Sejak kemarin kita semua kecoh pasal serbuan Jabatan Agama Islam Selangor di sebuah gereja di Damansara yang menganjurkan makan malam a.k.a berbuka puasa yang dihadiri oleh 50 orang Islam, tetapi hanya 12 orang yang berjaya ditangkap, yang lain lari. Apa pasal lari kalau tak salah, kan... JAIS turut menyatakan terdapat bukti kuat mengatakan ada unsur penyebaran agama Kristian kepada penganut Islam.
Aku tak mau cerita pasal aspek politik sebab baik Khalid Ibrahim mahupun Khairy Jamaluddin yang mempertikaikan serbuan JAIS tu, pada aku kedua-duanya ada motif politik yang dangkal. Bulan puasa ni aku tak nak maki ok.
Yang aku nak kisahkan ialah berita yang kita boleh baca di akhbar hari ni, pi baca kat SINI.
Ada pertubuhan di negara ini berselindung di sebalik kegiatan kebajikan dengan menawarkan wang tunai, tempat tinggal dan makan minum percuma kepada golongan miskin dan menghadapi masalah kewangan yang beragama Islam sebelum memesongkan akidah mereka hingga sanggup menukar agama akibat desakan hidup.
Difahamkan, ada individu Islam menerima elaun tetap sehingga RM1,000 sebulan dengan hanya mengikuti program pertubuhan itu dua kali seminggu. Malah segelintir peserta turut mengakui menerima bantuan menyelesaikan beban hutang, termasuk ansuran kenderaan, rumah dan kad kredit.
Ia dipercayai taktik pertubuhan terbabit bagi menarik orang ramai mengikut program mereka dengan sebahagian besar sasaran adalah golongan gelandangan dan ibu tunggal yang tidak berpendapatan tetap serta dibebani masalah kewangan.
Perkara ni dah lama sebenarnya kita dengar. Orang miskin yang susah, khususnya di bandar besar, terpaksa mengadu nasib pada pihak agama lain kerana mereka ada mekanisme membantu. Di luar bandar mungkin kurang sebab kita ni ada satu stereotype, miskin tu hanya di luar bandar. Walhal sekarang ni kemiskinan dah melarat ke tengah bandar, malahan kemiskinan di tengah bandar lebih parah daripada luar bandar sebab kos hidupnya yang jauh lebih tinggi.
Masalahnya, Pusat Kutipan Zakat di Malaysia ni wujud di semua negeri, bukan hanya di luar bandar atau negeri kecik saja. Semua tempat ada.
Aku dah pernah tulis sebelum ni pasal kerenah pemberian wang bantuan zakat. Malas nak buka cari entri lama-lama jadi aku singkap sekali lagi.
Apa yang aku kisahkan ini berdasarkan sebuah negeri di utara semenanjung yang semua korang tahu la kan kat mana aku dok sebelum nih...
Untuk mendapat bantuan Baitulmal, pemohon kena isi borang. Borang tu ambik di Baitulmal. Lepas tu borang kena disahkan oleh samada Imam, Ketua Kampung, JKKK, Amil atau yang selayaknya. Kemudian borang kena dikembalikan ke pejabat Baitulmal dan baru akan diproses. Kemudian kalau berjaya, baru akan dipanggil menerima wang bantuan dan kali selanjutnya akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan bank masing-masing.
Bayangkan seorang pemohon yang susah, miskin dan bekerja kais pagi makan pagi terpaksa meninggalkan kerjanya untuk pergi ke bandar mendapatkan borang. Paling lekeh setengah hari dah habis masa. Kalau dia menoreh getah, maka memang hangus satu hari lah. Kos nak ke Pejabat Baitulmal tu pun kena ambik kira. Tambang bas ka, minyak motor ka, sewa teksi ka...
Kemudian dah bawak balik borang, kena pi cari orang tertentu pulak nak sign. Kalau nasib baik jumpa orang tu dan tiada agenda permusuhan peribadi, maka terus dapat sign la kan...
Lepas tu nak kena pergi submit pulak kat Pejabat Baitulmal. Sekali lagi perkara pertama di atas iaitu meninggalkan kerja dan kos pergi tu kena ambik kira.
Then nak kena tunggu Pengarah Baitulmal luluskan. Pernah ada satu surat dari sebuah Jabatan ke Baitulmal, Pengarah Baitulmal ni ambik masa seminggu untuk tengok surat tu (sejak diterima dan atas meja dia) dan seminggu lagi untuk meluluskan pernohonan. 2 weeks over a glance and a scribble of LULUS.
