Friday, January 14, 2011

Teamwork Means You Work As A Team...



If everyone is moving forward together, then success takes care of itself.
~ Henry Ford

A good friend of mine called this evening, untuk meluahkan rasa geram dan marah pada salah seorang pekerjanya...dan aku sebagai kawan setia dan baik dia berperanan mendengar dan menasihati (sampai habis turn lagu aku semua tau..hehe)...

Aku tak mau elaborate panjang masalah yang dia hadapi tapi aku nak ajak semua orang tengok sekejap apa ertinya teamwork...

Setiap jabatan, syarikat, organisasi atau apa juga perkumpulan beberapa orang, ramai atau sedikit untuk menjayakan sesuatu kerja memerlukan kepada kerjasama atau teamwork...dan setiap teamwork sebenarnya bermakna anda bekerja bukan untuk diri anda tetapi untuk semua orang.


Gettin' good players is easy. Gettin' 'em to play together is the hard part.
~ Casey Stengel

Seperti kartun di atas, tak de istilah aku atau saya di dalam pasukan. Semua yang kita lakukan akan memberi impak kepada pasukan. Kalau berjaya, maka setiap ahli dalam syarikat atau kumpulan kita akan dianggap berjaya dan kalau gagal, kegagalan itu akan menjejaskan seluruh ahli kumpulan kita. Sebab itu, di dalam teamwork, kita tidak berfikir untuk individu tetapi berfikir untuk pasukan, kejayaan pasukan.


No member of a crew is praised for the rugged individuality of his rowing.
~ Ralph Waldo Emerson

Kalau ada sepuluh pengayuh sampan di atas dan setiap pengayuh akan memberi daya kayuhan yang sama supaya pasukan diorang akan menang. Bayangkan sekiranya ada seorang pengayuh yang tiba-tiba rasa lenguh tangan dan lepaskan kayuhan, rileks kat situ...anda kata sepuluh orang pengayuh itu membawa kadar 100%, maka kalau seorang alpa dah jadi 90% saja. Baki yang 10% itu, kalau pasukannya nak menang jugak maka diorang yang 9 orang tu terpaksa bahagikan 10% sesama 9 orang, mengakibatkan masing-masing yang 9 tu terpaksa bekerja lebih keras, manakala yang sekor yang rileks tu makan gaji buta dan hanya mengecapi kejayaan kalau team dia berjaya...

Yang seekor tu la kita panggil liability. Kalau simpan lama-lama akan menjadi penyakit berjangkit dalam organisasi kita dan akhirnya semua akan terpalit dengan rasa tak puas hati dan terus menggagalkan semua kerja dan usaha...


None of us is as smart as all of us.
~ Ken Blanchard

Kekadang kita heran, bila dalam meeting yang semua ahli atau staf hadir, semua nampak objektif yang nak dibuat. Semua kerja dah diagihkan. Katakan ada sepuluh orang, maka sepuluh tugas diagihkan kepada sepuluh otak. Sebagai Bos, otak dia harus berfungsi untuk semua bidang tugas yang sepuluh tu, cuma bukan 100% yang perlu dia bagi untuk setiap satu tetapi beberapa persen saja untuk pemantauan.

Tetapi kalau kata ada sekor liability tadi yang tugasnya sebanyak 100% tu hanya dilakukan 50%, maka baki yang 50% tu akan terpaksa dipikul oleh bos sendiri dan kawan-kawan lain...sebab tu bila kita beredar dari meja mesyuarat kita bukan memikul beban peribadi tetapi beban pasukan. A glitch from us will effect all of us.

Yang menjadi masalah ialah kawan kita yang berfikir secara individu tu..."ala esok pun sempat kot..", "rasanya diorang tak kisah kot kalau aku lewat sikit.." dan sebagainya membuatkan setiap yang kita bincang di meja mesyuarat tak menjadi akhirnya...


Individual commitment to a group effort - that is what makes a team work,
a company work, a society work, a civilization work.
~ Vince Lombardi

Skil komunikasi sesama rakan sekerja jugak memainkan peranan penting. Kalau ada masalah, ceritakan supaya setiap ahli pasukan akan dapat tahu masalah anda dan boleh bantu ringankan.

Contohnya kalau anda diberi tugas mengambil tetamu dari lapangan terbang, tetapi anda mempunyai masalah pemanduan jarak jauh seorang diri, bagitau semasa perbincangan tadi supaya tugas boleh diagih semula atau bos boleh aturkan orang menemani anda...bukan dengan cara berdiam diri, kemudian buat kerja ikut suka hati dan slow, bila orang marah sebab lambat sampai baru nak bagitau.."saya sebenarnya tak leh drive jauh sorang-sorang, kena berhenti banyak kali minum buat ilang ngantuk la bos, tu pasal lambat.."


No one can whistle a symphony. It takes a whole orchestra to play it.
~ H.E. Luccock

Pendek kata, kerjasama antara semua ahli pasukan amat penting. Kejayaan akan sama-sama dirasai bila 100% memberikan 100%. Kalau kalah atau gagal, semua akan terpalit.

Sebab tu jangan lah marah, kalau kita yang menjadi liabilty tu kena marah atau kena buang kerja, sebabnya ialah setiap bos akan berfikiran sama iaitu tidak mahu ada penyakit berjangkit yang merbahaya di dalam organisasinya.

Jadi kalau nak kerja,buat la kerja yang diberikan dengan baik dan 100% komitmen...kalau rasa tak leh buat 100%, maka baiklah angkat kaki dengan sendirinya....

Ayat mudahnya ialah, buat apa bayar ko gaji kalau kerja yang dibagi pada ko pun aku terpaksa fikir...baik aku simpan je gaji ko tu dalam akaun aku...hahaha...apa nak dikata...

2 comments:

ibnu marzuki al firdaus said...

good luck!

Unknown said...

Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.