Friday, February 29, 2008

Affection and Technology

Selasa yang lepas, aku dan isteri ke hospital..routine checkout untuk pregnancy..oh..my wife is now 16 weeks pregnant..4 bulan la tu...

Amat menakjubkan teknologi hari ni..sekarang dah ada 4D scan..(bukan 4D yg Magnum tu ye..hehe..)

Kami dapat tengok wajah bayi (atau lebih tepat janin) yang kat dalam rahim tu...kebetulan dia tengah bergerak-gerak..seronok sungguh perasaan aku waktu tu..yang dua dulu tu scan jugak..tapi masa tu cuma scan biasa saja..belum ada teknologi ni...

Ni nak kongsi gambar bayi (or janin) tu dengan my readers...



Seronok kan...

BTW..maybe ada yang nak tahu jantinanya..hehe..biar lah jadi rahsia aku dan isteri dulu buat masa ni..kami dah tahu..but bagi la you all ada sikit surprise kan..hehe...

p/s: Posting kali ni tak diakhiri dengan 'apa nak dikata..'...pasal memang tak terkata apa-apa pun..hehe...

Tuesday, February 26, 2008

Iklim Pilihanraya

Sekarang ni seronok tengok kempen2 parti2 dan calon2 yang bertanding dalam PRU 12 nanti...semua ada kat kampung, rumah2 orang, pasar, pasar malam, hospital, surau dan masjid, tepi sawah dan segala tempat lagi yang ada pengundi..hehe..

Dalam pada iklim pilihanraya yang amat terasa ni..cuaca jugak semakin berubah..kalau hari tu kat Perlis ni amat panas..sejak petang 23 Februari tu hujan mula turun setiap petang..menjadikan suasana petang lebih menarik...angin malam yang lebih sejuk..tetapi kembali dihangat kan dengan ceramah2 kempen dan rayuan2 undi dari parti2 bertanding..hehe..

Poster2 dan bendera2 parti jugak makin banyak..tapi pada aku ianya tak sehebat sebelum2 ni la..wa imma BN atau pembangkang..macam sikit ja poster dan bendera...kalau dulu aku ingat lagi..macam depa nak tampal sampai kat kereta orang yg parking tu..haha...

Setakat ni semuanya nampak bagus...kempen pun tak gaduh2...bagus macam tu..

Cuma satu yang aku agak pelik..kenapa Hadi Awang tak nak salam dengan calon BN yang lawan dia pada hari penamaan calon tu ye..erm...adakah terlalu tinggi taraf dia...entah la..apa nak di kata...

Sunday, February 24, 2008

Senarai Penuh Calon PRU 12 Perlis



Kawasan Parlimen Negeri Perlis

P001: PADANG BESAR

P002: KANGAR

P003: ARAU

More On Eduardo

Baru tengok clip ni..you all tengok la betapa kecederaan Eduardo ni amat teruk..dengar khabar it will take 3 years to play football again..3 tahun..!!!





Kempen Bermula

Update : 7.25 malam

Senarai Calon Yang Menang Tanpa Bertanding

PARLIMEN

1. Datuk Seri Azalina Othman (BN) - Pengerang (Johor)
2. Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN) - Kalabakan (Sabah)
3. Tan Sri Joseph Kurup (BN) - Pensiangan (Sabah)
4. Aaron Ago Dagang (BN) - Kanowit (Sarawak)
5 Joseph Entulu Belaun (BN) - Selangau (Sarawak)
6. Alexander Nanta Linggi (BN) - Kapit (Sarawak)
7. Norah Tun Abdul Rahman (BN) - Tanjong Manis (Sarawak)


DEWAN UNDANGAN NEGERI

8. Datuk Ramlee Marahaban (BN) - Bugaya (Sabah)
9. Datuk Abdul Rahman Palil (BN) - Sementa (Selangor)


10. Wan Ubaidah Omar (Pas) - Kijang (Kelantan)

Original Post:

Selesai sudah proses penamaan calon yang berlangsung pagi tadi dari jam 9 hingga 10 pagi dan tempoh bantahan dari jam 10 hingga 11 pagi...

SPR bagitau kata proses berjalan lancar dan aman..Alhamdulillah...

