Tuesday, February 2, 2010

Antara Kerenah Bercinta dan Cinta Berkerenah...

About a year ago aku ada tulis satu entri, Berkongsi Masalah ; Masalah Berkongsi...it's about lelaki atau wanita yang mengadu nasib dan berkongsi masalah dengan gender yang berlawanan...pi la baca kalau dah lupa...

Lebih kurang sama dengan apa yang dah aku tulis, sekali lagi aku nak kongsi...kali ni berdasarkan beberapa kajian kes (pergh, macam tesis nak buat PhD la pulak...haha) yang aku jumpa...masih sekitar sikap manusia terhadap gender atau jantina berlainan...

Sebelum aku mulakan story, aku bagitau siap-siap memang ada di antara kisah-kisah yang bakal dipaparkan kali ni merupakan kisah benar yang diceritakan kepada aku, tapi tiada nama sebenar digunakan dan ada sikit tokok tambah la nak bagi sedap...biasa la kan...so harapnya jangan saman aku, sebab aku memang takde duit nak bayar...aku parking kereta pun tak bayar tau..

Kisah 1 : Suamimu Suamiku Jua (bukan telemovie tu ye...BTW cerita tu amat tak best kan garapannya...)


Sepasang suami isteri...si suami beristeri dua..dan wanita ni isteri kedua...ok la aku bagi nama la sedap sikit...Jason dan Jane (muslim tau depa dua ni...) dan Jason dah ada isteri sebelum tu nama Mariah...ok tak nama tu?

Jason dan Jane kahwin, tanpa kebenaran Mariah...so cut the crap..satu hari Mariah dapat tahu, Mariah sudah marah-marah...tapi Alhamdulillah si Jane ni dengan penuh lemah lembut pegi jumpa, minta maaf dan berbaik-baik dengan Mariah...sampaikan kedua-dua depa dah boleh pegi shopping bersama (mampos la Jason, daripada satu handbag dah kena dua...hambik ko..)

Tiba-tiba satu hari, dengan kerjasama seorang batu api yang tak tahu dia jeles ke hape ke...Mariah kembali marah pada Jane...menyebabkan Mariah kata, dia atau saya...jeng jeng..

Jason pulak pening kepala...Jason pun kejap menangkan Mariah, kejap marahkan Jane...tapi yang jadi mangsa ialah Jane, sampaikan Jason kata "rasa menyesal pulak kawen dengan ko Jane.."

Dah, tak yah panjang-panjang cerita...

Moral of The Story:

Dalam amalan berpoligami, struktur paling penting adalah suami...ya lelaki tu..Kalau dia lemah gemalai, tak yah la teringin nak pasang dua (atau tiga atau empat)...sebabnya, setiap isteri pasti akan demand lebih...waimma dia tu yang muda atau yang tua...maka anda lah sebagai ketua dua rumahtangga kena teguhkan peribadi, tetapkan prinsip dan tegaskan kata-kata...anda kata A, maka A lah diorang kena ikut, anda kata B, B lah...jangan pulak anda yang mintak pendapat..."err Mariah, you rasa I nak baik rumah you ke rumah Jane Isnin depan ni.."...for sure la Mariah akan kata balik rumah dia...kan...

So kalau nak poligami, buat cara nak poligami...

Yang kedua, isteri-isteri, jangan la nak dengar mulut lain selain mulut suami dan madu anda...dengar dan ikut cakap suami dan berkomunikasi lah dengan madu anda...tak yah nak tanya Joyah ke Munah ke...diorang tu adalah penambah perisa yang amat tidak sihat dalam gizi anda mengalahkan Ve Tsin (tak tahu apa tu??pegi tanya tukang masak kedai tomyam...)

Aku ni tidak berpoligami...aku sayang bini sebab bini sayang aku...hehe...dan tak sepatutnya aku bagi nasihat tentang poligami...cuma aku ada beberapa pengalaman mendampingi orang berpoligami ni, dari sebelum dia poligami sampai la dia dah sah ada dua ekzos isteri...dan ini lah hasil pemerhatian aku...

Kalau nak poligami, tapi tak sanggup nak buat keputusan dengan muka kering kat isteri (muda ke tua ke)...maka jangan...sebab anda tak boleh terpengaruh dengan emosi bila nak buat keputusan...

Jadual dah siap untuk seminggu, tiba-tiba malam tu isteri buat lembik leher, ala bang, tido la satu malam lagi sini...saya takut la...saya sunyi la...saya nak ajak abang tgk movie malam karang la...ini semua permainan emosi...kalau anda lemah dan terpedaya, maka hak isteri yang lagi satu akan terabai, maka anda tidak berlaku adil...

Sebab tu kena ada hati kering dalam poligami ni...takde takde, abang mesti ikut jadual...lusa abang datang sini balik kita tengok movie...

Gitu la lebih kurang nya...

Beralih ke kisah seterusnya...

Kisah 2 : Singkong dan Keju

bersambung di entri akan datang...sori aku mengantuk dah...lagipun entri tak leh panjang-panjang, nanti korang bosan...tunggu ya...hehe...apa nak dikata...

3 comments:

azieazah said...

Wahh ini sudah bagus punya cerita... hehehe..

Kak Azie tingin benar nak tau lagi ni... (sementara hati masih kering tak kisah langsung jika suami nak kahwin lagi.. dan lagi...)

betullll....!

Suria Azhar said...

tak paham sgt citer u ni...

Jalaks said...

Ok ok...kanda surrender... (madu tiga)