salaf, Abu Suwwar Al-'Adawi, masyarakat Kaum 'Adi tidak pernah makan berseorang ketika berbuka puasa. Sekiranya dia ada kawan, dia akan makan dengan kawan, kalau takde, dia bawak makanan ke masjid dan makan beramai-ramai.

Teringat pada tradisi kita masyarakat Melayu dulu. Saling bertukar juadah. Satu piring dihantar ke semua rumah terdekat, kemudian dibalas semula. Asalnya masak satu jenis juadah, akhirnya akan mendapat 4 atau 5 jenis atas meja. Tradisi yang hanya kelihatan biasa, sebenarnya mempraktikkan sunnah Rasulullah di dalam memberi makan kepada orang yang berpuasa.

Dan yang paling penting, para isteri, ibu dan kaum wanita yang masak kat dapur tu. Diorang masak untuk kita semua berbuka puasa, maka hukumnya sama macam memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka. Jadi, pahala suami dan anak-anak berpuasa juga akan dapat diperolehi oleh para isteri dan ibu.

Sabda Rasulullah:

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رضي الله عنه عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: فِي الْجَنَّةِ ثَمَانِيَةُ أَبْوَابٍ، فِيهَا بَابٌ يُسَمَّى الرَّيَّانَ، لاَ يَدْخُلُهُ إِلاَّ الصَّائِمُونَ رواه البخاري

"Di dalam syurga ada lapan pintu. Antaranya pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Tidak dapat masuk pintu ini melainkan orang yang berpuasa."

Wednesday, July 10, 2013

Gembiranya Mereka Yang Berpuasa

Kegembiraan orang yang berpuasa.

Rasulullah SAW bersabda:

لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ


"Untuk orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan. Apabila dia berbuka puasa dia gembira dan apabila dia bertemu Tuhannya, dia akan gembira".

Kegembiraan yan kedua tu senang kita faham. Bila kita dipertemukan dengan Allah SWT kelak, kita akan gembira kerana tergolong dalam hambaNya yang taat dan patuh.

Kegembiraan pertama tu, ketika berbuka. Yang paling nyata pada kita ialah kegembiraan kerana larangan menjamah makanan dan minuman telah tamat. Dah boleh makan dan minum. Makanan yang paling lazat dalam dunia ialah yang kita makan ketika perut kita kosong!! Kalau dah kenyang, letak kambing golek sekor pun dah tak sedap jadinya...

Selain itu, yang tersiratnya, waktu berbuka mendatangkan kegembiraan kerana ia merupakan permulaan kepada ibadah yang hanya special di bulan Ramadhan iaitu Qiam (Mendirikan malam). Ini termasuk Terawih. Takde di bulan lain!!

Sebab itu Rasulullah kata kita akan gembira bila tiba waktu berbuka kerana kita menamatkan ibadah siang dan memulakan ibadah malam!! Mudahnya mendapat ganjaran di bulan Ramadhan.

Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 186 (berkaitan Ramadhan):

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِ‌يبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْ‌شُدُونَ


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

Ibadat dan Niat...

 Selamat berpuasa diucapkan pada semua...semoga Ramadhan kali ini akan lebih membawa pengertian, pengampunan dan keberkatan pada kita semua...

Kali ni aku nak menulis berkaitan niat setiap ibadat.

Terlebih dahulu dipohon maaf andai berlainan pendapat dengan sahabat-sahabat sekelian ya...

Bertitik tolak dari hadis berikut, setiap amalan perlukan niat.

عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه ، قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ( إنما الأعمال بالنيّات ، وإنما لكل امريء مانوى ، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله ، فهجرته إلى الله ورسوله ، وم
ن كانت هجرته لدنيا يصيبها ، أو امرأة ينكحها ، فهجرته إلى ما هاجر إليه ) رواه البخاري ومسلم

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Sesungguhnya setiap amal ibadat itu adalah bergantung kepada niat, dan sesungguhnya bagi setiap manusia itu apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Dalam hadis ini, jelas ditunjukkan bahawa niat adalah "KERANA APA" kita kerjakan ibadat tu. Bukan lafaz niat atau apa yang kita lintaskan di dalam hati.

Seandainya kita lafaz niat dah betul, tapi halatuju "KERANA APA" kita beribadat tu tak betul, pun tak boleh.

