Banyak benda yang difikirkan nak tulis...sebab last entri was written on 25th May 2011, jadi sudah sebulan genap tak de entri baru...walhal ada saja yang berlegar di fikiran ni nak tulis...
Ok la, ambik satu per satu...
Nak ceritakan pasal Umrah Trip...Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan aku sekali lagi peluang pada 10 Jun 2011 yang lalu untuk mengetuai sekumpulan 32 orang jemaah Umrah dari Perlis...Kami berlepas dengan Gulf Air pada 10 Jun dan kembali ke Malaysia pada 22 Jun 2011. Alhamdulillah semua sihat, selamat dan kembali dengan semangat dan jiwa yang baru dari Tanah Suci...
Sesungguhnya perjalanan mengerjakan Umrah, khususnya ketika berada di Baitullah adalah pengalaman tersendiri setiap pengunjungnya. Aku tak suka bercerita pengalaman-pengalaman buruk yang pernah orang cerita kan kat aku atau yang aku lalui, sebab aku tak mau bakal pengunjungnya merasa takut untuk berkunjung ke sana...aku suka kongsi kisah-kisah menarik dan seronok ja...
Dan aku sendiri, setiap kali aku ke sana, aku akan mendapat pengalaman baru...dan kali yang terkini pun tak kurang best jugak pengalaman dan kisah aku...meh nak cerita sikit...
Malam terakhir sebelum balik...Hari Isnin la, lepas Maghrib, salah seorang dari kawan sebilik aku ni, lepas solat Maghrib di atas bumbung Masjidil Haram dia ajak aku ke belakang, katanya "Jom muzakarah kat belakang..."
Kebiasaan aku dan depa ni, lepas Maghrib kami tunggu sampai masuk Isya'..sebab sejam je tempoh nya...dan selalunya ada yang baca Quran, ada yang melihat Kaabah dan orang tawaf dari atas...ada yang jalan-jalan atas bumbung tingkat atas tu...jadi aku pun tak faham apa maksud kawan yang ajak muzakarah ni tapi aku bangun ikut dia...rupanya dia dah terpandang satu barisan kurma yang ada Arab buat kenduri sebab Isnin ramai yang berpuasa...so aku dan dia pun join la duduk makan kurma dengan air zam-zam kat situ...
Sebaik aku mula makan kurma tu, datang sorang Arab (yang dari gaya, muka dan pakaiannya aku tau dia orang Mesir) dan duduk depan kami. Dia bagi salam, hulur tangan bersalaman dan mula makan kurma jugak. Sambil makan dia perkenalkan diri dia "Qahirah - Ismail" maksudnya dia dari Kaherah (Cairo) dan nama Ismail...dia mungkin tak agak aku boleh cakap Arab...then aku pun sebagai berbudi bahasa jawab la "Malizia - Azhar"...dan terus aku sambung "Kef Halak"...maka dia terus la jawab dan kata MasyaAllah aku boleh berbahasa Arab...maka bercerita la kami tentang pelbagai cerita berkaitan nama aku yang sama dengan Universiti Al-Azhar di Cairo, Masjid Jamek Al-Azhar yang terkenal dan sebagainya...aku ceritakan kisah aku berjumpa dan bersembang dengan Al-Marhum Syeikhul Azhar Tantawi masa di KL dulu...dan macam-macam...
Dari satu kisah ke satu kisah, percakapan si Ismail ni tak pernah lekang dari menyelitkan samada Firman Allah ataupun Hadis Rasulullah SAW untuk menguatkan penceritaan dia...maka aku pun mencelah nak tanya dia satu soalan dan dia kata silakan...
Aku tanya soalan berkaitan Tawaf Wida' ketika Umrah, soalan ni dah lama aku nak tanya orang tapi selalu aku lupa dan hanya ketika nak guna jawapan baru aku teringat...hehehe...jadi aku tanya dia...dan dia menjawap dengan penuh teliti, penuh dalil dan penuh contoh...(Aku tak berhasrat memanjangkan soalan aku dan jawapan dia kat sini...sebab itu akan memanjangkan lagi perbahasan..)
