Ada sesapa tak tau apa itu Facebook?
Aku tak nafikan, masih ada yang tau apa tu facebook...tapi dia semestinya orang yang tak terdedah pada alam siber...
Tapi bagi yang pernah masuk ke alam maya ni walau sekejap, mesti tau apa tu Facebook...
Eh tapi ada tau orang yang kira muda jugak dalam zaman moden ni takde Facebook...dia kata Facebook tu tempat menggatal...hahaha...dah-dah, aku tak mau ulas panjang-panjang siapa dia dan kenapa dia agak kurang faham di situ...bukan kena mengena dengan aku dan apa yang aku nak tulis pun.
Ok balik kepada tajuk..
Facebook kini adalah satu fenomena...back in late early 2008 masa aku mula2 join Facebook, sunyi sepi..nak cari friend pun takde..ada la sorang dua kalangan my friends and family yang ada...application pun takde apa benda...Farmville ke Fishville ke Barn Buddy ke semua tu pun belum wujud...
tapi sekarang ni Facebook dah ramai..aku tak tau statistik penggunanya berapa ramai, tapi aku tau la ramai...application pun berlambak-lambak...
Facebook : The Good
Satu kebaikan Facebook yang aku akui ialah kemampuannya untuk menghimpunkan kembali kita dengan kawan-kawan lama kita...aku dapat cari balik kawan lama berdasarkan nama dia, nama sekolah, nama universiti dan macam-macam cara lagi...
In fact aku berjaya convince my brother supaya buka akaun Facebook pun just because aku tunjuk kat dia, by searching his graduate school in Canada dia berjaya jumpa balik nama-nama kawan-kawan lama dia...
And it happened to me as well...
Baru-baru ni aku dapat inbox message via Facebook
See...dah 14 tahun...aku graduate 1996...tak pernah sekali pun aku tergambar nak jumpa balik kawan-kawan aku yang international ni...ye la, tak de saja-saja aku nak pergi Nigeria cari kawan aku tu...dan bukan satu negara ada kawan aku, berlambak-lambak negara...ada Ivory Coast (ye, sama dengan Drogba, Toure, Eboue aku tau...), ada Niger, ada Nigeria, ada Bahrain, ada Egypt, ada Kenya, ada Maldives dan berpuluh negara lagi (yang sebahagian tu aku dah lupa pun..)...tu belum kawan-kawan Saudi aku...ramai...
So bagi aku, masih wujud kebaikan Facebook ni, sebab silaturrahim akan dapat dipanjangkan dan diteruskan semula..
Facebook : The Bad
Part buruk dia pulak, jenis-jenis merapu ni...orang boleh create beribu akaun Facebook, hanya dengan creating dummy emails...then mula lah aktiviti merapu..kacau orang, maki orang, kutuk orang, post benda merepek, post link yang tak bagus dan sebagainya...
Sebabnya ialah alam maya atau alam siber ni tiada batasan...orang tu mungkin berada di Nagorno Karabakh, dia add kita dan kita accept, maka dia mula merapu...ada kawan aku, gambar dia disalahgunakan dan diletakkan dalam group yang merepek...
Benda tu bermula dengan dia menerima seorang yang dia tak kenal pun jadi friend...ye la, nak ramai kawan kononnya, main accept je...kemudian dia makin dapat banyak permintaan nak jadi kawan...heran jugak dia sebab sehari sampai 50 orang nak jadi friend dia..
Last-last baru dia tahu, beberapa keping foto dia yang dipublish dalam album di profile dia telah di-save oleh orang yang tadi jadi friend tu, kemudian di-upload pulak ke dalam Facebook groups yang jenis-jenis bertemakan seks...sebab tu ramai benar nak jadi kawan dia...
Akibatnya kawan aku tu terpaksa men-delete akaun Facebook-nya, buka baru, add hanya kawan-kawan dan family je...Naya kan...
So itu antara keburukan laman web sosial ni la...
Facebook : The Madness
Kegilaan. Itu memang betul. Ko pergi mana-mana pejabat (yang tidak menyekat laman Facebook) mesti akan nampak skrin komputer mereka ada kaler putih biru ni...
