Thursday, July 1, 2010

Gadis Umur 15, Dilarikan Teman Lelaki...

Entri ni aku copy dari blog sahabat aku Syahril Kadir...

Pulanglah dik...



Noor Amelia Syatieera Shamsudin (15 tahun)

ramai orang selalu cakap kat aku, jaga anak perempuan ni lagi payah daripada jaga anak lelaki

tetapi berdasarkan pemerhatian aku, dua-dua sama saja, anak perempuan lain ragamnya, anak lelaki lain kerenahnya

kali ini aku nak tulis mengenai seorang anak remaja, Noor Amelia Shatieera Shamsudin yang baru berusia 15 tahun

Amelia ni anak buah sahabat aku

keluarganya ada membuka sebuah restoran di Bukit Sentosa, Rawang

kemudian keluarganya ada menggajikan seorang pemuda dari Puchong untuk bekerja dengan mereka

dalam diam-diam pemuda ini ada menaruh hati dengan Amelia, dan Amelia pun nampaknya membalas cinta tersebut…jadi keluarga tidak begitu gembira kerana Amelia masih muda sangat-sangat, PMR pun tak ambil lagi

so dalam diam-diam juga, pada 24 Mei lalu, pemuda ini dipercayai telah melarikan Amelia dan kedua-duanya hilang sehingga ke hari ini

bayangkan kalau korang ibu atau bapa kepada Amelia, siang malam berendam airmata, duit jangan kiralah, semuanya dihabiskan demi mencari anak manja kesayangan mereka berdua

lebih merisaukan kedua ibu bapanya, setelah diselidiki, rupanya pemuda itu ada rekod jenayah kerana terlibat dalam pengambilan dadah, adooooyyyyyyyyyy

so aku berharaplah sekiranya pembaca blog ini ada mengenali atau pernah terlihat kelibat Amelia, hubungilah balai polis yang berdekatan atau pun keluarganya di talian 017-2393621

buat Amelia kalau terbaca blog abang ni, pulanglah dik…tak sayang mak ke, tak sayang ayah ke?

SAK: Kalau sudi, linkkan entry ini pada blog korang atau Facebook yang korang miliki, mudah2an usaha kita diberkati Allah dan Amelia dapat ditemui dengan selamat.

3 comments:

ibnu marzuki al firdaus said...

wa dah sms kawan lu guna 0128624623

LeezaNM said...

my sister pun ada masalah yg sama... anak remaja sekarang bila bercinta bagaikan org giler jadinya. Anak sedara saya tu bukanlah budak sekolah...tp tindakannya dek kerana cinta pd lelaki yg langsung x mampu menjadi suami bukan saja dari wang ringgit tp dari ciri2 seorg suami tu langsung x ada. Ibu dan bapak ni jadi langsung tidak bernilai pada mereka ...ya Allah...pening kepala di buatnya.

echah_syed said...

kes mcm gini biasanya berlaku kpd anak-anak yg kurang perhatian dan kasih syg.anak-anak tak akan sampai hati utk melukakan hati ibubapa jika kita rapat dan sentiasa dekat dgn dorang.

dari pengalaman combi...anak-anak yg rapat dgn famili,mereka memilih utk sentiasa bersama kita walaupun diberi peluang utk bersama dgn kawan-kawan dorang.

dan yg paling penting doakan mereka selalu dan suruhlah solat 5 waktu insyaALLAH tuhan maha mendengar.