Beberapa kerusi Parlimen dan DUN dah dimenangi tanpa bertanding oleh BN dan Pas turut menang satu kerusi DUN Kijang di Kelantan kerana calon BN yang muflis...kepada yang dah menang tu tahniah kita ucapkan kerana tak perlu susah2 hati lagi nak berkempen..hehe..pengundi kawasan tu pun nanti boleh lah jalan2 makan angin pada 8 Mac pasal tak payah nak mengundi lagi dah...

Di Tambun Tulang, Dato' Seri Shahidan Kassim akan ditentang oleh calon PAS, Che Nordin Che Ahmad..berdasarkan rekod InsyaAllah DSSK diyakini akan memenangi..InsyaAllah..

Start dari hari ni sampai ke 12 tengah malam 7 Mac adalah tempoh berkempen..semua parti bertanding akan berkempen untuk meraih undi...

Diharap proses kempen ni akan berjalan dengan tenteram jugak la..tak mau la ada kecoh2..para bakal YB jugak harus menunjukkan contoh yang baik masa ni...pasal kalau orang nampak tak bagus..maka 8 Mac akan jadi medan penentuan untuk anda..hehe...kalau masa tu baru nak kelam kabut..hehe..apa nak di kata...

Saturday, February 23, 2008

Eduardo da Silva, Theo Walcott dan Gael Clichy

Update : 11.20 am 24 Februari 2008

Eduardo undergoes surgery.

Eduardo underwent surgery in hospital on Saturday and is currently resting. The Croatian striker sustained a broken leg in the 2-2 draw with Birmingham earlier in the day.
Everyone at Arsenal Football Club would like to wish him a speedy recovery.


Original Post:

Game Arsenal vs Birmingham City tadi tu betui2 penuh drama...

Bermula start minit ke 3 bila Eduardo cedera serius..patah kaki..mengikut highlight EPL ni dia kata totally dislocated...ish..




Dah la tak lama lepas tu BC leading..ya la..semua pemain Arsenal macam hilang semangat dan tumpuan..especially Fabregas..pasai dia tengok awai sekali apa yang jadi kat kaki Eduardo tu...

First half memang moral down betui...bila mai second half Arsenal dah kena inject semangat..maybe nak bagi kemenangan untuk Eduardo...Theo Walcott menjaringkan gol dua bijik tadi..gol pertama untuk Arsenal dalam Premier League yang dijaringkan oleh pemain Inggeris dalam season ni....hehe...



Dah baguih dah 2-1..dalam masa tambahan dah 3 minit..lagi seminit ja..Clichy buat satu kesilapan yang membuatkan kapten Gallas berasa sedih yang amat..dia terlepas bola dan mengakibatkan dia menghalang pemain BC..so depa dapat penalti...aduuuhhh...

Maka terpaksa la Arsenal sekadar seri saja...apa nak di kata...



p/s: Masih mendahului Liga..andai kata MU menang dengan Newcastle pun masih lagi mendahului 3 points..hehe...

Selamat Datang dan Terima Kasih

Selepas calon2 diumumkan...nampak pada kita banyak muka baru di Perlis...kepada mereka kita ucapkan Selamat Datang...

Kepada yang tak tersenarai pulak lagi..kita ucapkan Terima Kasih..

Selamat Datang :

Dato' Ismail Kasim (Chu...memang wibawa dia ni..)

Abdul Jamil Saad (my dear friend..)

Yip Sun Onn

Mat Rawi Kassim

Mat Isa Sabu (Bang Cha dulu dah ada..2004 gugur..but good guy..)

Dr. Poh Choo Chor

Mat Hassan

Ahmad Bakri Ali (Tahniah Bakri...ni anak Dato' Ali bekas MB Perlis ni..)

Abdullah Hassan


Terima Kasih :

Azihani Ali (Kak Chik..you were great..tak pa Bakri ada...)

Loh Yoon Foo (orang PAS Titi Tinggi panggil dia Ustaz Loh..pasai dia hadir semua majlis termasuk majlis ceramah Ma'al Hijrah..hehe..)

Zahidi Zainul Abidin (erm...a good family man..)

Rosli Mat Hussin (Bang Li..tak pa noo..)

Ooi Ah Lan (err..)

Bakar Saad ( Bang Kaq...antara wakil rakyat kampung style yang saya suka...humble..)