Contoh, berpuasa kerana dengan puasa boleh membantu mengurangkan berat badan, salah. Kita berpuasa kerana Allah, kerana sebagai hamba Allah kita diarahkan berpuasa. Jadi kalau kita niat setiap waktu Sahur sekalipun, halatuju "KERANA APA" kita berpuasa itu tetap salah.

Begitu jugak ibadat lain seperti solat, zakat, membaca Al-Quran, umrah, haji dan sebagainya.

Maka niat kita untuk berpuasa di bulan Ramadhan ini ialah kerana kita mendapat perintah Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 183:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"

Wallahua'lam.

Wednesday, June 19, 2013

Syria dan Negara Arab...

Banyak kalau nak tulis pasal apa yang berlaku di Syria ni...dah ramai tulis pasal ni...

Pembunuhan, penyembelihan, tembak, bom dan macam-macam lagi...

Terbaru dalam awal minggu ni, seorang wanita muda dengan bayinya telah ditangkap oleh satu pasukan tentera Syria (tentera Kerajaan Basyar Asaad). Diorang rogol perempuan tu kemudian tembak di kedua-dua belah kaki beliau. Lepas tu diorang campakkan perempuan tu di tengah jalan Al-Mutahalik dalam daerah Jobar, Damascus.

Lepas tu diorang siksa anak perempuan tu sampai dia terdengar suara anaknya menangis, membuatkan dia usaha nak pegi selamatkan anak dia...

Tak lama lepas tu, pejuang Mujahidin yang nampak pergi nak selamatkan perempuan tu, akhirnya menjadi mangsa peluru penembak hendap yang memang jadikan perempuan tu sebagai umpan...

Perempuan tu meninggal dunia selepas 10 jam tersiksa di atas jalan raya tu. Tak ada usaha yang dapat dilakukan sebab usaha empat orang sukarelawan tu menemui ajal akhirnya...






Ini adalah antara apa yang berlaku di Syria, setiap hari.

Apa yang negara Arab lain buat? Jiran dan saudara satu bangsa satu agama dengan diorang tengah kena bunuh ni...








Macam tu lah kiranya Arab ni. Apa ada hal, bukan aku yang kena, katanya.

Kepada Allah kita memohon supaya saudara kita di Syria diberi kekuatan menempuh segala ujian dan dikurniakan keamanan dengan segera. Ambil lah iktibar dari kisah Syria ni...

Friday, May 31, 2013

Rest In Peace Dear 'American Bedu'...

Photo Credit:
http://susiesbigadventure.blogspot.com/


Carol Fleming Al-Ajroush meninggal dunia pada hari Isnin 27 Mei 2013 yang lepas.

Siapa Carol Fleming nih? Meh nak ceritakan.






Bagi yang selalu berjalan-jalan di alam siber dan suka menelaah bahaan bacaan, mungkin anda pernah terjumpa blog American Bedu.


"Bedu" adalah dialek Arab Saudi untuk perkataan "Badwi". Rasanya semua tau apa maksud Badwi kan...bukan Pak Lah, bukan...

Blog American Bedu ni adalah antara blog yang memang aku follow dan baca selalu. Tajuk dan perbincangan dia memang best. Ada pernah orang gaduh kat tajuk-tajuk tertentu, ada pernah orang marah-marah dan pastinya ada orang yang menimba ilmu.

Pengasas dan pemilik blog ni ialah Carol Fleming, seorang wanita warganegara Amerika Syarikat (USA).

Carol Fleming ni dulunya ialah seorang perisik (spy) CIA yang bertugas di Pakistan. Untuk mengaburi mata awam, dia ditugaskan sebagai seorang diplomat di sana. Masa bertugas tu, dia dah jumpa seorang diplomat dari Arab Saudi nama Abdullah Al-Ajroush dan jatuh hati.

Photo Credit:
http://susiesbigadventure.blogspot.com/
Kedua-dua berkahwin dan kemudian dah habis bertugas kedua-duanya menetap di Arab Saudi. Masa ni lah Carol mula menulis "American Bedu".

Dalam tahun 2008, ketetapan takdir dari Allah, kedua-dua diorang telah dikesan mengidap kanser. Suaminya Abdullah mengidap sejenis leukemia yang agresif dan pantas merebak manakala Carol sendiri dikesan mengidap kanser payudara.

Tahun 2010, suaminya Abdullah kembali menemui Allah. Sejak tu dia balik ke USA untuk meneruskan perjuangan dia melawan kanser payudara tu.