Jadi, cuba bayangkan betapa sengsaranya mereka yang nak dapat bantuan Baitulmal ni. Sebab itu, ada yang pergi meminta di Baitulmal tu bukan mereka yang benar-benar berkelayakan, sebab depa ada masa dan wang untuk pergi menguruskan prosedur tu semua. Yang betul-betul perlu, semuanya sanggup pi bekerja kais-kais lebih daripada pi Baitulmal.
Aku pernah cadangkan pada EXCO Agama di negeri tersebut, kenapa tidak Baitulmal yang turun ke padang mencari mereka yang memerlukan. Bukan susah pun. Kita dah ada mekanisme Jabatan Kebajikan Masyarakat, ada JKKK dan pelbagai agensi kerajaan lagi, gunakan mereka. Employ lebih sikit staf Baitulmal supaya mereka dapat masuk ke kawasan dan cari orang yang perlu. Bukan payah, judging by luaran rumah kita dah boleh agak siapa penghuninya. Then berhubung la dengan JKM atau JKKK, siapa penghuninya, dapat bantuan tak, layak tak...then kalau dia layak, bawak borang ke rumah dia dan terus bagi siapa yang nak kena sign tu sign je kat situ...
Bawak balik pejabat, proses, paling koman tiga hari lepas tu dah boleh bawak duit hantar kat dia.
Kan...
Kita ada ramai anak muda yang tak bekerja, ambik diorang. Bagi elaun motor, kerja ko pergi cari orang susah. Nak bayar gaji mereka takkan tak de duit, kan kutipan Baitulmal setiap tahun diumumkan berpuluh juta ringgit....buat bawak ahli Majlis Agama Islam pergi melancong ke luar negara dan buat umrah boleh bayar, takkan nak bayar gaji staf tambahan tak boleh, kan...(aku pun tak faham asnaf apa la depa pi umrah tu ya...)
Menguruskan Baitulmal bukan seperti menguruskan kedai runcit...Kalau kedai runcit, akaun hujung tahun mesti kena ada banyak baki barulah peniaga tu berjaya...tapi Baitulmal, kalau akaun hujung tahun banyak, maka itu gagal menguruskan sebenarnya...
Maka tak heranlah kalau ada yang bertindak mencari alternatif lain di pihak agama lain, kerana kerenah menyusahkan sesama agama kita. Islam tak ajar macam tu, tapi depa buat macam tu. Yang tak memerlukan, macam nak pi luar negara tadi tu, tak tunggu ada permohonan panjang pun, terus boleh lulus...tapi orang awam yang memerlukan ambik masa panjang nak lulus...
So ingatlah...lepas ni kalau ada yang 'terpaksa' memurtadkan diri kerana kesempitan kewangan di kalangan orang Islam, maka pihak berkuasa kewangan orang Islam sedikit sebanyak nak kena ada rasa tanggangjawab atas kepala la jugak bahawa anda menyumbang kepada perkara tu....bukan sepenuhnya tapi sedikit la...
Ni musim orang bayar Zakat Fitrah ni...semua bayar kat Pusat Zakat dan Baitulmal...makin bertambah la hasil kutipan zakat...jadi jangan nak megah bagitau jumlah yang besar andai masih ramai di keliling yang memerlukan...apa nak dikata...
11 comments:
Good entry. memang betul. Tweeted this entry to everyone. Hopefully orang Baitulmal ada baca.
Tu laa psl...kat mane2 food court ade je org jual tisu la hape la..wheres teh effin authorities..do someting about it
100% betul dan tepat. Tak perlu nak marahkan mereka yang menerima bantuan tersebut, serta tak perlulah mana-mana parti politik tiba-tiba nak jadi juara pembela ugama dan orang-orang yang selama ni tak dibantu. Tak payah nak berburuk sangka terhadap bantuan mereka, sememangnya ajaran agama mereka mengalakkannya, seperti juga ajaran agama Islam.Sebaliknya kita mesti melihat pada diri sendiri kenapa mereka perlu meminta bantuan dari pihak agama lain dan tidak dari pihak kita sendiri. Janganlah kerana birokrasi ada yang menjadi mangsa.
yup! very true indeed :).....nice!
Hazrey, TQVM dude...
saya sokong teguran ini; semoga ada org2 yg power dari jabatan berkenaan akan membuka mata dan minda dan akan berbuat sesuatu ke arah yg lebih baik buat umat islam semua.
