Banyak perkara berlaku dalam hidup kita..tapi berapa banyak yang boleh kita perkatakan...?
Wednesday, December 29, 2010
2912...
Hari ni aku berusia 38 tahun...aku kata masih 30an tapi anak aku Rayyan kata "Baba, in Mathematics there is a thing call round-off...so 38 round-off to the nearest ten is 40.."...aku diam je la sebab dia baru lepas wish aku Happy Birthday exactly at 12.00a.m...
At the age of 38, banyak perkara dah berlaku dalam hidup aku...
- Aku ada seorang isteri yang cantik (Alhamdulillah), penyayang, baik hati, tahu kehendak aku dan segala yang baik put it into her...
- Aku ada 3 orang anak lelaki yang menyayangi aku, yang patuh dengan perintah Allah dan ibubapanya walaupun kekadang atau selalunya diorang suka berhujah dengan aku setiap kali aku suruh buat apa apa...
- Aku dah pernah bekerja swasta, kerajaan, mengajar, kerja politik, kerja sukarela, kerja paksarela dan segala jenis kerja..
- Aku dah menambah berat badan dengan jayanya selain menambah usia...
- Aku dah berhenti kerja.
Ya, aku resign dari kerjaya dengan kerajaan atas sebab-sebab tertentu dan aku meletakkan usia 38 sebagai petanda aras aku untuk bangun dari kepompong keselesaan kerjaya kerajaan untuk menyertai bidang kerja sediri yang memerlukan aku membanting tulang lebih kuat dari sebelumnya...
Aku dah pernah tulis sebelum ni, malas nak cari dan letak link, korang cari la sendiri, beberapa perkara berlaku dekat dekat time...start dari Raya Qurban yang mengajar erti pengorbanan, Tahun Baru Hijrah yang mengajar kita erti perpindahan di dalam mencari sesuatu yang lebih baik, Birthday aku yang mengajar aku bahawa aku bukan lagi di usia mencari keseronokan dan Tahun Baru 2011 yang bakal menjelma yang mengajar kita bahawa masa semakin berjalan kedepan tanpa pedulikan kita slow atau laju...
Aku berdoa supaya hari ini, 29-12-2010 yang membawa aku masuk ke usia 38 ni akan menjadi satu titik tolak (apasal ayat macam buku nih??) ke arah kemajuan yang lebih dalam hidup aku sekeluarga...
Terima kasih kepada isteri tercinta yang sentiasa percayakan aku, kepada anak-anak yang sentiasa sayangkan Baba mereka walaupun kekadang mintak macam-macam sampai bapak dia naik hangin, kepada Abah dan Mak aku atas doa dan restu mereka sentiasa kepada aku, kepada Mak Mertua aku juga atas doa iringan darinya, kepada semua my siblings dan my in-laws yang sentiasa sayang dan tak pernah lupakan aku dalam doa mereka setiap acara keraian mereka (hehehe) dan semua kawan-kawan baik di alam nyata mahupun di alam maya atas kesudian meng-wish aku pada birthday dan mendoakan aku panjang umur dan murah rezeki...terima kasih semua (ada macam ala-ala dapat award tak ucapan??)
p/s: Kepada sesiapa yang nak pos hadiah boleh minta alamat ok, aku sudi terimawalaupun lewat 6 bulan...hehehe...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
opss..hepi belated besday paksu..tgk paksu n maksu stil gila2 remaja.. bia usia lanjut asal jiwa muda..steady rr..
HATI2 DENGAN PENYAKIT LIVE START @ 40...
Post a Comment