Tuesday, June 22, 2010

Exam-Oriented; Perlukan Penghapusan Peperiksaan?


Rasanya tak perlu aku bagi link atau potongan akhbar pasal cadangan Menteri Pelajaran nak cadangkan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR...semua orang boleh baca kat akhbar-akhbar dalam dua tiga hari ni...

Katanya atas beberapa sebab, antaranya sebab murid dan pelajar kita sekarang ni dah jadi terlalu exam-oriented...dan jugak sebab dua peperiksaan awam UPSR dan PMR tu tidak dijadikan sebarang kayu ukur untuk masa depan mereka...

Betul ka tak jadi kayu ukur?

UPSR, bukan kah jadi pengukur untuk menentukan tahap pelajar di Tingkatan Satu? Pelajar mana yang layak ke MRSM, layak ke Sekolah Berasrama Penuh, pelajar mana layak ke SMKA dan pelajar mana yang layak kelas terbaik di sekolah menengah harian biasa...

PMR pulak menentukan hala tuju pelajar di Tingkatan Empat, aliran Sains kah, Sastera kah, Akaun kah dan sebagainya...

So part mana yang kata UPSR dan PMR tak perlu? Kalau mansuh dua exam tu, macam mana kita nak tentukan pemilihan aliran dan persekolahan anak-anak di Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat?

Exam-Oriented

Aku setuju dengan statement bahawa pelajar kita di Malaysia adalah exam-oriented...in fact semua yang ada hari ni, aku, kawan-kawan aku, sedara mara aku, pemimpin aku waimma Menteri atau Wakil Rakyat adalah hasil dari exam oriented. Betul la kan, sebab dari dulu lagi sistem pendidikan kita memang macam ni...

Dulu ada Peperiksaan Penilaian Darjah Lima...then ditukarkan kepada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)...dulu ada Lower Cambridge Examination (LCE), kemudian zaman aku Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan ditukarkan kepada Penilaian Menengah Rendah (PMR)...maknanya kita tak pernah lari dari satu exam besar di peringkat rendah dan satu exam besar di peringkat Menengah Rendah pula...

And baru sekarang kita sedar bahawa kita exam-oriented...

Ok la, aku terima hakikat kita exam-oriented...

Anak-anak kita sentiasa mengejar nak dapat nombor satu dalam Peperiksaan di sekolah masing-masing...ibubapa pun sama jugak, hantar anak tusyen, seminar mata pelajaran khusus, kem motivasi, seminar jawab peperiksaan dan segala macam program untuk memastikan anak-anak berjaya dalam peperiksaan...


Sebab apa?

Sebab kalau anak kita tak berjaya elok dalam peperiksaan tahunan sekolah, akan perlu duduk kat kelas corot, yang mana kelas corot rata-rata dipelopori oleh murid-murid yang tidak kompeten dalam pelajaran samada atas sebab kurang daya upaya atau malas...so kita tak mau anak kita tak kompeten...

Then kalau anak kita tak dapat keputusan yang baik dalam UPSR, anak kita akan hanya dapat masuk sekolah menengah harian biasa, berbanding mereka yang baik keputusannya yang masuk sekolah berasrama penuh, sekolah kluster kategori A, sekolah menengah kebangsaan agama dan maca-macam sekolah yang mendapat lebih tumpuan Kementerian Pelajaran....

Pihak sekolah pulak, Guru Besar, Pengetua, Guru Penolong Kanan Akademik dan lain-lain guru akan berhempas pulas menjadikan keputusan murid/pelajar mereka amat baik, supaya rate keputusan sekolah akan meningkat naik dan peratusan kejayaan tinggi...lantas membolehkan pihak sekolah menerima sekurang-kurangnya sijil ucapan tahniah dari Kementerian Pelajaran...

So, siapa yang menjadikan murid/pelajar kita exam-oriented?

Kalau benar dihapuskan terus peperiksaan awam UPSR dan PMR, sejauh mana kita boleh jamin bahawa sehingga usia Tingkatan Tiga, anak-anak kita akan mampu mengusai pembacaan, penulisan, pengiraan dan ilmu pengetahuan lain dengan baik, lantas membolehkan mereka mendapat keputusan SPM yang baik, masuk Universiti dan bekerja dengan kerja yang baik? Sejauh mana?

Atau lebih kita takuti, mereka rasa "alah apa nak takut, kita belajar betul-betul pun bukan ada apa exam..nanti Form Five kita pulun la masa SPM"...

As for a parents yang ada anak di Tahun Lima dan Tahun Tiga, setakat ni aku rasa dengan adanya peperiksaan, aku dapat satu pendorong untuk membantu anak-anak dalam pelajaran diorang...aku nak diorang faham pelajaran betul-betul supaya mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan...and yes, aku hantar pergi tusyen jugak...

Yes, aku jugak exam-oriented..dan jangan kata aku sorang sebab tak de parents dalam dunia ni bila anak dia dapat keputusan exam yang teruk dia puji dan kata "Bagus anakku...kamu bukan belajar kerana peperiksaan tapi kamu belajar kerana ilmu"..Umur aku 38 tapi belum pernah jumpa parents macam tu, kalau korang dah jumpa tolong snap gambarnya dan rakam kenyataannya, upload ke Youtube, aku pasti Kementerian Pelajaran akan jadikan dia Ikon Pelajaran Malaysia...


Yang paling aku takut bila satu dasar baru pelajaran nak dilaksanakan ialah...hangat hangat tahi ayam...maaflah, aku memang penyokong Kerajaan, tapi aku tak minat bidang Pelajaran dijadikan platform publisiti politik...Pelajaran ialah makanan paling utama anak-anak kita, bukan satu benda yang boleh dijadikan ujikaji...

Oh ya, sebelum aku terlupa, berapa ramai anak-anak Menteri yang ambik UPSR dan PMR (dan jugak SPM)??

Aku ada kawan yang mengajar di ***** International School (swasta mahal la beb)...dia senaraikan kat aku anak-anak VVIP termasuk Menteri dan bekas Menteri di situ...Tu belum masuk International School yang lain...belum masuk yang dari umur Tingkatan Satu dah belajar kat overseas...

And they want to mend things they don't even experienced?

Secara dasarnya aku setuju kalau nak dikaji semula cara perlaksanaan UPSR dan PMR (hatta SPM) sekalipun...supaya bersesuaian dengan kehendak masa dan zaman...tapi menghapuskan terus dua peperiksaan tu, tah la, aku rasa macam tak sesuai...dan aku takde duit nak hantar anak aku pergi sekolah swasta mahal-mahal...hehe...apa nak dikata...

2 comments:

WeSellButtonBadge said...

btol cakap paksu..saya sokong 100%

Jalaks said...

betul tuh...mujur paksu leh besuara..susunan isi yang baek..rase nye mase memen form 3 lagi dgr2 mcm nak mansuh kan PMR nih..tapi smpai skang ade lagi..

kalu takde UPSR ngn PMR jawapnye duduk kat skolah tu smpai abes arr..mengadap oang yang sama..cikgu yang sama..suasana yang sama..takde persaingan yang lagi sengit kalu yg exam dpt no 1..

sbb tu memen pindah teknik..akaka..

bistu klu nak masuk teknik camner klu takde PMR?..kan tu form 4 n form 5 jer..