Azam Rashid (Abang...nanti lepaih ni adik ada benda nak sembang dengan abang...)


So kepada yang telah berkhidmat..jutaan terima kasih di ucapkan...hanya Allah yang membalas jasa anda sekelian..we've been friends..and friendship lasts forever...hehe

Yang bertanding pulak..kena start bekerja la...jangan sampai orang tak harap kat kita..masa tu baru la..apa nak di kata...hehe...

Terungkai Sudah

Akhirnya negeri yang paling kecil dengan jumlah kerusi yang paling sedikit telah mengumumkan senarai calon BN mereka...

Senarai calon BN di Perlis
23/02/2008 1:09pm
Senarai calon BN di Perlis yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-12:

PARLIMEN

PADANG BESAR - Datuk Seri Mohd. Azmi Khalid

ARAU - Senator Datuk Ismail Kassim (muka baru)

KANGAR - Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad


DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)

TITI TINGGI - Yip Sun Onn (muka baru)

BESERI - Mat Rawi Kassim (muka baru)

CHUPING - Mansor Jusoh

MATA AYER - Khairi Hassan

SANTAN - Sabry Ahmad

BINTONG - Mat Isa Sabu (muka baru)

SENA - Jamil Saad (muka baru)

INDERA KAYANGAN - Dr. Poh Choo Chor (muka baru)

KUALA PERLIS - Mat Hassan (muka baru)

KAYANG - Ahmad Bakri Ali (muka baru)

PAUH - Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalullail(bertukar dari kawasan Parlimen Arau)

TAMBUN TULANG - Dato' Seri Shahidan Kassim

GUAR SANJI - Jefperi Othman

SIMPANG EMPAT - Zahari Bakar

SANGLANG - Abdullah Hassan (muka baru)(kawasan ini dimenangi Pas pada 2004)


Demikian la politik..sekarang tumpuan kepada Penamaan Calon esok...kemudian proses membuang undi pada 8 Mac 2008...

Kepada yang tercalon..tahniah...kepada yang tak dapat..jangan kecewa..nanti cuba lagi ya..hehe..apa nak di kata..

Friday, February 22, 2008

Lebih Debaran Terasa ll

UPDATE : 7.20 pm

Senarai penuh Perlis belum umum..tapi aku dah dapat..hehe...Alhamdulillah walaupun beberapa kawasan tak berkenan tapi ada kawan2 aku yang tersenarai..tahniah...kalau menang buat kerja elok2...

Lepas MB umum nanti baru aku boleh up kat sini..hehe..


Original post :

Sampai saat ini Perlis masih belum mampu untuk mengumumkan senarai calon BN nya...aku tau kenapa tapi tak leh la nak cerita kat sini...

Ini dari Utusan Online Mutakhir :

"Shahidan kekal bertanding DUN Tambun Tulang
22/02/2008 3:03pm
PUTRAJAYA 22 Feb. – Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini mengesahkan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang.
Ia sekali gus menamatkan desas-desus beliau mungkin digugurkan atau berpindah ke Pusat pada Pilihan Raya Umum Ke-12 ini.
Beliau ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra di sini hari ini."
Alhamdulillah...cuma baki calon belum tahu..kita sama2 tunggu..apa nak di kata..

Thursday, February 21, 2008

Lebih Debaran Terasa

UPDATE : 8.50pm 21/2/2008

Rata-rata BN negeri dah umumkan senarai calon...tinggal beberapa negeri saja lagi..antara yang paling panas ialah Perlis la..dah 5 kali DS Shahidan berjumpa dengan Pak Lah untuk senarai calon...

Beberapa khabar tak rasmi yang aku dapat jugak kurang menyenangkan hati aku tadi..tapi tak payah la aku kongsi kat sini..tunggu kepastian dulu..

Yang pasti suasana di negeri Perlis ni dah lain macam sejak petang tadi..aku pun dapat rasa...cuma aku berdoa saja apa pun keamanan dan keharmonian akan terus terjaga..


Original Post:

Negeri demi negeri terus mengumumkan senarai calon2 PRU 12 mereka...terkini Selangor dah umum tadi..

Lihat senarai penuh calon2 BN Selangor.

