Saturday, March 5, 2011

Some Teachers Need To Grow Up...


Eh lama betul aku tak update kan...Mazidul dan Hazrey selalu perli-perli aku...hahaha...takpe, blog aku follower tak sampai 25 orang, korang mesti tak kisah kan tunggu...hehe..

Semalam aku ke Bangi, tolong uruskan pendaftaran calon persendirian SPM untuk anak sedara aku...kisahnya panjang tapi aku singkatkan sikit la...

Dia ni dah berusia 19 tahun...dia kerugian dua tahun persekolahan kerana masa tu ayah dia hantar dia ke Indonesia untuk belajar dan kemudiannya ikut ke Melbourne dengan ayah dia. Memandangkan kepentingan SPM, mak dan ayah dia serta semua yang lain masukkan dia ke sebuah sekolah menengah kerajaan di Bandar Baru Bangi.

Mula-mula tu memang la masalah, dengan kawan-kawan sebaya yang dah kerja la, dah masuk kolej la semua main-mainkan dia yang masih pakai uniform sekolah...dia pun jadi malas pergi sekolah...kadang-kadang pergi sekolah lewat sebab nak avoid jumpa ramai budak-budak sebelah awal...oh ya, dia drive Citroen atau Chevrolet pergi sekolah ok...hehehe...

Then aku, sebagai seorang bapa sedara yang penyayang..hehehe...telah cuba untuk bersembang secara halus dengan dia, bukan guna makhluk halus yang kat pejabat Hazrey tu pun ye...Alhamdulillah dia mula la pergi sekolah dan awal..

Tetiba hari Rabu baru ni, Kakak Ipar aku call dan bagitau yang cikgu dah sms bagitau dia tak pergi sekolah dan diorang tak daftarkan SPM dia sebagai calon sekolah...dan diorang suruh dia pergi ambik Sijil Berhenti Sekolah...

Maka tu yang aku pergi semalam...selepas selesai daftarkan SPM dia kat Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (aku puji budak-budak yang kerja kat sini, sangat baik, berhemah dan pandai menggunakan budi bicara mereka dalam kes-kes tertentu...oh, muka pun ok jugak la, kalau jalan sebelah tak malu la...) aku pun sembang dengan anak sedara ni...tentang kenapa dia malas pergi sekolah sedangkan hari tu janji dia dengan aku macam lain...

Rupanya, masa dalam kelas Matematik, yang diajarkan oleh Guru Kelas tu sendiri, Cikgu ni sudah soal anak sedara aku ni...:

Cikgu : Awak, (A), faham tak?

(A) : Faham Cikgu

Cikgu : Betul ke awak faham?

(A) : Betul la Cikgu, saya faham.

Cikgu : Haa..awak tu kena betul-betul sikit, awak lain. Eh, lupa saya nak bagitau, Kelas, untuk makluman awak semua, (A) ni lain sikit dari kamu semua. Dia bukan umur 17, dia tua dari kamu semua, bukan tua sikit-sikit tapi tua dua tahun. Patutnya kamu semua panggil dia Abang (A)...

Serentak tu satu kelas semua gelakkan dia...


Korang boleh bayang tak perasaan budak umur 19 tahun lelaki yang membara masa tu macam mana...

Terus esok tu dia tak nak gi sekolah...dan bila aku call tanya nak tak kita daftar calon persendirian, on the spot dia jawab "Nak"...

Dia daftarkan 8 subjek untuk SPM 2011 dan aku yakin dia akan mampu score yang bagus. Masa PMR dulu pun dia hanya belajar dalam beberapa bulan sebab ke luar negara jugak, dia score 8A jugak, membuatkan begitu ramai mak sedara dan bapak sedara dia kerugian wang tunai dan harta benda akibat janji manis mereka kerana tak yakin dia akan score banyak A...hahaha...nasib baik masa tu aku janji satu A RM 50 je...hahaha...

Point yang paling utama aku nak cerita kat sini ialah sikap Guru tu...Guru sebetulnya ialah pendidik...bukan sebuah pekerjaan semata-mata...kalau betul-betul nak mendidik, kena la tahu macam mana nak counter seseorang murid atau pelajar tu kan...

