Another rage entry...sangat-sangat rage...serius marah yang amat...
It's about sebuah syarikat yang ternama, besar dan hebat dalam bidang courier...Nationwide Express...
Aku tak pernah guna khidmat Nationwide Express ni...samada aku pakai City Link atau Poslaju saja...hanya dua tu...
Aku sepatutnya menerima sebuah parcel kiriman seseorang yang dikirimkan dari Kota Bharu, Kelantan....parcel tersebut dah dikirimkan melalui Nationwide Express pada 2 Jun 2010 (Rabu) dan sewajarnya, berdasarkan khidmat penghantaran express yang selalunya diamalkan oleh pihak mana-mana courier service, akan sampai pada hari ini, Khamis 3 Jun 2010...
Tengahari tadi, aku track CN number yang diberikan oleh pengirim ni....sekitar jam satu katanya barang dah ada kat Alor Star...so aku cakap kat wifey barang tu mungkin sampai petang kat rumah kita...
Sampai pukul 5 takde perkhabaran berita langsung, dan since aku tak de akses internet masa tu, aku terus pergi ke pejabat Nationwide Express Kangar di Persiaran Jubli Emas...dekat dengan Putra Palace...
Bila sampai kat situ, setelah bagi CN number, kerani perempuan tu kata barang tu masih di Alor Star dan mungkin...aku ulangi MUNGKIN akan sampai di Kangar esok, 4 Jun 2010 (Jumaat) sekitar jam 12 tengahari...
Aku memang hangen masa tu...sebab gaya bersahaja yang dipamerkan oleh kerani perempuan tu, yang sambil bercakap dengan kami sambil meneruskan gelak ketawa bersama kawan-kawan Mat Despatch nya....
Aku terus sound, takkan dari Alor Star nak ke Kangar ambik masa 24 jam?Tadi tengahari dah kat Alor Star, esok baru sampai..???
Mat Despatch yang duduk depan kerani perempuan tu, aku rasa dia nak ngurat budak perempuan ni, sebab tu dia memperjudikan kerjaya dia dan memusingkan badannya mengadap aku seraya berkata.."Bang, kami ni ada banyak destinasi lain nak pi...Alor Star tu bukan dekat, esok kami pi ambik sekali dengan barang lain la..."..
Sial..Aku sound budak tu..."Perkhidmatan courier ni orang bayar mahal tau...lebih mahal dari Poslaju...tapi kalau korang nak pergi Alor Star pun malas, baik tak yah pakai courier, aku pos pakai pejabat pos biasa ja, murah, 4 hari sampai.."
Pompuan tadi nak selamatkan pakwe dia, dia terus kata.."Kalau urgent Abang pi ambik di Alor Star la sekarang, depa tutup pusat pengumpulan pukul 8.30 malam kat sana..."
Aku
jegey mata (membeliakkan bijik mata) dan kata.."Dik, kawan saya dah bayar mahal nak hantar barang tu, sekarang ni saya kena drive ke Alor Star atas kos sendiri kerana nak ambik barang tu..?"
Dia buat tak layan aku...sambil maki dua tiga das, aku cakap kat budak-budak tu aku akan file report kat Headquarters diorang dan jugak kat Tribunal Pengguna....
Then kat luar aku call Headquarters...hanya untuk dapat bercakap dengan budak perempuan yang tak cukup umur, yang dengar aduan aku terus suaranya terketar-ketar...dia kata Encik kena buat laporan kat Kota Bharu sebab parcel tu dari Kota Bharu...
Sekali lagi batu dalam kepala aku jadi besar..aku sound dia.."Dik, saya bukan nak report pasal tempat dikirim...saya nak report pasal Kangar punya branch...paham tak?"
Dalam terketar-ketar tu dia tak leh bagi apa-apa solution, maka aku pun kata tak pa lah, saya tengah drive on the way ke Alor Star dah pun...
