Wednesday, November 24, 2010

Antara Belajar Hebrew dan Stigma Masyarakat...

Last weekend aku sedang browsing ke beberapa website...

Kemudian seorang rakan muda yang bijak di Facebook menulis tentang Silwan...mengingatkan aku kepada Silwan di Wadi Hilweh, sebuah perkampungan yang merupakan asas kepada Jerusalem hari ini dan dikenali sebagai City of David di kalangan Yahudi...Silwan yang merupakan sebuah kota yang pernah sampai kepadanya Khalifah Umar ibni Al-Khattab adalah di dakwa oleh Yahudi sebagai penempatan Necropolis terbesar mereka, antaranya menempatkan Tomb of The Pharaoh's Daughter....

Ada banyak sumber, kisah dan bergambar boleh korang cari lebih lanjut berkenaan Silwan atau dikenali di dalam Hebrew dengan Shiloah dan Greek menamakannya Siloam...cari sendiri...

Semasa aku dok menyelusuri (apasal bahasa aku mcm ni hari ni??) beberapa laman web bergambar Jerusalem tu, ada beberapa gambar yang ada tulisan Hebrew yang langsung aku tak tau macam mana nak baca atau apa bunyinya atau apa bentuk bacaannya...


Masa tu aku terfikir...kalau aku ditakdirkan dapat menjejakkan kaki ke bumi Palestin dan berjalan2 sekitar Jerusalem, macam mana aku nak baca semua tu....

Jadi aku nekad nak belajar Hebrew...

AKu cari punya cari, terjumpa link yang membolehkan aku belajar Hebrew Online...aku register nama dan bagi segala maklumat yang dia nak...

Dalam tak sampai dua jam dah ada orang call aku...pompuan Israel, nama Galit...jangan tanya lawa ke tak sebab aku hanya dengar suara je...so dia cerita la segala keperluan dan yuran.then dia tanya soalan cepumas..."Why you want to learn Hebrew?"...

Aku cakap, "I love learning languages. As I'm fluent in Arabic writing and speaking, I found some basics Hebrew that doesn't differ much from Arabic. Then I thought, I should learn this language.."...dia kata ok...hehe...

So aku start la belajar sikit-sikit Hebrew, mula dengan Alphabet nya yang disebut Alef-Bet...


Sebenarnya memang betul pun, tak banyak beza sangat antara Arabic dan Hebrew...kedua-duanya adalah antara 6 bahasa teras dunia yang wujud dengan warisan 6 orang anak Nabi Nuh selepas peristiwa banjir besar...Antaranya Arabic, Hebrew ('Ibrani), Sanskrit, Yunani (Greek) dan dua lagi yang aku tak pasti apa ke namanya, dah lupa belajar dulu...

Kalau korang belajar Arab, abjad dalam Bahasa Arab mengikut perkiraan jumlah angkanya ialah bukan Alif Ba Ta...tetapi macam ni..:


Oh ya, dari angka-angka ini lah datangnya
786 yang selalu nampak kat kedai Mamak tu...
786 ialah jumlah huruf dalam Bismillahir Rahmaanir Rahim...
tak percaya cuba kira...

Perhati dan bandingkan dengan Alef-Bet Hebrew tadi...nak sama kan...

Perkataan-perkataan dalam Hebrew jugak banyak yang seakan sama dalam Bahasa Arab...sebagai contoh :

MelayuArabicHebrew

LangitSamaa' سماءשָׁמַיִם - šāmayim

Soalanسؤال - Su'alשְׁאֵלָה - Še’ēlāh

satuواحد - waahidאֶחָד - ehād


Cukup la tiga...jenuh aku nak taip tau...

Hari pun nak sama sebutan antara Arab dan Hebrew...

Persoalan timbul dalam benak aku...kenapa sesetengah orang kita bila kita sebut Bahasa Hebrew je kita kaitkan dengan perkara tak elok...

Banyak email, sms dan petikan dalam status Facebook menyebarkan beberapa perkataan yang kononnya di ambil dari Bahasa Yahudi dan mempunyai makna yang mengelirukan...

Bila aku fikir-fikir balik, salah ka kalau kita guna perkataan dalam Hebrew? Kalau kita tengok, orang putih tu dia berdakwah guna English...sebab semua orang sana cakap English takkan dia nak cakap Arab (atau Melayu)...kat Malaysia, ustaz-ustaz kita guna Bahasa Melayu sebab dah kita semua cakap Melayu...jadi kalau nak berdakwah kepada Yahudi di Israel, kena la guna Hebrew kan...

Semua bahasa mempunyai perkataan yang elok dan tidak elok...hatta Bahasa Arab sekalipun ada maki hamun nya...nak tau macam mana maki...aku dulu buat, masa 1st year, aku lalu kat pekan dan aku sepak bontot budak dalam umur 8 tahun kot tengah main bola...sebab nak dengar dia maki aku...memang dia maki...aku panggil dan tanya apa maknanya, dia bagitau...aku cakap terima kasih....hahahaha....mesti dia kata dia ni gila kot...

Harap-harap nya takde la sesapa nak marah aku belajar Hebrew...oh ya, dan satu lagi tujuan aku belajar Hebrew ialah, mana la nak tahu kan, nak dijadikan rezeki, kot-kot la pihak yang ajar online ni nak jemput aku pergi ambik sijil ke apa ka...boleh la aku jejakkan kaki ke Baitul Muqaddis...bukan boleh saja-saja kita nak pi sana...kan...

Sebelum terlupa...perkataan "Walla.." yang selalu kita gunakan untuk gambarkan sesuatu yang excited, berasal dari Hebrew yang bermaksud (Wow..!!; Really.?!) dan jugak Arabic yang merupakan perkataan (والله ) - satu bentuk Qasam atau sumpah berbentuk soalan menunjukkan "Really??"...apa nak dikata...

6 comments:

Suria Azhar said...

brilliant! ahaks...

eit..why la hv to type word verification in here?... i hv to type 'funkorse' .. so vulgar tau... haha

KayNisa said...

uncle, org berfikiran sempit mmg macam tu. ade saje isu dia nk timbulkan. lg 1 kalau kite pandai banyak bahasa, insyaAllah kt dpt byk ilmu dgn mbaca artikel2 yg tidak ditulis dlm BI & BM.. sbg cth, byk jurnal2 bagus dlm bdg IT ditulis dlm bhs spain. disebabkan xpandai bhs spain, susah2 pulak nk bukak google translate lps tu. heheh


kagum part perkataan walla.

melayuangkat said...

Salam dan Syabas Azhar,

Mak Cik harap kamu teruskan pengajian ini..

tentang mereka yang negatif tu kesianlah pada mereka, mereka kurang Ilmu dan taksub pada sesuatu parti politik dan pemimpin tak tentu pasal...

BELAJAR BAHASA HEBREW said...

Lebih banyak bahasa yang boleh dikuasai maka banyak dan luaslah pengetahuan kita. Ianya amat menarik untuk dipelajari tak ada beza dengan Bahasa Arab.

BELAJAR BAHASA HEBREW said...

Minta izin copy and paste petikan "antara belajar hebrew dan stigma masyarakat" ke dalam blog saya. Jika saudara tidak keberatan. Terima Kasih...

adda_shariff said...

hello! nice entry sir! nak share this article at my blog ye? thanks!