Friday, July 10, 2009

Segmen 'Mari Berbahasa'...

Hari ini kita belajar beberapa simpulan bahasa...ke peribahasa?Apa beza dua ni..?Maaf aku bukan cendekiawan, bukan juga ilmuan, cuma sekadar menumpang rasa menagih pengetahuan...hehe...amacam, boleh karang puisi tak?

1. Ku sangka kan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari...

2. Diberi betis hendak peha...

3. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong...

4. Pucuk dicita, ulam mendatang...

5. Mencurah air di daun keladi...

6. Ditelan mati emak, diluah mati bapak...

7. Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang...

8. Kalau tak pandai menari, jangan salahkan lantai tinggi rendah...

9. Ali Baba dan 40 Orang Penyamun..(yang ni bukan simpulan bahasa, yang ni aku tambah je ye...hehe...)

10. Bagai aur dengan tebing...

Cukup lah dulu 10 ni..nanti kita belajar lagi...

Oh lupa nak bagitau, boleh click atas setiap peribahasa/simpulan bahasa tu untuk melihat maksud dan huraiannya bersempena masa kini...jangan marah aaa...

Sehingga kita bertemu di lain kali, majulah sastera demi masa depan anak-anak kita...apa nak dikata...

Wednesday, July 8, 2009

Tahniah Pejuang 'Bahasa'...

If you want to know my view on PPSMI, read my old entries here, here, here and here...

But face the reality...kita hanya merancang, Allah yang menentukan...

Kabinet lulus Matematik, Sains dalam Bahasa Melayu

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini meluluskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan dan menengah dilaksanakan dalam Bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelaksanaannya bermula berperingkat mulai 2012 bagi Tahun Satu dan Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.

Beliau berkata, bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Serentak itu, katanya, kerajaan memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan perlu dimantapkan lagi.

“Pelaksanaan keputusan Kabinet bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ini akan berkuatkuasa pada 2012.

“Ia bermula secara berperingkat dan perubahan ini tidak membabitkan tingkatan enam dan matrikulasi,” katanya pada sidang media khas bagi mengumumkan keputusan Kabinet itu di sini.

Bagi memastikan pelaksanaannya tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), Muhyiddin berkata, pengajaran dan peperiksaan kedua-dua mata pelajaran terbabit akan dilaksanakan dalam dwi bahasa sehingga kumpulan terakhir PPSMI tamat pada 2014.

Beliau berkata, kerajaan mengambil keputusan itu selepas meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan berhubung PPSMI, sama ada yang dilaksanakan Kementerian Pelajaran atau badan bebas sejak dasar terbabit mula diperkenalkan pada 2003.

Katanya, hasil kajian itu menunjukkan dasar itu tidak pernah dilaksanakan seperti yang dihasratkan.

“Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM, di mana guru mengajar pelajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu,” katanya.

-Sumber

Needless to elaborate, read carefully the highlighted part...maka berjaya lah sudah pejuang 'bahasa'....apa nak dikata...

Tuesday, July 7, 2009

Live With It, Die With It...

Kalau kita baca paper hari ni, hampir semua akhbar memuatkan kisah Mohan Singh...beliau meninggal dunia 25 Mei 2009 lalu, dan jenazah beliau menjadi rebutan antara keluarga dan Majlis Agama Islam Selangor...

Sebabnya ialah pada tahun 1992 Mohan Singh telah memeluk Islam di Pulau Pinang...

Akhirnya keluarga Allahyarham bawa kes ni ke Mahkamah Tinggi (Sivil tau, bukan Syariah)...dan semalam Hakim Rosnani Saub telah memerintahkan supaya jenazah Mohan Singh disempurnakan mengikut Islam kerana beliau pernah memeluk Islam dan Kad Akuan Islam tu adalah bunkti nyata...

Mungkin ada antara kita yang baca berita ni pernah terjumpa kes macam ni...tapi mungkin jugak heran kenapa boleh berlaku macam ni...

Aku dah pernah ceritakan kat salah satu entri blog aku ni (malas aku nak search sebab dah lupa tajuk hapa) berkaitan hal ni, yang mana aku sendiri pernah terlibat dalam perebutan jenazah...

Kisah berlaku dalam tahun 2005 atau 2006 aku pun dah lupa...waktu tu dah dalam pukul 3 petang..aku kat opis lagi la, masa tu masih di Pejabat Menteri Besar...then tetiba Ustaz Hashim Al-Hafiz dari Jabatan Agama Islam Perlis call aku, dia kata kena minta tolong orang Pejabat MB pulak, sekarang dia ada kat tokong mayat depan berek Polis Kangar...dia cerita sikit-sikit, aku pun bagitau MB, then dia suruh aku pi tengok apa yang boleh...so aku ajak la driver pergi...

Sampai je kat situ, dah siap ada kereta peronda Polis tunggu...geng-geng Cina semakin ramai...sama waktu aku sampai tu jugak lah YB Senator Siew Chun (Senator yang mewakili Persatuan Siam Malaysia) sampai...

