My wife dengar from someone di zaman sekolah dia...but then she realized I also know how to sing the song (nasheed is song in Arabic)...
Aku mula dengar lagu-lagu tu yang dinyanyikan oleh Abu Ratib dari Syria sejak aku umur sekolah menengah...masa tu aku suka tanpa tahu maknanya...bukan ada irama muzik yang hebat pun cuma pukulan "Duf" atau kompang saja, tetapi suara Abu Ratib masuk dalam jiwa aku...
Perlahan-lahan lepas tu aku mula memahami apa makna disebalik bait-bait lagu tu semua...sungguh indah...dan Alhamdulillah bila aku mengkhususkan pengajian aku dalam bidang Sastera Arab, aku lebih faham maksud lagu-lagu tersebut sampai aku rasa jiwa aku sesuai dengan ayat dan bait tu semua...
Terus terang aku katakan, aku minat sastera Arab secara sendirinya, tanpa ada sebarang dorongan...dan tak mustahil kalau aku kata lagu-lagu nyanyian Abu Ratib ni ada jugak pengaruh dalam kehendak aku tu...
On the spot bila ditanya bidang apa aku nak pursue study masa tu, aku akan jawab bidang Bahasa Arab...
Then bila dalam pengkhususan, lebih banyak keindahan sastera Arab yang aku selami, dan seriously aku kata, sastera Arab jauh beribu batu lebih indah berbanding sastera bahasa lain...
So sejak kemarin aku berhempas pulas mencari dua buah lagu Abu Ratib yang dulu menjadi siulan aku...aku dapat jumpa dan aku usahakan untuk upload ke Youtube...hasilnya...
dan...
Panjang untuk aku terjemahkan kat sini...lagu pertama tu Abu Ratib menyanyikan bait-bait mengenangkan negara tercinta Syria...manakala lagu kedua tu pula menanam semangat jihad untuk pemuda Islam dalam menegakkan syiar Islam...
Bahasa Arab adalah satu bahasa yang kaya...kaya dengan keindahan dan perkataan..
Aku bagi contoh bait syair dari penyair terkenal Abu Tayyib Al-Mutanabbi...
فَداهُ الوَرَى أمضَى السّيُوفِ مَضَارِبَا | ألا ما لسَيفِ الدّوْلَةِ اليَوْمَ عَاتِبَا |
تَنَائِفَ لا أشْتَاقُها وَسَبَاسِبَا | وما لي إذا ما اشتَقْتُ أبصَرْتُ دونَهُ |
أُحادِثُ فيها بَدْرَهَا وَالكَوَاكِبَا | وَقد كانَ يُدْني مَجلِسِي من سَمائِهِ |
وَحَسبيَ مَوْهُوباً وحَسبُكَ وَاهِبَا | حَنَانَيْكَ مَسْؤولاً وَلَبّيْكَ داعياً |
أهذا جَزاءُ الكِذبِ إنْ كنتُ كاذِبَا | أهذا جَزاءُ الصّدْقِ إنْ كنتُ صادقاً |
مَحا الذّنْبَ كلَّ المَحوِ مَن جاءَ تائِبَا | وَإنْ كانَ ذَنْبي كلَّ ذَنْبٍ فإنّهُ |
korang perhatikan part kedua setiap bait (sebelah kiri) tu...setiap satu bait tu berakhir dengan huruf (BA)...maka seluruh bait dalam qasidah tu akan diakhiri dengan huruf (BA)...kalau huruf (TA), maka (TA) la semuanya...
Bukan setakat tu, setiap satu qasidah hanya akan menggunakan satu rhythm yang disebut sebagai "Bahr 'Arudh"...ala macam tempo lagu la...setiap satu bait akan sama tempo rhythm dengan bait yang lain dalam satu qasidah tu...panjang kalau nak cerita kat sini...
Sebab tu, dalam Bahasa Arab, perkataan Singa ada 500 perkataan seerti...Asad bermaksud singa, Laith jugak singa...dan ada 498 perkataan lain lagi...semuanya untuk membolehkan penyair meletakkan perkataan tu tanpa mengganggu huruf akhir (qafiyah) setiap bait syair...
Nanti la satu hari aku ceritakan lagi pasal Sastera Arab nih...but the most beautiful wordings in Arabic are still Al-Quran...tak dak sapa boleh lawan la...
Oh ya, walaupun aku minat sangat Sastera Arab, aku cannot go la sastera melayu...so sorry...no offence ok...apa nak dikata...
2 comments:
sy lak yg jatuh chenta ng lagu yg uncle post nih.. nak cr mp3 dia lah
hehe.. biasa la tu..
mungkin sebab takder variety sangat kot dalam tatabahasa melayu.. nak2 plak, pengajaran dan pembelajaran cam plain jer membuatkan macam tak special pun sastera melayu tu untuk orang2 melayu ni.. kadang2 yang memberi pengajaran pun cam boring jer bila melibatkan bahasa melayu..
tapi memang bahasa arab dikenali dengan keindahan serta syairnya yang tersendiri.. kalau dah faham, mesti lagi seronok.. no offence pun, hoho.. ^_^
Post a Comment