Tapi lambat ke awal ke, aku tetap nak tulis sebab sejak mula aku dengar pendapat tu, aku rasa nak jawab sangat sangat tapi tak sempat...
Oh, kalau yang masih belum tau siapa empunya pendapat tersebut, pergi la cari kat dunia maya ni ye...mesti jumpa...hehe...
Sebelum korang baca ni, ada beberapa reminder aku nak letak :
1. Aku tak berniat menyanggah pendapat sesapa dan aku tak mau berbalah.
2. Aku bukan tahap Ulamak.Penulisan di bawah hanya berdasarkan pencarian ilmu saja.
3. Terpulang untuk semua memilih menyokong pendapat sesapa jugak pun.Aku tak paksa.
-------------------------------
Aku bahagikan kepada 3 segmen.
Segmen 1 : Adakah perjuangan di Palestin di kira sebagai Jihad?
Mengikut pandangan ustaz itu, tidak dikira sebagai Jihad. Menurut beliau Jihad memerlukan jumlah tentera Islam tidak kurang dari separuh jumlah tentera Kafir. Beliau bagi ayat 66 Surah Al-Anfaal :
الْآنَ خَفَّفَ اللَّـهُ عَنكُمْ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمْ ضَعْفًا ۚ فَإِن يَكُن مِّنكُم مِّائَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِن يَكُن مِّنكُمْ أَلْفٌ يَغْلِبُوا أَلْفَيْنِ بِإِذْنِ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ مَعَ الصَّابِرِينَBermaksud :
Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar.Jawapan aku :
Kenapa tidak kita lihat pada ayat sebelumnya, ayat 65 Surah Al-Anfaal :
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚ إِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُونَ صَابِرُونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِّنَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَBermaksud :
Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.Ayat 66, seperti kata Ustaz tersebut, Allah meletakkan nisbah 1:2 untuk tentera Islam menentang musuh mereka, manakala ayat 65, Allah meletakkan nisbah 1:10.
Ini jelas menunjukkan bahawa, bukan arahan dari Allah SWT untuk kita berperang menggunakan nisbah angka tersebut, tetapi untuk tentera Islam berjaya menumpaskan tentera musuh dengan nisbah tersebut. Maknanya, dengan perancangan yang teliti dan bijak, tidak mustahil untuk seorang tentera Islam menumpaskan dua orang musuh Islam di dalam ayat 66 tersebut. Bukan satu lawan dua, tetapi satu mengalahkan dua.
Ini di buktikan oleh Sirah Rasulullah SAW di dalam peperangan yang disertai oleh Baginda SAW dan para Sahabat Radiyallahu Anhum.
Peperangan Badar Al-Kubra - 313 tentera Islam menentang 1000 Kafir Quraisy
Peperangan Uhud - 700 tentera Islam menentang 3000 Musyrikin Mekkah
Peperangan Khandaq - 3000 tentera Islam menentang 10,000 gabungan tentera Ahzab
Peperangan Mu'tah - 3000 tentera Islam menentang 200,000 tentera RomeAdakah kita nak menidakkan kesemua peperangan di atas sebagai bukan Jihad berdasarkan hujah Ustaz tersebut?
As-Syeikh Abdul Aziz bin Baz di dalam fatwa beliau telah menyatakan bahawa perjuangan umat Islam Palestin menentang Zionis Israel adalah satu Jihad Islami yang mesti disokong oleh semua negara Islam. Perjuangan mereka, menurut beliau, ialah untuk mempertahankan Agama Islam, mempertahankan diri mereka, mempertahankan keluarga dan anak-anak mereka dan mengusir keluar musuh Islam yang menjajah negara dan bumi mereka dan mereka adalah mangsa kezaliman Yahudi Zionis. Beliau turut menyertakan dalil, antaranya ayat 123 Surah At-Taubah yang bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman! Perangilah orang-orang kafir musyrik yang berdekatan dengan kamu; dan biarlah mereka merasai sikap kekerasan (serta ketabahan hati) yang ada pada kamu; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa (dengan memberikan pertolonganNya).Berikut ini ialah petikan fatwa Bin Baz di dalam Bahasa Arab. Rujuk SINI.
