Monday, May 23, 2011

Secret Recipe Pulak Dahhh...Check Betul-Betul Maklumat Anda Ok...

Nota : SILA BACA HINGGA HABIS ENTRI NI, JANGAN SEPARUH JALAN TAU...

Dah riuh rendah pulak Secret Recipe ada bahan yang ada DNA Babi...

Baru ja aku tulis pasai cara nak cari ke-Halal-an sesuatu benda atau produk tu kat Website JAKIM dalam entri aku sebelum ni, dah hari ni merata orang cerita pasal Secret Recipe pulak haram sebab ada DNA Babi...






Ini antara paparan di FB dan beberapa blog yang aku terbaca la...lain-lain aku tak tau kot ada lagi...

Tetapi yang menariknya, pihak Secret Recipe telah mengeluarkan satu kenyataan seperti dalam gambar bawah ni...yang korang boleh baca dengan jelas kat SINI.




Dan pihak Secret Recipe, seperti yang aku nyatakan dalam entri sebelum ni, memberikan link website Halal Jakim untuk dilawati oleh pengguna mereka...link yang sama yang aku bagi tu la...

Jadi, kesimpulannya, memang menjadi tanggungjawab kita untuk mencari yang Halal...dan menjadi tanggungjawab kita jugak untuk menyebarkan sesuatu berita yang sahih dan nyata...kalau kerana sebaran salah maklumat itu mengakibatkan ramai anak bangsa kita kehilangan kerja akibat company merudum, siapa nak tolong depa?Kita yang menyebarkan tu ka? Apa nak dikata....



3 comments:

Ansof86 said...

pernah juga makan kek buatan secret recepi... selagi tak meraguinya.. selagi itu halal...

tapi.. kalau benar ia mengandungi kandungan b*** kita berhenti makan...

kalau tak benar.. masih boleh makan.. pada sesiapa yang tidak meraguinya...

berita yang diterima harus diambil dari sumber yang sah.. agar kita tidak mendengar berita yang tidak benar

Kata Yang Terucap.... Tak Dapat Ditarik Kembali

nuargto said...

Bagi pandangan saya.. Bila sahaja ada satu berita tentang kedai makan yang dikatakan mengandungi bahan2 berunsur haram..

Saya tidak akan berkunjung ke kedai makan tersebut..

Sehingga siasatan selesai dilakukan.. Dan kedai makan tersebut diishtiharkan Halal..

Saya akan berkunjung semula ke kedai tersebut..

Perkara seumpama ini pernah berlaku di KFC, Sugar Bun suatu ketika dahulu..

Entri Terkini Di Blog Saya:
Bagaimana Untuk Mengundi Blog Pilihan Anda??
Tips Blogging: Semak kelajuan “Loading Page” Blog Anda

Pn. Liza Mahmood said...

SMTI.