Saturday, March 26, 2011

Adab : Kenapa Orang Kita Tidak Suka Mendidik?

Tengahari tadi kami ke Tesco Cheng, tak jauh sangat dari rumah. Tujuan utama ialah nak beli blender jug buat ganti yang lama dah pecah...tapi biasa la bila ada anak-anak ni, macam-macam la yang diorang masukkan dalam troli...antaranya Chocolate Chip Cookie yang sedap buatan Tesco tuh...

Bila dah menuju ke kereta baru teringat, kang kalau diorang makan cookie tu kering pulak tekak, so my wife suruh Rayyan pergi beli dua gelas Pepsi atau Coke kat KFC di tingkat bawah...

Tabiat aku, bila anak-anak pergi nak beli barang sendiri aku akan perhatikan dari jauh. Ada dua kaunter yang berfungsi waktu tu, kaunter hujung sekali sebelah kiri ada sepasang lelaki dan perempuan berbangsa Cina dan kaunter tu dikendalikan oleh Supervisor sebab baju dia kaler lain. Kaunter sebelah tu pulak kosong, tapi ada seorang pekerja perempuan dok buat-buat sibuk di sebelah tu. Jadi Rayyan ni pergi la terus ke kaunter kosong tu dan aku nampak dia bercakap-cakap. Ok, aku pun attend to other business sebab mission Rayyan dah selesai.

Tetiba, another glance, aku tengok Rayyan berlegar-legar antara dua kaunter tu dan di kaunter yang tadi dia pergi tu ada sepasang lelaki dan perempuan Melayu. Yang perempuan berseragam jururawat (muka tak macam jururawat yang selalu aku tengok kat spital pun)...

Aku pun terus tolak troli ke situ. Aku tanya Rayyan kenapa, dia jawab kejap. Aku tanya dah order belum, dia kata belum. Then aku tanya lagi, tadi bukan Adik kat kaunter tu ke, dia kata ya, tapi akak tu buat tak tahu je then datang orang lain terus dia ambik order.

Aku sekarang ni dalam keadaan tidak bersuara. Bak kata Hazrey, suara aku hari ni ibarat suara pondan gersang...sebab sakit tekak. Jadi aku malas bising-bising, aku pergi dekat sikit dengan kaunter dan aku bercakap dengan Rayyan :

Aku : Tadi Adik berdiri kat kaunter ni tak?

Rayyan : Ya la, tapi akak ni ambik order orang lain pulak.

Aku : Tak pe la Adik, KFC kat sini tak layan kot pelanggan budak-budak.


Masa tu staff kaunter KFC tadi buat muka bodoh dan dua ekor Melayu yang berdiri kat situ pun beralih tengok aku sambil kontrol muka tak bersalah.

Tak puas hati sebab tak leh bertengkar dengan kadar suara yang baik, aku pergi ke arah wife dan bagitau apa yang berlaku. Apa lagi, my wife terus pergi ke kaunter tu dan berlaku lah perbualan berikut :

Wife : Maaf ye dik, tadi anak akak datang kaunter ni kosong, dia nak beli air kenapa adik tak ambik order dia dan dahulukan orang lain?

Staff : Saya ingat dia anak pasangan kat kaunter sebelah. (Please note that kaunter sebelah ialah pasangan Cina)

Wife : You are not supposed to do that. Walaupun dia budak tapi dia adalah pelanggan. I wish to see your supervisor atau manager.

Jururawat : Alah, benda kecik je, kan dah bagitau silap faham.

Wife : (Api sudah naik kepala)...Are you working here?Am I talking to you? You takde tanggungjawab tau, sebab tu walau you tahu ada pelanggan lain kat depan, you terus jugak bagi order, walhal sepatutnya you bagitahu budak kaunter ni yang ada orang lain depan you kalau in case dia tak perasan. Benda kecik yang you kata tu ialah apa yang kita panggil Adab. I didik anak I supaya dia beratur dan ikut undang-undang, supaya dia tidak membesar jadi orang yang tidak ada adab dan tak tau beratur.

Wife : (Sambil bercakap kepada supervisor di kaunter sebelah)You sepatutnya tahu melatih dan menasihati staff you. Bukan ambik pekerja kemudian biar diorang bekerja tanpa ada kawalan mutu yang baik.

Supervisor : .... (hanya memandang seolah-olah dia hanya bekerja sebagai tukang sapu sampah kat situ)

Wife : Ok...since no respons from both of you dan I hear no apologies sampai sekarang, I will file a report to your HQ after this.


Setakat tu je. Once sampai rumah, dengan tak sempat makan nya, my wife terus email ke pengurusan HQ KFC, siap nama Supervisor dan Staff tu, thanks to Rayyan yang mempunyai kadar ingatan yang amat tinggi khususnya dalam bab nama orang dan angka-angka.

