MATRI...singkatan untuk Ma'ahad Tarbiyah Islamiah...sebuah sekolah agama di Perkampungan Tunjung, Beseri Perlis...
Aku masuk sekolah ni tahun 1990, atau lebih tepatnya hujung 1989...lepas SPM...masa tu baru ada 3 batch sebelum aku, so kami adalah batch ke 4...dan kami berada dalam Marhalah Khassah, kira macam Form 6 la lebih kurang...Then only dalam tahun 1990 baru lah MATRI memulakan peringkat menengah dengan pengambilan batch pertama Tingkatan Satu...Korang boleh Google lebih banyak info tentang MATRI ni...sekarang dah tahap terkenal di mana sampaikan nak masuk Form One, syaratnya mesti 5A UPSR...then ada exam pulak nak tapis sebab permohonan terlalu banyak...
MATRI diasaskan oleh Ustaz Dahlan bin Mohd Zain, atau lebih tepat Dato' Kaya Bakti Dahlan Mohd Zain...berkelulusan dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam dari Universiti Baghdad, Iraq, beliau sangat hebat dalam bidangnya...
Dato' Kaya Bakti Dahlan Mohd Zain
Masa aku mula-mula masuk MATRI ni, aku memang target kan diri aku nak sambung belajar kat Saudi dalam bidang Bahasa Arab (Lughah)...then one day dalam kelas Ustaz Dahlan (masa tu Nahu - dia ajar I'raab:huraian terperinci perkataan dan kedudukannya dalam ayat berdasarkan nahu) dia soal aku, dan aku tergagap-gagap nak jawab...aku ingat sampai sekarang ayat beliau,"Anta (kamu) ni anak murid Ustaz Soid Mat Amin (guru aku kat Irsyad dulu)kan...awat tak ambik ilmu Lughah dari dia?Dia hebat, anak murid dia takkan tak boleh jadi hebat"...aku terkedu...aku tak pasti Ustaz ingat dak lagi ayat tu, tapi aku simpan dalam otak sampai hari ni...sebab ayat tu la yang membuatkan aku berazam nak buktikan yang aku ni hebat dalam Lughah...
Start that day memang aku tumpu sungguh kelas beliau dan kelas-kelas lain jugak...sampai Alhamdulillah la aku lulus Syahadah Taujihiyah MATRI dengan kelas Mumtaz dan aku dapat sambung ke Universiti Islam Madinah kemudiannya dalam tahun 1992...
Sepanjang aku kat MATRI tu, banyak yang aku belajar...bukan hanya ilmu dalam kelas tapi jugak ilmu survival seorang Muslim dan tanggungjawabnya...
Masa zaman aku tu MATRI tu takde pagar pun...so one day ada beberapa pelawat dari luar Perlis datang...kami sembang-sembang dan kemudian dalam sesi bersama Mudir (Guru Besar-Ustaz Dahlan la tu), ada sorang dari diorang persoalkan tentang MATRI takde pagar...Ustaz Dahlan jawab.."Pelajar-pelajar MATRI ni masing-masing ada pagar dalam jiwa depa, depa tak perlukan pagar untuk sekat depa dari buat perkara yang tak elok sebab pagar dalam hati depa lebih tinggi dan hebat.."
Tempoh dua tahun di MATRI tu aku guna sungguh-sungguh untuk menajamkan skill Lughah aku dan Alhamdulillah aku mampu bertutur Bahasa Arab dengan baik walaupun hanya belajar di Perlis..kira anak murid favourite la jugak kan...hehehe....
Then come masa aku di Madinah, sesekali bila balik aku mesti jenguk MATRI, Ustaz Dahlan dan isteri beliau (Allahyarham Cikgu Halimaton - yang kami semua panggil Ummi)...hubungan antara kami bukan sekadar sebagai anak murid, malahan dah macam keluarga, malahan semua murid beliau macam tu...
Bila aku nak mula bertugas di Perlis sebagai Pensyarah dalam tahun 1999, aku berjumpa Ustaz Dahlan, rupanya pihak yang menemuduga aku dah awal-awal lagi jumpa beliau nak tanya tentang aku, dan aku pasti kalimah yang baik-baik dah diberikan oleh beliau, sebab aku dapat kerja tu mudah je kan...hehe..