Assalamualaikum, maaf menyampuk. saya tertarik dgn n3 empunya blog ini, tidak dinafikan ada yang benarnya ttp pastinya setiap urusan untuk diagihkan wang zakat perlulah diteliti dan diseldik terlebih dahulu spy wang zakat tersebut tdk terjatuh ke tgn mereka yg tidak layak (bukan asnaf) krn wang zakat bukan boleh dibuat main-main. Ini pendapat sayala.. Teringat cerita Pn Nur yang keluar paper tempoh hari, hari ini sy terbaca di website Pusat Zakat N9 membuat ulasan ttg Pn Nur, rujuk link ini http://zakatns.com.my/v3/arkib/agihan/29-agihan-2011/198-penjelasan-isu-laporan-akhbar-pujukan-gereja
atau pun ni saya copy paste,
PENJELASAN ISU LAPORAN AKHBAR ‘PUJUKAN GEREJA'
Adalah dimaklumkan merujuk kepada isu laporan akhbar bertajuk “PUJUKAN GEREJA” di Berita Mingguan bertarikh 7 Ogos 2011, Ahad.
Pihak kami ingin menjelaskan beliau yang dimaksudkan dalam laporan akhbar itu ialah sebagai ‘Pn Nur’, setelah semakan di buat beliau dan keluarga masih disenaraikan sebagai penerima bantuan zakat Baitulmal secara berkala dan turut menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan bermula pada Januari 2011 sehingga kini.
Mengikut rekod, beliau telah menerima bantuan zakat sebanyak 22 kali semenjak 22 November 2006 dan kali terakhir pada 13 hb Julai 2011, dengan pelbagai bentuk bantuan yang diterima seperti bantuan persekolahan anak, bil-bil utiliti dan bantuan makanan.
‘Pn Nur’ juga bukan berstatus ibu tunggal seperti dilaporkan akhbar tersebut tetapi masih bersuami dan suami beliau mempunyai pekerjaan berstatus jawatan tetap di sektor kerajaan.
Sehubungan dengan itu masyarakat di minta mendapatkan maklumat yang sebenar berkenaan isu ini agar tidak berlaku penerimaaan maklumat yang tidak tepat dan mengelirukan.
--> moral of the story peringatan tuk diri sendiri juga, sesuatu itu perlu diselidik terlebih dahulu sblm diterima. Maaf andai terlebih kata, Salam Ramadhan Al-Mubarak, semoga Ramadhan kita kali ini lebih bermakna dari yg sebelumnya dan dikesempatan Ramadhan ni, didoakan mereka yang menguruskan dan membuat agihan zakat ini dapat menguruskannya dengan jayanya. InsyaAllah
Salam A & A Excellent Ent.,
Terima kasih atas link dan C&P link tersebut.
Saya tak merujuk pada kes Puan Nur semata-mata. Malahan saya lebih menceritakan perihal sebuah negeri di Utara tanahair yang saya pernah terlibat berurusan dengan Pusat Zakat nya.
Atas asnaf apa menggunakan wang Baitulmal untuk perjalanan berbelas orang yang terlebih dari mampu untuk ke luar negara sekaligus menunai kan umrah? Adakah kerana mereka Ahli Majlis Agama Islam Negeri maka mereka boleh menggunakan wang zakat?
Saya pernah usaha bantu seorang yang amat dhaif untuk memperbaiki dapur rumah beliau yang kalau kita nak jenguk letak kaki pun takut bumbung runtuh. Saya sendiri ambil gambar dan bawa ke Baitulmal, tahu apa jawapan? Ooo...dia kena memohon. Saya bantu bawa beliau isi borang segala bagai, dan proses kelulusan memakan masa 4bulan...
Sesuatu yang berlaku bukan untuk kita pandang sebelah pihak tetapi semua pihak. Saya telah menulis kes Baitulmal ini sejak dulu lagi sebelum timbul kes gereja, sila semak entri lama-lama dulu...
Bukan niat saya untuk mereka agihkan wang zakat sesuka hati, tetapi lebih prudent di dalam membuat justifikasi...anyway selama ini pun banyak jugak pembahagian sesuka hati yang kita dah lihat, kan...
Salam Ramadhan kembali...
jelas ..
salam yg terbaru dengar proses bantuan baitulmal
klu nk cepat kene bagi komisen under table
mula mula tak caya gak tapi bila kwan sendiri bagi tau
kejut makkkkk ....
Post a Comment