Friday, May 7, 2010

Tak Bercinta Tapi Rela Ditiduri..??

Rasanya semua dah baca pasal seorang pelajar perempuan tingkatan tiga yang bersalin dalam tandas klinik kemarin kan...

Banyak pulak kes melibatkan budak umur 15 tahun ni ye...yang memandu pukul 2 pagi secara mencurigakan, yang menyamun kefe siber, yang beranak dalam tandas, yang rogol kawan sekelas...macam-macam lagi...I wonder what will their parents give review on their kids..."saya kenal anak saya.."...ayat klise kan...

Ok, tak mau cerita part tu, nak cerita susulan budak yang beranak tu...baca paper hari ni...

Pelajar Tingkatan Tiga insaf mahu perbaiki diri demi masa depan

KUALA BERANG: "Kami tidak pernah bercinta, tapi saya merelakan setiap kali dia masuk melalui tingkap untuk tidur bersama," kata pelajar Tingkatan Tiga dari Felda Jerangau, Hulu Terengganu yang melahirkan bayi lelaki dalam tandas di pusat kesihatan di penempatan itu kira-kira jam 10 pagi kelmarin.
Hasil hubungan terlarang dengan rakan lelaki sekelas yang juga jirannya, pelajar perempuan yang dipercayai lurus bendul itu berkata, dia menyedari mengandung pada Januari lalu selepas menjalin hubungan sejak Oktober tahun lalu.
Ketika ditemui di Hospital Hulu Terengganu petang semalam, dia mengaku sudah memaafkan perbuatan pelajar lelaki itu tetapi tidak mahu bertemunya lagi kerana matlamatnya selepas ini hanyalah menjadi ibu kepada anak yang baru dilahirkan dan meneruskan persekolahan.

Katanya, rakan lelaki jirannya itu tidak tahu dia mengandung dan mereka juga sudah tidak bertemu sejak Disember tahun lalu.

"Saya insaf dan tidak mahu lagi membuat perkara terkutuk seperti ini dan saya ingin memperbaiki diri demi masa depan. Hidup saya selepas ini hanyalah untuk keluarga dan menjaga anak ini," katanya sebak tetapi mengakui berasa lega kerana ibunya masih dapat menerimanya walaupun terkilan dengan perbuatannya.

Menceritakan kejadian sebelum melahirkan anak di Klinik Kesihatan Felda Jerangau kelmarin, katanya, dia sudah menjangka untuk bersalin selepas berasa sakit perut dan mengikut ibunya ke pusat kesihatan itu.
"Setiba di klinik itu, saya bimbang ibu mengetahui saya mengandung, jadi sementara menunggu rawatan saya membuat keputusan ke tandas selepas berasa sakit seperti hendak membuang air besar," katanya yang mengakui bersalin dengan mudah selepas duduk di tandas itu.
-
Baca selanjutnya...

Aku macam terkedu pun ada, bila baca part pertama laporan tu...

"Kami tidak pernah bercinta, tapi saya merelakan setiap kali dia masuk melalui tingkap untuk tidur bersama,"

Perghh...ni kira hebat la...

Setahu aku, berdasarkan movie omputih yang aku selalu tengok pun, budak-budak omputih yang memang Barat tu pun kalau nak tidur (maknanya nak having sex la...) sekali pun dia hanya dengan kekasih dia...habis sangat pun one night stand kalau bukan orang yang dia cintai...

Tapi budak 15 tahun ni, tak cinta jirannya yang sebaya tu, tapi sanggup having sex dengan budak tu setiap kali budak tu masuk melalui tingkap ke bilik dia...

Berapa kekerapan tu? Tak pulak dia nyatakan...

Agaknya macam orang dah berumahtangga la kan, bukan setiap hari nak having sex ni, but each time nak je, maka akan gesel2 dan bagi hint kat suami/isteri...main kelip-kelip mata ke..hehe...so budak ni each time datang keinginan membayar bil air tertunggak tu maka dia ketuk tingkap rumah budak sebelah dan masuk...and the had sex each of that time...

Love..? No...takde feeling pun...

Ada beberapa points yang aku nak highlight dari kisah having sex tanpa love yang masuk ikut tingkap ni...

1. Cuba korang fikir, siapa yang having sex without love? Aku malas nak cakap bahasa direct, tapi setahu aku orang yang sanggup having sex tanpa ada love atau sedikit feeling ni ialah orang yang bekerja untuk itu...but they're being paid for that...

Budak tu ada dapat bayaran? Tak tau la pulak kan, tapi setakat yang diceritakan tak de la...lagi mak bapak dia nak kena tanggung dia dan anak dia yang baru lahir tu ada la..

2. Masuk ikut tingkap malam2 malam hari...hmmm...sebab tu selain untuk mengelakkan pencuri masuk, pagar besi jugak bertindak menghalang anak jiran anda masuk untuk meniduri anak anda...so ibu bapa sila pastikan bilik tidur, terutama sekali bilik tidur anak anda dipasang pagar besi...dia tak leh sneak out untuk bawak kereta pergi tengok bola pukul 2 pagi (kata tak tahu dia keluar, tetiba pulak boleh tahu dia keluar tengok bola...hehe..) dan teman lelaki, eh silap, kawan dia yang tak de feeling dengan dia boleh sneak in masuk having sex dengan dia...

3. Budak lelaki tu tak tahu si budak pompuan ni mengandung...fuh...ini memang really hebat la....

Katanya setiap kali dia sneak in dia dibenarkan tidur bersama...adakah once dia tidak datang period dia tidak lagi membenarkan budak lelaki tu masuk tidur? kalau dia masih membenarkan maka takkan la tak pernah sekali pun ter bagitahu.."Saya dah tak datang period tiga bulan ni, saya rasa saya mengandung la..."??