Debaran untuk negeri Perlis terus belum terungkai..rupanya petang semalam Shahidan sekali lagi dipanggil berjumpa Pak Lah..sampai dia terpaksa tangguh nak balik ke Perlis malam tadi...khabarnya akan bersambung hari ni tah ye tah tidak...(berdebar jugak aku rasa...kesian pun ada kat Shahidan..selalu kena macam tu dengan Pak Lah..)

Apa pun kita tunggu, lihat dan dengar..khabarnya kejap lagi pukul 3 Kedah pulak bakal nak umumkan calon...

Ehh..Mat Sabu pindah bertanding ke Terengganu pulak la kan...lama2 mahu habis semua negeri dia jelajah..hehe..apa nak di kata...

Antara Kaka dan Adebayor

Awal pagi tadi..(pukul 3.45 pagi) berlangsung perlawanan Champions League antara Arsenal dan AC Milan di Stadium Emirates...aku bangun untuk berjaga la..hehe..

Pada aku perlawanan tu amat menarik...AC Milan sebagai juara bertahan dengan bintang terbaik Eropah Kaka dan bintang2 lain seperti Gattuso, Seedorf, Mancini dan lain2 lagi yang memang terkenal dengan kehebatan bolasepak laju mereka menentang pendahulu Liga Premier Inggeris (hehehe...) yang memang terkenal dengan short pass mereka..dan bintang2 seperti Adebayor, Hleb, Fabregas, Gallas dan lain2 lagi...



Keseluruhannya perlawanan tu amat laju..sampai rasa nak kelip mata pun rugi..hehe..cuma bertalu2 percubaan Arsenal tapi semua dipatahkan oleh Kalac..penjaga gol AC Milan yang pada aku bukan amat hebat..tapi terlalu amat hebat..tak termasuk tandukan Adebayor yang terkena palang gol pada minit2 terakhir perlawanan..

So kesudahannya seri 0-0...kena tunggu perlawanan kedua di San Siro pulak la 4 Mac ni..



BTW...Man U jugak seri 1-1 dengan Lyon di dalam game away mereka..bermakna depa ada satu away goal dah..so tahniah jugak kepada penyokong Man U ya...especially my uncle kat Raub..hehe...

Itu lah bolasepak kan...dah try macam2 pun kalau tak gol tak jadi jugak..apa nak di kata...

Wednesday, February 20, 2008

Gegaran Sebelum Gegaran

Dalam kita semua bersedia nak menghadapi gegaran pilihanraya umum ke 12...kebanyakan kawasan di Pantai Barat Semenanjung kena tempias gegaran gempa bumi di Indonesia...

Gempa bumi dengan gegaran 7.5 pada skala Richter tu berlaku di Simeulue, Indonesia..310 km dari Banda Aceh, 310 km dari Medan, 335 km dari Sibolga, Sumatra, Indonesia dan 427 km dari barat daya Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Khabarnya ramai yang berada di bangunan tinggi di Putrajaya dan Pulau Pinang dapat rasa gegaran tu..
Kenyataan ni dipetik dari Laman Web Jabatan Meteorologi Malaysia..
Nampaknya bukan sahaja jiwa ahli-ahli politik kita yang bergegar..tetapi bumi turut bergegar...harap2 gegaran PRU 12 ni tak lah sampai ke tahap 7.5 pada skala Richter...kalau sampai ke tahap tu..ermm..apa nak di kata...

Antara Menggelupur Dan Menggeletar Part 2

Barisan Nasional Terengganu menjadi yang pertama mengumumkan senarai calon untuk bertanding pada PRU 12 pada 8 Mac ini...

Sila lihat senarai penuh calon yang bakal bertanding.

Khabarnya sudah ada bunyi2 yang kurang enak kedengaran..ada yang nak tutup markaz peti undi malam ni hasil namanya tak tersenarai..ada yang nak boikot kempen...ada yang dah mula jalankan perang saraf di kalangan penyokong2 calon2 lain...

Sikap macam ni yang payah...kalau dah kita tak tersenarai sebagai calon..terima lah hakikat..itu ketentuan Allah..bukan rezeki lagi dah...lagi pun kalau anda betul2 seorang wakil rakyat yang bagus..rasanya peratusan untuk di calonkan tu tinggi la kan...

Tetapi...khabarnya..hehe..ni gossip ni..gossip politik...ada jugak yang beranggapan calon2 PRU 12 ni ditentukan oleh suatu badan yang kononnya diketuai oleh...hehe...sendiri teka la...

