Monday, November 15, 2010

Salam Aidil Adha dan Apakah Hari Tasyriq...



Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar,
Laa Ilaaha Illa-lLah walLahu Akbar,
Allahu Akbar wa lilLahil Hamd...

Salam Aidil Adha dari saya sekeluarga....semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu...

Hari 10, 11, 12 dan 13 DzulHijjah ialah hari yang diharamkan berpuasa. Hari 10 ialah Aidil Adha manakala 11, 12 dan 13 ialah Hari-hari Tasyriq.

Rasulullah SAW bersabda :

أيامُ التشريق أيامُ أكل وشرب وذكر لله عز وجل

bermaksud : "Hari-hari Tasyriq ialah hari-hari untuk makan, minum dan mengingati Allah Azza wa Jalla"

Hari Tasyriq dinamakan dengan nama sedemikian kerana pada hari-hari tersebut umat Islam ketika waktu Rasulullah SAW dan para Sahabat menjemur daging-daging sedekah qurban kerana waktu itu tiada peti ais. Jadi atas kepanasan yang sanggup diorang tempuhi untuk menjemur daging tu dinamakan Tasyriq, yang bermaksud menuju ke arah Timur bagi mendapatkan matahari awal terbit.

Berdasarkan hadis di atas, kita faham bahawa Rasulullah SAW menyuruh kita makan dan minum pada ketiga-tiga Hari Tasyriq tu. Maknanya ianya adalah hari kebesaran bagi Umat Islam. Walaubagaimanapun, janganlah dalam makan dan minum tu sampai kita membazir dan melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah SWT.

Di akhir hadis itu pula Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa hari Tasyriq ini ialah untuk mengingati Allah Azza wa Jalla...kalau kita dalami sikit, mengingati Allah SWT ialah makanan untuk hati kita, manakala makanan dan minuman yang zahir ialah untuk jasad kita. Jadi Rasulullah SAW dah ajarkan kita bahawa hari Tasyriq ni ialah untuk menjamu zahir dan batin kita..

Semoga Allah menerima segala amalan kita. Banyakkan bertakbir di Hari Aidil Adha dan Hari-hari Tasyriq ni....


Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar,
Laa Ilaaha Illa-lLah walLahu Akbar,
Allahu Akbar wa lilLahil Hamd...

1 comment:

Admin said...

Indahnya takbir raya ...

http://hasrulhassan.blogspot.com