Dia kata since Desember tak jumpa...that was 5 months back, maknanya that time dia dah pregnant at least 4 bulan..

Ataupun they don't even talk semasa having sex tu?Atau dia tak gamak bagitahu yang dia pregnant takut-takut budak tu tak mahu lagi sneak in dan bagi dia that orgasm..??Forgive my straightforwardness ok..

4. Polis kata akan siasat mengikut Seksyen 315 Kanun Acara Jenayah kerana menyembunyikan kelahiran...is that all?

Tak jadi kesalahan ke budak bawah umur having sex sesama sendiri dengan consent?

Kalau macam tu kenapa pelacur bawah umur ditangkap dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak walhal mereka juga having sex with consent, bezanya diorang memperdagangkan seks...sexual partner mereka jugak tidak mereka cintai dan andai kata mereka mengandung pun sexual partner mereka tak tahu pun diorang pregnant...kan...

So kat mana bezanya? Adakah sebab dia kata dia insaf dan nak membesarkan anaknya maka dia telah boleh dimaafkan sedemikian rupa?

Please forgive me, I'm innocent.
I tak cinta pun dia, dah dia masuk bilik,
I bagi la apa dia nak...-gambar hiasan

Kalau macam tu, lepas ni setiap kes mengandung sebelum nikah oleh remaja, diorang akan ajak ibu pergi klinik, then pergi beranak dalam tandas, then lepas tu claim insaf, tidak menyintai lelaki tu dan akan membesarkan anak tu serta meneruskan persekolahan...oh ya, kes buang bayi takkan lagi berlaku lepas ni sebab semua dah ready memelihara anak tu tanpa cinta dari their sexual partner...

Aku tak tahu orang lain, tapi pada aku pengakuan budak ni dalam paper tu amat memeranjatkan aku...sebab aku rasa hampir semua orang yang dah dewasa ni faham bahawa sex is something big...bukan benda share air sirap satu bungkus guna straw yang sama dengan kawan lelaki atau perempuan lain...

Aku ada 3 anak lelaki, dan memang cabaran membesarkan anak zaman sekarang ni amat terasa...but as a parents kita kena try buat yang termampu dan terbaik untuk mendidik anak-anak...Aku sentiasa berdoa supaya kami diberi kekuatan dan kemampuan untuk mendidik anak-anak supaya menjadi orang...dan dapat bimbing diorang jadi manusia yang baik dan soleh...so far Alhamdulillah...cuma kadang-kadang Adam macam ada kejutan budaya bila dia balik sekolah bagitahu kawan kat sekolah suruh budak pompuan kat kelas dia cakap "Ambil ambil saya pergi muda" dalam Bahasa Inggeris...hahahaha...seriously aku dan wife tak dapat elak gelak kuat-kuat masa tu....

Sama-sama kita doakan supaya semua umat Islam dapat jaga anak-anak kita dengan baik dan minta dijauhkan segala perkara keburukan...kita usaha, selebihnya kita serahkan pada Allah untuk menentukannya...apa nak dikata...




8 comments:

echah_syed said...

risau sgt.. :(

anak jiran belakang rumah bawa boipren masuk rumah org lain ketika tuan rumah itu balik kampung.masuk ikut pintu belakang.bayangkan punye desperate kan.baru berumur 16 tahun.

combi pun mcm en azhar jugak selalu berdoa supaya anak-anak dipelihara iman mereka dan sentiasa rasa malu utk membuat sesuatu diluar kawalan kita.

mmg mencabar kekuatan mental kita utk membesarkan anak-anak dizaman ini.hanya doa,doa dan doa sahaja menjadi peneman ketika sukar.insyaALLAH

shahadan said...

sy raselaa budak tuh lom matang dr segi pemikiran laa... kalu kitelaa, x tergamak nk kuar statement mcm tuh, kelak akan malukan diri sendiri...

selalunyee org mcm nih, die xkan berpikir dulu baik ngn buruknyee sblm berckp...

lebih elok dibela budak tuh dr di buang...

Brahim Nyior said...

Saya sendiri keliru dengan anak-anak remaja kita hari ini. Sebagai guru, saya amat kecewa dengan segelintir ibu bapa yang tidak memantau perilaku anak-anak. Tugas mendidik diserah kepada guru, manakala mereka kebanyakannya sibuk dengan kerjaya dan urusan seharian.

Anak remaja seperti ini masih berhingus dan tidak matang, akhirnya terjebak dalam perangkap yang dibinanya sendiri.

Rifaie said...

huhuh..nak ada perasaan cinta cmne uncle.. boyish dia ni.. sebelah kampung je ni uncle.. riuh jap pagi tu.. keluarga dia ni mmg jenis omputih.. hehhe.. akak dia baru ni pn baru gak lahir sorang baby yang takde bapak.. kawasan felda.. tak lari la dari benda2 camni..

Faizul said...

budak2 la ni semua dah hebat2 belaka..
gua respek betul.

NenetPenne (NP) said...

tekesima jap...
tak kahwin, senang dapat anak
senang mengandung
senang melahirkan
uuuh orang yang dah kahwin kadang2 bertahun tak dapat anak...

Mumu Abdullah said...

_anakmak_

salam n smile

in my POV no wonder la si lelaki ni boleh senang2 je masuk rumah ppuan tu.. umah felda, manade pagar kn? hurmmm security x ketat tu..

nk dijadikan isu, skang ni kalau kt belum ade bf/gf kt dilabel 'lesbian' ataupun 'gay'.. padahal ape faedah couple itu sendiri? sekadar nk lepaskan nafsu dgn free of charce (FOC) je ke??

Anonymous said...

lorrrr...no love???
but like doing it???

boleh plak ea....now aku paham