Guru-guru di sekolah, yang mostly pakai broadband, bila ada masa terluang akan buka Facebook...
Ada orang yang boleh bahagi kan masa yang sesuai semasa kerja...maybe bila tension sikit, beralih ke Facebook kejap...ada pulak yang langsung tak leh bak buat kerja...masuk opis je bukak Farmville sebab ada tanaman nak kena harvest jam 8.30pagi....lepas tu buka Fishville sebab pukul 9.00 kalau tak feed, ikan mati....then pukul 10.30 pulak Roller Coaster Kingdom...lepas tu masuk Cafe World, kang basi plak makanan kalau tak serve...lepas tu apa ke benda pulak...dan begitu lah seterusnya...
Ini antara kegilaan Facebook...
Ok, kita dah tengok baik buruk Facebook. Aku tak mau ulas fatwa sorang ulamak baru ni yang katakan Facebook haram sebab leka kan umat Islam...cuma satu je aku nak bagitau, setiap benda di muka bumi ni takde masalah, kecuali di salahgunakan dan tidak digunakan dengan kewarasan...
Jalan raya, benda baik...kalau takde susah jugak nak bergerak ke satu tempat kan...tapi ada orang salahguna jadi tempat berlumba...
Gam, benda elok sebab nak lekatkan apa-apa yang perlu dan rosak...tapi ada pulak yang hidu gam...maka jadi jahat...
Duit, perlu sebab nak hidup, nak makan, nak beli barang..tapi ada pulak yang kejar duit sampai menipu, sampai mencuri, sampai buat duit palsu...dah jadi jahat...
So adakah jalan raya, gam dan duit tu haram sebab membawa kejahatan?
Setiap perkara ada baik dan ada buruknya...hanya atas kita cara menggunakannya samada nak guna cara baik atau tidak...dan Rasulullah dah berpesan bahawa perkara yang paling baik ialah melakukan sesuatu pada pertengahannya...sederhana...so kita gunakan secara sederhana...jangan la sampai tak berdunia sosial langsung...dan jangan sampai salah guna dunia sosial pulak...apa nak dikata...
p/s : Aku berhutang sambungan Antara Kerenah Bercinta dan Cinta Berkerenah dalam tajuk Singkong dan Keju...nanti la...belum cukup feel nak tulis...hehe
9 comments:
ekekeke..kehadiran FB pada ayah menyebab kan ayah sudah jarang balik pagi..ekeke..
farmville paksu dah level bape..?add jiran okeh..ekeke
aku dah tak main apa2 game la Men...semua dah berenti...insaf...hahaha...
aku bukak akaun facebook letak avatar, pas tu tak penah update. takut melalaikan. hari tu bukak pun sebab ada urusan kena ada akaun facebook.
Assalamualaikum Azhar,
Apa khabar?
Kalau FB The Good, Bad and Ugly..macam title cerita cowboy dulu-dulu pulak.
Zaman sekarang zaman Cyber, jadi banyak yang berlaku di alam cyber ni.
Senaman Kita pun lebih banyak senaman jari..inilah hakikatnya. Kanak2 tidak main di padang permainan lagi, malas nak berpeluh, mereka lebih suka mengadap komputer berjam2.
Besok lusa entah apa yang lebih canggih agaknya.
justify
then decide...
done~
lgi 1 tujuannyer ,utk beromantik ngn maksu di fesbuk...hehe..jgn mare =p
Salam tuan....
nak gelak ader insaf pun ader gak bc entri ni sbb kene kat idung sendiri org kate :)
ambe ni kire dah addicted juge not to FB tp FV...tunggu level 40 br insaf kot..opsss
hehhehe uncle , itu lahh kebaikan aku takde berukband...so di tempat keja aku mmg betul betul keje...hhiihihih :D
p/s : byk jabatan dah haramkan/blocked facebook dh skrg
:D
ohh saya lah antara org muda yg belum ada akaun FB lg. kolot kan :D
teringin jgk nk ON, tp tu lah, bila dgr mcm2 crita ttg leka, melekat dgn FB ni..terus jadi malas..
btw, thanks for the info
Post a Comment