Betul ke..?Aku cuba jugak tadi mintak pandangan kawan2 dari Ganu tentang calon2 yang baru2 ni..dan jugak yang telah di'kelupur'kan tu...ada yang pro..ada yang kontra...

Tah la...semua tu politik..kalau dah sanggup berumah di tepi pantai..sanggupkan lah diri menempuh ombak..cheh..kalau dah takde nama tu..apa nak di kata...

Antara Menggelupur dan Menggeletar

Paper hari ni bagitau 4 MB dah berjumpa dengan Pak Lah kemarin..antaranya my boss la..(or should I say my ex-boss..??)..hehe..

So tadi saja la riki2 tanya kawan2 apa reaksi dia bila dah lepas jumpa PM..diorang kata ada nampak mcm happy..ada ketika nampak macam nak marah..pelik jugak..

Yang nyata sekarang ni sebelum pilihanraya belum ada pertandingan antara parti2 bertanding..tapi pertandingan antara individu2 dalam satu2 parti saja dulu..

Masa ni la nak tengok sapa yang menggelupur..sapa yang menggeletar...hehe..kalau tengok di Perlis yang hanya sebesar tungau..(orang Perlis kata besaq kelemboi..hehe..) rata2 banyak sangat teori yang timbul...

Ada kata Shahidan akan masuk Parlimen..ada kata kekal State...tah la...tu belum lagi pilihanraya..

Esok2 bila dah lepas pilihanraya..andai menang pulak akan timbul plak masalah sapa nak jadi MB...teringat 2004 masa dia menang DUN Tambun Tulang..dah menggelupur pulak kes Pak Lah buat dek je masa nak lantik MB...hehe..kenangan paling indah masa tu aku ikut dia pi jumpa Pak Lah...sehari suntuk mencari Pak Lah..(macam puisi Pak Lah pulak..Ku Cari Damai Abadi..hahaha..)..mula2 pergi Pejabat PM..dari pukul 8.30 pagi sampai ke pukul 11.30 pagi..lepas tu Pak Lah kata nak pegi Seremban pulak..balik la kami ke hotel dulu..then petang bila agak2 Pak Lah dah balik pegi pulak umah Pak Lah..rupanya belum balik dia..cheh...tunggu sampai malam..pukul 12.30 tengah malam baru la jumpa Pak Lah..aku tak masuk la jumpa..masa nak masuk tu Shahidan pandang muka aku..dia kata.."Ok kot no..." aku kata.."InsyaAllah"...then dia Bismillah...!!!..ya..Bismillah..!!!hehehe..aku nak tergelak pun ada..macam budak2 sekolah kena panggil dengan Guru Disiplin ja...hehe...

Dalam dua jam depa bincang..bila dia keluar aku glance muka dia..dia senyum kat aku..dia kata jom balik..hehe..angin baik la tu...so jadi la dia MB lagi..

Tapi tu dah lama..2004..lepas PRU 11...ni nak PRU 12...aku tak ikut sangat apa2 kes dia..cuma pada aku..kalau still dia MB Perlis...sedikit sebanyak aku bersyukur la..pasai rakyat Perlis masih perlukan orang macam dia..selalu memberi...kalau naik orang lain pun aku tak kata apa..cuma tak tau la depa mampu buat macam dia atau tak...

Tu baru cerita Perlis..belum lain2 negeri..rasa nya lagi ramai yang tengah menggelupur dan menggeletar tu...

Apa pun..aku nak ucapkan pada yang akan dicalonkan pada 24 Februari ni selamat bertanding dan selamat jadi calon...kalau menang selamat jadi wakil rakyat...pada kawan2 aku yang bakal bergelar YB tu..jangan la lupa kawan2 ni..hehe...dapat secawan kopi Larat pun jadi la..hahaha...

Apa pun wahai kawan2 yang nak jadi bakal calon tu..jangan awal2 lagi dah menggelupur dan menggeletar..andai ada rezeki dari Allah..maka bergelar YB lah anda..yang tak dapat..ermm..apa nak di kata...

Monday, February 18, 2008

Kehangatan Pilihanraya

Pilihanraya Umum kembali lagi...yaaaa...