لقد ثبت لدينا بشهادة العدول الثقات أن الانتفاضة الفلسطينية والقائمين بها من خواص المسلمين هناك وأن جهادهم إسلامي؛ لأنهم مظلومون من اليهود؛ ولأن الواجب عليهم الدفاع عن دينهم وأنفسهم وأهليهم وأولادهم وإخراج عدوهم من أرضهم بكل ما استطاعوا من قوة.
وقد أخبرنا الثقات الذين خالطوهم في جهادهم وشاركوهم في ذلك عن حماسهم الإسلامي وحرصهم على تطبيق الشريعة الإسلامية فيما بينهم، فالواجب على الدول الإسلامية وعلى بقية المسلمين تأييدهم ودعمهم ليتخلصوا من عدوهم وليرجعوا إلى بلادهم عملا بقول الله عز وجل: {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قَاتِلُوا الَّذِينَ يَلُونَكُمْ مِنَ الْكُفَّارِ وَلْيَجِدُوا فِيكُمْ غِلْظَةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ}
Segmen 2 : Perlukah Umat Islam Palestin berhijrah keluar dari bumi mereka?
Menurut Ustaz tersebut, apabila tiada Jihad, maka pilihan yang ada untuk umat Islam Palestin ialah berhijrah keluar dari bumi Palestin ke negara-negara Islam lain. Beliau memberi contoh Rasulullah SAW dan para Sahabat yang berhijrah keluar dari Mekkah Al-Mukarramah menuju Madinah Al-Munawwarah kerana tidak dibenarkan oleh Allah SWT pada masa itu untuk berjihad peperangan.
Jawapan aku :
Pertama sekali kita perlu tahu apa definisi Hijrah di dalam Islam.
Hijrah, menurut kitab Misbahul Munir, ialah meninggalkan satu tempat (negara) ke tempat (negara) lain. Sekiranya bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT, ianya ialah Hijrah yang dibolehkan oleh Syarak, manakala Ustaz Sa'diy Abu Jaib di dalam Al-Qamus Al-Fiqhiy Lughatan wa Istilahan pula menambah, ianya ialah perpindahan dari Perkampungan (Negara) Kufur ke Perkampungan (Negara) Islam kerana takutkan fitnah atau ujian yang menimpa.
Kedua, kita tengok hukum Hijrah.
Hijrah pada asalnya ialah Harus. Sebab itu para Sahabat pernah berhijrah dua kali dari Mekkah ke Habsyah. Kemudian Rasulullah SAW mengepalai Hijrah ke Madinah, jugak hukumnya harus, bukan wajib.
Kemudian, setelah Baginda berada di Madinah, umat Islam yang tertinggal di Mekkah dianiayai dan ditekan, menyebabkan Hijrah menjadi Wajib hukumnya. Bahkan Allah SWT menjanjikan pelbagai ganjaran yang besar buat hambaNya yang berhijrah ketika itu.
Adakah wujud Hijrah selepas Pembukaan Kota Mekkah (Fathu Makkah)?
Terdapat dua hadis yang seolah-olah bercanggahan satu dengan yang lain. Hadis pertama yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, yang bermaksud :
Dari Ibnu Abbas R.A, Rasulullah SAW bersabda "Tiada Hijrah selepas Pembukaan Kota Mekkah, yang ada hanyalah Jihad dan Niat".manakala hadis kedua yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bermaksud :
Dari Mu'awiyah R.A, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda "Tidak putus Hijrah kecuali apabila putusnya taubat, dan tidak putus taubat kecuali apabila matahari terbit dari sebelah Barat".
Para ulamak Ilmu Hadis telah berpendapat dengan tiga pendapat. Ada yang mengatakan tidak ada langsung Hijrah melainkan keluar untuk berperang atau menuntut ilmu. Ada pula yang mengatakan Hijrah yang dinafikan ialah Hijrah dari Mekkah ke Madinah setelah Pembukaan Kota Mekkah dan pendapat ketiga mengatakan Hijrah yang dimaksudkan di dalam hadis kedua ialah hijrah sikap atau perangai.
Kembali kepada isu Palestin, adakah perlu mereka berhijrah? Jawapan aku ialah TIDAK PERLU, malahan TIDAK BOLEH. Sebabnya :
1. Tidak ada sebab yang Syar'ie yang membolehkan Hijrah dilakukan. Umat Islam di Palestin tidak dihalang dari melakukan amalan Islam. Pencarian ilmu agama juga tidak sukar, malahan Ulamak dan Guru Agama masih ramai di bumi Palestin.
