Masih ingat peristiwa Tragedi Nikah Empat Jam dulu di Perlis? Kalau dah lupa, sila baca di SINI.
Dah baca?
Ok, kalau anda perasan dalam apa yang aku tulis tu, ada seorang anak allahyarham Abang Kadir, Dr Mohd Hafiz Abdul Kadir...dia ni anak lelaki kedua Allahyarham...
Tak berapa lama sebelum kemalangan yang menimpa Allahyarham Abang Kadir, Allahyarhamah Kak Apsah dan Allahyarham Arif, Abang Kadir ada bagitau aku bahawa Hafiz dikesan mengidap Leukimia...
Masa hari kejadian, waktu Dr Hafiz peluk aku di bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, dia sebut.."Ingatkan Ayah nak solatkan jenazah saya dulu..."
Hari Rabu yang lepas, lebih kurang jam 6.30 petang, Dr Hafiz menghembuskan nafas terakhir beliau di Hospital Ampang...
Allahyarham Dr Hafiz pergi menyertai Ayah, Ibu dan Adik Bongsu beliau...Tinggallah Azli anak yang sulung...Alhamdulillah beliau sudah berkeluarga dan tabah menghadapi semua ini...
Sekalung Al-Fatihah kita sedekahkan kepada roh semua mereka...semoga Allah menempatkan mereka di kalangan para solihin...Amin...
2 comments:
sedihnya..Al Fatihah
tak tahu kenapa saya nangis baca post ni.. sedih sangat sebab tak dapat bayang if terkena kat diri sendiri.. Al Fatihah untuk mereka
Post a Comment