Ok, jenazah tu ialah sorang wanita berusia dalam lingkungan 45-50 tahun, pernah memeluk Islam, kemudian tinggal bersama (bukan kahwin yaaa) dengan seorang Melayu haprak (yang hidup dia lebih Cina dari Cina..)..dan perempuan tu ialah seorang warga Thailand...jadi di tokong tu dia nak disemadikan cara Buddha oleh anak-anaknya yang berugama Buddha..dan mereka tak pernah tahu bahawa mak diorang pernah masuk Islam...

Lelaki haprak tu pun ada sama kat situ, tapi dia monyok diam je...

Aku dan YB Chun tadi pun mula berunding...geng-geng rambut kaler naik kereta ekzos besar dan muka kaki pukul dah mula ramai kat situ...aku tengok kereta Polis ada sebuah je, anggota ada 3 orang...cuak jugak...

Satu yang bagusnya anak-anak dia tak ganas...diorang bincang elok-elok...

Oh ya..lupa nak bagitau, kejadian berlaku bulan puasa...korang bayangkan diorang makan minum kat situ dan aku serta kawan-kawan nak kena hadap diorang...hehe...

Setelah berbincang dan kami kemukakan bukti, diorang setuju bawak keluar jenazah dari tokong, tapi memohon supaya jenazah di bawak ke Thailand...Ok aku setuju, aku terus contact Ketua Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, minta dia arrange tunggu dekat sempadan di sebelah Thailand...contact pulak pihak berkuasa kita, Polis, Imigresen dan Kastam bagitau hal tu, dan minta depa standby...masa tu dah petang sangat...dekat-dekat nak bukak puasa dah...

Then satu lagi masalah timbul...jenazah dah tak boleh diangkat keluar dari 'long' (keranda Cina)...sebab dah berair...ye lah dah tiga hari kat situ...

So aku betul-betul buat satu keputusan drastik, aku call MB, bagitau dia dan dia setuju...tau apa aku buat?..hehe...aku bawak keranda Cina naik van jenazah Orang Islam...hehe...tiga empat hari jugak la lepas tu kecoh kisah keranda cina naik van jenazah Islam...muhibbah gitu kan...

Maka bergerak lah kami ke sempadan Thailand, diiringi dua peronda Polis...geng Cina satu van Tokong diorang, dan beberapa kenderaan Jabatan Agama Islam Perlis...oh ya, lupa..anak-anak Allahyarham mintak nak naik van dengan jenazah mak diorang, aku bagi je...hehe..

Sampainya di pintu sempadan sebelah Thailand, sementara menunggu YB Chun buat clearance dengan Kastam Thailand, masuklah waktu berbuka puasa...tu pengalaman aku berbuka di perbatasan negara...eceh...

Lepas clear semua, kami masuk Thailand (ya tanpa sebarang dokumen, takde sekor pun yang bawak passport atau border pass..) diiringi Ketua Polis Daerah Padang Basa (Thailand la..)..so apabila tiba di Thailand, kami bawak keranda jenazah dan serahkan kepada pihak Imam yang mewakili Majlis Agama Islam Songkhla tadi, dan biar dia berunding dengan pihak keluarga...negara orang dah, kita takde hak la kan..

Dan kami dibawa oleh Ketua Polis tadi bersama YB Chun menjamu selera di sebuah kedai yang ada status Halal kat depan dia...dan makanan dia fuhh..memang sedap la...lapar kan...hehe...

Esoknya aku dapat berita bahawa pihak Majlis Agama Islam Songkhla serahkan jenazah tu kepada keluarga untuk diorang uruskan...hawau betul...

Tapi tak pa lah, sekurang-kurangnya di bumi negeri Perlis ni, kami berjaya halang satu jenazah Islam dari disempurnakan dengan bukan caranya...

Pengajaran dari kisah tu, kisah lain-lain lagi...kalau memeluk Islam tu, buat lah cara Islam...hidup secara Islam...bergaul dengan orang Islam (bukan tak boleh langsung bergaul dengan bukan Islam, tapi make sure diorang tahu bahawa anda dah memeluk Islam...)

Aku dan YB Chun berbual panjang lepas kes tu, dan kami simpulkan bahawa setiap penganut agama tu mestilah komited...kalau ko nak duduk dalam Buddha, jangan galak-galak seronok ikut jantan atau pompuan punya pasal nak memeluk Islam lepas tu cara hidup yang sama...kalau dan masuk Islam, maka pastikan tak de nak keluar-keluar lagi atau nak main-main saja...

Ada banyak lagi kes macam yang aku ceritakan...di Perlis saja ada banyak lagi...nanti bila-bila aku story pulak pasal kisah satu wanita yang konon di perdaya masuk Islam selama 3 hari, kemudian sekarang dah dekat umur 55 dia minta dari aku surat pengesahan bahawa dia bukan Islam...