Paling aku tak lupa ialah ketika aku dilamar bekerja dengan Menteri Besar Perlis ketika itu, Dato' Seri Shahidan Kassim dengan beliau...masa tu hampir kesemua kawan-kawan yang sama didikan dengan aku di MATRI tidak berapa berkenan aku terima jawatan tu, tapi bila aku jumpa Ustaz Dahlan, beliau support aku dan bagitau bahawa ini satu penghargaan buat lepasan MATRI, bermakna orang lihat lepasan MATRI mampu pikul tanggungjawab yang besar di sisi pemimpin...
Alhamdulillah, apabila Ustaz Dahlan dicalonkan menerima Pingat Kebesaran Dato' Bergelar Perlis, aku amat gembira, tetapi Ustaz Dahlan terpaksa menolaknya untuk kali tu atas sebab-sebab kesihatan beliau...namun bila kali kedua beliau dicalonkan, waktu tu Allahyarham Ummi telefon aku dan minta pendapat, aku minta agar Ustaz Dahalan terima Anugerah tu dan jadikan ianya sebagai pengiktirafan untuk MATRI...dan selepas itu beliau bergelar Dato' Kaya Bakti Dahlan Mohd Zain...
Tahun 2009, dalam bulan Mei tak salah aku, isteri beliau, Allahyarham Ummi kembali ke Rahmatullah...kehilangan yang besar dalam hidup kami suami isteri sebab Ummi macam ibu kami di Perlis...kami kedua-duanya bukan orang Perlis dan apa-apa yang terdekat, Ummi lah kami rujuk...dan aku amat pasti Ustaz Dahlan jugak amat terasa dengan kehilangan Ummi...
Dalam bulan Mei 2010 pulak, aku dikejutkan dengan berita Ustaz Dahlan masuk wad di Hospital Tengku Fauziah, Kangar...aku luangkan masa pi ziarah beliau, Alhamdulillah petang Rabu tu tak ada sapa pun waktu tu, hanya Ustaz dan anak perempuan beliau, Amani yang ada...aku luangkan masa lama sembang dengan Ustaz...macam-macam yang kami bualkan dan kalau dulu perbualan kami hanya sekitar MATRI dan pelajaran, kini skop perbualan lebih luas sebab Ustaz Dahlan merupakan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Perlis...nak jadi lagi best pulak tu, tak lama lepas tu Ustaz Abdul Hadi Osman, jugak guru aku masa kat MATRI dan jugak Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis join kami bersembang...lama kami sembang...
Itu kali terakhir aku sembang dengan Ustaz Dahlan secara rapat dan rabung macam tu...
Sekarang ni, waktu aku menulis ni, Ustaz Dahlan sedang bertarung di Wad CCU Hospital Tengku Fauziah Kangar...dalam keadaan koma...
Ahad lalu, Ustaz Dahlan dikejarkan ke Wad Kecemasan jam 1.00 pagi lebih kurang kerana sesak nafas, dan hasil dari kelewatan pihak di Kecemasan bertindak sehingga makan dua jam, maka jantung beliau terhenti selama 10 minit...dan mengakibatkan doktor terpaksa menidurkan beliau untuk menstabilkan jantungnya...namun lepas tempoh ubat tu, Ustaz masih belum bangun...
Kredit Foto untuk anakanda Ustaz Dahlan, Ali Karimi.
Aku difahamkan keadaan beliau agak kritikal...sewaktu aku ziarah beliau Jumaat baru ni lepas berbuka puasa, bila aku bercakap dengan beliau, seolah-olah beliau dengar, tapi tak boleh respons...
Anak-anak Ustaz semuanya berkumpul setiap waktu di koridor wad CCU tu lah...dan setiap waktu ada saja yang menziarahi Ustaz...maklumlah, anak murid Ustaz Dahlan ada di serata pelusuk dunia...
Apa yang mampu aku buat waktu ni ialah berdoa...berdoa agar Allah memberikan yang terbaik buat Ustaz Dahlan...dan jugak berdoa agar anak-anak beliau dapat kekuatan dalam menghadapi ujian Allah pada mereka di bulan yang mulia ini...berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...
Buat diri aku, aku hanya boleh kata kan bahawa, tanpa Ustaz Dahlan, I won't be who I am today...
