Saturday, May 21, 2011

HALAL; Jangan Percaya Sumber Selain JAKIM.

Terlalu banyak webpage dan Facebook Pages diwujudkan bertujuan menyebarkan produk tidak halal dan restoran yang tidak menyajikan makanan tidak halal.

Yang menjadi masalah ialah bukan semua maklumat yang disalurkan menerusi webpage dan FB page tersebut sah dan betul. Kalau lihat kat SINI, terlalu banyak maklumat yang salah. Mungkin sumber mereka ialah hearsay dan email berantai (forwarded emails).

Satu-satunya badan yang boleh kita jadikan paksi di dalam perkara Halal ni ialah JAKIM. Hab Halal mereka bukan sekadar berfungsi memberi pengiktirafan Halal kepada produk, makanan atau restoran sahaja, tetapi juga mereka menyalurkan maklumat pada orang awam.

Caranya mudah saja.

1. Buka link Hab Halal JAKIM ini.



2.Taipkan jenama produk atau nama restoran yang anda nak cari dan klik CARI.

Anda akan dapat hasil seperti foto atas ni. Perhatikan ada folder Syarikat, Produk, Premis Makanan, Menu dan Rumah Sembelihan. Mana yang berkaitan akan ada nombor di sebelahnya.
Anda boleh klik setiap folder tersebut.




3. Perhatikan Tarikh. Tarikh tertera ialah tarikh luput Sijil Halal JAKIM tersebut.




4. Untuk maklumat lanjut setiap produk yang didaftarkan di atas syarikat tersebut yang disahkan Halal oleh JAKIM, klik folder Syarikat.



5. Satu pop-up window akan keluar seperti foto bawah ni. Itu ialah maklumat terperinci setiap bahan atau menu tersebut.




Ok, jadi lepas ni tak perlu la kita susah payah nak tunggu orang forward email baru kita nak tau samada produk atau menu atau restoran tu halal atau tidak. Kita sendiri cari dalam website Hab Halal JAKIM ni ok...apa nak dikata...

2 comments:

Pn. Liza Mahmood said...

SMTI

notie said...

Satu cadangan yang bagus . TQ 4 info. SMTI