So kepada yang berawekkan bukan Muslim tu..ingat, kalau anda berjaya Islamkan dia, jangan pulak lupa isi diri dia dengan keIslaman yang betul...jangan dia pulak yang tarbiyah anda tau...apa nak dikata...

Thursday, July 2, 2009

Masih Ingat Walkman...?Hehe...

Kepada yang masih ingat dan sempat menempuhi zaman retro...mesti ingat Walkman...mula-mula keluar Sony Walkman la...

Aku masa zaman tu, ingat lagi masa tahun 1990...belajar kat Perlis, setiap hujung minggu balik Butterworth nak naik bas Ebban tu 3 jam, so punya aku simpan duit nak beli walkman ni...last-last dah cukup duit pi beli kat kedai Winson Kangar nih...hehe...

Zaman tu pakai kaset je...kaset pun boleh burn jugak..haha...tapi kena pi kedai, bagi senarai lagu kita nak...then pilih kaset 60 atau 90...60 tu sejam la playback dia...3 jam naik bas boleh la 3 kaset...hehe...

Zaman tu ko sangkut walkman kat pinggang, pakai headphone atau earphone, jalan kira hebat la jugak...hehe...tapi kalau jalan ramai2 geng, kena tanggung mini-compo* le..baru ada class...hehe...

Lepas tu makin lama makin canggih...keluar pulak Discman, pakai CD...kemudian-kemudian baru lah datang segala mak neka MP3 player IPod la dan macam-macam ni...

Baru-baru ni ada satu budak ni, umur 13, bapak dia tunjukkan Walkman kat dia...hehe...

Giving up my iPod for a Walkman

My dad had told me it was the iPod of its day.

He had told me it was big, but I hadn't realised he meant THAT big. It was the size of a small book.

When I saw it for the first time, its colour also struck me. Nowadays gadgets come in a rainbow of colours but this was only one shade - a bland grey.

When I wore it walking down the street or going into shops, I got strange looks, a mixture of surprise and curiosity, that made me a little embarrassed.

As I boarded the school bus, where I live in Aberdeenshire, I was greeted with laughter. One boy said: "No-one uses them any more." Another said: "Groovy." Yet another one quipped: "That would be hard to lose."

My friends couldn't imagine their parents using this monstrous box, but there was interest in what the thing was and how it worked.

(Aku ambik sikit-sikit je nih...korang nak baca pergi SINI dan SINI...)

Budak ni pun satu la...tu zaman bila...aku yang hidup zaman tu pun dah takde nak kilik walkman ke sana ke mari...ikut perkembangan la..memang la bunyi, teknologi dan sistem dia tak sehebat pemain MP3 sekarang, sebab tu la dia dulu...kalau 15 tahun ke depan pulak, anak cucu ko pulak akan kata IPod tu tak best...tah ke zaman tu nak dengar lagu pakai implan dalam telinga ke hape ke...(tinggi imaginasi aku...)

Tapi kita kena ingat, kalau takde yang dulu takkan ada yang sekarang...kalau dulu Sony tak cipta Walkman, maka mungkin tak kan wujud pemain MP3...eh, sekarang banyak jugak handphone Sony Ericsson yang pakai nama Walkman kan...nostalgic la tuh...

*Oh ya...kepada yang tak tahu apa mini-compo tu...ni haaaa...

Hehe...teringat habis SRP pi jalan-jalan ramai-ramai kawan aku bawak mini-compo, pasang kaset Wings...hehe..dah tua rupanya...apa nak dikata...

Tuesday, June 30, 2009

Husnul Khatimah vs Su'ul Khatimah...

Warga emas mati atas katil pondan

KUANTAN: Kelu lidah seorang pondan apabila pelanggannya, seorang warga emas pengsan secara tiba-tiba ketika mereka berada dalam bilik sewa sebelum lelaki itu disahkan meninggal dunia akibat serangan sakit jantung, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa berusia 78 tahun dari Kubang Buaya ditemui mati di tempat kejadian dengan masih lengkap berpakaian.

Harian Metro difahamkan, mangsa yang baru tiba di bilik sewa berkenaan berbaring di atas katil sambil memegang dadanya sebelum rebah dan tidak sedarkan diri.

Terkejut dengan keadaan mangsa, pondan berusia 31 tahun berasal dari Tanah Merah, Kelantan itu menghubungi rakannya meminta bantuan sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis dan ambulans.

Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Zulkifli Taha, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Menurutnya, polis yang tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit menjalankan pemeriksaan lanjut sebelum mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, polis tidak mengesyaki kematian mangsa akibat perbuatan jenayah berikutan tiada kesan cedera atau lebam pada badan mangsa.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat sebelum doktor mengesahkan punca kematian akibat serangan sakit jantung.

“Jenazah mangsa dituntut keluarganya selepas bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut,” katanya.
- Sumber



Free counter and web stats