Semalam, Khamis (5/8/2010), Dato' Alim Setia Ahmad Jusoh, Rektor Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis, tempat aku kerja dulu call...petang dah masa tu..dalam pukul 6.10 petang..
Dia ajak aku ke rumah dia lepas Maghrib, katanya ada Tok Guru ajaran Qadiani dari KL nak datang jumpa dia bermuzakarah...so dia ajak aku temankan dia...aku pun kata ok la...
Sebelum aku pergi lebih jauh...maybe ada antara pembaca yang tak tau apa itu Qadiani...atau dikenali jugak dengan nama Ahmadiah...
Diorang ni ialah pengikut ajaran Mirza Ghulam Ahmad...mereka sama macam kita dari semua segi, kecuali mereka mempercayai bahawa Mirza Ghulam Ahmad ialah seorang Nabi...Mirza Ghulam Ahmad jugak lah yang akan dibangkitkan sebagai Imam Mahdi dan beliau jugak lah yang akan dikenali sebagai Al-Masih...korang boleh Google perkataan Ahmadiah atau Qadiani atau Mirza Ghulam Ahmad cari info tengok...
Ajaran Qadiani ni telah difatwakan bahawa ianya sesat dan terkeluar dari ajaran Islam sebenar dan mayat mereka tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan Islam...boleh rujuk fatwa tu kat SINI...
Ok...berbalik pada kisah malam tu...
Lama juga tunggu diorang datang...dalam 9.35 kot baru sampai...seorang guru Qadiani dari Penang (tapi dia berasal dari KL katanya) dan 3 pengikut dari Perlis...ya...Perlis dah ada hampir 15 orang pengikut Qadiani...kalangan pengikut tu pulak, ada dua yang agak tegar manakala yang seorang tu maybe baru kot...
Anda boleh dengar dialog antara saya, Dato' Ahmad dan guru Qadiani tersebut di bawah...
Rakaman ni saya buat dari handphone di dalam poket...jadi ada kadangkala bunyi yang agak bising bila saya bergerak agaknya...suara yang paling kuat ialah suara saya sebab paling hampir...yang kedua kuat ialah milik guru Qadiani tu manakala yang paling perlahan ialah milik Dato' Ahmad...saya terpaksa enhance volume rakaman ni supaya lebih jelas, jadi bunyi sampingan yang bising akan wujud...
Dialog Dengan Guru Qadiani Bahagian Pertama
Dialog Dengan Guru Qadiani Bahagian Kedua
Andai ada di kalangan pembaca yang arif dalam ilmu Agama dan bidang ini, maafkan sekiranya terdapat satu dua hujah yang mungkin tidak lengkap...untuk makluman kami tidak sempat buat sebarang rujukan...mereka telefon Dato' Ahmad jam 6.02 minit dan Dato' Ahmad call saya 6.10 petang...
Bukan tujuan saya kongsi rakaman ni sebab nak tunjuk bagus atau hebat, tapi untuk semua dapat kongsi mengetahui apa dakyah Qadiani dan jangan kita mudah terpengaruh dengan mereka...(saya terpaksa clarify dulu...tahu lah hati manusia ni kan..tak semua sama...apa nak dikata..)
1 comment:
http://www.youtube.com/watch?v=rgsnmvl-NaM
http://www.youtube.com/watch?v=g8CyE6Tf4hI
asm, ustaz azhar marilah kita berdialog terbuka...kita atur lebih baik ..boleh ikut dua format di atas. Tuan ustaz orang terpelajar..mari kita buat dialog sesuai dengan ajaran Al Quran yang kita junjung tinggi bersama.
Post a Comment