Apa yang pakat difatwakan? No, bukan wajib atau haram BERSIH tu. Pasal Hari Ibu.
Ya, Hari Ibu.
Secara seriusnya, aku tak tau sangat bila sambutan Hari Ibu. Aku akui, aku ni anak yang kurang bertanggungjawab sikit. Nak dapat aku call mak aku bersembang tanya khabar dengan dia amat susah, sampai selalunya wife aku yang akan ingatkan aku "You ni dah lama tak call mak tanya khabar"...samada dia bagi arahan suruh call on the spot atau aku akan kata, Ok, nanti I call. Mak aku selalu cakap, dah lupa kat mak ka...ayat cover aku macam biasa, lupa lah Mak, ralit lah Mak, hehe...then pandai la aku ayat Mak aku dan kami sama-sama akan kembali bergelak seronok. Sorry eh mak, tapi Isnin hari tu dah call kan...hehe.
Ok, berbalik kepada tajuk.
Bila tak tahu tarikh sebenar Hari Ibu ni, samada aku tanya wife aku atau aku Google la kan. Bila Google, aku jumpa banyak tarikh rupanya sambutan Hari Ibu ni. Tak sama antara negara-negara. So kalau tak silap aku, kat Malaysia ialah Ahad, 13 Mei 2012. Eh, gerun pulak tengok 13 Mei nih...hehe..
So no wonder lah semenjak dua menjak ni kat news feed dah ramai yang berkongsi
Hmmm.
Bila aku godek-godek cari, jumpa la sejarah perayaan Hari Ibu nih. Aku copy paste je la eh, malas nak taip sendiri. Korang yang kata Haram pun copy paste je kan...
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.Dalam tempoh tersebut, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.Anna Jarvis dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biar pun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Aku saja bagi kecik sikit font supaya siksa mata korang. Haha...nak jimat ruang, kang panjang sangat korang tak nak baca part last, itu yang penting.
So berdasarkan sejarah tu, banyak riwayat rupanya asal-usul Hari Ibu ya.
Korang tau macam-mana Hari Ibu mula di Mesir? Haaa, meh aku story. Pernah dengar nama Mustafa dan Ali Amin? Diorang dua beradik yang memulakan Percetakan Dar Akhbar Al-Yaum di Mesir. Pi cari baca pasal diorang. Somewhere in 1956, yang Ali Amin ni terima satu surat pembaca dari seorang perempuan yang cerita pasal anak-anak dia yang tak ambik peduli kat dia selepas diorang dah berjaya. Selang tak berapa hari plak, sorang janda pergi pejabat diorang dan jumpa Mustafa Amin, mintak kerja dan bagitau kisah dia ketepikan keinginan nak kawin lain sebab nak besarkan anak-anak tak mau bapak tiri.
Jadi si Ali dan Mustafa ni tulis dalam sokkabar diorang "Fikrah" masa tu tentang idea apa kata kita tiru stail negara omputih, diorang ada satu hari dimana diorang kenang ibu diorang. Tak dapat setiap hari pun, kurang-kurang sekali setahun kita bawak mak kita makan best, masakkan dia ka, bagi hadiah ka..amacam? So survey pun masuk la jawapan bertali arus..yang kutuk ramai la jugak kata kenapa nak tiru kapir, ada yang setuju dan yang setuju adalah ramai...maka start tu la diorang buat 26 Mac, hari pertama musim bunga sebagai tanda ibu ialah permulaan musim yang cantik. So sweet kan...hehe.
So haram ke tidak ni?
Nanti la dulu, baca sikit lagi la...
Bila nak cari halal haram, aku suka rujuk website Arab. Aku jumpa ada yang kata tidak haram, ada yang kata haram.
Kita ambik yang kata haram dulu.
Yang kata haram kebanyakannya dari Arab Saudi. Ben Baz, Mufti Arab Saudi dulu kata, haram sebab meniru perayaan bukan Islam sedangkan dalam Islam hanya ada dua perayaan saja AidilFitri dan AidilAdha. Pi la Google cari fatwa Ben Baz.