Kemudian, dia dengan rendah diri kata "Tetapi jangan kamu ambil kata-kata seorang lelaki yang berjanggut yang kamu jumpa ketika makan kurma di Masjidil Haram sebagai satu fatwa, cari lah ulamak yang lain, tanya lah para mufti dan guru dan bandingkan jawapan mereka semua kemudian ambil lah sebagai fatwa.."
Selepas itu, si Ismail ni banyak membawa aku meneliti firman-firman Allah dan Hadis-hadis Rasulullah SAW khususnya yang berkaitan dengan perkara seharian, dan tidak keterlaluan aku katakan semua yang dia sentuh tajuk tu ialah apa yang berkisar tentang diri aku sendiri. Serius ni...banyak perkara kecik yang aku lalai dan leka dalam hidup, dia sentuh tajuk tu siap dengan Hadis dan potongan ayat Quran...membuatkan aku kerap macam terlopong bila sembang dengan dia, sampai satu ketika dia kata "maaf kalau aku menyinggung engkau dengan kata-kata aku, tapi aku berniat baik.."
Dari perkara cara mendidik anak, balik dari sekolah apa soalan nak tanya anak...bab menjaga pandangan mata ketika di khalayak ramai (bab ni aku selalu fail..hehe)...bab kekeluargaan, cerita kisah anak pinak dia (dia ada 3 orang anak perempuan yang kesemuanya graduate dan belum kawen)...sampailah kepada bab-bab yang aku payah nak cerita kat korang di sini...hampir semua dia sentuh...sampaikan aku rasa dia ni memang saja datang duduk depan aku untuk menegur segala kesilapan aku dan menghilangkan kekeliruan aku...
Lama kami bersembang, sampai lah masuk Isya' dan kami solat bersebelahan. Sewaktu menunggu Iqamat, dia bagi aku nombor telefon dia di Mesir dan minta nombor telefon aku di Malaysia...saat tu baru lah aku terlintas dalam hati.."orang la ni sebab dia ada nombor telefon.." (sebab sebelum tu aku masih sangsi lagi dia tu orang ke bukan...)
Lepas selesai Isya', kami sambung sembang sikit-sikit lagi...sambil kawan-kawan aku datang ingatkan aku yang lepas Isya' aku dah buat temujanji dengan anak jemaah aku yang wanita nak pergi cari benda...so we bid each other farewell...
Macam biasa, dek kerana terlalu memikirkan perkara tu maka malam tu tido pun aku bermimpi si Ismail ni...tapi takde la bercakap-cakap...biasa ja...
Sewaktu menanti Iqamat Subuh
Esok nya kami balik ke Malaysia dan pagi Rabu kami sampai di KLIA.
Sementara tunggu selesai check in, jemaah makan nasi bungkus
dok melepok atas lantai airport..tiada pemandangan ni kat KLIA ok...hehe
Khamis malam Jumaat, ketika hampir nak azan Maghrib, aku masih leka dok depan laptop sambil menunggu anak-anak keluar bilik air...dah bagi arahan kat depa nak solat berjemaah tapi aku belum bangun berwuduk lagi...handphone aku berbunyi dengan nombor yang banyak dan ada kod antarabangsa yang aku tak kenal...bila aku jawab, rupanya si Ismail ni telefon aku...katanya saja nak say hello kat aku dan tanya aku, sekarang waktu apa di Malaysia...elok aku jawab "waktu dah Maghrib", talian kami terputus...dan kerana aku pakai prepaid, aku tak call la balik dia...
Oh ya, aku memang lupa nak ambik gambar dengan si Ismail ni...tak tau kenapa...tapi iras muka dia macam Umar Mukhtar dalam filem Lion of The Desert lakonan Anthony Quinn tu dulu...
Dan aku sempat bertanya pada dia masa di Masjidil Haram, adakah dia seorang guru atau ustaz...dia kata "Tak...aku kerja buruh binaan"...Errr.....apa nak dikata...
1 comment:
SMTI
Post a Comment