Memang betul umur dia lebih, tapi perlu ke nak bagitau semua dalam suasana yang humiliating macam tu? Alhamdulillah la Kakak Ipar aku tu golongan yang mampu untuk menyekolahkan secara swasta dan private tution, kalau budak golongan yang kurang berkemampuan macam mana? Akan keciciran la budak tu kan...

Untuk anak sedara aku tu, kalau dia baca entri aku ni, aku nak bagitau yang aku dan wife sentiasa di belakang dia. Kami yakin dia akan berjaya dan pasal tu kami tak nak janji apa2 wang tunai untuk sebarang A lagi dah...hahaha...tapi kalau cemerlang nanti ada la something yang Paksu akan belanja ok...

Kepada semua guru kat luar sana, tak ramai yang kurang berhemah ni...ramai guru yang aku jumpa bagus-bagus dan pandai guna tatacara mendidik...cuma segelintir yang tak bagus tu akan mencemarkan nama baik profesion guru yang mulia...kalau kawan-kawan korang kat bilik guru tu ada berperangai macam tu, tolong jentik telinga dia sekali ok...apa nak dikata...

10 comments:

Hellioz said...

professionalism is at stake.

Reza said...

saya pun guru, nasihat anda akan saya ikuti, terima kasih atas teguran walaupun saya bukan suspek di atas. Di tempat saya mengajar ada guru2 jenis suka melawak melampau hinggakan pelajar2 buat generalization boleh 'makan' cikgu. Panggil budak anak har** pun ada. Whiteboard kosong saja, sembang je banyak. Ini sindrom cikgu mengajar tempat sendiri, tetapi bukan semua macam tu. Ada yang bagus. Saya biasa biasa saje, x pernah dapat anugerah cemerlang tapi marker pen antara yang cepat kering dan selalu kena jeling kerani pasal selalu minta ink.

melayuangkat said...

Salam Azhar,

I feel sorry for your nephew but I am postive and sure InsyaAllah he will make it InsyaAllah.

There are too many people who are negative in every aspects of their lives and unfortunately in this case he or she is an educator. Teaching is such an honorable profession and an Ibadah and as such the teacher should be encouraging all students and not otherwise in whatever circumstances.

Tell your nephew to be strong. And perhaps you should 'remind' that teacher what he or she has done so that he or she will not repeat the same mistake. WaAllahuAlam.

ayie said...

itu la mungkin kesilapannya dan bezanya...
dulu, guru pendidik...kini, guru profesion.
berapa ramai yang jadi guru sebab memang nak menyumbang..dan
berapa ramai yang jadi guru sebab "ter"dapat keja tuh..?

DIL said...

tak kurang juga dengan cikgu yang glamer kat youtube sekarang.
mungkin bagus agaknya untuk kerjaya seorang guru.
saya bukan guru.
yang pasti kalau saya guru,insyaAllah saya tak buat macam tu.

*guru adalah kerjaya paling mulia.bagi saya*

rahim said...

assalamualaikum,

salam perkenalan..

"anak murid ustaz shuib mohd amin"

ibnu marzuki al firdaus said...

meLAYU tara telorq mana ada BRAN mau saman @ bom kedai tuh!? kah kah... patutlah rata2 anti pologami sebab hati dah cam babi?! tq bro 4 this infos. terminum takper, masukkan jer air samak dalam badan.

http://www.hazrey.com/2011/03/kopi-railway-kluang-tak-halal.html

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

kadg2 sbb nila yg setitik tu, habis rosak susu sebelanga,
sy harap generasi guru skrg x buat benda2 yg kurg cerdik sbg seorg guru

kaloi said...

tahniah teguran itu, tapi macam berbaur rasa terkilan aje..yang penting kita perlu ingat SATU jari menunjuk kepada orang lain JANGAN lupa ada3 lagi jari menunjuk ke arah kita...SIASAT dulu baru berkata-kata...dengar dari 2 pihak lebih baik daripada sebelah sahaja. Sebab itu Tuhan beri kita 2 telinga dan hanya 1 mulut...semua ada hikmahnya, insyallah..

Unknown said...

mmg ada sesetengah cikgu yg bersikap macam tu... (bukan semua)

dulu masa saya form 6 jap sblm masuk itm... cikgu perdagangan saya bleh cakap "boleh amik diploma accountancy ke sebab tak amik perakaunan masa spm?".. padahal masa tu sy dah dapat offer diploma accountancy tu... ermm.. rasa cam drop jap mood masa tu....