Jeng jeng jeng.....jadi, kepada yang berpegang Hari Ibu adalah Haram, HARAM jugak untuk kamu merayakan Hari Kekasih, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Pekerja, Hari Lahir Kamu Sendiri, Hari Merdeka, Hari Malaysia dan hari-hari yang sewaktu dengannya. Wahhh...besday ko bukan main besar kek, tak jadi haram ye...datang Hari Ibu bukan main haram. Jangan ambik sekerat-sekerat weih...
Ok, kita ambik yang tak haram plak. Aku suka part ni jadi aku letak yang Arab sekali...hehehe..:
ويقول الدكتور عبد الفتاح عاشور ( من علماء الأزهر ) : الاحتفال بأيام فيها تكريم للناس , أو إحياء ذكرى طيبة لم يقل أحد بأن هذا احتفال ديني , أو عيد من أعياد المسلمين , ولكنه فرصة لإبداء المشاعر الطيبة نحو من أسدوا لنا معروفاً , ومن ذلك ما يعرف بالاحتفال بيوم الأم , أو بعيد الأم , فإن الأم لها منزلة خاصة في دين الله , بل في كل دين , ولذلك يجب أن تكرم وأن تحترم وأن يحتفل بها , فلو اخترنا يوماً من أيام السنة يظهر الأبناء مشاعرهم الطيبة نحو أمهم وآباهم لما كان في ذلك مانع شرعي , وليس في هذا تقليد للغرب أو للشرق , فنحن نحتفل بهذا اليوم بما لا يخالف شرع الله , بل بالعكس نحن ننفذ ما أمر الله به من بر الوالدين والأم على وجه الخصوص
Ok, tak paham? Jap aku translate kan.
Menurut Dr Abdul Fattah 'Asyur (seorang Ulamak Universiti Al-Azhar) : Perayaan hari-hari tertentu yang bertujuan memuliakan manusia lain atau yang bertujuan peringatan untuk sesuatu yang baik, yang mana perayaan tersebut tidak berbentuk keagamaan di sisi agama lain ataupun merupakan satu perayaan di sisi Islam, yang mewujudkan peluang menyebarkan kebaikan kepada mereka yang telah berbuat baik kepada kita. Antaranya ialah apa yang dikenali sebagai Hari Ibu, yang mana Ibu mempunyai martabat yang amat tinggi bukan saja di sisi Islam, malahan di sisi semua agama lain dan Ibu wajib dimuliakan, dihormati dan diraikan. Andai kita memuliakan satu hari tertentu di dalam setahun untuk menzahirkan kasih sayang ana-anak kepada ibu mereka, tidaklah menjadi kesalahan di sisi syarak.Tidak pula ia menjadi satu ikutan budaya Barat atau Timur. Kita meraikan hari ini bukan dengan cara yang bertentangan dengan Islam malahan sebaliknya kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang anak di dalam berbuat baik kepada dua Ibubapa.
Tambahan yang aku dapat dalam satu kitab lain :
إن عيد الأم هو من بدع العادات لا من بدع العبادات , وبدع العادات لا يأمر بها الإسلام ولا ينهى عنها إلا إذا كانت تتصل بالدين من قريب أو من بعيد , فإذا كانت هذه العادات تُعبّر عن الوفاء فلا مانع منها
Sesungguhnya Hari Ibu ialah bid'ah (amalan yang direka yang bukan dalam syarak) yang berbentuk Adat, bukannya Ibadat. Bid'ah Adat tidak disuruh di dalam Islam dan tidak dilarang selagi tidak berkaitan dengan ibadat dan kegamaan. Sekiranya Adat ini dianggap sesuatu yang boleh menyempurnakan maka tidak menjadi masalah untuk perkara itu.
Faham dah?
So, pada aku Hari Ibu tidak haram.
Selamat Hari Ibu aku ucapkan pada ibu tercinta, ibu mertuaku, Isteri Tersayang yang menjadi ibu kepada 3 anak lelaki ku, kakak aku, kakak-kakak ipar aku, saudara mara jauh dan dekat yang bergelar ibu, kawan-kawan dan pembaca blog yang bergelar ibu....dan seluruh ibu di luar sana... SELAMAT HARI IBU...tidak horrrooooommmmmm....!!