Wednesday, May 25, 2011

Beijing & Tianjin Fullboard Muslim Tour Package

Iklan.

Pakej pelancongan Muslim ke Beijing dan Tianjin, China pada 13 hingga 17 Februari 2012...lambat lagi, kot-kot nak plan dan menabung untuk perjalanan pun sempat lagi...

Untuk tempahan hanya perlu bayar deposit RM800.00 (Ringgit Malaysia Lapan Ratus Sahaja) dan bakinya sebulan sebelum tarikh perjalanan.

Harga untuk seorang ialah RM1350.00 (Ringgit Malaysia Seribu Tiga Ratus Lima Puluh Sahaja) untuk twin atau triple sharing basis. Anda boleh rujuk gambar kat bawah ni. Klik gambar untuk lihat dan baca lebih jelas...



Sekiranya berminat, boleh hubungi saya di email tertera dalam gambar tu. Terima kasih.

Monday, May 23, 2011

Secret Recipe Pulak Dahhh...Check Betul-Betul Maklumat Anda Ok...

Nota : SILA BACA HINGGA HABIS ENTRI NI, JANGAN SEPARUH JALAN TAU...

Dah riuh rendah pulak Secret Recipe ada bahan yang ada DNA Babi...

Baru ja aku tulis pasai cara nak cari ke-Halal-an sesuatu benda atau produk tu kat Website JAKIM dalam entri aku sebelum ni, dah hari ni merata orang cerita pasal Secret Recipe pulak haram sebab ada DNA Babi...






Ini antara paparan di FB dan beberapa blog yang aku terbaca la...lain-lain aku tak tau kot ada lagi...

Tetapi yang menariknya, pihak Secret Recipe telah mengeluarkan satu kenyataan seperti dalam gambar bawah ni...yang korang boleh baca dengan jelas kat SINI.




Dan pihak Secret Recipe, seperti yang aku nyatakan dalam entri sebelum ni, memberikan link website Halal Jakim untuk dilawati oleh pengguna mereka...link yang sama yang aku bagi tu la...

Jadi, kesimpulannya, memang menjadi tanggungjawab kita untuk mencari yang Halal...dan menjadi tanggungjawab kita jugak untuk menyebarkan sesuatu berita yang sahih dan nyata...kalau kerana sebaran salah maklumat itu mengakibatkan ramai anak bangsa kita kehilangan kerja akibat company merudum, siapa nak tolong depa?Kita yang menyebarkan tu ka? Apa nak dikata....



Saturday, May 21, 2011

HALAL; Jangan Percaya Sumber Selain JAKIM.

Terlalu banyak webpage dan Facebook Pages diwujudkan bertujuan menyebarkan produk tidak halal dan restoran yang tidak menyajikan makanan tidak halal.

Yang menjadi masalah ialah bukan semua maklumat yang disalurkan menerusi webpage dan FB page tersebut sah dan betul. Kalau lihat kat SINI, terlalu banyak maklumat yang salah. Mungkin sumber mereka ialah hearsay dan email berantai (forwarded emails).

Satu-satunya badan yang boleh kita jadikan paksi di dalam perkara Halal ni ialah JAKIM. Hab Halal mereka bukan sekadar berfungsi memberi pengiktirafan Halal kepada produk, makanan atau restoran sahaja, tetapi juga mereka menyalurkan maklumat pada orang awam.

Caranya mudah saja.

1. Buka link Hab Halal JAKIM ini.



2.Taipkan jenama produk atau nama restoran yang anda nak cari dan klik CARI.

Anda akan dapat hasil seperti foto atas ni. Perhatikan ada folder Syarikat, Produk, Premis Makanan, Menu dan Rumah Sembelihan. Mana yang berkaitan akan ada nombor di sebelahnya.
Anda boleh klik setiap folder tersebut.




3. Perhatikan Tarikh. Tarikh tertera ialah tarikh luput Sijil Halal JAKIM tersebut.




4. Untuk maklumat lanjut setiap produk yang didaftarkan di atas syarikat tersebut yang disahkan Halal oleh JAKIM, klik folder Syarikat.



5. Satu pop-up window akan keluar seperti foto bawah ni. Itu ialah maklumat terperinci setiap bahan atau menu tersebut.




Ok, jadi lepas ni tak perlu la kita susah payah nak tunggu orang forward email baru kita nak tau samada produk atau menu atau restoran tu halal atau tidak. Kita sendiri cari dalam website Hab Halal JAKIM ni ok...apa nak dikata...