------------------------------------------------------------------------------
dua anggota polis ditembak di Sungai Besi, ada mana-mana wakil rakyat nak membela mereka?
sepanjang aku jadi wartawan jenayah dulu, aku dah sampai nak muak berkumpul depan pintu pagar Bukit Aman
bila ada je penjenayah mati, siaplah akan ada YB-YB dan Ahli Parlimen tertentu yang akan terpekik terlolong kat situ
tak cukup dengan itu, nak serah memorandum pulak…lagi diaorang tengok ada wartawan terutama wartawan Mat Salleh, lagi ‘berkepak’ dan bersungguh-sungguh para YB ni
tak cukup dengan memo dan sidang media, diusung sekali keluarga si mati dan penyokong parti diaorang…sampai naik sesak depan pagar tu
tapi takpelah, hak diaoranglah nak buat apa pun, mungkin mereka rasa berlaku KETIDAKADILAN dalam kes-kes berkenaan
apa yang aku cerita ni kes petang tadi
kisahnya begini
tindakan dua anggota polis peronda mengejar sebuah kereta dinaiki empat lelaki berakhir dengan kedua-dua mereka cedera parah akibat ditembak penjenayah terbabit di Jalan Kuchai Lama
kedua-dua anggota polis berpangkat koperal itu yang berusia 41 dan 52 tahun terkena tembakan masing-masing di leher dan perut
difahamkan, pemandu kereta peronda jenis Proton Waja itu terkena tembakan di leher manakala rakannya cedera di perut setelah terkena tembakan dipercayai pistol
kejadian berlaku pukul 6.45 petang ketika dua anggota polis itu yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields menahan sebuah kereta jenis Proton Saga dinaiki empat lelaki berhampiran persimpangan lampu isyarat menghala ke Bukit Jalil
baik, aku ingin bertanya kepada para YB yang suka sangat ‘bertenggek’ depan Bukit Aman, berdemo dan menjerit-jerit bila ada kes penjenayah ditembak mati
soalannya mudah saja, di saat korang para YB ni nak BELA sangat para penjenayah yang korang dakwa mati disebabkan ‘kekejaman’ polis itu, pernah tak korang terfikir nak BELA nasib anggota-anggota polis kita yang bekerja siang malam, bertarung nyawa macam dua anggota polis tadi dalam usaha mereka menjaga keselamatan kita, termasuk rumah banglo korang dan harta benda korang itu???
maaf, aku sangat emosional dalam hal ini
ini kerana mereka, para YB yang kuat berdemo depan Bukit Aman ni , aku lihat hanya bersifat selektif, hanya memilih isu yang mereka lihat dapat memberikan ‘mileage’ dalam karier politik mereka semata-mata, bukan nak perjuang hak asasi sangat pun!
kalau betul mereka perjuang hak asasi, aku harap mereka jangan perjuang hak asasi penjenayah semata-mata, tolonglah, pleaselah
dua anggota polis yang ditembak tu pun ada hak asasi mereka juga…kecualilah para YB ni anggap mereka aliens yang datang dari planet Marikh
aku personally benci polis yang zalim, yang korup, yang pemalas, yang lembik dan semua yang sewaktu dengannya
tapi pada masa yang sama, aku juga benci YB-YB yang double standard cenggini
tak kira lambang apa, parti mana, sokong siapa…SELAMAT MENJADI BARUA KEPADA PENJENAYAH!
pissed off.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Aku sependapat dengan beliau dan kalau aku nak cakap isu ni pun akan bunyi sama...
No comments:
Post a Comment