Sejak PRU13 hari tu aku memang jarang sikit melawat blog-blog Timur Tengah ni, maklum la blog-blog tempatan pun tak terlayan dek tuntutan kerja. Semalam lepas selesai kerja, berasa lapang sikit aku bukak balik blog-blog tu semua. Terkejut bila aku terbaca ni...




Carol Fleming Al-Ajroush dah kembali mengadap Penciptanya.

Aku tak pernah jumpa dengan Carol tapi aku ada pengalaman menyumbangkan bahan kepada beliau untuk American Bedu.

22 Ogos 2010, masa tu bulan Ramadhan, Carol tulis satu tajuk berkaitan Peperangan Badar di dalam Islam bertajuk Where In The World Is Badr, Saudi Arabia? Beliau menceritakan apa yang dapat beliau perolehi bahan berkaitan peperangan tu sikit kemudian beliau kata tak tahu banyak berkaitan tempat yang bernama Badar.



Jadi aku, sebagai seorang yang pernah berkunjung ke Badar, hantarkan komen berikut pada beliau...



24 Ogos 2010, Carol publish entri baru, Saudi Arabia: Badr Revisited With Pictures, berkenaan Badar dan berterima kasih atas sumbangan aku pada American Bedu.



Malam tadi bila aku ceritakan kat wife aku berkenaan Carol, my wife said, "Amazing kan what Internet can do to you...".

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Carol Fleming Al-Ajroush dan meletakkan beliau di kalangan para solihin. Amin.

Sunday, April 21, 2013

Rehat Minda

Yang sebenar nak menulis pasal politik...tapi disebabkan kawasan rumah aku takde air sejak semalam, maka aku batalkan...

Buat masa ni, kita rehat minda dulu ye...

Tuesday, April 2, 2013

Politik, Pancing Undi dan Publisiti Murahan...

Huh, lamanya tak menulisssss...hais bersawang blog...hahaha...takpe, dah kata blog bila rajin kan...

Tak lama dah nak mengundi...semua pakat sibuk bila nak bubar, bila nak bubar...ala korang nih, esok-esok PM bubar la tu...esok pun baru genap 4 tahun Dato' Seri Najib jadi Perdana Menteri...kannn...

Dalam semua pakat kalut nak menunggu pembubaran, penamaan calon dan pembuangan undi, kita sebenarnya dah terlalu lama menjalani tempoh "berkempen". Ya, kempen tak rasmi.

Tiap hari, bukak lah surat khabar, portal online, blog, majalah atau apa jugak pun, semua masing-masing berkempen. Tak yah la nak tuding jari sesape...baik Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat, semua pakat kempen lama dah.

Apa tujuan kempen? Mesti la nak pancing undi. Nak sokongan. Nak kemenangan dalam pilihanraya ke 13 nanti. Nak jadi Kerajaan memerintah. Nak jadi Wakil Rakyat. Nak jadi Menteri. Nak jadi Perdana Menteri.

Toksah buat lawak kalau kata tak semua berperanan macam tu. Kalau ISMA atau Arus Baru tu kita pi tanya pun, sure jawabnya kerana nak menang. Alasan untuk memartabatkan ummah, memerangi rasuah dan salah guna kuasa, nak berbakti membantu rakyat kurangkan beban kewangan segala bagai tu hanyalah cara memenangi hati rakyat. Bila hati rakyat dimenangi, kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri akan boleh dimenangi.

Macam-macam cara parti politik lakukan untuk mendapatkan sokongan. Dan yang pasti, semua yang dilakukan tu adalah berdasarkan tinjauan atau survey yang diorang jalankan dan diorang pasti akan mendapat sokongan dan menggembirakan pihak rakyat yang bakal mengundi.

Jarang pulak parti politik akan berjanji sesuatu yang buruk untuk rakyat. Tak pernah dengar "Kalau kami menang dan memerintah, harga beras akan kami naikkan 100% bagi membela nasib pesawah".Takde.

Takde jugak yang kita dengar "Kalau kami terus memerintah, semua kakitangan awam akan dipendekkan masa rehat mereka dari sejam kepada setengah jam sahaja demi memastikan produktiviti negara". Pun takde.

Jadi aku agak hairan bila menonton video ni semalam.




Aku tak pasti isu apa sebenarnya ni. Kaunter tu Kaunter Daftar Lewat, selalunya jenis yang umur dah lebih 12 baru nak pi daftar MyKad kot...sebab masa aku daftar IC untuk aku dan MyKad untuk dua anak aku, senang je...sangat senang...cuma kena beratur tunggu giliran tu biasa la...kalau nak terus pegi, bukak la JPN sendiri...