Penamaan calon 24 Februari dan Hari Mengundi 8 March 2008...ermm..lama betul tempoh kempen kali ni..13 hari (aik..banyak pulak angka 13 kali ni ye..hehe..)

Kalau masa mengundi 2004 dulu aku memang sibuk yang amat la...al-maklum masa tu masih di pejabat lama tu...masa tu siang kerja macam biasa..malam sampai pukul 3 pagi masih kat ofis..

Bila masuk tempoh berkempen pulak..masa tu aku ligat jugak berkempen...siap ke sana ke sini dengan isteri aku..hehe..ingat lagi kenangan tu..syok jugak raya 4 tahun sekali ni..




Tapi pilihanraya umum kali ni..aku tak lagi sibuk dah..aku dah tak kat ofis lama tu...dan rasanya aku mungkin tak ligat berkempen lagi dah kali ni..bagi la orang lain pulak yang kempen kan...

Tak sabar nak tunggu siapa senarai calon yang bertanding..(dari BN la..dari yang lain buat apa nak tahu..)...terutama di Perlis...

Adakah bos lama aku akan terus memegang tampuk pemerintahan...aku setuju kalau dia masih lagi pegang..pasal Perlis dan rakyatnya masih lagi perlukan dia sebagai MB...

Dengar kata kawan2 aku pun ramai jugak yang bakal bergelar YB...waaa...seronok nya...ehhh..siapa yang seronok..?Depa la..aku cuma 'tumpang' seronok saja..sekadar tengok dari jauh la...

Mengundi??Aku pun tak pasti nak balik mengundi ke tak...aku dan isteri berdaftar di Butterworth, Pulau Pinang...tak tau la nak balik tak..masa 2004 aku tak balik..masa tu kan aku sibuk kat sini...so maknanya...aku ni belum lagi pernah mengundi la..ish..dah tua tapi masih belum pernah buang undi..!!..apa nak di kata...

Kekalahan Itu Amat Menyakitkan

Update: Arsene Wenger's words on the defeat...


Original Post :

Sabtu 16 Februari lalu aku sebenarnya baru je sampai di KL dengan bas ekspress (woooo..lama sungguh tak naik bas..) jam 5.30 pagi...lepas rehat2 terus ke Bangi ambik kereta kakak ipar (ye la..kan kereta ku telah dilanggar...)...

Lepas tu terus drive..sorang2 la..balik ke Perlis...bukannya apa yang nak balik cepat tu..pasal tengah malam tu kan ada game Piala FA..MU vs Arsenal...sepanjang drive aku pakai baju ni...

sebab nak bagi ada semangat...

Jeng jeng..menjelang perlawanan tu..aku dah rasa macam Arsenal nak kalah je..awat tah...
sekali memang kalah pun..tapi tak sangka sampai 4-0!!!

Bila aku renung balik..rasanya Arsene Wenger memang nak bagi kalah la..pasal banyak injuries dan dia lebih nak tumpukan game lawan AC Milan nanti...

Apa pun...bagi aku Arsenal tetap best...cuma dah kalah...apa nak di kata...

Sunday, February 17, 2008

Suratan Takdir

Pada hari Isnin 11 Februari lepas..lebih kurang jam 9.50 pagi..saya telah mengalami kemalangan..ya..kereta Chevrolet Aveo saya telah dirempuh oleh lori sampah (...ya yang besi kesemuanya tu..!!!) dari belakang masa saya berhenti dan menunggu untuk masuk ke simpang sekolah anak saya...

Hasilnya...



Untuk lebih menerukkan keadaan..bila impak yang kuat tu..kereta saya bergerak ke depan dan menghentam tembok pagar sekolah..maka...





So apa nak di kata..?Siapa kata kelajuan punca kemalangan..???Dah dalam keadaan berhenti..full stop..pun kena langgar lagi...

Apa nak dikata...kan..

Selamat Datang

Selamat Datang saya ucapkan kepada semua yang sudi meng'click' blog ini...

Blog ini sebenarnya lahir dari rasa terlalu banyak nak berkata-kata tetapi tak tau nak sampaikan pada siapa...pernah rasa macam tu dalam hidup?Pelik kan..?

So segala yang saya tuliskan di sini adalah apa yang berlaku pada diri..keluarga..kawan-kawan...dan dunia sekeliling...

Selamat melayari...