2. Kerajaan Palestin, yang berpusat di Gaza (Ghazzah) ialah Kerajaan Islam yang berlandaskan syariat Islam. Hijrah sepatutnya dari negara yang bukan Islam kepada negara Islam, bukan sebaliknya.
3. Yahudi, khusunya Zionis, sangat tinggi keazaman mereka untuk terus mengusir penduduk Islam di bumi Palestin sehingga habis semuanya keluar, bagi membolehkan mereka memiliki keseluruhan bumi suci itu.Boleh rujuk kepada beberapa perjanjian yang telah dimeterai sebelum ini yang jelas mengusir penduduk Palestin.
4. Realiti semasa hari ini tidak memudahkan Hijrah. Keperluan kepada pasport, visa, pekerjaan, sumber pencarian untuk hidup dan sebagainya pasti akan lebih memberi tekanan kepada penduduk Palestin.
5. Palestin ialah bumi suci yang terdapat padanya Baitul Muqaddis yang merupakan salah satu dari tiga tempat yang disuruh umat Islam berusaha untuk mengunjunginya selain Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Menyuruh berhijrah keluar dari Palestin adalah seperti menyuruh berhijrah keluar dari bumi Mekkah dan Madinah.
Segmen 3 : Adakah tindakan boikot tidak menepati kehendak Al-Quran dan As-Sunnah?
Aku tak pasti apa Ustaz tu kata, tapi sesetengah pengikut beliau amat kritis terhadap tindakan memboikot sehingga ada yang mengatakan lari dari ajaran ahli Sunnah wal Jamaah.
Jawapan aku :
1. Ayat 59 dan 60 Surah Yusof :
وَلَمَّا جَهَّزَهُم بِجَهَازِهِمْ قَالَ ائْتُونِي بِأَخٍ لَّكُم مِّنْ أَبِيكُمْ ۚ أَلَا تَرَوْنَ أَنِّي أُوفِي الْكَيْلَ وَأَنَا خَيْرُ الْمُنزِلِينَ ﴿٥٩﴾ فَإِن لَّمْ تَأْتُونِي بِهِ فَلَا كَيْلَ لَكُمْ عِندِي وَلَا تَقْرَبُونِBermaksud :
Dan ketika Yusuf menyediakan untuk mereka bekalan mereka, berkatalah ia:" (Pada kali yang lain) bawalah kepadaku saudara kamu yang sebapa. Tidakkah kamu melihat, bahawa aku menyempurnakan bekalan makanan kamu, dan bahawa aku sebaik-baik penerima tetamu? (59) Oleh itu, kalau kamu tidak membawanya kepadaku, maka tidak ada hak bagi kamu mendapat bekalan makanan di sisiku, dan janganlah kamu menghampiriku lagi".
Pengajaran : Nabi Yusof A.S telah menghalang pemberian makanan kepada saudaranya dengan tujuan dapat berjumpa dengan ayahanda baginda. Tindakan menghalang makanan supaya dapat memenuhi hajat baginda ini adalah sebahagian usaha boikot.
2. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A :
Sesungguhnya telah berkata seseorang kepada Thumamah ibn Uthal selepas keislamannya, “Adakah kau telah disihir?” Lalu dia menjawab tidak. “Tetapi aku telah Islam dan mengikut agama yang dibawa Nabi Muhammad saw.” Lalu dia bersumpah, “Selepas ini tiada gandum dan hasil keluaran tempatku yang akan sampai kepadamu sehinggalah kau mengikut(agama) Nabi Muhammad.”Pengajaran : Perbuatan Thumamah yang mengancam untuk menghentikan bekalan makanan adalah satu usaha boikot ekonomi yang akan pastinya melemahkan sumber kewangan musuh Islam.
Cukuplah satu dalil Al-Quran dan satu dalil Hadis aku bagi untuk usaha boikot ni.
Baiklah.
Apa implikasi bila kita kata tiada Jihad di Palestin?
Implikasinya besar. Bermakna, setiap usaha perjuangan mereka di bumi tanahair mereka yang terjajah itu adalah sia-sia. Setiap sumbangan yang umat Islam salurkan kepada saudara seagama kita di Palestin adalah sia-sia. Setiap jiwa, baik tua atau muda, wanita atau lelaki, kanak-kanak atau dewasa, yang mati mempertahankan tanahair mereka bukanlah syahid bahkan kematian biasa seperti kematian ketika kemalangan jalan raya di negara kita saja.