Disebabkan pompuan tadi kata pusat kat Alor Star tutup pukul 8.30, maka aku pun tak lah terkelam kabut drive..saja santai-santai, sambil singgah beli jus jambu 88 tepi jalan untuk anak-anak...sambil menyanyi lagu Kekasih Awal dan Akhir dalam kereta seround...then we reach Alor Star...
Wifey tanya you tahu tak kat mana Nationwide Alor Star ni? Aku kata tahu, dah si pompuan tu bagitau tadi...so aku terus pergi sana...
Aku sampai depan Nationwde Alor Star tepat jam 6.45 petang...
Dan Nationwide Alor Star dah tutup....tutup serapat-rapatnya...takde sedikit liang roma pun terbuka pintunya...Masa tu memang aku maki tahap kalau budak perempuan tu ada depan aku memang sah dia kena cili...
Aku terus call talian Headquarters yang tadi tu...guess what...dah mesin yang jawab sebab rupanya diorang hanya bekerja sehingga jam 6 petang...ya 6 petang....
So aku bazirkan masa 90 minit (45 minit one way) ke Alor Star... bazirkan petrol kereta aku sedangkan esok dah aku nak drive ke KL...dan tambah dosa memaki hamun atas sebab yang amat tak masuk akal. iaitu sebuah parcel penghantaran memakan masa 24 jam dari Alor Star ke Kangar...
Kalau korang tengok tracking note yang aku tepek kat sini, rupanya untuk parcel tersebut berjalan dari Kota Bharu ke Shah Alam kemudian ke Alor Star, adalah lebih cepat berbanding parcel tu nak berjalan dari Alor Star ke Kangar...
Jarak mana lebih jauh? Korang try la google peta Malaysia dan tengok jarak perjalanan dua destinasi tu...
Oh ya, satu lagi...kalau korang rajin la kan...cuba tengok laman web Nationwide Express Malaysia ni, especially bahagian
Branches nya...pening mata aku tengok pemilihan warna background dan font dia...dan kalau korang perasan, setiap page web dia macam lain-lain design, agaknya dia buat setiap page direkacipta oleh staf dia yang berlainan kot...
Tapi awas...website dia ada warning Malware ye...hehe...
Ok, seluruh isi entry ni akan diforwardkan kepada mana-mana email yang ada dalam website Nationwide Express Malaysia dan akan diterjemahkan ke Bahasa Inggeris untuk diemailkan kepada Nationwide luar negara...aku serius ni...sangat serius...dan esok nak call Tribunal Pengguna, nak tanya boleh tak aku file report untuk kes macam ni...
Damn...dua tiga hari ni asyik rage je...Streamyx nya...Celcom nya...Israel nya...and celah-celah tu datang pulak Nationwide Un-Express ni...apa nak dikata...
Terkini : aku email kat diorang...tapi aku dapat ni...
Hebat tak????Agaknya dia tak pernah bukak email kot sampai besar sangat saiz email yang ada dalam tu...
Latest Update:Dalam pukul 11.20 pagi Jumaat 4/6/2010 Nationwide Kangar telefon aku bagitau parcel dah ada kat pejabat diorang dan dia hanya boleh deliver ke rumah aku selepas solat Jumaat...aku tanya kenapa tak deliver terus sekarang, dia jawab sebab diorang ada banyak lagi tempat lain nak hantar. so mcm mana abang nak ambik sendiri ke nak kami hantar?
Aku jawab...korang semua memang pemalas, so tak yah bawak parcel aku, tinggal pejabat kejap lagi aku pergi ambik sendiri...dan aku pergi ambik, budak pompuan semalam tu pass kat aku parcel tu dan aku tanya dia.."Kenapa bagitau Nationwide Alor Star tutup pukui 8.30 malam...saya pi depa dah tutup.."
Tau apa dia jawab...??
Dia kata.."Laa...ya ka...mana saya tau.."Dahsyat kan...aku sambil ambik kotak menuju kereta aku bagitau..."Saya dah send email kepada pengurusan HQ hangpa...dan saya dah gerakkan kempen boikot Nationwide khususnya di Kangar..."..aku tak tau jawapan dia pasal aku dah keluar masa tu...