اللهم رب الناس اذهب الباس واشفي انت الشافي لاشفا الا شفاءك شفاء لايغادر سقماً
اللهم ياشافي ياقادر على كل شي يامخرج الحي من الميت ومخرج الميت من الحي
يامن تقول للشي كون فيكون فأنت وحدك سبحانك القادر على شفأها
اللهم اشفها شفا لايغادر سقماً وانزل عليها العافية الدايمة فانت قلت ادعواني استجب لكم
فهذا الدعاء وعليك اللهم الاجابه
9 comments:
Saudara Azhar, saya baharu melalui saat duka dalam hidup. Ayah meninggal dunia minggu lalu, 7 Ogos pada usia 70 tahun. Dimasukkan ke hospital, nazak jam 1.30 pagi di ICU dan meninggal setengah jam kemudian.
Seperti saya catatkan di dalam blog saya sebelum pemergiannya, jika dia harus pergi, saya mohon kepada Allah, biarlah dalam keadaan tenang.
Sebelum solat jenazah di rumah kampung, saya lihat wajahnya bagaikan tersenyum. Malah ramai mengakui keadaan itu.
Ayah sejak usia mudanya mengajar ramai anak kampung mengaji Al-Quran, bazanji dan marhaban dan menjadi iman di surau dan masjid. Insan seni dalam pertukangan dan pekebun gigih. Saya percaya ilmu dikongsikan bersama ramai anak murid sebelum ini, membawa banyak kebaikan kepadanya, jika tidak di dunia, InsyaAllah di akhirat.
Saya doakan rohnya berada di dalam keadaan tenang.
Malam semalam, tidak saya ceritakan kepada sesiapa lagi kecuali di catatan ini, imej Allahyarham muncul di dalam mimpi saya exactly genap seminggu selepas pemergiannya.
Imej terbabit dalam keadaan tersenyum dan gembira, saya berbual dengannya seolah-dia dia masih hidup.Cuma saya lupa hal kami bicarakan.
Saya doakan guru saudara dipelihara Allah dalam apa jua keadaan. Sampaikan salam saya kepada keluarga beliau jika saudara mampu berbuat demikian.
Alfatihah untuk ayahanda Mazidul.
Dan marilah kita doakan agar guru saudara Azhar cepat sembuh. Insyaallah. Pun begitu, Allah SWT did His job mysteriously. Tetapi tetap ada hikmah.
Salam.
Guru Encik Azhar juga merupakan guru salah seorang rakan saya yang adik beradiknya semua belajar di situ. Sering juga terbaca di catatan dia, menyebut tentang nama guru tersebut.
Moga Ustaz Dahlan cepat sembuh.
takziah buat saudara Mazidul dan keluarga..semoga rohnya diletakkan dikalangan org2 yg soleh..InsyaAllah.
saudara Hazrey..selamat menjalani ibadah puasa..semoga Allah menerima amalan kita..
saudara Azhar yang tercinta,hari ini saya buat nasi ulam untuk berbuka ya..kita doakan semoga Allah memudahkan segala urusan kita dan seluruh muslimin..baarakallu lana..:)
sebak saya melihat gambar ustaz dahlan yg terlantar. masih terbayang bayang arwah bapa saya yang terlantar di hospital 9 thn dulu sebelum arwah kembali ke rahmatullah.
bersama sama kita doakan apa yang terbaik buat ustaz dahlan.
Ajan,
Didoakan agak Ustaz segera sembuh. Semoga Allah memberi apa yg terbaik utk hamba-nya buat masa ni.
correction ayat sikit..
Pingat Kebesaran Dato' Bergelar Perlis,
should be : Pingat Kebesaran Perlis Bergelar Dato'
akhi...ustaz dahlan dah kembali ke rahmatullah...18/9/2010
Innalillah.... pagi tadi seorang murabbi yang bernama Al fadil Ustaz Dahlan Mohd Zin telah kembali menemui Allah... al Fatihah
Kita semua akan kembali..dunia ini hanya sementara..kerja Islam mesti diteruskan..perlu pengorbanan yang tinggi..jihat masa,wang ringgit dan tenaga yang ada selagi nyawa masih ada.
Post a Comment