Friday, October 29, 2010

Alternative Cure and Healing...

My boys kurang sihat...

Zain baru lega dari ulcer dalam mulut, atas lidah, bibir dan beberapa tempat lain...

Adam suffering from batuk, sakit tekak dan mild fever...

Rayyan pulak ada gum problem, swollen sikit...

Most probably sebab cuaca yang adakal panas memuncak dan adakala hujan lebat...

Alhamdulillah ketiga-tiga comprehend dalam makan ubat...

Talking about medicine and cure, aku ni kira memang suka berkawan dengan ubat-ubatan moden la...name any pain killer yang aku tak pernah try atau dengar...my headache won't go simply by Panadol (heh!) or Uphamol...Hanya Ponstan, Synflex atau Remethan yang akan mampu megurangkan nya...

So does anything else...

Berbeza dengan my wife yang tak mau makan ubat. Not that she is afraid of ubat, tapi dia suka self healing. Ye la tu...hehe...

By the way, aku dulu masa study banyak jugak belajar dari mamat-mamat Arab tentang cure dan healing cara Arab...

Sebenarnya banyak unsur-unsur sekeliling kita yang kita gunakan setiap hari adalah menjadi ubat, cuma kita tak tau apa gunanya...

Rempah ratus, kita hanya guna nak buat kari, kurma, rendang atau aa jenis lauk lain...tapi banyak lagi kegunaannya...

Jintan Manis (Aniseeed) contohnya, baik untuk melegakan perut yang segah atau kembung. Aku belajar dari kawan aku Arab tu, rebus macam teh dan minum...and believe me, anak-anak kami 3 orang belum pernah minum Gripe Water masa baby...kembung perut je, kami infuse tiga empat bijik jintan manis dalam air suam dan suapkan dia...Alhamdulillah lega..



So does Kulit Kayu Manis (Cinnamon)...bukan buat Cinnabon je, tapi rebus minum...baik untuk penghadaman dan tulang...



Arab ada satu pepatah, ليمون صيدلية bermaksud Lemon ialah Farmasi...hehe...




Sebab apa?Sebab lemon mempunyai pelbagai khasiat perubatan...

Pernah sekali aku demam dan selsema teruk...room mate aku ambik sebijik lemon, dia perah ambik jusnya...dia letak garam sikit...godek-godek dan bagi aku minum...hahaha...rasanya memang MasyaAllah...tapi dalam sepuluh minit aku berpeluh dan hidung aku terbuka...hahaha...

Another nice thing tetapi Melayu jadikan negatif ialah Madu Lebah...



Orang Melayu kata makan madu panas badan...walhal Arab makan madu setiap pagi dengan roti...dia bagi anak dia minum satu sudu madu setiap hari...

Nak tahu, pernah sekali aku demam, sakit tekak takde suara...

Arab tu ambik sebijik bawang besar, dia lumatkan dan perah ambik air bawang tu...pastu campur dengan madu...kadarnya ialah sama banyak air bawang dengan madu...ini betul-betul cakap, kalau tak kerana sakit aku tak makan la...bau dan rasa tengit air bawang tu...aduhhhh...tapi esok tu je aku dah boleh bercaka dengan baik...agaknya tu pasal suara aku sedap bila nyanyi kot....hahahahahaha...

Banyak lagi korang boleh cari dalam internet cure, remedy dan healing secara Herbalism...

Lately aku dah kurang buat semua tu...yang masih aku amalkan ialah minum Mint (rebus daun pudina dan buat macam minum teh) dan Masala Tea...oh ya, dan air halia...


what's in Masala Tea...


Orang tua-tua kita dulu banyak petua dan amalan herbalism mereka..sebab tu diorang hidup lama dan sihat, kuat dan gagah...

Ada yang sakit pergi cari daun kayu belakang rumah buat kunyah...ada yang makan bawang putih mentah, takde pil pil garlic bagai nih...

So does setiap bangsa dan masyarakat dalam dunia ni, semuanya ada petua dan traditional cure masing-masing...

Paling agak pelik aku pernah jumpa ialah di kalangan student dari China dulu...diaorang ni merantau mana dunia pun ada bawak sikit tanah dari perkarangan rumah diorang, tak banyak la, dalam 4 atau 5 sudu...

Bila dia sakit agak teruk, demam ka, cirit birit ka, selesema teruk ka...dia akan ambik sikit tanah tu dan kacau dalam air kosong...lepas tanah tu mendap dia minum air nya...

Aku tanya sebab apa...dia kata sebab jiwa kita sebati dengan tanah sekitar rumah tenpat kita tinggal...jadi macam homesick la kalau kita sakit teruk tu, so dengan cara minum air tanah kat rumah tu boleh hilang sakit tu...aku belum try cara air tanah ni sebab area depan rumah aku tanah campur dengan tar...hahaha...apa nak dikata...

1 comment:

melayuangkat said...

Salam Azhar,

Mak Cik harap anak-anak kamu akan sembuh segera InsyaAllah. Memang sekarang musim macam macam penyakit. Rata-rata anak-anak rakan rakan di sini pun ramai yang kurang sihat dan cuaca di Shah Alam kurang menentu juga menyebabkan ramai yang kena flu.

DS Najib pun dikatakan kena demam cecair atau chicken pox, semua beliau juga sembuh segera. Mungkin dia ni asyik ke hulu ke hilir dan Allah swt mahu dia rest di rumah.

Apa-apa pun penyakitlah yang menyedarkan kita betapa kita masih dalam perhatian Illahi. WaAllahuAlam.

btw: Terima Kasih ke blog tua Mak Cik, memang sibuk sangat kebelakangan ini..