Tapi aku nak komen jugak...ye la, blog aku kan, mesti aku nak komen...jadi aku buat point senang...

1. Tak kira apa bangsa pun kita, rasanya takdak satu agama atau bangsa yang menggalakkan umatnya menengking, mengherdik dan bercakap menjerit-jerit tanpa henti sampai orang tak paham apa dia kata...

2. Setahu aku, setiap Jabatan ada Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah dan sebagainya. Aku pun pernah ada tak puas hati kat staff kaunter, aku sabar, kemudian aku call Pengarah dan slow talk bagitau masalah aku. Alhamdulillah settle.

3. Aku nak tanya. Adakah, sekiranya Pakatan menang nanti, kita boleh pergi menengking dan menjerit di kaunter sekiranya ada tak puas hati?

4. Para kakitangan awam, khususnya kakitangan kaunter seluruh Malaysia...diorang rasa tindakan Lateefah Koya ni akan membuatkan diorang rasa terbela ka? Minat diorang nak undi Pakatan Rakyat akan bertambah ka kalau tengok video ni?

5. Aku respect staff yang bertugas masa tu kerana sabar, walau aku tahu macam mana geloranya hati dia masa tu. Dengan kameranya, dengan lawyer ramainya, dengan rombongan macam nak meminangnya...mamat tu control diri dia dan sampai abis takde maki atau melenting marah.

6. Adakah selepas ni, kita boleh angkut lawyer untuk bercakap bagi pihak kita bila berurusan di kaunter?

Ok la, cukup kot point tu semua.

Dalam pada semua sibuk nak pilihanraya, apa kata kita luangkan sikit masa untuk satu benda yang langsung tak de kena mengena dengan politik tetapi kemanusiaan...sila pergi ke PAGE ni, dan teliti apa isi kandungannya. Jom kita ubah sesuatu yang tak de sapa nampak nak ubah...apa nak dikata...

Monday, January 14, 2013

Krisis Kalimah "ALLAH"

Benda ni benda lama dah sebenarnya, tapi nak pilihanraya dia naik balik la...

Aku mula menulis tajuk ni pada 2 Mac 2009, di bawah tajuk Allah Is God, But God Is Not Necessarily Allah...boleh rujuk apa aku tulis. Kemudian pada 31 Disember 2009 aku ulang siar tulisan tersebut dengan sedikit penambahan, boleh baca kat SINI.


Pada 3 Januari 2010, aku sedikit terkilan dengan beberapa alim ulamak yang menyanggah pendapat yang menolak perkongsian nama Allah dengan agama lain, lantas aku menulis dengan sedikit emosi kat SINI.

8 Januari 2010 aku bagi beberapa keping gambar yang pada pendapat aku akan menguatkan semangat kita mempertahankan kalimah Allah daripada di gunakan sebagai terjemahan God, kalau nak tengok boleh baca SINI.



Dan akhirnya pada 20 Januari 2010, aku bagi bukti dari Al-Quran yang melarang kalimah Allah daripada digunakan untuk menggambarkan Tuhan selain Allah SWT. Pun sama, kalau ada yang nak merujuk kembali, sila lah di SINI.



Kesimpulan pendapat aku ialah :

Sesiapa pun boleh sebut Allah. Cina kat market boleh sebut InsyaAllah. Kawan aku seorang Kristian selalu doakan aku "May Allah bless you and family", pun tarak hal. Dulu ada Mr Iyaru, seorang India di Perlis, bila minum pagi dengan aku dia akan kata "we should thank Allah for this lovely the tarik with susu lembu la"...pun takde masalah.

Yang tak boleh ialah bila nak gunakan kalimah ALLAH untuk menterjemahkan perkataan GOD di dalam Bible. Tu je yang tak boleh.

Dan Alhamdulillah, pagi ni bila baca Harakahdaily, sejuk rasa hati. Majlis Syura PAS akhirnya membuat keputusan yang sama dengan pegangan aku selama hari ni. Syukur pada Allah.



Jadi harapnya, lepas ni boleh lah pihak yang dok mintak jugak tu berhenti ya. Juga, beberapa ulamak yang selalu bagi pendapat kontra dan di share di Facebook, silalah berhenti memperjuangkan benda tak bagus tu. Tapi kalau para ulamak sekelian masih nak kata boleh, terpulanglah...apa nak dikata...