What happened there was just an episode of betapa orang kita tidak mementingkan adab dalam hidup seharian. Adab beratur adalah antara yang paling selalu orang lalai, walhal kalau nak tahu, ulat bulu pun beratur tau kalau berjalan ramai-ramai...


Sebagai orang dewasa, kita kena faham bahawa setiap yang kita buat tu akan diperhatikan oleh orang lain, termasuk yang lebih muda dari kita. Kalau dia tengok kita buang sampah keluar dari kereta, dia akan letakkan dalam otak dia bahawa bukanlah menjadi satu kesalahan untuk membuang sampah dari kereta yang bergerak. Kalau dia tengok kita tidak beratur di tempat yang sepatutnya, maka dia akan letakkan kaedah tidak perlu beratur tu dalam kehidupan dia. Sebab itu kalau kita tengok, keadaan semasa kita hari ni jauh lebih tidak berdisiplin berbanding zaman kita kecik-kecik, sebab zaman dulu kita melihat dari orang-orang tua kita yang sangat menitikberatkan aspek disiplin dan adab, manakala generasi zaman ni belajar dari sikap tidak ambil berat generasi selepas itu.

Bayangkan apa akan jadi kalau perkara ni menjadi turun temurun.

Kadang-kadang aku heran dengan sikap pekerja-pekerja kat restoran atau kedai makan hari ni, khususnya yang muda-muda ni. Diorang tak value kerja yang diorang dapat, walhal pelanggan haruslah sentiasa diberi keutamaan. Pernah sekali aku kat Aunty Anne's Pretzel, aku tinjau kaunter sebab takde orang, then terpacul la budak ni dari bilik stor kecik dia sebelah tu...dia tanya "Cari apa?"...aku kata.."Cari apa?Cari orang jual la sebab saya nak beli tapi orang jual takde."...geram sungguh masa tu, dah la Sour Cream n Onion habih...

Tak macam zaman waktu aku pernah kerja dalam food line ni dulu...waktu tu bila kita dah lama kerja baru dia bagi kita peluang dok kaunter, dan perkara pertama yang supervisor sebut ialah "Smile and Greet"...tu kunci utama.

Agaknya pasal tu la orang tetap suka pergi makan kat kedai tomyam Siam...sebab walau macam mana letih pun dia akan greet kita dengan "Bang"...Makan apa abang...duduk abang...maka abang-abang pun cair lahhhh...apa nak dikata...

UPDATE: 30 Mac 2011

BTW, I received a call this morning from Assistant Manager of KFC cawangan Tesco Cheng, saying that she received call from higher administration about the report lodge. At first, she was a bit defending her staff by saying that my son was wandering around the counter and the staff didn't really know whether he wanted to order or not. I let her speak, then I said that was the version of her staff story, and as you are now talking to the complainant, you shouldn't start by blaming the customer and defending your staff. My version would be the other side of the coin.

So we did chat a bit and she admitted that most of newly employed worker are not keen in their job, and most of them are part timers. She apologised to me on behalf of her staff and her branch, and I let her off the hook by asking her to make sure no such incident will ever happened to other customer, let them be children or adults.

The most important point is they now knew that their misbehaviours are not acceptable and customer can talked directly to their higher management, and they will be hearing from their bosses should the complaint reached them. And we, as customers, must make full use of this ability, to complaint for we have the right to do that.


8 comments:

ammar said...

nak emaail managing director KFC/QSR pun leh bagi..siap hanpone skali..khhuuu

WAN ZUHA ISHAK said...

minda kelas ketiga

SaYaLiYaNaSaiDi said...

xreti adab,mcm tu la.. sy pun remaja gak tp menyampah + malu tgk perangai member2 yang xhormat orang.

Ruggedmom com said...

Hari ni posting kat blog saya fasal customer service.

Baru terkena lagi semalam kat pasaraya, cashier tu hempas2 brg, tak tau la dia marah kat saya ke org sebelum saya ke padahal saya siap atur food item non-food item biar senang dia nak boh dlm plastik

myQza said...

Tak pernah masuk lagi ke KFC Cheng Bro, selalu ke JUSCO Ayer keroh saja.

harap pendedahan macam ni boleh buat panduan pada mereka yang teragak-agak atau takut untuk menuntut keadilan dan kebenaran.

Terima kasih

Mak Jemah said...

tindakan ur wife adalah amat tepat..baru diorg tau, hak pengguna xleh dipertikaikan..gud job Sir!

Eiza GreenAppleKu said...

Salam perkenalan dari saya. Customer is always right. Itu visi mereka dan mereka sepatutnya fahamkan visi, ker moto ker dengan baik..

Ada masa, jemput ke blog saya yer..

fairiz ❤ ashnani = fahyim ❤ fayyad said...

yes. customer is always right. sepatutnya dorg tu kena sentiasa diingatkan tentang customer. takde customer, takdelah income dorg kann..