Besar kan.
Akhir kata, aku nak ajak kita semua, cuba renung situasi ini.
Negara kita sedang ditakluki oleh Zionis yang jumlah mereka melebihi dua kali ganda penduduk Islam Malaysia. Tiada Jihad. Jadi kita harus berhijrah keluar dari Malaysia. Harus meninggalkan Kuala Lumpur. Harus meninggalkan Petaling Jaya. Harus meninggalkan Sungai Kantan, Kajang. Harus meninggalkan semua kampung halaman kita. Andai kita berjuang mempertahankan bumi kita, kita bukan melaksanakan jihad bahkan kita engkar ajaran Al-Quran dan As-Sunnah.
Bayangkan situasi di atas. Apa agaknya reaksi kita andai kita dihadapkan dengan kenyataan di atas. Marah atau tidak? Bayangkan ayat yang sama kita persembahkan kepada saudara seagama kita di bumi Palestin. Apa agaknya reaksi mereka. Wallahua'alam. Apa nak dikata.
Azhar Abdullah
10 Disember 2012
Kuala Lumpur, Malaysia.
2 comments:
salam kenal.
t.kasih atas perkongsian ini
Salam En. Azhar Abdullah..
Disini juga ada beberapa pandangan kepada kenyataan ustaz tersebut?
Segmen 1.Tiada jihad di bumi Palestin!
-berdasarkan keterangan melalui ayat 65-66 surah al-anfaal,boleh jadi:-
20 orang sabar=200 orang kafir (1:10)
menjadi:-
20 orang sabar=40 orang kafir (1:2)
100 orang sabar=200 orang kafir
persoalan disini kepada Ustaz dan juga penulis,kenapa yang dititikberatkan adalah nisbah tentera, dan bukan 'orang2 yg sabar'. Apakah 'orang2 sabar' itu ada pada orang palestin.
Perjuangan orang palestin adalah untuk memerdekakan tanah air dari zionis, bukan perjuangan kerana Allah swt. Jikalau kerana Allah swt semata-mata nescaya hancur Israel itu kerana Allah swt tidak memungkiri janjiNya..Perbandingan peperangan zaman Rasulullah saw itu betul, namun apakah sama dengan tujuan orang2 palestin..
Segmen 2:Umat Islam Palestin berhijrah!
-Ya setuju dengan pendapat penulis.Tiada hujrah setelah hujrah Nabi Muhammad saw. Namun, penhijrahan mencari jalan kebenaran itu perlu kerana sesudah berpuluh tahun masih tiada perubahan,palestin masih sebegini. Maka, pasti ada sesuatu yg Allah swt mahu masyarakat Palestin mencarinya atau mengubahnya.Bantuan Allah keatas peperangan dahulu tidak mustahil terjadi sekarang,perlulah kita mencari jalan sebenarnya, apa silap umat islam palestin juga umat islam sedunia sehingga terjadi seperti sekarang. Sepertinya Allah swt menantikan umat islam bertemu jalan kebenaranNya sebelum segala rahmat dan kurniaanNya dihamburkan keseluruh alam..
Segmen 3: Tindakan boikot!
-Sebelum kita membuat sesuatu perkara, mari bertanya kepada diri kita sendiri seIKHLASnya, kerana apa segala perbuatan kita ini diperuntukkan? apakah kerana ingin menghancurkan syarikat yg membantu israel, atau mengganggu penyokong israel atau kerana Allah semata?. Jawapan ini tidak perlu dijawab, kerana ia adalah antara individu atau kita dengan Allah swt..Tanyalah kepada hati naluri kita, apakah segala perbuatan dan tindakan kita semata-mata kerana Allah swt, dan tiada yang kedua,ketiga atau lainnya?..
Persoalan kerana Allah ini perlu dijawab oleh hati kita kerana Kata Allah swt, barangsiapa membuat sesuatu perkara bukan kerana Aku semata2, sesungguhnya, tempatKu akan digantikan Iblis laknatullah..Walaupun ia setinggi menjadi seorang Hafiz Al-quran, juga bersolat seumur hidupnya atau menderma seluruh hartanya...
Ketiga2 segmen ini, jika tiada inti IKHLAS dihatinya, maka segala amal ibadat adalah tertolak..wassalam
Post a Comment