Monday, December 20, 2010

The End and The New Start...


Setiap yang berakhir adalah permulaan kepada sesuatu yang baru...

Today will be the last day aku menetap kat Perlis...esok akan bermulalah penghijrahan ke Melaka...

Sebenarnya dah lama aku rancangkan, cuma tekad dan semangatnya datang agak mendadak kali ni...beberapa faktor membantu dalam aku membuat keputusan, rasanya cukuplah aku gambarkan sebagai ianya usaha untuk menambahbaik ruang kehidupan aku...(macam presentation Idris Jala plak bunyi ayat aku nih..)

Ada kalangan kawan-kawan yang tahu apa constrain yang aku hadapi di Perlis ni...zahirnya nampak teguh tapi bak kata lirik lagu ciptaan Eddie Hamid, hati menangis siapa tahu...betul ke dia cipta lagu tu?Jangan saman aku bang...

Kalangan kawan-kawan tu ada yang banyak membantu dari segi memberi idea, buah fikiran malahan ada yang membuka ruang yang lebih luas untuk aku...antaranya Zulhazri yang sentiasa ajak aku mencipta ruang baru...Mazidul Akmal Sidik yang sempat bagi aku ideas yang menarik semasa kami berbual di Kota Tinggi tempohari...dan paling utama, my beloved wife yang sentiasa memberi sepenuh kepercayaan pada aku dalam menangani segala masalah dan yakin dengan kemampuan aku...

Ramai lagi kalangan ahli keluarga dan kawan-kawan pemberi semangat dan pencetus idea yang tak dapat aku sebutkan semuanya kat sini, sekadar penghargaan tertinggi dari aku untuk semua...

11 tahun bukan jangkamasa yang pendek...selama itu aku menetap di Perlis dengan tiga kerjaya...bermula sebagai Pensyarah sebuah IPTS milik Kerajaan Negeri...kemudian sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Besar dan diakhiri dengan Pengarah Institut As-Sunnah Negeri Perlis...kalau nak aku tuliskan pengalaman yang aku dapat sepanjang 11 tahun tu, berjilid-jilid akan terhasil mengalahkan ensiklopedia Brittanica, tapi orang dah tak beli sekarang sebab boleh baca online dan download kat sesetengah web secara percuma.

Bukan mudah untuk aku lakukan tindakan drastik ni...hampir semua ahli keluarga dan kawan-kawan terkejut dan heran sebab aku nampak rileks di tempat kerja aku dan takde angin goyang-goyang kata aku nak resign...syok jugak bikin chaos sesekali ni kan...hahaha...

Takde la, sebenarnya aku pun nak ada masa depan yang lebih bagus...kenapa berpuas hati dengan 100 kalau kita sebenarnya boleh mencapai 150...kan...

Since now dah jadi the end of my governmental career...the new start pulak perlu diberi perhatian...nak jadi kuli dan bos serentak bukan mudah...tapi aku jadikan itu sebagai motivasi untuk aku bergerak lebih laju. Kalau aku tak bergerak maka aku dan anak isteri tak makan..maybe aku wajar masuk parti Gerakan, tak gerak tak makan...hehe...

Oh ya, rasa macam masa sangat pantas bila kita dah buat satu-satu keputusan besar ni kan...

Jadi aku pohon dari setiap kawan-kawan pembaca blog ni andai dapat sepotong doa dari korang semua supaya aku berjaya dalam apa jugak bidang yang aku ceburi selepas ni...tak leh nak bagitau lagi, nanti berjaya aku tulis kat sini...hehe...semoga dengan berkat doa anda semua aku akan berjaya...bak kata isteri kesayangan aku, "what you decide today either will make us better or make us worse, but I'm sure you'll work very hard to make it better"...

To my friends in Perlis, been nice working with all of you. Cukuplah tiga tahun of "wasted intelligence"...apa nak dikata...

2 comments:

nadya.s said...

All the best Ajan!!... sentiasa doa yg terbaik utk family semua.

Raubian always support you!

Hazrey said...

patutlah aku tersedak, ada blog sebut nama aku.